Thursday, December 15, 2011

Awie Bergaduh Di Langkawi?

assalamualaikum u ol..




bila muncul berita ni ramai yang tak terkejut..
sebab sebelum2 ni pun Awie memang pernah terlibat dengan pergaduhan..
tapi yang ni agak lain sikit lah..
pergaduhan ni berlaku di sebuah kelab di Langkawi..
tapi ada yang cakap pergaduhan ni dimulakan oleh Awie sendiri..
ia bukan sahaja melibatkan pergaduhan mulut, tapi pergaduhan fizikal juga..
apa2 pun kita tanya Awie dulu hujung pangkalnya..


"Sebelum saya jelaskan kedudukan sebenar, ingin saya ingatkan bahawa semua laporan yang keluar sebelum ini adalah tidak benar dan fitnah semata-mata. Mereka kata saya sengaja mencari gaduh dengan penduduk tempatan dengan berlagak dengan mereka. Mengapa saya perlu berbuat demikian? Saya punya sebidang tanah di sana, jadi tidak mungkin saya buat hal di sana. Kejadian di kelab malam itu berlaku kerana salah faham.


Ia berpunca apabila saya tidak membenarkan beberapa pengunjung merakamkan gambar saya ketika di dalam kelab itu. Bukan saya mahu menyombong atau berlagak, tetapi saya ajak mereka bergambar di luar sahaja. Tetapi salah seorang daripada mereka tidak puas hati dan mula melemparkan kata-kata kesat dan menghina kepada saya. Dia kata saya berlagak dan macam-macam lagi. Mula-mula memang saya tidak hiraukan tetapi setelah diprovokasi berulang-ulang kali, saya hilang sabar dan menyerangnya dahulu. Saya bertindak begitu kerana tidak boleh menerima sikapnya yang kurang ajar. Saya mengaku bergaduh di Langkawi, tetapi saya nafikan dakwaan yang mengatakan saya sengaja mencari gaduh serta cedera teruk dibelasah.



Saya pelik macamana boleh seramai itu menunggu saya di luar kelab. Mengapa harus mengumpul begitu ramai orang untuk membelasah saya. Saya rasa mereka sengaja mencari kesempatan untuk memukul artis yang datang di tempat mereka. Kalau tidak, mungkin mereka ada perasaan dengki atau irihati dengan saya.


Saya ke kelab itu hanya untuk menikmati muzik dan tidak ada niat untuk tunjuk lagak seperti yang didakwa. Saya tidak menganggu sesiapa pun. Tetapi mereka yang cakap macam-macam tentang saya. Adakah mereka ingat  artis ini tidak punya perasaan? Tindakan saya pada malam itu hanyalah untuk melindungi diri. Saya beranggapan, kalau saya tidak mempertahankan diri, pasti mereka akan membelasah saya dan rakan-rakan sepuas-puasnya.


Saya tidak alami kecederaan serius seperti yang digembar-gemburkan. Saya juga tidak ke balai polis untuk buat laporan. Sebaliknya saya ke sana untuk maklumkan situasi sebenar dan maklumkan pihak polis yang saya tidak mahu buat aduan. Selepas pihak yang satu lagi juga tidak mahu failkan sebarang aduan, pihak polis setuju untuk tidak jadikan pergaduhan itu sebagai kes polis. Sebelum balik, saya dan kawan-kawan sempat menghulurkan wang RM300 kepada mereka untuk membeli ubat-ubatan atau mendapatkan rawatan di klinik. Saya harap penjelasan ini boleh menamatkan segala spekulasi. Kepada mereka yang menyebarkan fitnah ini, tolong hentikannya!"




so korang dah dengar kan penjelasan dari Awie..
korang nilai lah sendiri ye..


P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

1 comment:

Unknown said...

hehehe...biasalah tu.....

steadylah awie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...