Thursday, March 31, 2011

SEGMEN: Entry saya terbaik dari ladang

Assalamulaikum u ol..

TUTUP DAH....!!!!

INI ENTRY MELEKAT...!!!
nak baca entri baru, scroll ke bawah ye..

Hari ni teringin pula nak buat segmen..
Mudah je..sangat mudah..huhuhu..
Mudah sebab ia berkaitan dengan blog korang juga..bukan saya tanya pasal blog orang lain..
Blog korang kan dekat dengan hati korang tu..
Hari ni nak buat segmen tentang entry blog korang..
Nak tau mana 1 entry korang yang paling best dan yang boleh pikat pembaca..
Saya nak 1 je ok..tak nak lebih2..
Sambil buat segmen ni dapat juga saya dan blogger lain baca entry korang ni..
Best tak..?huhuhu..=p
Jom la join ramai2..=)




  1. sila letak header saya ni pada entri korang..
  2. tajuk : SEGMEN: ENTRY SAYA TERBAIK DARI LADANG
  3. lampirkan entry korang yang paling terbaik dari blog korang. tajuk dan juga link sahaja..1 je tau..tak nak lebih2..yang lama2 punya pun tak pe la..yang penting best..
  4. dan kenapa korang pilih entry tu sebagai entry pilihan..?

tu je..mudah kan..
kalau dah siap paste kan link korang kat cni ye..
tiap hari kalau tak ada kekangan masa saya akan promote blog dan entry korang yang best tu..
tarikh tutup segmen : akhir bulan ni, 31/3/2011 khamis..
kalau ada sambutan mungkin akan dilanjutkan..=)

Design kasut yang pelik..tapi menarik..

assalamualaikum u ol...

tadi jalan2 kat google..
saja la tengah bosan2 ni..
tibe2 je terjumpa pula design2 kasut..
ada yang buat saya terkesima juga la..
sebab design agak pelik la juga..
kalau shopping kasut tak pernah pula jumpa kasut2 yang pelik2 ni..
mungkin pasaran tak ada kot, tak ada permintaan..=)
so saja la nak share dengan korang design2 kasut yang saya jumpa ni..


kasut zirafah..
mungkin sebab zirafah tu tinggi so design ni dijadikan kasut tumit tinggi..


kasut kuku panjang..
ganasnya kasut ni..sesuai digunakan untuk mempertahankan diri..huhu..



kasut kereta..
yang ni sesuai pakai masa tengah memandu kereta..huhu..



kasut bulu kaki..
alamak..geli la pula tengok kasut ni..ade yg nak pakai ke..?

kasut lilitan kasih..
yang ni nampak unik kan..



kasut Lady Gaga
yang ni Lady Gaga je yang sesuai pkai kot..huhu


kasut renangan
sesuai ketika di tepi pantai..huhu


kasut boxing
kasut yang boleh digunakan untuk menumpuk..
tapi yang uniknya bukan tumbuk pakai tangan..
tapi pakai kaki..huhu


kasut alam sekitar
sesuai untuk sapa yang sayangkan alam sekitar..
siap ada pokok lagi..huhu


kasut ikan
ala..macam geli je nak pakai..hanyir tak rasa2nya..?huhu


kasut chewing gum
macam terpijak chewing gam kan..
padahal design nya memang macam ni..


kasut lastik..
sesuai dipakai masa nak memburu..
boleh lastik burung ni..huhu


kasut kaki ayam
macam kaki sebenar je..kalau pakai ni mesti orang tertipu..
ingat korang tak pakai kasut..


Cantik tu subjektif

 assalamualaikum u ol...

Sapa yang tak nak cantik kan..
Semua orang nak cantik..bukan cantik untuk di puji tapi untuk penampilan..
Nampak lebih matang bila kita jaga penampilan..
Bila cantik tu ada yang rasa bangga..mana tak nya..orang asyik puji je kan..
Tapi korang tau tak yang cantik tu subjektif sebenarnya..
So kalau korang nak tau kena baca sampai abis tau..
Kalau tak, korang tak tau apa hujung pangkal cerita saya ni..




Ada yang cakap cantik tu bila kita jaga kebersihan diri, penampilan, dan juga bagaimana kita bawa diri kita dihadapan orang..
Tapi korang tau tak ada yang mengatakan orang yang gemuk tu cantik..
Korang pernah dengar tak ada yang cakap macam ni..
Mereka yang gemuk ni pun cantik, lawa dan comel tau..
Ada juga yang mengatakan yang kurus keding tu cantik..
Haa..ini la yang dikatakan subjektif..
Macam2 pandangan kan..




Ada yang cakap tinggi tu cantik..
Ada yang cakap kechik itu comel..eh2..macam nama blog saya pula..huhu..
Ada yang cakap putih gebu tu cantik, ada yang cakap hitam tu manis..
Memang tiap orang ada pandangan masing2 kan..
So kalau mereka ada pandangan yang berlainan dari korang, hormati la pandangan tu..
Jangan korang sangkal..sebab masing2 ada pandangan sendiri..
Cantik tu sujektif sebenarnya..
apa2 pun ciptaan Allah indah dan cantik..
kita antara ciptaan Nya yang sangat cantik..
bersyukurlah..

Wednesday, March 30, 2011

Ubah diri sendiri dulu sebelum nak ubah diri orang lain..



Assalamualaikum u ol...

Perlu ke kita ubah diri kita untuk orang lain..?
Tapi bagi saya kalau ia perkara baik apa salahnya kita ubah kan..
Mungkin bukan hanya untuk kepentingan orang lain..
Tapi untuk kepentingan kita juga..
Tapi kan..sebelum kita suruh orang berubah, kita tengok dulu diri kita tu..
Dah cukup ok ke untuk kita ubah diri orang lain pula..
Bukan apa, tak nak la ada suara2 yang cakap
“ala, dia tu nak ubah atau nasihatkan orang, tapi diri sendiri???”
Tak best kan kalau ada ayat2 macam ni keluar..
So sebelum apa2 tu kita tengok dulu diri kita..
kalau dah ok baru la kita boleh ajak orang tu follow kita..
Bukan senang kita nak ubah seseorang tu ke arah kebaikan..
Tapi kalau ke arah keburukan tu senang je..
Kenapa ye?
Mungkin sebab lumrah nya memang begitu..
Kadang2 niat kita tu baik..tapi ada je yang salah anggap..
Susah kan macam tu..
Apa2 pun tak salah kita nak ubah seseorang tu ke arah kebaikan..
Tapi biarlah bertempat..
Kita tahu hujung pangkalnya..
Jangan main terjah je..huhu..=p


Entry Pilihan Blogger (2)

assalamualaikum u ol..

macam biasa malam ni saya nak terjah blogger yang join segmen saya..
segmen entry saya terbaik dari ladang..
sebelum ni pun saya dah terjah blogger yang join..
ada kat entry ni..nak baca klik sini
so, jom kita serbu blog ni..


blogger FzaEyzzah




blogger Kechik 











ada lagi tau..baca la entry diaorang ni..=)

Segmen : Deco Deco Beng Beng Boong !

assalamualaikum u ol..

nak join segmen abg ben lagi..
menarik..kalau nak join juga..
klik sini



Jeng jeng jeng .. ni segmen mudah .. 
Satu segmen khas buat blogger blogger baru ... 
Dan tugas blogger blogger lama untuk menilai blog mereka ..
copy ayat abg ben je ni..huhu..

so apa lagi..
kasi gegar..!!!



Tuesday, March 29, 2011

Entri Pilihan Blogger ( 1 )

assalamulaikum u ol...

entry ni sempena segmen saya yang terbaru..
so nak terjah la entry pilihan blogger ni..
segmen ni meminta blogger memilih entry pilihan diaorang..
tak kira la entry lama atau baru..
yang penting paling best..
so dari sini saya nak terjah dan baca entry yang terbaik dari ladang ni..
jom la kita sama serbu ye..=)





blogger Izzaty Hedry











baca la yang ini dulu..ada lagi tau..
sapa2 yang nak join boleh je..
klik sini


Kemaskini blog korang..



assalamualaikum u ol...

kemaskini apa pula ni..?perlu ke?
Bagi saya memang perlu la kemaskini blog ni..
sebab ada lagi yang kurang dan perlu ditambah..
Biar senang blogger lain nak blogwalking kat blog kita ni..
So jom la lihat apa yang patut korang kemaskini blog korang ni..

  1. Tunjukkan link korang..
Yang ni untuk memudahkan blogger lain jejak korang bila korang follow blog diaorang..kadang2 tu dah follow, tapi bila cari link korang tak ada pula..so terus tak dapat jejak..ni la settingnya..
Dashboard --> edit profile --> select blog to display





So bila korang follow blog orang lain akan tertera la macam ni..



  1. Katakan tidak pada “adult content”
Yang ni pun penting juga..sebab kadang2 blog korang tu bukan ada 18sx pun kan..so tak payah la letak adult content..lambat je blogger lain nak buka korang nya blog..senang je settingnya..

Dashboard --> setting --> basic --> adult content --> No


 
So tak ada la lagi benda macam ni muncul kat blog korang time blogger lain datang lawat..

  1. Jangan letak banyak sangat entri dalam main page  blog korang tu
Yang ni pula tentang entry korang..kadang2 tu ade blogger yang letak sampai berbelas2 entri kat muka depan blog korang tu. Jenuh nak scroll ke bawah..tiba2 pula widget follower pulak letak kat bwh sekali..memang jenuh la nak scroll ke bwh..=p letak la dalam 1-5 entri..ni dia setting nya:

Dashboard --> setting --> formatting --> show at most --> 4 post on the main page


  1. Jangan letak word verification kat komen korang
Yang ni ramai juga blogger yang buat..tak payah la word verification ni, susah je nanti blogger lain nak isi..nanti langsung dia malas nak komen..dah la word verification tu berbelit2..huhu

Dashboard --> setting --> comment --> Show word verification for comments --> No


  1. Gunakan pop-up window
Yang ini memudahkan blogger lain yang internetnya lambat macam kura2..huhu..sebab kalau guna pop-up window lagi mudah nak komen..

Dashboard --> setting --> comment --> comment form placement --> pop-up window



Mudah je kan..yang belum kemaskini tu cepat2 la buat ye..
5 langkah je..
Untuk blog korang juga...=)

Monday, March 28, 2011

Betul ke wanita ni kaki shopping..???


assalamualaikum u ol..


korang tau tak apa kaki shopping?
bagi saya kaki shooping ni agak subjektif la..
kadang2 ada yang hanya suka jalan2 sambil window shopping, 
ade yang memang pantang nampak benda cantik,terus sambar..
ada yang suka teman kawan dia shopping je..
macam2 kan..
biasa nya kaki shopping ni memang dikaitkan dengan wanita..
tapi jangan la terkejut kalau ada juga lelaki yang kaki shopping ni..
pantang nampak ada sale..cepat2 pergi bank..huhu..

kalau pergi shopping tak sah kalau tangan kiri kanan tak penuh dengan barang..
kadang2 bukan musim sale pun macam tu juga..
pantang nampak "new arrival" mula la rambang mata..
kadang2 yang teman kawan pergi shopping pun terpengaruh juga..
ye la..tengok kawan sibuk cari barang kita pun terikut2 sama..
yang tak ada duit pun boleh jadi ada duit..huhu..

saya bercerita dari pengalaman saya semalam dan 
juga gelagat pembeli belah yang lain..huhu..
semalam shopping sakan juga la..
kawan saya dari hujung rambut sampai la ke hujung kaki beli barang..
maksud saya lengkap la dari selendang sampai la ke kasut..
padahal shopping kat The Mines je kot..huhuhu..
kiri kanan penuh barang..=p
tapi itu la nafsu wanita..
yang lelaki pula kena la faham ye..huhu..
kalau wanita ni pergi shopping tak sah kalau semua kedai dia tak masuk..
ikutkan je la ye..=p


Mereka ini kaki blogging..(tak makan pun tak apa)

Jom Join Bloglist Budak Botak, April - Jun 2011

assalamualaikum u ol...


saya blogger perempuan..=)


korang nak join juga ke?klik sini


Sunday, March 27, 2011

SEGMEN: AKU KAKI BLOGGING

STICKY POST..
nak baca entry baru, scroll ke bawah ye..


 TUTUP...!!!!!

assalamualaikum u ol..

tiba2 petang ni bosan pula..
rasa nak buat segmen untuk blogger lain la..
dapat juga baca pandangan yang diaorang kongsi..
suka3...!!!
jom tengok segmen apa yang saya nak buat ni..




  1. sila letak header saya ni pada entri korang..
  2. tajuk : SEGMEN: AKU KAKI BLOGGING (tak makan pun tak apa)
  3. jawab soalan2 mudah ni..senang je bukan pasal soalan add math pun atau pun sejarah dunia..huhu..tentang blog korang je...=)

  •  usia blog korang?
  • dalam 1 hari berapa entri korang post?
  • apa yang best tentang blog korang?time ni la korang nak promote blog korang..huhu 
  • cara korang berblogging dan promote blog?
  • blog yang korang suka serbu?kenapa?
  • impian korang dalam dunia blog ini?

kalau dah siap paste kan link korang kat cni ye..
sapa2 yang join saya akan letak blog korang dalam bloglist saya..=)
tarikh tutup segmen Ahad ni 27/3/2011 jam 11.59PM


Wayang + shopping ...

assalamulaikum..

hari ini masa saya banyak dihabiskan di Alamanda, Putrajaya..
biasa la kan, hari minggu..nak terperap kat bilik pun bosan juga kan..
so Alamanda la jadi pilihan..dekat dan jimat masa..
sampai je kat sana terus pergi tempat wayang..
fikir2 nak tengok movie apa..
ada pula movie baru kan, Sucker Punch..terus la beratur dan beli tiket dulu..
lepas beli tiket terus pergi makan..
kali ni Pizza Hut jadi pilihan..
fastfood je la jadi pilihan kalau pergi tempat macam tu..

tengok jam banyak lagi masa..so terus la jalan2 cuci mata..
bukan cuci mata tengok orang tau..
tapi tengok barang2..banyak juga sale..
secara kebetulan jalan depan Parkson dan ternampak ada sale handbag..
so saja la usha2 handbag..
tak ada niat pun nak beli..
tibe2 my partner suruh ambil 1, pilih mana yang berkenan..
saya apa lagi kan..dah ada yang offer terus la melilau mata ni..
terjumpa pula handbag Sachs..
berkenan dan terus sambar..
ada yang nak belikan..so tak ada la fikir panjang..huhu..
tak sangka la dapat handbag baru yang cantik..
so, lepas tu movie time..suka3...!!!
badan letih tapi puas hati (sebab dapat handbag baru)...huhuhu...=)


Mana dapat idea tulis entry ni..???

assalamualaikum u ol..

malam tadi ada seorang kawan saya membaca entri2 saya..
dan tiba2 terpacul dari mulut dia tentang soalan ni..
soalannya berbunyi begini..=p 
"amal, mana ko dapat cerita tulis blog?" 
time tu dia baca entri saya tentang Kata2 orang yang BAHAGIA dengan CINTA..
" mana ko dapat isi2nya..? "
so aku pun jawab la soalan tu..
"aku guna idea sendiri la..aku karang sendiri..mana ada ambil atau tiru dari mana2..
semua yang aku tulis dalam blog ni memang dari kepala aku sendiri, termasuk la tips blogger,
cerita percintaan dan seangkatan dengannya la..kalau pasal isu semasa tu 
aku memang kena cari maklumat la" 
respon dia.. " ouh..aku ingat ko dapat dari majalah atau pun rujukan lain..
pandai ko cari bahan tulisan..dah macam majalah aku baca.."

itu la jawapan ringkas dari saya dan juga respon dari dia..huhu...
sebenarnya, apa yang terfikir di fikiran ni akan saya tulis di blog ni..
tak kisah la tentang apa pun..
kalau ada yang nak baca saya hargai sangat..
sebab ia hasil tulisan saya sendiri..
bukan senang kita nak tulis sesuatu entry yang berkualiti dan orang nak baca..
susah tau..tapi kalau ada yang baca kiranya entry kita tu diterima la kan..
apa2 pun saya akan cuba cari idea2 baru supaya orang tak bosan baca entri saya..
kiranya kena pelbagaikan la entry blog ni..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...