Thursday, June 30, 2011

Tak BERDOSA pun buat BLOG...

assalamualaikum u ol..




KIC terpanggil untuk post entri ni sebab dapat banyak respon dari pembaca blog ni 
tentang isu " buat blog ni berdosa " ..
ramai yang komen dan rata2 tak setuju dengan penyataan ni..
antara sebab yang diberikan :

  1. bukan setakat kat blog je..apa2 yang di buat salah kat luar tu berdosa juga..
  2. kalau nak buat dosa tu kat mana2 pun boleh..tepuk dada tanya lah hati..tak perlu berblog pun kalau dah salah tu dosa tetap dosa..
  3. korang semua ada Facebook kan..rata2 semuanya ada Facebook..kat FB pun boleh buat dosa juga, bila kutuk, hina secara terang2an..ni boleh terbukti pada status2 yang menjatuhkan orang, kutuk, maki orang..
  4. blog tu tak kan mendatangkan dosa kalau ia digunakan sebaik2nya..sebelum menulis tu fikir dulu baik buruknya..

ini lah antara respon yang KIC terima dari pengomen entri tu..
memang betul semua tu kan..
terima kasih sebab bagi komen yang membina..
apa2 pun niat tu biar lah yang baik..
banyak cara kita boleh elak dari menbuat dosa bila berblog ni..
contohnya :

  1. jadikan blog kita bersih, hindarkan kutukan, hinaan, fitnah, entri yang berunsur politik kotor atau pun berita2 palsu.
  2. jangan lalai disebabkan blog..pada yang beragama islam tunaikan yang wajib dulu.
  3. banyak hati yang kita kena jaga dalam berblog ni..ramai yang akan datang baca blog korang, so jangan terlalu emosi dalam berblog, cuba kawal.
  4. pastikan sumber yang korang dapat tu adalah dari sumber yang boleh dipercayai..
  5. jangan sesekali mengeluarkan kata2 kesat dalam berblog..

jadi lah blogger yang berhemah...=)

SMS palsu - Mangsa kerugian 7 JUTA..


assalamualaikum u ol..


baru semalam KIC baca kat akhbar tempatan, jangan dedahkan maklumat peribadi 
contohnya nombor telefon dan juga nombor akaun pada laman sesawang..
macam kat facebook ke, twitter ke..
walaupun dengan hanya no akaun dan nombor telefon je..
para bijak pandai dalam dunia IT ni pandai memerangkap orang tau..
dari maklumat yang di beri tu orang yang tak bertanggungjawab tu 
akan daftarkan kad kredit atas nama korang..macam tak percaya je kan..
kalau korang tak percaya baca kat SINI




sekadar gambar hiasan

tiba2 pagi tadi bos KIC bagi tahu yang kawan dia 
mengalami kerugian 7 juta, jadi mangsa kes menipu melalui SMS..
lebih kurang macam berita kat atas tu lah kan..
ala, kes yang dah biasa kita dengar tu..
semalam si penipu ni bagi SMS cakap si mangsa ni telah memenang wanh tunai 15 juta..
penipu tu suruh lah bagi no akaun..lepas tu si mangsa ni pun bagi lah no akaun..
lepas tu di minta bagi no pin..
si mangsa ni tak fikir langsung ke semua tu tipu 
dia boleh pula bagi no pin..
kalau mata tu dah ada lambang duit, 
memang apa yang diminta semuanya di beri..
asalkan dapat pulangan lebih dari apa yang di fikirkan..
pagi tadi dia cek akaun dia, duit dalam bank dah lesap..berjuta2 pula tu..
orang bisnes kan..pitam jap..
KIC pun dengar rasa macam nak pengsan..
untung lah orang yang menipu tu dapat perangkap 
orang yang memang dalam akaunnya duit berkepul2..
bukan yang hanya ada puluh2 RM je dalam bank..huhu..

moral of the story..jangan percaya benda2 yang belum ada kepastian..
orang yang bijak pandai pun boleh tertipu..
aduuhhh..tepuk dahi...

Pejabat baru FACEBOOK tiada ciri2 KEMEWAHAN..

assalamualaikum u ol..

pagi ni KIC rayau2 kat akhbar hari ni dan tertarik dengan gambar ni..
gambar pejabat baru facebook di AS..
korang pun sedia maklum yang laman Facebook adalah antara yang terkaya di dunia..
pendapatan pun sangat tinggi pada setiap tahun..
tapi bila tengok pejabat baru Facebook ni..
dahi KIC berkerut..
macam ni je ke pejabat Facebook yang baru..
tak ada ciri2 kemewahan pun..
hiasan dalaman pun biasa2 je..
tak ada sofa mewah, perabot yang cantik2..
memang biasa2 sahaja..
siling pejabat pun berserabut KIC tengok..
korang pun boleh nilai sendiri bila amati gambar ni sebaik2nya..




walaupun antara syarikat terkaya di dunia..tapi pejabat macam ni je..?
tak ada lah menarik sangat..huhu...=p
mungkin pengasas Facebook ni low profile kot..
tapi biarlah pejabat tu selesa untuk pekerja2 kan..
bar lah best nak bekerja..


info Facebook:

  • Laman Facebook ni bernilai AS$70 bilion (RM212.3 bilion)..
  • Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Marck Zuckerberg merupakan orang ketiga paling kaya di dunia dalam sektor teknologi maklumat.
  • Memiliki kekayaan sehingga mencecah AS$18 bilion (RM54.5 bilion)..

sumber: Kosmo

Wednesday, June 29, 2011

Rajinnya si SUAMI menolong ISTERI..

assalamualaikum u ol..




bestnya kalau dapat suami yang ringan tulang..
mudah lah menguruskan rumah tangga..
masing2 tolong menolong..
dari menjaga anak, mengemas rumah, membasuh baju,
memasak dan kerja2 yang seangkatan dengannya lah..
walaupun KIC ni belum berumah tangga..
tapi sikit sebanyak kena ambil tau juga ilmu berumah tangga ni kan..
setahu KIC isteri ni bukan nya orang gaji..
tanggungjawab isteri menjaga suami dan anak..
supaya suami dan anak tak terabai..
kena lah tau tanggungjawab yang sepatutnya..
tapi si suami tak boleh lah layan isteri macam orang gaji..
semua kerja isteri kena buat..
suami balik kerja duduk goyang kaki je..
tak boleh lah macam tu kan..
lagi2 sekarang ni kalau isteri tu pun berkerjaya..
sama2 mencari rezeki..
lagi lah suami sepatutnya kena bantu kan..
kena lah ada sikap saling tolong-menolong..


tapi bukan dengan cara pertolongan yang macam ni tau...

isteri tolong kemas rumah, suami tolong buat sepah..
isteri tolong masak, suami tolong makan..
isteri tolong basuh baju, suami tolong pakai..
isteri tolong lipat baju, suami tolong tengok je..
suami tolong buat anak, isteri pula tolong jaga anak..


apa2 pun hargai lah pasangan anda tu ye..
tanggungjawab isteri ni besar..
kalau suami tolong ringan kan, alangkah bahagianya si isteri..=)


Kerana entri ni blogger OTAI komen blog KIC..

assalamualaikum u ol..


tetiba terharu lah pula blogger otai datang singgah dan tinggalkan komen kat blog ni..
huhu..akhirnya dia tinggalkan juga jejak dia di entri yang KIC buat tu..
entri ni bukan nak kenakan dia..saja gurau2..
nak try menyakat blogger otai ni..
dah lama dah post..
tapi baru hari ni dia nak komen..
tak apa lah..yang penting dia baca juga entri tu..huhu..
mula2 takut juga dia marah atau pun gam KIC dari dunia blog ni..
tapi ternyata dia memang sporting..huhu...

nak tau entri tentang apa?
ni lah entri merepek dari KIC..huhuhu...




ni pula komen yang diberikan oleh blogger otai ni..




pada yang belum baca..jom baca cepat..huhu...=p
yang dah baca tu, baca sekali lagi pun ok gak..
huhuhu...

Blogger MAMA yang BEST..!

assalamualaikum u ol..

kali ni KIC nak promote blogger2 MAMA yang best..
korang jangan tak tau pula ye..
ramai sebenarnya blogger2 yang terdiri dari seorang ibu dan sekali gus seorang isteri..
haaa..banyak kan tanggungjawab mereka ni..
mana nak layan anak..mana nak layan suami..
tapi masih boleh berblog..bukan senang nak bahagikan masa..
haaaa...hebat kan..?
kita yang single2 ni pun curi2 masa nak berblog..
itu lah hebatnya penangan seorang ibu..
ok la..tak nak bebel panjang2..jom kita terjah blog MAMA ni satu per satu..



yang ni blogger MAMA Risa
memang happy family pun..
tengok header ni pun boleh agak kan..
blogger MAMA yang ni memang best lah..
KIC suka baca entri dia..
lagi2 tentang anak2 dia..memang sweet..
seorang ibu yang tegas..tapi sporting tu...=)




yang ni pula blogger MAMA aerish..
comel kan header blog ni..
sebab ada dua budak comey ni...huhu..
memang padan lah dengan header ni sebab 
blogger MAMA ni memang banyak cerita tentang anak dia yang comey2 ni..
kadang2 KIC tersenyum sendiri tengok gelagat anak2 dia ni..
serius memang comel..
dari gambar2 yang di post pun KIC boleh tersenyum sendiri..
sangat sabar blogger ni melayan anak2 nya..=)




ni pula blogger Pinky Momma..
comel blog dia ni..sebab apa?sebab warna pink lah..huhu..
yang ni blogger MAMA yang memang hebat..
sekarang dah jadi full time housewife..
haaa..susah tu nak bahagi kan masa..tapi tetap on je dengan blog..
anak2 pun comey2 belaka..
jom lah terjah blog Pinky Momma..
sure tak menyesal..=)




yang juga blogger yang bergelar MAMA..
ini lah dia Dilaz Family..sweet kan..?
blogger ni sangat rajin..
rajin update blog, rajin BW, rajin komen2..
haaa...macam mana ye dia nak bahagikan masa antara blog dan juga family..
blog dia pun macam2 ada..termasuk lah tentang keluarga bahagia dia tu..=)


KIC tabik dengan blogger2 yang bergelar MAMA ni..=)


Gambar Anak JIMMY SHANLEY..

assalamualaikum u ol..



Jimmy di saat bertemu anaknya..


kali ni KIC bukan nak cerita tentang isu rumah tangga Jimmy dengan isterinya..
sebab cerita tu dah agak basi..
KIC pun tak nak lah cerita tentang rumah tangga orang kan..
KIC nak cerita tentang kebahagian yang terpancar
di wajah Jimmy di saat bertemu dengan anak sulung nya..
mungkin ramai yang dah tahu kan tentang kelahiran bayi sulung pengacara popular ni..
dah tiga empat hari rasanya kelahiran puteri sulungnya ni..
sangat2 comel kan..=)
tengok lah sapa ayah dan ibunya..
 nama anak nya Zahrah Shanley..
Jimmy di katakan menangis saat menatap wajah puterinya tu..
sayu sangat hati dia tu..
harap2 dengan kelahiran anaknya ni akan 
menjernihkan lagi hubungan mereka suami isteri..
sama2 lah kita doakan..



comelnya baby ni...
ini lah puteri Jimmy..
Zahrah Shanley..


sumber: Berita Harian


Tuesday, June 28, 2011

IKLAN FREE 24 JAM

assalamualaikum u ol..

 macam best je kalau blog kita di iklan kan..
walaupun hanya untuk 24 jam..
untung2 ada juga yang nak promote kan..
so kalau korang pun nak..klik SINI
mudah je..
semuanya ditaja sepenuhnya oleh blogger hebat Penulis Senja..




ok..alasan KIC yang paling munasabah kenapa PS kena iklan kan blog KIC ni
sebabnya blog KIC memang layak untuk di iklankan..
tak ada blogger lain yang selayaknya selain blog KIC ni..huhu..
haaaa...poyo tak?jangan cakap KIC gedik pula ye..
PS yang suruh KIC poyo2..huhu..
jangan marah ye..=p
sebab yang lain pula, 5 entry terbaru KIC semuanya best2..
so memang patut pun di iklan kan..
alamak..terpoyo lagi..
ala..tak pe lah..nak iklan kan blog kena poyo2 sikit..huhuhu..


Blogger HEBAT yang perlu di FOLLOW..

assalamualaikum u ol..

hari ni KIC nak cerita pasal blogger pula lah..
nak cerita sikit tentang blogger yang patut korang follow..
tapi bukan sekadar klik butang follow tu je..
tapi sentiasa mengikuti entri2 mereka ni..
kira nya jadi pembaca setia lah..
bukan i follow u, u follow i tau...huhu..
haaa..bukan yang macam ni ye..
sebab apa KIC cakap macam tu..
sebab blog mereka ni best...=)
memang tak rugi kalau korang follow blog mereka ni..
jom kita tengok siapakah blogger yang KIC maksudkan..



ini lah dia blogger Penulis Senja atau lebih dikenali sebagai PS..
dia ni banyak tolong KIC dalam dunia blog ni..
memang blogger yang hebat dan sedang meningkat naik dengan hasil2 penulisan blog nya..
KIC suka baca blog dia ni sebab banyak info..=)



ini lah dia blogger Pak Cek Biola..
mesti ramai yang kenal blogger ni kan..
ala..yang pandai main biola tu lah..tak kan main piano pula kan..huhuhu..
KIC memang selalu singgah blog dia ni..
banyak cerita menarik..
kalau tak percaya korang lawat lah blog dia..



yang ni pula blogger Cik Aish..
blog dia pun best..
blogger yang aktif..entry2 dia pun menarik minat KIC untuk datang singgah..
kalau korang pun minat, serbu lah cepat..=)

Lagi Kes BUANG BAYI..

assalamualaikum u ol..

macam biasa KIC menelaah berita2 semasa untuk hari ni pagi tadi..
tapi tak sempat nak post..so dah tengah hari baru dapat kongsi dengan korang semua..
berbalik pada kisah buang bayi ni..
memang dah sinonim dengan berita2 semasa ni..
tiap hari ada je kes buang bayi..cuma kita tau atau tak je..
kes yang KIC cerita ni berlaku di Bachok, Kelantan..



tempat bayi ini (gambar kecil) dijumpai semalam..


Seorang lelaki terkejut apabila menemui bayi yang masih bertali pusat dibuang di dalam semak dalam kejadian di Kampung Pertama Machang di sini semalam.

Menurut Mohd. Satar, dia merasa pelik apabila terdengar bunyi tangisan bayi ketika melalui kawasan semak tersebut dan apabila ditinjau, dia terkejut melihat seorang bayi lelaki berada di dalam sebuah beg kertas di semak berkenaan.

“Sebaik membuka beg itu, saya nampak seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat di dalamnya. Saya terus berlari untuk memberitahu penduduk kampung sebelum bayi malang itu dipindahkan ke tempat redup.

“Ketika ditemui, bayi yang cukup sifat dan sihat itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” ceritanya ketika ditemui semalam.

bayangkan kalau lelaki tu tak jumpa atau pun terlambat jumpa
dan bayi tu dijumpai mati..
kan dah membunuh namanya..
emmm...kadang2 bila kes macam ni jadi rasa geram je..
bayangkan tiap hari ada je kes buang bayi terjadi di negara kita ni..
ada yang di jumpai masih hidup..
tapi amat2 menyedihkan bayi yang dijumpai tidak bernyawa lagi..


Sumber: Kosmo.

Monday, June 27, 2011

Datuk Dr Sheikh Muszaphar tidak sabar jadi Ayah..

assalamualaikum u ol..

best nya tengok gambar romantik antara Datuk Sheikh Muszaphar 
dengan isterinya yang sedang hamil..
nampaknya Angkasawan negara kita ni tak sabar nak menimang cahaya mata sulung..
sangat2 teruja..
dikhabarkan mereka akan menyambut orang baru dalam keluarga bulan depan..
waaahh..tak sabar nak tengok baby angkasawan negara pertama kita ni..
mesti comel..tengok lah sapa ayah dan ibunya..




"Saya mahu anak lelaki dan isteri mahu anak perempuan, jadi kami ambil keputusan untuk menjadikan jantina anak ini sebagai kejutan pada kami bila dia lahir nanti. "

"Memang tak sabar nak lihat bayi ini lahir, dan kami sendiri dah buat beberapa persiapan untuknya termasuklah menghias sebuah bilik khas untuk dia nanti. Dari segi pakaian, isteri yang banyak membeli belah, dan ada juga kami beli secara online sahaja.

"Saya memang sukakan kanak-kanak, kalau boleh saya mahu berkahwin awal untuk dapat cepat dapat anak, tapi ketika itu saya terikat dengan kontrak bersama kerajaan yang tidak membenarkan saya berkahwin dalam jangka masa dua tahun."


wahhh..tak sabar nampaknya pasangan ni..
peminat2 Datuk Sheikh pun tak sabar juga menanti kan kelahiran anak mereka ni..
apa2 pun kita doakan moga segalanya berjalan dengan lancar..=)


sumber : Mangga Online


Sunday, June 26, 2011

Blogger Kechik Itu Comel bajet POPULAR..???

assalamualaikum u ol..

hari ni KIC dapat teguran dari seseorang..
tak pasti sapa..
sebab KIC cuba buka blog dia pun macam tak bapa nak wujud je..
so KIC malas pun nak tau dia sapa..
cuma KIC tertarik dengan komen yang dia drop kat shout box KIC ni..
KIC hargai sangat apa yang dia tegur..
sebab sebelum ni tak ada yang buat teguran macam ni..
mungkin selama ni KIC tak sedar atau pun tak berapa nampak..
sekurang2 nya ada yang ambil berat tentang blog KIC ni..



ni lah teguran yang KIC dapat :

KIC ni kn,bajet cm glemer ja...huhu...
bila org dtg komen tu,BALAS ja la....
ni dk,buat xtau jer.....hargai la ckit org dtg komen kt blog kita k...


untuk pengetahuan semua..
KIC tak bajet macam glamor pun..
tak terfikir pun pasal ni semua..
serius tak glamor..tak ada sapa pun kenal KIC ni..
ramai lagi blogger yang glamor2 dari KIC..
serius..KIC baru setahun jagung dalam industri blog ni..
banyak lagi KIC kena belajar..
maaf lah kalau ada yang cakap KIC ni sombong ke..
tapi KIC cuba untuk tak sombong dengan sapa2 pun..

mungkin betul juga apa yang hamba Allah ni tegur..
KIC jarang balas komen dari blogger lain..
bukan KIC tak hargai..
cuma KIC tak berapa ada masa je..
lepas KIC update blog, KIC jenguk blog member2 yang lain..
baca entri diaorang..
tapi bukan bermakna KIC tak balas komen tu KIC tak hargai pembaca dan pengomen blog ni..
KIC hargai sangat2..
tanpa korang semua, sunyi lah blog KIC ni..
cuma KIC kesuntukan masa..
maaf sangat2..
KIC akan cuba luangkan masa untuk balas komen2 korang semua ye..

terima kasih sekali lagi atas teguran tu..
ada juga yang ambil berat pasal blog KIC ni..=)
maaf sekali lagi kalau KIC ada salah silap kat korang semua..

Saturday, June 25, 2011

Buat BLOG ni BERDOSA..

assalamualaikum u ol..



korang mesti terkejut kan baca tajuk entri KIC ni..
berdosa ke buat blog ni..?
korang jangan melatah pula..sebab ni bukan KIC yang cakap..
tapi ada lah hamba Allah tu cakap macam tu kat KIC..
dia cakap dengan muka selamba.. "berdosa je buat blog ni" 
memang tersentap lah KIC dengar dia cakap macam tu..sedihnya lah..
apa maksud dia cakap macam tu ye?
berdosa ke KIC hasilkan blog ni?
KIC ada sakitkan hati sapa2 ke sejak KIC berblog ni?
KIC ada kutuk sapa2 ke?

seingat KIC, tak ada pun kutuk sapa2 dalam blog ni..
kalau ada sesiapa yang mengikuti blog KIC dari dulu dia tau apa yang cuba KIC sampaikan..
apa dosa yang KIC buat dari berblog ni?
kenapa timbul isu ni..?
salah ke KIC berblog?

KIC cuma menulis apa yang KIC rasa ada sahihnya..
ada buktinya..
bukan KIC main tulis je..
apa2 pun KIC tulis KIC akan cari dari sumber mana..
lagi2 yang berkaitan isu semasa..
bukan KIC main tulis je..
kalau gosip tu pula..memang KIC dapatkan dari sumber yang boleh dipercayai..
tak patut lah kalau cakap KIC fitnah orang pula..tak betul tu..
kalau cerita mengenai diri KIC dan kehidupan KIC tu memang lahir dari hati KIC..
KIC tak ada pun nak sakitkan atau kutuk sapa2 pun..
tapi kenapa boleh ada yang cakap buat blog ni dosa?
sebelum cakap tu fikir lah dulu..
jangan main cakap je..

apa yang KIC tulis dalam blog ni memang tak ada niat yang buruk pun..
KIC nak sampaikan dan kongsikan apa yang KIC tahu..
KIC membaca, itu pun sumber ilmu dan KIC sampaikan..
semua yang KIC tulis dalam blog ni memang tak ada niat pun nak sakitkan hati sapa2 pun..
blog KIC ni umum..macam2 KIC cerita..
pada yang ada sakit hati dan tak suka pada KIC tu jangan lah kutuk blog KIC ni..

ni lah titik peluh KIC..
bukan senang nak puaskan hati semua pihak..
tapi KIC cuba buat yang terbaik untuk semua pembaca..
blog ni dah jadi sebahagian dari hidup KIC..
kalau ada yang nak kutuk pun KIC tak kisah..
KIC terima sebagai cabaran..


Gambar lucah pada SURAH YASIN

assalamualaikum u ol..


pada sesiapa yang tengok berita utama TV3 malam tadi
mesti dah tau serba sedikit tentang berita ni..
malam tadi KIC tengok memang terkejut lah..mengucap panjang dalam hati..
benda berkaitan agama ni bukan boleh dibuat main..
apatah lagi dihina sampai begini sekali..
memang tak bertanggungjawab sapa2 yang melakukan perkara terkutuk ni..
sanggup dia menghina rumah Allah..


GEORGETOWN: Seorang pengawal keselamatan Masjid Negeri di Jalan Air Itam yang berhasrat membaca surah Yasin sebelum solat Asar di masjid itu petang kelmarin, terkejut apabila menemui gambar lucah diselitkan dalam surah Yasin.

Lebih mengejutkan, dalam kejadian jam 4.30 petang itu, pengawal berusia 30-an itu menemui 11 gambar lucah yang diselitkan dalam 11 naskhah surah Yasin di salah satu rak dalam dewan utama masjid berkenaan.

Imam Besar masjid itu, Yusuff Ahmad berkata, setiap satu surah Yasin yang bukan dicetak pihak masjid itu mengandungi gambar lucah memaparkan pelbagai aksi pasangan warga asing melakukan hubungan seks.

benda macam ni boleh mencemarkan kesucian islam..
imej masjid pun akan tercalar bile benda macam ni berlaku..
grrrrrrrrrrrrrrrr..........
harap benda2 macam ni akan diberikan perhatian..
supaya tak berulang lagi..


sumber: METRO


Hebat sangat ke Maharaja Lawak SEPAH..???

assalamualaikum u ol...




malam tadi KIC bergelak ketawa menyaksikan Maharaja Lawak akhir..
memang best lah..
tak rugi tengok..
pemenang nya pun KIC suka..
sapa lagi kalau bukan kumpulan SEPAH...
kalau korang tanya KIC lah..hebat sangat ke persembahan juara ML ni?
KIC akan jawab..memang layak menang..
persembahan SEPAH memang terbaik lah..
yang penting penonton terhibur..
kalau korang tak percaya..korang analisis lah persembahan SEPAH ni..
gerenti ok nya..dua2 persembahan konsisten..hebat...pecah perut KIC tengok..
jom layannnnnnnnn...






ini lah dia bujang lapok moden..
korang terhibur tak dengan persembahan SEPAH ni?
korang nilaikan lah sendiri ye..huhuhu

info Maharaja Lawak :

Juara ML - menerima RM350,000 (SEPAH)
Naib Juara - menerima RM250,000 (JOZAN)
Tempat Ketiga - menerima RM150,000 (NABIL)
Tempat Keempat - menerima RM50,000 (JAMBU)

Nabil menang duit...huhu..dia sorang je bolot RM150,000
tak rugi pun dapat tempat ketiga..huhuhu..
cuma rugi relaran MAHARAJA LAWAK pertama je lah...=p


Friday, June 24, 2011

Update Entry Ni Ikut Mood..

assalamualaikum u ol..


sapa setuju dengan tajuk entri KIC ni angkat tangan tinggi2..
kalau rendah2 KIC tak nampak..al-maklum lah KIC ni kechik je..huhuhu...=p
KIC cakap ni memang ikut pengalaman KIC sendiri lah..
bagi KIC nak update sesuatu entri tu memang kena ikut mood juga kadang2..
kalau boleh update lah blog korang tu masa mood korang ok..
bukan apa, takut kalau mood tu tak ok terbawa2 pula kat penulisan korang..
lain jadinya nanti..
tak pasal2 merepek, merapu dalam blog sendiri..

KIC kalau mood tengah tak ok memang tak boleh nak update entri ni..
biar mood tu ok dulu baru lah idea yang ok tu datang..
nak update entri ni bukan main belasah je..
kena lah fikir dulu..
sebab kita ada pembaca..
pembaca kita nak kan yang terbaik..
apa2 pun KIC akan cuba yang terbaik untuk blog KIC ni..
biar pembaca KIC tak bosan..
nanti tak ada sapa yang nak singgah blog KIC ni..
sedih kan..

Siapa bakal MAHARAJA LAWAK?

assalamualaikum u ol..




tak sabar KIC nak tunggu malam ni..
sapa ye akan dinobatkan MAHARAJA LAWAK yang pertama..
semua tu akan terjawab malam ni..
sama2 lah kita tunggu ye..
saingan sengit sangat sebab semuanya best2 bagi KIC..
jozan, sepah, nabil, dan juga jambu..
semuanya memang tip top..
kalau tak, tak kan mereka ni terpilih ke final kan..
bukan senang nak sampai ke peringkat akhir..
lagi2 nak buat persembahan sampai penonton pecah perut geli hati..
itu lah cabaran sebagai MAHARAJA LAWAK ni..
apa2 pun KIC memang minat ke empat2 finalis ni..
sampai tak tahu nak pilih yang mana bakal jadi juara..
tapi rasanya jozan dan sepah ada kelebihan untuk bergelar MAHARAJA LAWAK pertama..
sebab sekarang undian jozan pun paling tinggi..
apa2 pun malam ni KIC akan berkampung kat depan TV..huhuhu..
tak sabar rasanya..

p/s: sapa pula peserta kegemaran korang..???korang rasa sapa yang bakal jadi juara MAHARAJA LAWAK malam ni..?


Budak 8 TAHUN dah jadi pencuri professional..

assalamualaikum u ol..

pagi2 lagi KIC dah terkejut baca cerita ni..
advance betul lah budak2 sekarang ni..
kecil2 lagi dah jadi pencuri professional..
mana tak nya..baru berumur 8 tahun, tapi hasil curian mencecah puluhan ribu..
macam tak percaya je kan..
bukan berlaku di negara luar..
tapi di negara kita tau..
jom baca kisah selanjutnya..


KOTA KINABALU: Dalam usia baru mencecah lapan tahun, seorang murid sekolah rendah di sini mungkin mencatat rekod perompak termuda di negara ini apabila ditahan bersama dua rakannya selepas memecah masuk pangsapuri seorang pensyarah dan melarikan barang bernilai lebih RM20,000.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, berkata ketika diserbu ketiga-tiga mereka asyik membahagikan barangan curi dari rumah berkenaan.
Menurutnya, kira-kira jam 1 tengah hari pada Isnin lalu, seorang pensyarah pusat pengajian tinggi tempatan membuat laporan polis selepas rumahnya dipecah masuk dan kehilangan kamera digital, tiga komputer riba, empat telefon bimbit dan barang kemas dengan kerugian keseluruhannya dianggarkan RM20,000.


haaaa...
ni lah berita yang KIC baca pagi tadi..
kecil2 lagi dah pandai mencuri macam tu kan..
bila dah besar tak tau lah apa nak jadi kan..

sumber: Metro


Thursday, June 23, 2011

Wacana Entri Pertama Ku

assalamualaikum u ol..


lamanya KIC tak join segmen..
so kali ni KIC tertarik nak join segmen dari bro Pembawa Wacana..
nampak macam best je..
tentang entri pertama kita dalam dunia blog ni..
masa mula2 kita post entri kat blog..
haaa...menarik kan..?
korang nak join juga klik SINI



korang jangan gelak ye baca entri pertama KIC ni..
biasa lah budak baru belajar..
pertama kali tu KIC post entri..
ayat pun main belasah je..
bila baca balik entri tu macam kelakar pun ada gak..huhu..=p



ni lah entri pertama KIC :

Hai u all..selamat datang ke blog saya (budak baru nak belajar) - jarijemariemas..
Wahhh2..tajuk atas tu mcm gempak je kn..
tp bkn ape pn..cme yg peliknye................ 
klik SINI untuk seterusnya..


PELAKON ni tengah popular sekarang..

assalamualaikum u ol..




sapa tak kenal Aaron Aziz..?
mesti semua kenal kan..
pelakon hebat yang tengah popular sekarang..
digilai ramai pula tu..
termasuk lah KIC..
KIC pun minat dengan dia..
drama dan filem Aaron Aziz ni tengah meletup2 sekarang..
filem KL Gangster dan drama Nora Elena..
memang tip top lah lakonan dia ni..
ramai yang dah tangkap cintan..
untung lah Aaron Aziz..
nama dia meniti di bibir peminat sekarang ni..
tengah musim Aaron Aziz nak naik..
doakan lah yang terbaik untuk dia..=)
moga mutu lakonan dia akan lebih baik lagi lepas ni..
sekarang ni drama lakonan dia sedang meletup2 juga..
drama Stanza Cinta kat TV3 tu..
rezeki Aaron melimpah ruah sekarang ni..
bagus lah..

Wednesday, June 22, 2011

Ayah rayu anak dimatikan..

assalamualaikum u ol..




sedih pula KIC baca tentang berita ni..
mungkin disebabkan kesempitan wang..
si ayah terpaksa merelakan anaknya dimatikan jika tak ada bantuan kewangan..
mungkin juga si ayah tidak tahan tengok penderitaan anaknya lagi..
anaknya, Saba dan Farah Shakeel yang berumur 15 tahun 
adalah kembar siam yang melekat di kepala
telah menderita sakit kepala yang teruk, sakit sendi dan juga 
susah untuk bercakap..
pasangan kembar ni berkongsi saluran darah utama di otak dan mempunyai hanya 2 ginjal..
sebelum ni pasangan kembar siam ini menerima bantuan rawatan dari Putera Mahkota Abu Dhabi..
tapi sekarang pendapatan bapanya tidak mampu untuk 
menampung perbelanjaan rawatan mereka..
katanya untuk memisahkan mereka perlu ada 6 pembedahan berasingan dan
kemungkinan besar seorang daripada mereka tidak dapat diselamatkan..




Cinta Diana Danielle dan Farid Kamil kembali bertaut..

assalamualaikum u ol..



KIC terdengar gosip ni..
cinta antara Diana Danielle dan Farid Kamil telah bertaut kembali...
waaahhh..orang cakap ada jodoh tak kemana kan..
putus pun akhirnya bersambung jua..
sebelum ni pun memang mereka pernah bercinta..
tapi putus di tengah jalan..
baru2 ni Diana Danielle buat pengakuan yang mereka kembali bersama..

Diana mengakui hal ni kat laman Twitter dia..
‘saya gembira untuk mengatakan kami sudah kembali bersama. 
Harap semua dapat mendoakan kebahagiaan kami’ 

respon dari Farid Kamil pula,
" Terima kasih kepada peminat dan penyokong kerana menyokong kebahagiaan hidup saya "

 wahhh..masing2 dah mengaku..elok lah tu kan..
mungkin perpisahan yang dahulu kerana masing2 belum matang dalam perhubungan..
Diana pun baru belasan tahun masa tu..
apa2 pun kita doakan lah kebahagian mereka..

Tuesday, June 21, 2011

KL GANGSTER kutip RM10.3 juta..

assalamualaikum u ol..




wahhhh..banyak tu..
hasil kutipan filem KL Gangster ni..
memang tak hairan lah sebab KIC dengar filem ni memang best..
cuma KIC je yang belum ada kesempatan nak tengok..huhu..
tinggal seminggu je lagi tayangan..

baki tayangan ada lagi..
tapi filem ni dah mengutip sebanyak RM10.3 juta tu..
memang kutipan tertinggi lah..
box office kat Malaysia..
dapat kalahkan filem Hollywood tu..
mesti tersenyum lebar lah pengarah muda, Syamsul Yusuf ni..
filem dia mencapai kutipan tertinggi setakat ni..
ada lagi seminggu syarat wajib tayang..
mungkin filem ni dapat capai kutipan RM11 juta kot...
boleh jadi juga kan..


Bakal menantu Perdana Menteri Malaysia

assalamualaikum u ol..


entri hari ni cuma nak tunjuk bakal menantu Perdana Menteri kita, 
Datuk Seri Najib Razak..
anak Datuk Najib, Nooryana Najwa dah pun bertunang pada 17 jun..
dengan jejaka pilihannya, Daniyar Nazarbayev..
mungkin ramai yang tak tahu wajah bakal menantu PM kita ni..
so KIC nak tunjuk, ini lah dia bakal menantu PM kita...=)




bagai pinang di belah dua..
sepadan..
moga kekal ke akhir hayat..


Monday, June 20, 2011

Bila nak DI CARI, bila tak nak DI BUANG..

assalamualaikum u ol..


KIC baru balik kerja..
sekarang ni fikiran selalu terganggu lah..
kenapa ye..
ingat time belajar je tension..
time cuti pun sama gak..
ada je yang buat KIC pening kepala..

ok lah berbalik pada tajuk entri ni..
KIC rasa tak puas hati lah kalau benda macam ni jadi..
geram je..
ye lah kan..masa dia nak kita dia cari..
tapi bila tak nak senang2 je nak buang..
aduhhh..KIC cerita ni sebab benda ni berlaku dalam realiti kehidupan kita..
bukan KIC reka2 je..
tu lah namanya habis madu sepah di buang..
bila suka atau bosan2 mula lah cari..
tapi bila dah jemu atau rasa dah tak guna tu buang je macam tu..
patut ke macam tu???


memang betul lah orang cakap..kebahagiaan tu di cipta bukan di cari..
ni cuma luahan dari hati KIC je..
tak ada kaitan dengan sesapa pun..=)



Bapa dan anak bersekedudukan hingga melahirkan 3 zuriat..

assalamualaikum u ol..

KIC sangat2 terkejut dengan berita ni..
sangat2 tak sangka lah benda macam ni pun boleh terjadi..
sempit sangat ke pemikiran diaorang ni..
sampai tak boleh beza mana baik dan buruk lagi..
tak tahu ke nak beza mana anak dan mana isteri..
bagi KIC perbuatan mereka berdua ni sangat2 terkutuk lah..
korang nak tau kenapa KIC cakap macam tu..
jom baca berita ni..


ayah dan anak dibawa masuk ke mahkamah..


KOTA BHARU: “Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap, dikira ‘taubat terpaksa’ dan mahkamah tidak dapat terima taubat itu. Jika kamu nak bertaubat, taubat betul-betul (taubat nasuha).
“Bagi tertuduh kedua (anak), sebagai pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi mencurigakan, kamu boleh keluar rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi kamu gagal dalam situasi itu,” kata Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

Abu Bakar berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadap ayah dan anak selepas mengaku salah berkelakuan sumbang dan bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak masing-masing berusia enam, lima dan tiga tahun bermula dari 2004 sehingga ditahan kira-kira jam 1.30 pagi, semalam.

Dalam penghakimannya, Abu Bakar menjatuhkan hukuman penjara setahun dan enam bulan serta denda RM2,500, terhadap tertuduh pertama berusia 45 tahun, yang juga seorang mekanik dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun, tertuduh kedua, berusia 25 tahun yang juga anak tertuduh pertama bernasib baik kerana dikenakan hukuman denda RM2,000 dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Kedua-dua tertuduh juga dilarang tinggal serumah untuk selama-lamanya.


Hukuman berkenaan tidak diduga anak dan ayah itu kerana kedua-duanya tinggal bersama (bersekedudukan) sejak 2004 sehingga ditahan pada pagi semalam oleh anggota penguat kuasa agama Tumpat dalam operasi di rumah mereka di Jalan Palekbang, Wakaf Bharu, Tumpat.


Dengan tangan bergari, anak-beranak terbabit ditahan di lokap sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini, kira-kira jam 3 petang, semalam, untuk berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan.

Sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, kedua-dua tertuduh mengaku salah bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak serta mengaku salah di atas sebab dan akibat daripada pengakuan salah berkenaan.



sangat2 memalukan lah perkara macam ni tejadi dalam masyarakat kita..
tak fikir ke dosa dan pahala..
grrrrrrrr...
panas je hati ni dengan kes2 macam ni..
harap2 dijauhkan lah perkara terkutuk ni dari keluarga dan keturunan kita..


sumber: METRO


Sunday, June 19, 2011

ARTIS ni mahu bertudung..

assalamualaikum u ol..

apa aktiviti korang hari minggu ni..
tak kan mengadap blog je..huhu..
ala..KIC cakap orang je..
hari ni pun aktiviti KIC mengadap blog je lah sambil mengemas rumah..

KIC dengar sorang artis ni nak bertudung..
siapa artis tu ye..
yang penting KIC minat sangat dengan dengan dia ni..
kalau dia nak bertudung elok lah..
niat tu kena betul..
lagipun cantik lah dia bertudung..
tak ada nya peminat nak lari..
lagi peminat suka ada lah..
lagipun tak best lah kan asyik2 gosip yang buruk je tentang artis ni..
telinga ni nak juga dengar tentang gosip yang baik2..
nak tau siapa artis tu..?




cantik kan Erra ni bertudung..
memang KIC suka..
Erra ni jadi model produk tudung..
harap2 1 hari nanti tebuka hati dia untuk bertukar penampilan macam ni..
sejuk je mata memandang...=)

1 lagi kelab untuk blogger telah muncul..korang dah join belum..?

assalamualaikum u ol..


pagi2 ni KIC macam bosan je..
so terpanggil lah untuk update blog ni..
hanya blog ni lah tempat KIC mengadu..ececehhh.. huhuhu...

korang mesti tertanya2 kan kelab apa pula ni..
haaa...yang ni kelab terbaru..
baru ditubuhkan..dah dilancarkan pun..
cuma korang je yang tak tau kot..huhu...
harap2 dapat lah sambutan dari blogger2 kat Malaysia ni..

so malam ni KIC nak promote lah kelab tu kat korang..
mana tau ada faedahnya..
tapi KIC rasa memang ada faedahnya..
sebab kat kelab ni korang boleh promote blog korang..
promote entri yang terbaru..
cuma jangan korang SPAM link dah lah ye..
ping je entri2 baru korang tu..

kat kelab tu pun korang boleh berkenalan dengan blogger2 yang lain..
kan best tu..
kan KIC dah cakap banyak faedahnya kalau korang join kelab ni..
bukan susah pun..join je lah..percuma sepanjang hayat tau..haaaa...
tak ada yuran pendaftaran pun..huhu..=p
jom lah join beramai2..kalau rajin korang add lah kawan2 blogger korang yang lain gak..
KIC tau korang rajin kan..haaaa...

ok lah..mesti korang tak sabar kan nak tau kelab apa tu..
ni lah dia :


kat sini korang boleh lah blogwalking puas2 ye..
huhuhu...=)

Saturday, June 18, 2011

Gambar percutian Salih Yaacob bersama keempat2 isterinya..

assalamualaikum u ol..

saja je KIC upload gambar2 percutian SY ni dengan family besar dia ni..
nampak macam best je..
yela kan..ramai2 bercuti bersama..memang meriah lah gamaknya..
yang belum tengok lagi tu jom lah tengok..
saja nak bagi korang cuci2 mata..huhu..
percutian mereka ni selepas beberapa hari 
dia melangsungkan perkahwinan dengan isteri ke empatnya..
kira bulan madu serentak lah ni ye...huhuhu...=p
jom kita layan gambar2 diaorang ni..


Gambar Salih Yaacob & 4 Isteri Bercuti Di Beijing


Gambar Salih Yaacob & 4 Isteri Bercuti Di Beijing


Gambar Salih Yaacob & 4 Isteri Bercuti Di Beijing


Gambar Salih Yaacob & 4 Isteri Bercuti Di Beijing


Gambar Salih Yaacob & 4 Isteri Bercuti Di Beijing


Gambar Salih Yaacob & 4 Isteri Bercuti Di Beijing


Gambar Salih Yaacob & 4 Isteri Bercuti Di Beijing


ni lah dia gambar2 percutian besar SY dengan family nya yang cukup besar..huhu..
percutian ke Beijing tu..=)
dengar cerita menelan belanja hingga RM50,000..
waaaahh..belanja besar tu..
apa2 pun duit tak penting sangat..
yang penting semuanya gembira..
lega hati SY tengok semua family nya tersenyum riang..=)


p/s: komen2..jgn tak komen ye..huhuhu...=p

Pasangan Pengantin suka pilih tarikh cantik..

assalamualaikum u ol..


KIC curi2 masa nak update blog ni..
apa boleh buat kan..
tak macam dulu..boleh je update blog..
sekarang ni dah jarang..
tapi KIC akan pastikan yang blog KIC ni tak bersarang..
dan sentiasa memberikan info yang berguna kepada pembaca blog KIC ni..

ok lah..berbalik pada tajuk entri KIC petang ni..
KIC rasa ramai yang setuju kan..
sebab memang pengantin sekarang ni suka pilih tarikh yang cantik2 
untuk hari bahagia mereka ni..
macam tahun lepas..
10.10.10 memang ramai yang ambil tarikh ni untuk buat apa2 pun majlis..
contohnya macam majlis tunang, kahwin, 
malah majlis berkhatan pun mereka suka dengan tarih tu..
secara kebetulan tarikh tu kena dengan hari minggu..
memang cantik lah..
tarikh 08.09.10 juga pun tarikh yang cantik juga kan..
tapi jatuh pada hari rabu..

untuk tahun ni pasangan raja sehari sangat2 berminat dengan tarikh 
9.10.2011, 11.11.2011 dan 20.11.2011.
cantik kan semua tarikh2 tu..
tak caya korang tengok lah nanti..
ramai je yang akan ambil tarikh tu untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka..
tapi kenapa ye ramai yang pilih tarikh yang cantik2 ni..
ada apa dengan tarikh tu ye..
cuma nombor je kan..
apa2 pun tu terpulang pada individu tu sendiri..
mungkin tarikh itu akan membawa lebih makna dalam hidup diaorang..
tarikh yang cantik kan mudah nak diingat..
senang lah nak sambut ulang tahun nanti..huhu...=p


p/s: 11.11.2011 dah ada 2 jemputan kahwin menanti..sepupu KIC dan juga kawan KIC..haaa..memang terbukti kan..huhu...

Friday, June 17, 2011

Datuk Siti NurHaliza antara artis yang menyertai ASKAR WATANIAH

assalamualaikum u ol..

seperti yang di gembar gemburkan sebelum ni..
memang benar lah ada dikalangan artis yang menyertai askar wataniah ni..
wahhh..dahsyat kan..




 selain Datuk Siti, tujuh lagi selebriti lain seperti pelakon Shaheizy Sam, Intan Ladyana 
dan Kapt. (B) Mohd Nor Bon, 
penerbit filem, David Teo, 
penyanyi Ana Raffali dan Aizat Amdan dan juga 
pengacara rancangan Inspirasi  Ramadhan di RTM, Nurul Hidayah..

mereka ni semua akan menjalani latihan ketenteraan selama 39 jam..
bagus lah artis2 ni ye..
macam ni lah boleh jadi idola kepada belia negara kita ni kan..
melibatkan diri dengan perkara2 yang berfaedah..
moga ini akan menjadi ikutan kepada remaja2 masa kini..





Thursday, June 16, 2011

Sharifah Sofea dan anaknya yang comel (gambar)

assalamualaikum u ol..


kali ni entry KIC pendek je..
sebab nak tunjuk kat korang anak pelakon Sharifah  Sofea yang comel sangat tu..
geram KIC tengok..=)








ni la antara gambar terbaru Sharifah Sofea dengan anak nya, 
Ariana, 2 bulan..
comel kan..?
tengok lah sapa ibu dan ayah dia..hensom dan cantik tu..
huhu...

 kredit gambar : Google..

Wednesday, June 15, 2011

Lagi aksi TAK SENONOH..

assalamualaikum u ol..


aksi tak senonoh apa pula ni ye..?
haaa..bagi KIC memang tak senonoh pun..
sakit mata memandangnya..
tapi aksi macam ni orang dah tak segan silu pun nak buat kat tempat awam..
sakit hati pun ye juga ni.


TAK SENONOH...aksi dua pasangan di Taman Tasik Shah Alam.


ha..apa komen korang?
gambar ni di rakam di Taman Tasik Shah Alam..
korang pun mesti tak terkejut kan dengan aksi macam ni..
sebab dah biasa kot..
kenapa lah ye jadi macam ni..
dah tak tahu malu agaknya..
tempat awam pula tu..
grrrrrrrr.......


kredit : Metro

Tony Blair baca Al-Quran..

assalamualaikum u ol..

KIC macam tak percaya je tentang berita ni..
tapi ini lah kenyataannya..
mesti ramai yang tak tahu dan terkejut bila baca tentang berita ni..
itu lah dia tingginya darjat Al-Quran..




LONDON - Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang merupakan seorang penganut ajaran Katholik, mengaku membaca kitab suci umat Islam, al- Quran (yang diterjemahkan) pada setiap hari, lapor sebuah akhbar semalam.
Pemimpin berusia 58 tahun itu berkata, beliau membaca Al-Quran untuk memastikan bahawa beliau lebih memahami tentang ajaran Islam.
Dalam satu wawancara dengan majalah Observer yang disiarkan pada Sabtu lepas, Blair berkata: "Saya percaya adalah penting untuk kita celik agama dalam dunia global masa kini."
"Saya membaca al-Quran setiap hari. Antara tujuannya adalah untuk memahami beberapa perkara yang berlaku di dunia ini, tetapi lebih penting, ia (al-Quran) banyak memberikan maklumat berguna," ujarnya.
Menurut Blair, beliau percaya kefahaman mengenai Islam dapat membantu dalam peranannya sebagai Utusan Rasmi Asia Barat untuk Kuartet Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia.
Blair sebelum ini memuji agama Islam sebagai indah dan menyatakan Nabi Muhammad SAW penggerak yang kuat dalam membentuk masyarakat bertamadun.
Adik ipar pemimpin tersebut, Lauren Booth memeluk agama Islam pada Oktober tahun lalu.


harap2 terbuka lah hatinya untuk memeluk islam..
sebab bekas Perdana Menteri ni dah selalu baca pun terjemahan Al-Quran..
tiap hari tu dia baca Al-Quran..
tujuan dia buat macam tu hanya dia dan Allah je yang tau..
moga ia adalah ke arah kebaikan..=)
kadang2 kita sebagai orang islam pun tak menghayati Al-Quran..
terasa rugi kan..
orang bukan islam pun cuba untuk memahami Al-quran tu sendiri..
so, mungkin dengan berita ni kita juga kan dapat mendalami ilmu Allah..
InsyaAllah...=)




adik ipar Tony Blair, Lauren Booth..

sumber: Kosmo


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...