Monday, August 6, 2012

Ulang Tahun Kelahiran

assalamualaikum..


Alhamdulillah...syukur aku masih diberi
 kesempatan menghirup udara di bumi Allah ini..
umur aku pun dah naik lagi satu tangga..
cepat je masa berlalu..
tahun ni aku menyambut hari lahir di bulan yang mulia..
menyambut Nuzul Quran pada ulang tahun kelahiran aku..
aku telah dilahirkan pada 6 Ogos..
tahun tak penting kot..huhu...=p
moga hidup aku diberkati oleh-Nya..

tahun ni aku gembira sangat sebab dapat menyambut 
bulan Ramadhan dan juga ulang tahun kelahiran 
bersama tunang tersayang..
agak lain sikit lah..
lebih bermakna..huhu
harap2 bulan Ramadhan lepas ni dapat sambut sebagai seorang isteri pula..=)
amin....=)

kelmarin aku shopping sakan dengan en.tunang dan family dia..
pergi shopping di Alamanda dan PICC Putrajaya..
berbuka puasa pun kat Taman PICC..
sangat happening..
sebab ade orang belanja sempena nak raya dan juga
sempena besday aku..
untung kan..huhu...=)
thanks sgt2 en.tunang..



berkelah di Taman PICC..tunggu waktu berbuka..=)



En. Tunang pun nak bergambar juga ye..


petang2 di taman PICC..



anak buah En. Tunang pun nak join berbuka ye..=)


ni lah hasilnya..
hadiah besday ku..banyak tak..??? huhu..
thanks En.Tunang...=)



Saturday, July 28, 2012

Gambar Terbaru Anak Datuk Dr. Sheikh Muszaphar

Assalamualaikum..




Disebabkan berminat dengan perkembangan anak
Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar,
aku tertarik nak post tentang anak beliau, Bella..
sebab sebelum2 ni aku sangat terpegun dengan video 
pasangan suami isteri ni mengajar Bella berenang..
masa tu umur Bella belum pun cecah setahun..
sekarang ni umur dia dah setahun..dah besar kan..=)

time aku tengok video tu memang agak terkejut jugak lah..
tapi sangat kagum..
cara didikan mereka sangat berbeza dengan ibu bapa yang lain..
tapi bukan itu yang aku nak persoalkan..
masing2 ada cara masing2 kan nak didik anak..

teringin satu hari nanti nak lakukan apa yang Dr Sheikh Muszaphar 
dan Dr Harlina buat..
tapi aku sendiri tak pandai berenang
dan agak takut dengan air..huhu..
apa pun tak boleh...huhu...=p










Tambahan aku selitkan video Bella berenang..
pada yang tak tengok lagi wajib tengok..huhu..
sangat comel...!!!


Friday, July 27, 2012

Jangan Tengok Keburukan Orang Je..

Assalamualaikum..

Lumrah manusia..hanya nampak keburukan orang je..
kebaikan seseorang tu tolak ke tepi..
kadang2 aku sendiri pun macam tu juga..
dalam tidak sengaja kita lupa kebaikan orang tu tapi 
asyik fikir pasal keburukan dia je..

aku pernah dengar orang cakap yang
jika sekali orang tu lakukan kesilapan yang kita tak suka,
segala kebaikan orang tu pun kita akan lupa..
betul ke?
bila dia buat salah je terus kita lupa apa 
kebaikan yang dia telah buat pada kita..

itu lah bila hati menguasai minda..
aku bukan cakap pasal orang lain..
tapi sekadar untuk peringatan diri sendiri juga..
kita manusia, tak pernah lari dari kesilapan..
tapi dari kesilapan lah dapat mengajar kita erti sebuah kehidupan..

cuba korang bayangkan jika suatu hari nanti 
orang yang selalu korang fikir buruk, 
akan tolong kita bila kita dalam kesusahan nanti..
bak kata Ustaz Don Daniyal..
"Jangan hanya melihat keburukan orang, kerana seburuk2 dia, 
ada 1001 kebaikan yang kamu tidak pernah lihat.." 

kita hanya manusia..tidak layak untuk menilai 
orang lain selain dari-Nya..
buruk atau baik seseorang itu bukan kita yang akan menilainya..
ingat lah bahawa tiada siapa yang sempurna..





Kejar Trafik Blog

assalamualaikum..




ini lah dia dunia blog...
ada blogger yang sememangnye berminat untuk berblog..
tapi tujuan berblog tu berlainan antara satu sama lain..
lain orang lain caranya..
tapi yang biasa aku dengar adalah untuk suka2..
tapi betul ke hanya untuk suka2 je..
ke ada niat lain...???huhuhu..

dulu memang aku mengaku..
aku memang kejar trafik blog..
kalau boleh trafik nak 1000 UV..
kalau dah capai tu rasa lega sangat..
tapi kalau tak cecah target, rasa sedih sangat..
pernah tak korang rasa macam ni..
kadang2 terlampau nak kejar trafik pun tak boleh juga..
kadang terpaksa gunakan berbagai2 cara nak naik kan trafik..
biasanye main SEO lah yang paling ok sekali nak naik kan trafik..
tapi kadang2 trafik tu memang penting bagi blogger..
dari situ kita boleh tau blog kita tu diterima ramai atau tak..
ada pembaca setia ke tak..

apa2 pun terpulang lah pada blogger tu sendiri..
apa niat mereka berblog..
yang penting jangan calarkan imej blogger dengan bercerita 
sesuatu yang tak pasti dan boleh menjadi fitnah semata2 nak kejar trafik..
sanggup aibkan orang lain untuk kejar trafik dan mempopularkan blog korang..
apa2 pun jadi lah blogger yang berhemah..
majulah blogger untuk negara...!
contohilah blogger2 yang sangat jujur dalam penulisan mereka...=)



Thursday, July 26, 2012

Wanita Yang Tidak Akan Bau Syurga

Assalamualaikum..

mungkin isu ni isu dah lama..
tapi aku tengok ramai je yang masih buat..
harap2 dengan tajuk entri aku kali ni ramai wanita yang akan amik ikhtibar..
termasuk juga diri aku..
bukan nak menakut2 kan..
tapi cuma nak mengingati..
kadang2 apa yang kita buat kita tak berapa sedar..
dah buat baru rasa menyesal..

siapa wanita yang tidak akan bau syurga ni ye..
tapi aku pernah terbaca didalam kisah Rasulullah,
yang kat dalam neraka tu lebih ramai kaum Hawa dari kaum Adam..
kenapa ye..?
ni antara nye je ye..salah satu..

Wanita Bertudung Dengan Sanggul 'Bonggol Unta' Tidak Akan Mencium Bau Syurga...





"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti 

seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan 

wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang

 yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. 

Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi 

seperti bonggol unta yang sangat lemah. 

Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan 

sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)..


ini lah dia hadis dari Rasulullah berkenaan dengan wanita yang bersanggul tinggi,
ataupun lebih dikenali dengan sanggul 'Bonggol Unta'..
so lebih baik kita elakkan ye..
untuk renungan bersama.. =)


Wednesday, July 25, 2012

Kuih Apa Yang Best Bulan Puasa ni..?

Assalamualaikum..


Kalau bulan puasa ni mesti korang terbayang2 kuih yang best2 kan..
sama lah macam aku..
tapi aku ni tau makan je..tapi nama kadang2 tak tau pun..huhu..
ye lah kan..nama kuih pun pelik2, macam mana nak ingat..
tadi masa dekat ofis, ada masa terluang tu 
borak2 lah pasal kuih2 yang best time bulan puaa ni..
so banyak lah nama2 kuih yang aku sendiri pun tak pernah dengar..
apa lagi, gunakan lah google image sepenuhnya kalau 
ada nama kuih yang pelik2 tu..

nama pun bulan puaa kan..
tengok gambar pun dah terliur..
belum ada depan mata lagi..
so mula lah berangan2 nak berbuka puasa dengan kuih muih yang pelik2 ni..
ni asyik sama je..bosan lah pula kan..
so kalau ade kelainan tu berelera lah sikit kan..=)

jom main teka2..
kuih tradisional yang best..=)
antara nama2 kuih yang kami bincangkan tu adalah seperti berikut :
(huhuhuhu...... =p macam soalan peperiksaan lah pula..)
tapi aku percaya, kuih2 ni ada macam2 nama..
kadang2 aku sebut lain, korang pulak sebut lain..
yang penting 1 rasa dan 1 bentuk kan..
huhuhu...=p



Kuih Cara Berlauk



Kuih Badak Berendam



Kuih Tepung Pelita



Kuih Peria



Kuih Akok



Kuih Kaswi



Kuih Lopis



Kuih Cek Mek Molek



Kuih Nekbat



Kuih Telinga Lembik



Kuih Abuk-Abuk



Kuih Beronok



Kuih Ketayap

Rokok Di Bulan Puasa

Assalamualaikum..


entri ini adalah entri umum ye..
tak ada kaitan pada sesiapa pun..
tapi tertarik dengan iu ni sejak 
ada fatwa mengeluarkan yang rokok itu HARAM..
tapi pada penghisap rokok tegar ni agak susah untuk tinggal kan
tabiat merokok ni..
walaupun pada bulan puasa..
lepas berbuka puasa je terus cari rokok..
tak boleh nak tinggal..

jadi aku boleh juga lah simpulkan rokok dan bulan puasa ni 
masih belum boleh dipisahkan..
mungkin ada yang boleh tinggalkan tabiat merokok ni 
secara beransur-ansur..
tapi ada juga yang makin ketagih..

aku bukan nak memaksa..tapi kadang2 perkara yang baik tu
kena di paksa baru menjadi..
so paksa lah diri anda untuk berhenti merokok..
ambil kesempatan di bulan yang mulia ini untuk hindarkan ROKOK..
lagi2 bila ada fatwa mengeluarkan kenyataan ROKOK itu HARAM..
so..tepuk dada tanya hati korang..
aku hanya mampu menulis..
mungkin senang untuk berkata2..tapi yang nak buat tu susah..betul tak..?
tapi belum cuba belum tau kan..
hidup tanpa rokok...!!!
anda mampu melakukannye..cewahhhhhh...!huhuhu...=p



takut tak tengok gambar ni...huhu
meti tak takut kan..
gambar2 seram kat kotak rokok pun korang buat2 tutup mata je..huhuhu...=p



Tuesday, July 24, 2012

Perkahwinan Muda - Syafiq (16 tahun) & Yana (14 tahun)

Assalamualaikum...




lamanya tak update blog..
tiba2 mood berblog datang pula malam2 ni..
so post lah apa yang patut..
kebetulan sekarang ni tengah hot cerita tentang majlis perkahwinan 
muda pasangan Syafiq dan Yana yang masing2 berumur 16 tahun & 14 tahun..
memang kalau dengar macam tak percaya je kan..
sebab muda sangat..
tapi itu lah yang telah pun tersebar luas di internet dan video 
persandingan pasangan ni telah tersebar luas di laman youtube..
lebih 200 ribu yang melihat video ni..

pasangan muda ni telah mengadakan majlis persandingan awal bulan lalu,
8 Julai dengan penuh meriah sekali..
macam2 komen yang ada kat laman youtube ni..
ade yang positif dan juga negatif..
mungkin sebab masing2 masih bersekolah kot..
terlalu muda..
tapi disebalik nya ade juga kebaikannya..
yang penting pandai jalankan tanggungjawab masing2..
bagi aku tak salah pun kalau nak kahwin muda ni..
apa2 pun tahniah di ucapkan kepada pasangan ni..
tak semestinya kahwin muda tak boleh jalankan tanggungjawab sebagai suami isteri kan..
moga bahagia selamanya... =)





Tuesday, June 26, 2012

Kalau Nak Gelak, Jom Tengok RUNNING MAN

assalamualaikum..




mungkin aku ni orang yang ketinggalan zaman..
ye lah..game show Running Man dari Korea ni dah berzaman dah ada..
tapi aku baru terkedek2 nak tengok..
aduiiiiiiii...apa pun tak boleh..
tetibe pula boleh layan game show Korea ni..
dulu tak kisah langsung bila kawan2 cakap game show ni memang best..
bukan senang aku nak terpengaruh dengan kawan2 yang gila kan Korea ni..

tapi akhirnya aku kalah juga..
bila dah sekali tengok..
terus layan..
gelak tak ingat dunia..huhuhu..
mula2 ingat nak hilangkan tension sebab baru jawab exam yang sangat2 mencabar..
saja nak bergelak ketawa..try lah game show yang member cakap best ni..
tak sangka pula sangkut..huhuhu...=p

orang lain dah tengok sampai episod 90 lebih..
aku baru terkedek2 nak mula..
baru nak tengok episod 10..
jauh lagi rupanye perjalanan aku tu..huhu..
apa2 pun aku sangat suka dengan hasil kerja seni Korea ni..
macam2 idea diaorang ni nak tarik perhatian penonton dan peminat..

jom kita layan game show ni...
sangat2 menghiburkan..sesuai untuk semua lapisan masyarakat..
diutamakan kepada orang yang tension2 ni..
jom kite bergelak ketawa beramai2...=)
mesti stress korang akan hilang...huhuhu..




Monday, June 25, 2012

Menghilang..

assalamualaikum..


Rasa nye dah lama sangat aku tak jenguk blog kesayangan aku ni..
mungkin ada yang dah lupa..mungkin juga ade yg ingat..
apa2 pun terima kasih kepada sesiapa yang masih ingat lagi pada blog ni..
pada yang unfollow tu aku tak marah atau tersinggung pun..
mungkin sebab blog aku ni dah lama bersarang..
bukan ada peminat pun..

saje suka2 je nak update..
kalau ada yang nak baca tu..kira ok lah kan..
sekarang ni aku tengah cuti semester selama 2 bulan lebih..
tapi bukan cuti sepenuhnya pun..cuma terpaksa menjalani praktikal..
ehhh..terpaksa ke?huhuhu...
mungkin memang terpaksa pun..
sebab lagi best kalau bercuti tanpa ada latihan industri..
huhuhu...
tapi nak buat macam mana kan..
nak tak nak kena lah tempuh juga..
tak lama pun..cuma 2 bulan je..
so, anggap je semua tu untuk sementara dan 
untuk mencari pengalaman kerja..
mungkin dari 'terpaka' akan jadi' rela'..=)

sebelum aku akhiri aku nye entri ni..
aku nak ucapkan selamat bertunang kepada sepupuku yang tersayang..
telah pun menjadi tunangan orang sabtu lepas, 23 Jun..
tahniah...=)



Saturday, May 5, 2012

Malam Pesona Bintang

assalamualaikum..


malam tadi telah diadakan Malam Pesona Bintang 
bertempat di Palm Garden Hotel, IOI Resort..
majlis ni bukan macam Anugerah Bintang Popular ye..
majlis biasa2 je..huhu..
sempena sambutan untuk pelajar akhir kolej 15, UPM..
disebabkan aku ni pelajar tahun akhir..so join je lah..
ada juga kenangan time belajar ni kan..

tema untuk malam tu kesultanan melayu Melaka..
so, aku dengan geng2 pun belasah je lah pakai ape pun..
asalkan tak lari tema sangat..huhu..

jom layan gambar2 aku dan geng2 time Malam Pesona Bintang ni..



tengah tunggu bas nak gerak.. =)

sempat lagi nak posing2..=p

Dang Anum...?

senyum semua... =)

ini lag geng aku..=)

cepat lah..asik bergambar je..perut dah lapar ni..=)

ehem2...=)

ni lah roommate aku yg comel2..=) 

sayang korang..=)

amacam..?ikut tema tak?macam tak je..huhu..=p

eh2...=)

macam nak beraya gayanya..

berbaris...=)

"tak mo kawan dah..." =p

eh2...kawan balik dah...=) 

gadis melayu terakhir...=)

persembahan khas...=)

bila lah nak makan ni...? =)

haaaa...ini lah juadah kami malam tadi..=)

jom kita belasah... makan time..=)

desert yang boleh tahan juga lah..=)

sukanya dia..perut kenyang ye..=)

sopannye kawan aku sorang ni..=)

muka happy lepas makan..=)

cenderahati dari pihak kolej..=)

jom bergambar lagi..=)

nak balik dah...=)

my course-mate..

tunggu masa nak balik..muka semua dah penat..=)


so berakhirlah malam meraikan pelajar2 akhir kolej aku ni..
pulang dengan hati senang..=)
hope kenangan ni akan menjadi kenangan paling indah bagi aku..=)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...