Monday, October 31, 2011

Shah Jazle Rancang Tunang Dengan Miera Liyana

assalamualaikum u ol..


rasa agak lama pula KIC tak update blog..
cuti pertengahan semester terus cuti berblog...
tak patut betul kan..huhu..
ok lah..pagi ni KIC mulakan cerita tentang pelakon popular 
Shah Jazle dan Miera Liyana..
mungkin ramai yang dah tau tentang kisah percintaan pasangan ni..
cerita terbaru KIC dengar mereka ni nak bertunang..
walaupun Miera Liyana mengakui yang dia masih muda, tapi dia dah bersedia 
fizikal dan mental untuk melangkah ke fasa baru dalam perhubungan mereka..
bagus lah kalau macam tu kan..
apa2 pun kita baca dulu apa kata Shah Jazle tentang isu ini..



pasangan yang sedang hangat bercinta..
Shah Jazle dan Miera Liyana



"Ya benar saya dan Miera ada berbual-bual mengenai hubungan kami dan salah satu perkara dibincangkan adalah mengenai ikatan pertunangan. Tetapi kami tidak mahu terburu-buru kerana masing-masing sibuk dengan pelbagai aktviti. Itu hanya perbincangan sahaja. Percintaan saya dan Miera baik setakat ini walaupun masing-masing sibuk dengan kerjaya. Kami juga tidak mahu memberikan tekanan kepada hubungan itu kerana bimbang ia tidak akan menjadi. Kami serahkan kepada jodoh."



kalau betul lah apa yang di katakan tu..
Alhamdulillah..=)


P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

Peserta MasterChef Malaysia Tak Handal Masak

assalamualaikum u ol..




waktu cuti sem minggu lepas, KIC sempat tengok rancangan 
MasterChef Malaysia Kat Astro..
bab masak2 ni KIC memang minat..walaupun KIC tak pandai sangat masak2 ni..
tapi bile tengok rancangan macam ni rasa excited pula..
tapi sayangnya tiap2 masakan yang di tunjukkan tu tak membuatkan KIC terliur pun..
makanan yang dipersembahkan biasa2 je..
mungkin masih awal lagi..
taring peserta2 pun belum keluar lagi..
tapi bila dengar pasal MasterChef Malaysia ni nampak gah kan..
kita harap peserta2 dapat tampilkan masakan yang menarik..
tapi KIC tengok belum ada lagi yang betul2 buat penonton terliur kot..
mungkin ini cuma pandangan KIC je..
KIC pun bukan pakar dalam bidang masakan..
nak tau pendapat kena lah tanya pada yang pakar..
sapa lagi kalau bukan CHEF WAN..


Setelah menonton sendiri program itu, saya berpendapat 90 peratus daripada peserta memang tidak berbakat. Kalau orang yang pandai masak, mereka tidak perlu lagi diajar perkara-perkara asas dalam memasak. Ini saya tengok, ramai yang terkial-kial. Hendak guna pisau yang betul untuk memotong bahan-bahan dapur pun masih ada yang tidak tahu.

Setakat ini tidak ada lagi persembahan makanan yang boleh membuka selera saya. Semuanya tidak menjadi. Kalau kita tengok versi Australia, persembahan mereka sahaja sudah boleh membuatkan kita terliur.

Saya beri komen ini bukan kerana tidak puas hati saya tidak menjadi juri tetap dalam program ini atau hendak menjatuhkan sesiapa, tetapi saya mahu kesilapan ini diperbaiki pada masa akan datang. Mana tahu selepas musim pertama ini akan ada MasterChef Malaysia musim kedua. Apa yang saya luahkan ini adalah luahan yang sama daripada peminat-peminat di laman Facebook milik saya. Bukan sengaja hendak cari kelemahan orang Melayu, tetapi saya tidak mahu mereka diketawakan.

Saya cadangkan kepada produksi supaya menjalankan pemilihan yang ketat. Pastikan mereka benar-benar berbakat. Memang rancangan ini untuk amatur, tetapi janganlah sehingga tidak pandai masak. Penonton sendiri boleh menilai sama ada orang itu pandai memasak atau tidak. Biar ambil masa yang lama untuk sesi ujibakat, asalkan hasilnya tidak mengecewakan.





Juri Masterchef Malaysia yang terlibat adalah 
Mohd Nadzri Redzuawan, 29 (Chef Riz), Moh Johari Edrus, 55 (Chef Jo), 
Zubir Bin Md.Zain, 45 (Chef Zubir), Yahaya bin Hassan, 49 (Chef Yahaya) dan Priya Menon.


bagi KIC barisan juri dah ok..
cuma juri perlu komen secara menyeluruh..
aspek komunikasi juri dengan peserta pun kena lah ok..
ni KIC tengok juri2 pun kaku je..
tak menyerlah langsung..
rancangan dah ok..tapi juri pula macam tak ada komunikasi yang baik..
cakap pun macam nak tak nak..
apa2 pun mereka semua sudah cuba yang terbaik..=)


P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

Monday, October 24, 2011

Cinta Muka Buku Vs Cinta Muka Bulu

assalamualaikum u ol..




mungkin lagu Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latif agak familiar 
dengan korang kan..
makin meletup2 lagu ni..
tapi korang mungkin tak berapa familiar dengan lagu Cinta Muka Bulu..
tajuk dah akan2 sama..tapi lain maknanya tu..
KIC usha2 youtube, terjumpa klip video Cinta Muka Bulu ni..
klip video ni memang dihasilkan berdasarkan lagu Cinta muka Buku..
cuma ditukarkan dari Buku ke Bulu..huhuhu
agak menggelikan hati KIC tengok klip video ni..
ada je idea nak buat klip video macam ni..
percaya atau tak baru 3,4 hari klip video Cinta Muka Bulu ni ditayangkan di youtube, 
dah cecah lebih 50 ribu orang yang tengok..
macam gempak je kan..
nak tau gempak ke tak..korang layan dulu..baru komen..huhuhu...=p




amacam????huhuhu...


P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

(Gambar) Anak Kembar Mariah Carey

assalamualaikum u ol..

mesti ramai yang dah tahu tentang anak kembar
Mariah Carey & suami, Nick Cannon..
sebelum ni mariah carey dan suami masih menyembunyikan kelahiran anak nya ni..
Mariah carey memang menjaga provasi mereka sekeluarga..
mungkin sekarang mereka telah bersedia untuk membuat pendedahan tentang
anak kembar mereka yang comel ni..
anak yang diberi nama Moroccan & Monroe ni lahir pada April lalu..






P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

(VIDEO) Budak 2 Tahun Digilis Van Tanpa Diberi Pertolongan

assalamualaikum u ol..




serius..KIC sangat2 sedih tengok video ni..
nak menitis air mata ni..
kenapa lah kejam dan zalim mereka ni..
dah lah budak 2 tahun ni di langgar van tu, lepas tu pemandu tu boleh 
pula gilis budak ni dengan tayar belakang..
macam melanggar anjing kat jalan..
panas hati KIC tengok pemandu van tu..

yang paling KIC geram adalah orang ramai yang lalu lalang tu 
boleh buat dek je..
macam tak ada apa2 berlaku..
memang tak berperikemanusiaan langsung..
macam ni ke sifat manusia..
lunyai budak tu kena gilis..orang ramai buat tak tahu..
dah lah lepas tu kena gilis lagi dengan lori..
aduhhh..geramnya..
nasib lah kejadian ni berlaku kat China..
tapi sebagai manusia, memang tak patut lah hal ni berlaku..
korang tak caya, korang layan lah video yang KIC jumpa kat Youtube ni..



boleh pula orang ramai buat tak tahu je..dia ingat yang terkulai tu anjing ke..



mengikut maklumat yang KIC dapat..
penduduk kat China memang budaya diaorang macam ni kot..
apa yang terfikir dalam fikiran KIC lepas tengok Video ni,
memang rakyat yang tak berperikemanusiaan..pentingkan diri sendiri..
sebab nya, undang2 kat situ kalau tolong orang tu, kita sendiri akan dipersalahkan..
walau bukan salah kita..sebab tu orang ramai buat tak tahu je..
kalau ada yang tolong dan bawa ke hospital, orang tu yang bertanggungjawab..
tak silap KIC mula2 memang Van tu dah langgar budak tu, 
lepas tu dia gilis lagi..sebabnya dia harap budak tu mati..
kalau tak mati dia kena tanggung akibatnya kalau budak tu hidup,
kalau budak tu mati pemandu tu kena saman je..
kalau budak tu hidup dia kena sara budak tu seumur hidup, lagi2 kalau ada kecacatan kekal..
tu yang dia gilis lagi, harapannya biar budak tu mati..

memang tak bertamadun betul la..hati kering..geramnya KIC tau tentang hal ni..
undang2 ape lah macam ni..pemikiran kolot..
nasib lah Malaysia tak seteruk macam ni..

budak ni di sahkan telah meninggal dunia kerana kecederaan teruk yang dialami..
=(


P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

Sunday, October 23, 2011

Isteri Tomok Hamil

assalamualikum u ol..




selepas mendirikan rumah tangga pada 1 julai lalu..
Tomok menerima khabar paling menggembirakan apabila isteri Tomok, Ayu
disahkan hamil..
tahniah Tomok..
KIC terbaca di Twitter Tomok pagi tadi..
khabar gembira ni dikongsi bersama peminat2 nya..
tak lama lagi Tomok bakal jadi ayah lah ye..





tahniah Tomok..
jaga wife tu elok2 ye..=)


P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

MotoGP Malaysia 2011 Dibatalkan, Kemalangan 3 Pelumba

assalamulaikum u ol..




hari ni telah berlangsungnya MotoGP Malaysia 2011 di Sepang..
KIC baru terdengar tentang berita tergempar ni..
melibatkan kemalangan 3 pelumba sebentar tadi..
penunggang Honda, Marco Simoncelli, 24 tahun dilaporkan telah meninggal dunia 
pada acara ini..
dia dikatakan terjatuh dan kepalanya dirempuh oleh 2 lagi pelumba..
seorang dari pelumba cedera ringan dan seorang lagi cedera teruk di bahu..
ini adalah acara terakhir RIP Marco dan telah menemui ajal di Malaysia..
ekoran kejadian ini, pertandingan ini dibatalkan..



gambar kenangan RIP Marco Simoncelli
perginya seorang pelumba muda berbakat..




video kemalangan di MotoGP melibatkan kematian Marco Simoncelli


P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

(Gambar) Majlis Pernikahan Yasmin Hani & Sha'arin Razali

assalamualaikum u ol..


selamat pengantin baru kepada pasangan Yasmin Hani & Sha'arin Blackrose..
mereka telah disatukan pada 21.10.2011..
kiranya KIC lambat lah update ni ye..huhu..
sebelum ni KIC update tentang Gambar Pra Perkahwinan Yasmin & Sha'arin..
apa2 pun kita layan gambar majlis pernikahan mereka ni pula ye..


















sumber gambar: Ohbulan

P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

Demam Drama Korea

assalamualaikum u ol..


selamat berhujung minggu..
aktiviti KIC hujung minggu ni duduk rumah..
yang best nya saving,dapat  rehat2 dan yang tak best nya..bosan..huhu..
esok KIC dah start cuti mid semester..
tak silap KIC UPM je yang cuti..
U lain belum lagi kot..
so bermula lah episod di kampung halaman selama seminggu..
tapi ok ape..boleh rehatkan otak dari menghadap buku..

ok lah..malas nak bebel panjang lebar..
KIC yakin sangat ramai yang minat giler dengan drama korea..
KIC?emmmm..biasa2 je..
lama dah tak tengok pun..
tapi ramai di kalangan kawan2 KIC peminat setia drama korea..
dalam laptop penuh cerita korea..
tak cukup kat laptop simpan pulak dalam hard disk..
ni memang termasuk dalam golongan 'Demam Drama Korea'..
tapi terus terang KIC cakap, KIC tak minat sangat..
last KIC layan drama Full House..
haaa...tu cite zaman tok kadok tu..huhuhu..
KIC tengok pun sebab ceritanya best..
lepas tu malas dah nak layan drama korea ni..
mungkin KIC cepat bosan dengan jalan cerita korea yang biasanya pangjang berjela..

yang bestnya KIC dengar tak lama lagi Full House 2 akan muncul..
wahh..tibe2 pula excited nak tengok drama ni..
mesti jalan cerita nya lagi best..
pada yang meminati drama korea ni mesti tak sabar2 nak tunggu drama ni ditayangkan..



Rain & Song Hye Gyo yang dikatakan teraju utama dalam drama Full house 2..


P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

Friday, October 21, 2011

(Gambar) Pra perkahwinan Yasmin Hani & Sha'arin Razali

assalamualaikum u ol..


hari ni 21.10.2011 adalah hari bermakna bagi pasangan Yasmin Hani dan Sha'arin..
mereka akan bersatu sebagai suami isteri..
Sha'arin ni adalah bekas pemain dram Blackrose dan juga abang kepada pengacara
Qi (jalan-jalan cari makan) yang juga kekasih kepada penyanyi Yuna..
Sha'arin ni juga merupakan bekas suami kepada pelakon Ida Nerina..
so hari ni KIC nak tunjuk dulu gambar pra perkahwinan pasangan ni..=)






selamat pengantin baru kepada pasangan yang sama cantik sama padan ni..=)
moga berbahagia ke akhir hayat..


sumber gambar: Redphotography 

P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

Wednesday, October 12, 2011

Julia Ziegler 'Serang' Sharifah Shahira

assalamualaikum u ol..



Shira bersama Ijoy


amboi..artis dah pandai 'serang2' sekarang ni ye..
wahh..yang ni pula artis junior serang artis senior..
berani betul dia ye..
mungkin dah terdesak..sampai sanggup buat macam ni..
perkara ni terjadi antara pelakon Julia Ziegler dan juga pelakon Sharifah Shahira
yang terjadi semasa majlis resepsi Memey & Norman..
banyak betul kontroversi masa majlis ni berlangsung ye..
Julia memang mengakui dia menemui Shira supaya dia menasihati adiknya, Sharifaj Nur Sakinah
yang juga seorang pelakon agar tidak menfitnahnya..
Julia juga menegaskan yang dia bukan berniat untuk berbalah,
tapi meminta Shira menasihati adiknya supaya tidak menyebarkan lagi fitnah berkenaan
kononnya Julia mempunyai hubungan sulit dan pernah tidur dengan seorang kru produksi 
drama Noktah Elena 2 tahun lalu..
yang terbaru pula dia dikaitkan dengan pelakon Gambit Saifullah..
macam2 lah..



Julia Ziegler


Saya tidak serang Shira tapi saya jumpa dia kerana ingin bercakap dengan cara yang baik agar dia menasihatkan adiknya Kina (Sakinah) untuk menghentikan fitnah terhadap saya. Saya dapat tahu dia (Sakinah) yang menyebarkan cerita-cerita tersebut. Saya pernah telefon Kina dan bercakap sendiri dengannya tapi dia seperti tidak melayan panggilan saya.

Saya jumpa Shira bukan mahu panjangkan cerita ini, kalau boleh saya tidak mahu buka mulut dan bercakap lagi tentang ini. Saya cuma mahu mereka berhenti bercakap dan menuduh saya dengan tuduhan begitu. Ini tidak ada kaitan dengan lelaki atau siapa-siapa tapi sebab maruah saya yang sudah tercalar sebab cerita-cerita ini.


jom kita baca apa pula kata Sharifah Shahira tentang hal ni..


Saya memang tak tahu apa-apa mengenai isu tersebut. Apa yang saya tahu, ini semua salah faham. Saya ada bertanyakan kepada adik saya sama ada dia ada membuat cerita mengenai Julia, namun dia memberitahu dia hanya dengar cerita lama itu dari orang saja dan tidak tahu perkara itu benar atau tidak. Saya dah menasihati adik saya agar selepas ini jangan sibuk lagi hal orang. Bagi saya, dia masih baru jadi dia tidak tahu banyak perkara. Banyak lagi benda yang dia harus belajar. Saya dah pesan kat dia, bila dah jadi artis ini, kena berhati-hati. Adik saya sendiri pun dah minta maaf kepada saya kerana disebabkan dia punya hal, saya yang kena.

Saya tak tahu apa mereka punya situasi, tapi saya terkilan kerana dia tak hormat saya sebagai artis lama. Bagi saya, dah macam tak ada adab. Saya takut dengan pelakon sekarang yang dah lagak macam diva dan tak hormat orang dah. Bagi saya, jika marahkan hal berkaitan teman lelaki, kenapa sampai nak melibatkan kakak orang lain. Saya akui ada menghubungi Gambit selepas insiden itu dan dia telah minta maaf kepada saya. Dia juga ada beritahu akan menyuruh Julia minta maaf kepada saya.

Alhamdulillah, Julia dah minta maaf kepada saya. Bagi saya, industri kita kecil, jadi tak payah nak marahkan orang sebab kita kena fikir kita akan jumpa orang yang sama lagi. Lepas ini, tak payah nak bermusuh antara satu sama lain dan semua kena merendah diri. Saya pun enggan memanjangkan lagi isu ini dan Ijoy pun dah menasihati saya agar jangan cakap apa-apa lagi.






moga hal ni tak berlarutan lah ye..
kalau dah dalam industri yang sama tapi kalau bermusuh, susah lah kan..
buang yang keruh, ambil yang jernih..

sumber: Mstar, Gua

P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ


Tuesday, October 11, 2011

Saya Hormati Keputusan Fida Untuk Berpisah - MAMAT

assalamualaikum u ol..



hanya tinggal kenangan..



ramai yang dah sedia maklum dengan kontroversi perpisahan Fida & Mamat..
mungkin ini lah dia cara pengakhiran hubungan cinta mereka..
tak ada jodoh nak buat macam mana..
cuma yang tak best nya mereka berpisah kerana hal yang tak sepatutnya..
gara2 memuat turun gambar tak bertudung Fida semasa mereka sama2 bercuti ke Batam,
Mamat menerima padahnya..
Fida memang mengakui punca perpisahan mereka ni adalah kerana 
penyebaran gambar itu..
tapi nasi dah jadi bubur..
Fida pun dah buat keputusan untuk berpisah..
mungkin sampai di sini sahaja hubungan percintaan mereka..
jom kita baca apa kata Mamat tentang perpisahan ini..


Terus-terang saya katakan, saya tidak tahu tentang perpisahan ini sehinggalah keluarga saya maklumkan. Sejak kisah ini menjadi paparan media cetak dan elektronik, saya sudah tidak membaca akhbar atau menonton program-program hiburan di televisyen. Saya tidak berani untuk membaca dan melihat kisah saya diperkatakan umum. Saya tidak kuat untuk menghadapi situasi ini.

Jika benar Fida mengambil keputusan untuk berpisah, saya hormati keputusannya itu. Saya akui semua yang berlaku ini adalah salah saya. Saya pun telah minta maaf kepada Fida, tetapi mungkin dia tidak dapat menerima permohonan maaf itu. Apa yang berlaku adalah tidak disengajakan. Tidak mungkin saya hendak memburuk-burukkan Fida kerana saya sayangkan dia. Saya terima keputusan Fida untuk berpisah. Mungkin ini adalah hukuman terhadap kesilapan yang saya lakukan. Saya anggap semua yang berlaku ini adalah takdir.

Saya tahu Fida seorang yang jujur dan tidak pandai menipu. Jika dia kata mahu memutuskan perhubungan kami, saya percaya dengan kata-katanya itu. Tetapi, saya mahu Fida berjumpa dengan saya dan katakan yang dia ingin berpisah. Jangan hanya beri kenyataan kepada pihak media. Saya rasa caranya itu tidak betul. Ketika mahu bercinta, kenapa boleh bersemuka? Apabila hendak putus, mengelak daripada berjumpa pula. Saya mahu Fida putuskan hubungan ini secara baik.



kenangan semasa bercuti di Batam


sejak isu ini terjadi, Mamat hanya berjumpaFida hanya sekali je..
nak bercakap dalam telefon pun Fida tak nak..
marah sangat lah tu..
kecian lah Mamat, dulu bertiga (Sepah), lepas tu berdua (Fida)..
tapi sekarang tinggal sorang je lah...=p


sumber: Gua Malaysia

P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

Monday, October 10, 2011

Gaun Tu Tak Terlalu Seksi - Amanda Imani

assalamualaikum u ol..




Artis kita sekarang ni makin berani tampil dengan imej seksi..
bukan seorang dua..tapi ramai dah..
masing2 berlumba2 nak tunjuk kan tubuh badan tu..
isu berpakaian seksi ni dah jadi perkara biasa..

kadang2 artis ni tak kisah kot di kecam..
mungkin bagi diaorang isu ni akan hilang bersama masa yang berlalu..
bila isu ni timbul baru lah minta maaf..
lepas tu buat lagi..

penyanyi yang popular dengan lagu Selamilah Cinta 
dan juga Pemenang Vokal Terbaik Artis Baru Wanita di APM 2011
turut dihimpit dengan isu seksi ni..
dia telah berpakaian seksi semasa Majlis Resepsi Memey & Norman 
di Kuala Lumpur..
bagi KIC memang seksi..kalau nak ikut tema majlis 
pun jangan lah sampai macam tu sekali..
sepatutnya artis ni perlu lebih berhati2 dalam memilih pakaian..
jom kita baca apa kata Amanda Imani tentang isu seksi ni..




Saya minta maaf andai ada yang tidak berkenan dengan cara pemakaian saya. Ini kali pertama saya dihentam teruk sebegini. Saya hanya memenuhi tema majlis perkahwinan itu iaitu Manhattan New York yang mahukannya kelihatan lebih elegan dan sofistikated. Kepakaran pereka pakaian Wan Huzairil merealisasikan impian saya. 

Saya tak akan memakai sesuatu baju andai tidak yakin. Itu dah jadi prinsip hidup saya. Lagi pun, saya menghormati tema majlis. Gaun itu tidak terlalu seksi sebab saya ada definisi tersendiri tentang seksi. Seksi tidak semestinya secara fizikal tetapi lebih menjurus kepada keperibadian seseorang menguruskan kehidupan. 

Sebelum ini pun ada yang mempertikaikan cara pemakaian saya di umum. Tapi saya tak kisah dan terima semuanya. Kalau nak tahu, saya pernah memakai baju tertutup litup sewaktu membuat persembahan tapi orang tetap cakap saya seksi. Jadi, sama ada yang bertutup litup atau terdedah, saya buat kesimpulan, tak payah nak ambil hati dengan apa yang orang cakap. Asalkan saya tahu ia tidak melampau dan keterlaluan.


ini lah gaun yang dikatakan tak terlalu seksi oleh Amanda Imani..
gaun ini dipakai semasa Majlis resepsi Norman & Memey..


itu lah jawapan Amanda Imani yang tak tahu bezakan antara 
seksi dan bertutup litup..
KIC tahu Amanda Imani memang berbakat besar..
dia antara pelapis negara yang akan mengharumkan nama negara..
tapi bab pakaian tu kena lah jaga sikit ye..


P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ..

Sunday, October 9, 2011

(Gambar) Terbaru Anak Nora Danish

assalamualaikum u ol..


dah lama KIC tak tengok anak Nora Danish ni..
dulu tengok masa kecil2 lagi..
sekarang ni bila tengok balik..
memang makin cute + comel anak Nora Danish ni..
ala2 jepun gitu..
geram sangat KIC tengok..
dah besar anak pelakon ni..

Anak nya Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang kini dah berusia 3 tahun
adalah buah hati pengarang jantung kepada Nora Danish..
mesti Rayqal ni anak yang manja...=)




so sweet..=)
sangat comel..


sumber: Twitter Nora Danish


P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

Saturday, October 8, 2011

Diana Amir Kurang Tawaran Berlakon Selepas Bertudung

assalamualaikum u ol..




ramai yang dah sedia maklum tentang perubahan pelakon Diana Amir ni..
dia dah pun bertudung sejak lebih sebulan yang lalu..
pembaharuan Diana ni diterima baik oleh peminat..
malah ramai yang memberikan respon positif tentang imej barunya..
tapi baru2 Diana Amir kurang mendapat tawaran lakonan kerana dia sudah bertudung..
jom kita baca sendiri kenyataan dari Diana tentang isu ini..




Buat masa ini saya tidak mempunyai sebarang tawaran berlakon tetapi saya mengambil ia sebagai ujian selepas penghijrahan saya. Saya kini lebih banyak meluangkan masa untuk menghadiri kelas agama dan saya semakin berasa seronok dan tenang.

Saya masih ingin terus berlakon tetapi dengan watak sesuai dengan imej ni. saya bertekad dengan keputusan perubahan imej ni biarpun mengakui diri masih terlalu cetek dengan ilmu agama.





rezeki ada di mana2..
so, jangan risau..apa2 pun peminat akan mendoakan terbaik..
ramai yang memberi respon positif..tapi yang peliknya ada pula yang cakap 
Diana Amir ni lebih cantik tak bertudung..ishhhh..
KIC lagi suka dengan pembaharuan Diana Amir ni..cantik tau..

sumber: Mstar

P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

Gambar Terkini Anak Datuk Dr Sheikh Muzaphar

assalamualaikum u ol..


makin popular lah anak Dr Sheikh Muzaphar ni..
macam ayah dia..
bangga lah jadi anak angkasawan negara..
untung Isabella ni dapat ibu dan ayah yang bijak pandai..
sekarang ni tak silap KIC umur anak pasangan Dr Sheikh Muzaphar & Dr Halina ni
dah masuk 2 bulan lebih..







sebelum ni pun KIC ada post tentang anak Dr. Sheikh Muszaphar ni..
nak tengok klik SINI


P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

Bayi Diliwat Bapa

assalamualaikum u ol..



ini lah dia bila hidup dah berajakan syaitan dan berlandaskan nafsu..
bila si isteri tak nak melayan kehendak seksual si suami, bayi yang berusia 23 hari
menjadi mangsa nafsu rakus bapanya sendiri..
ini lah berita yang baru KIC baca dalam akhbar tempatan hari ni..
kenapa lah cetek sangat fikiran lelaki ni..
sampai bayi sendiri pun sanggup diliwat..


GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil. 

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah. 

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.

“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.


keciannya bayi malang ni..
tak dapat mak, anak pun tak pe..
geramnya lah lelaki macam ni..


sumber: Metro

P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...