disebabkan masalah wireless kat rumah ni..
rosak pula time balik kampung ni..
banyak kali juga call TM suruh betulkan..
akhirnya tadi technician datang rumah dan betulkan..
ok juga la..dapat on9..dan yang paling penting dapat update blog..
mati kutu kalau tak ada internet ni..
nak g CC malas pula..rasanya dah bertahun2 kot tak jejak kaki kat CC..
ok..berbalik pada tajuk entry ni, malam tadi ada dapat mesej dari kawan kolej saya..
ingat kan mesej tanya khabar ke..
ye la..dah start cuti kan..
tup2 bila buka inbox..ada pulak bacaan surah Yassin..
dari ayat 1-6..
ingat kan dia saja bagi, suruh saya baca Yassin malam tadi..
kira ok la kalau ada yang ingatkan..huhu...=p
tapi tup2 baca sampai bawah...
" sila kirim surah Yassin ini kepada 7 insan bergelar Islam.
InsyaAllah esok anda akan menerima khabar yang baik dan rezeki dari Nya.."
aduiii..sms berantai rupanya..
sejak dulu lagi memang tak layan sms berantai ni..
kebanyakkannya menggunakan nama Allah dan Islam..
masih ada lagi yang percaya pada semua ini..
lepas tu yang bestnya ayat terakhir sms berantai ni..
"JANGAN DELETE INI BETUL2 JADI KENYATAAN..
DARIPADA USTAZ M.ZUHAIRI..InsyaAllah mungkin ada yang tersirat daripada ayat diatas"..
aduii..ni lagi 1..nama ustaz mana pula diaorang ni pinjam ek..
pelik la..sejujurnya tak suka sms macam ni masuk dalam HP ni..
tak ada untungnya pun..
percaya la apa yang baik itu datang dari Allah..
sms2 ni semua nya tak bagi apa2 pun..bazir kredit korang je..
pernah tanya isu ini pada Ustaz Mohd Zawawi Yusoh..
dia sendiri cakap jangan percaya sms berantai ni..
banyak kali dapat sms mcm ni..
kadang2 tu sampai cakap..
" kalau delete atau abaikan sms ni..hidup tak kan tenang dan akan terima musibah.."
emmm..macam2..
p/s: SMS berantai ni cuma bazirkan duit korang je...