Tuesday, January 31, 2012

Ulasan Anugerah Juara Lagu 26

assalamualaikum u ol..




Ahad lalu Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26) 
telah pun melabuhkan tirai nya..
KIC hanya tengok kat rumah je..
sebab tak dapat tiket AJL pun..huhu..
tapi tengok kat rumah pun best apa sambil makan popcorn..huhuhu...=p

ok lah..berbalik pada Anugerah berprestij minggu lalu..
dengan tema air, memang gempak lah..
terbaik buat masa ni..
bergemerlapan, lip lap2..
di tambah dengan persembahan yang hebat2 dari finalis..
terpacak depan TV3 jelah..
tak nak tinggal kan sesaat pun saat2 yang best masa tu..
bagi KIC persembahan semua finalis memang tip top..
di mulakan dengan persembahan Project Pistol sampai lah ke 3suara..

tentang Alyah yang memenangi persembahan terbaik,
bagi KIC memang layak lah..
dengan permulaan badut sampai lah kepada kemunculan Remy Ishak
yang membuatkan riuh stadium tu..=)
tahniah Alyah..
 bagi vokal terbaik pula KIC bagi KIC ramai calon..
tapi disebabkan 1 pemenang je, maka Hafiz berjaya mempertahankan anugerah ini dari tahun lepas..
tapi mungkin ramai peminat Yuna kecewa kerana Yuna tak bawa apa2 kemenangan pun..
tempat ketiga dimenangi oleh Faizal Tahir..
dua2 lagu Yuna yang dipertandingkan tumpas..
mungkin bukan rezeki Yuna tahun ni..
bagi peminat 3 Suara..tahniak KIC ucapkan kepada penyanyi hebat Ning,Shila dan Jac..
kalau tak dapat tempat pertama pun tempat kedua pun jadi lah kan..=)

apa2 pun KIC ucapkan Tahniah kepada Hafiz yang berjaya merangkul AJL tahun ni..
lagu dia memang layak menang..
sebab setiap lirik lagu nya sangat unik dan mantap..
tahniah untuk M.Nasir..=)

semuanya ada lah pemenang tiada pengalah (kata2 Vince)
semuanya hebat2,,mungkin tak ada rezeki..
Ana Raffali pun pulang dengan tangan kosng..
tak apa, tahun depan cuba lagi..=)


P/s: Share lah entri ni dengan kawan2 korang pulak. Hanya klik button kat bawah ni..Sharing is caring..TQ

Aznil Hj Nawawi (Pak Nil) Berkerusi Roda Ke Uji Bakat OnAir

assalamualaikum u ol..





Pengacara Popular berkerusi roda ke ujibakat OnAir..?
sapa lagi kalau bukan Aznil atau lebih dikenali dengan Pak Nil..
walaupun kaki terseliuh dan tak boleh berjalan seperti biasa,
Pak Nil sanggup datang ke uji bakat OnAir sebagai juri..
bagusnya lah..tanggungjawab kan..
apa2 pun Pak Nil kena pergi juga..

kejadian ni berlaku semasa di lapangan terbang semasa
Pak Nil nak pergi ke Sarawak untuk jadi juri OnAir terbitan Astro..
sebelum berlepas dia pergi ke bilik air dulu..
tapi malang tak berbau..
Pak Nil tersalah langkah dan menyebabkan kaki nya sukar bergerak..
Pak Nil sanggup terus terbang ke Sarawak dengan berkerusi roda dan tongkat
sampai tak berkesempatan nak pergi ke klinik..
sampai macam tu sekali Pak Nil terhadap tugas nya..
nanti lepas habis ujibakat tu dia pergi lah klinik..
harap kaki yang terseliuh tu tak tambah teruk..
Pak Nil hanya bergantung pada ubat je.. 

lain kali berhati2 ye Pak Nil..
moga Pak Nil cepat sembuh.. =)


Info: Jom follow twitter KIC - @jarijemariemas


P/s: Share lah entri ni dengan kawan2 korang pulak. Hanya klik button kat bawah ni..Sharing is caring..TQ

Monday, January 30, 2012

'Dressing Room' Aizat Amdan Diceroboh Semasa AJL 26 - Laptop Kamera Lesap

assalamualaikum u ol..




disebalik kegembiraan Hafiz memenangi Juara Lagu malam tadi..
tapi ada pula cerita sedih Aizat yang singgah ke telinga KIC..
bukan sebab Aizat tak menang..
tapi sebab kehilangan laptop milik abang nya dan juga kemera milif Alif..
mengikut kata abang Aizat, Anas..
ada penceroboh yang masuk ke dalam bilik persalinan Aizat dan mencuri 
Macbook Pro dan juga kamera Canon 60D..
agak sadis juga lah kan..
sebab benda yang tidak disangka..
siapa lah yang mencuri semasa mereka sedang sibuk menjayakan AJL ni.
laptop dan kamera boleh beli lagi..tapi hasil kerja diaorang dalam tu lesap macam tu je..
jom kita baca apa kata Anas dan Aizat..










kecian diaorang ni kan..
tak pasal2 je malang tak berbau..
harap2 dapat balik lah laptop dan kamera mereka..
walaupun macam susah je..


P/s: Share lah entri ni dengan kawan2 korang pulak. Hanya klik button kat bawah ni..Sharing is caring..TQ


Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu 26

assalamualaikum u ol..

korang dah tau ke siapa yang membawa pulang anugerah juara lagu ni..
pada yang tak tau lagi tu memang patut pun korang baca kat sini..
malam tadi KIC tak sempat nak update tentang Juara Lagu ni..
so pagi ni baru berkesempatan..
macam mana?puas hati dengan kemenangan malam tadi..?
ke korang tak puas hati penyanyi pujaan korang pulang dengan tangan kosong..? =p
apa2 pun..jom kita tengok para pemenang AJL malam tadi..





JUARA LAGU KE 26

Hafiz - Awan Nano ( M.Nasir/Budi Hikayat)
Hafiz membawa pulang RM35,000 beserta trofi untuk Juara AJL 26


NAIB JUARA LAGU KE 26

Jaclyn, Ning Baizura, Shila Amzah - Beribu Sesalan (Kevin Chin)
Mereka membawa pulang RM15,000 beserta trofi tempat kedua AJL 26


TEMPAT KETIGA JUARA LAGU KE 26

Faizal Tahir - Karma (Audi Mok/ Faizal Tahir)
Faizal Tahir membawa pulang RM12,000 beserta trofi untuk pemenang tempat ketiga AJL 26


VOKAL TERBAIK

Hafiz - Awan Nano
Hafiz membawa pulang RM10,000 beserta trofi bagi vokal terbaik AJL 26


PERSEMBAHAN TERBAIK

Alyah - Kisah Hati
Alyah membawa pulang RM10,000 beserta trofi bagi persembahan terbaik AJL 26


ANUGERAH JUARA MOBILE CELCOM

Edry Abdul Halim - Sedetik Lebih 
Edry membawa pulang trofi sebagai penghargaan dari Celcom


tahniah kepada pemenang..
kepada yang tidak bernasib baik tu cuba lagi tahun depan..
jangan putus asa pula ye.. =)


P/s: Share lah entri ni dengan kawan2 korang pulak. Hanya klik button kat bawah ni..Sharing is caring..TQ

Sunday, January 29, 2012

Gambar | Bakal Suami Ana Raffali

assalamualaikum u ol..


sebelum ni KIC ada post tentang pernikahan Ana Raffali..
memang berita yang mengejutkan sebab tiba2 je kan..
tapi ok lah..bukan nya Ana nak sorok2 tentang perkahwinan nya tapi 
tunggu masa yang sesuai..
dengarnya lepas AJL malam ni ada akan buat sidang akhbar..
so kita nantikan lah pengumuman dari Ana Raffali sendiri..
sebelum tu KIC nak tunjuk kat korang siapakah
lelaki yang berjaya menambat hati Ana Raffali, 28 tahun ni..
pemuda pilihannya Aznaim Abdullah yang juga merupakan 
pengurus peribadi Ana..
apa2 pun KIC ucapkan pada Ana Raffali atas berita gembira ni.. =)




"Memang Ana akan berkahwin pada Februari ini, tetapi Ana tak mahu umumkan tarikh sebenar. Tunggulah pengumuman rasmi pada minggu hadapan. Majlis pernikahan akan diadakan di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati . Sebelum bernikah, kami akan adakan majlis pertunangan terlebih dahulu untuk mengikut adat. Kami buat majlis tunang dan nikah pada hari yang sama kerana hendak memudahkan kedua-dua pihak. Selepas akad nikah, majlis resepsi akan diadakan di perkarangan masjid bagi menjamu tetamu yang hadir. Tiada majlis resepsi lain selepas itu"


moga majlis Ana nanti berjalan lancar..=)
tahniah dari KIC...=)

Info: jangan lupa undi blog KIC kat SINI


P/s: Share lah entri ni dengan kawan2 korang pulak. Hanya klik button kat bawah ni..Sharing is caring..TQ

Johan As'ari & Nabila Huda Bercinta

assalamualaikum u ol..


sebelum korang berfikir lebih jauh..korang baca dulu entri ni sampai habis ye..
jangan skip2 pula..huhuhu..
al-kisahnya ada ura2 mengatakan yang Johan & Nabila ni bercinta..
tapi betul ke?
atau sekadar gosip..
so belum ada penjelasan dari kedua2 pihak..
tapi kalau tanya pun mesti jawapan standard " kami hanya kawan rapat"
huhuhu...=p
mungkin ini sekadar gosip atau pun cinta lokasi..
untuk pengetahuan korang, Johan & Nabila adalah pasangan 
yang bergandingan dalam drama "Pelangi Kasih" yang ditayangkan di TV3..
sebab sebelum ni Johan pernah dikaitkan dengan Fasha Sandha..
tapi semua tu adalah gosip..tak ada apa2 pun antara mereka..
tapi kali ni KIC tengok ada kemesraan antara Johan & Nabila..
bukan sekadar di lokasi, tapi juga di luar lokasi..
Johan pun rapat dengan anak Nabila, Keisha..
lagi2 kalau kat twitter..
memang sangat2 rapat lah mereka bertweet..
tapi mungkin rapat dikalangan artis..
cuma KIC pelik je baca tweet2 mereka berdua ni..
anggap je lah semua ni gosip..
kalau bercinta pun apa salahnya..
dua2 single kan..huhuhu..











P/s: Share lah entri ni dengan kawan2 korang pulak. Hanya klik button kat bawah ni..Sharing is caring..TQ

Saturday, January 28, 2012

Gambar Terbaru Anak Siti Sarah & Shuib (SepahTu)

assalamualaikum u ol..




malam tadi KIC duk belek2 Twitter, ternampak Shuib upload gambar
anak sulungnya, Uwais AL Qarni..
atau lebih mesra dipanggil Wais..
memang comel..
tersenyum je..
so KIC nak kongsi lah dengan korang gambar terbaru anak Shuib & Sarah ni..
malam tadi sempat juga Shuib layan tweet2 KIC.. =)
geram sangat tengok Wais ni..
dah nak masuk 2 bulan usia Wais..








P/s: Share lah entri ni dengan kawan2 korang pulak. Hanya klik button kat bawah ni..Sharing is caring..TQ

Fahrin Ahmad Sedang Mencari Calon Isteri

assalamualaikum u ol..




ok..ni bukan pasal agensi cari jodoh ye...
KIC cuma nak cerita tentang perkembangan seorang pelakon 
yang KIC anggap sangat tampan orangnya..
siapa lagi kalau bukan Fahrin Ahmad, 33 tahun..
mengikut umur dia, memang dah sesuai pun jadi suami orang..
sebelum ni dia memang ada target nak kahwin pada umur 26-28 tahun..
tapi nak buat macam mana, tak ada jodoh..

tapi sekarang Fahrin dah bersedia nak cari calon isteri..
fuhhh...rasa macam nak isi borang je..huhuhu..
gurau je ye...=p
untuk para wanita di luar sana, ada berita baik untuk korang..
dengar cerita fahrin ni nak kan wanita biasa je..
bukan dikalangan selebriti..
so ada lah peluang para wanita2 single kat luar tu..huhu..
apa2 pun moga Fahrin jumpa wanita idaman hatinya..
tapi jangan terlalu memilih sangat ye..huhuhu...=p



info: follow twitter KIC - @jarijemariemas


P/s: Share lah entri ni dengan kawan2 korang pulak. Hanya klik button kat bawah ni..Sharing is caring..TQ

Friday, January 27, 2012

Penjelasan Tasha Shila Tentang Isu Menari Ghairah Di Rootz

assalamualaikum u ol..




sebelum ni KIC ada terbaca di blog hiburan tentang isu 
pelakon drama Bunga April, Tasha Shila menari ghairah ala2 'pole dancing' di Rootz
salah sebuah pusat hiburan terkenal..
KIC tak nak cerita dulu sebab tak ada kesahihan dari empunya badan..

pada hari kejadian, Tasha Shila sedang meraikan hari jadinya yang jatuh pada 25 haribulan..
ada orang awam nampak Tasha ni menari ghairah tanpa hiraukan orang sekeliling..
so tak tau betul ke tak..
untuk dapatkan kepastian..
KIC dapatkan penjelasan eksklusif dari Tasha tentang isu ini..
sama ada benar ke tak..KIC tak nak komen..
tapi empunya badan dah bagi penjelasan..
so korang nilai kan lah sendiri ye.. 








hope penjelasan Tasha ni akan menjernihkan keadaan..
takut kalau ada tokok tambah, takut akan mengganggu karier Tasha pula..


info: follow twitter KIC - @jarijemariemas


P/s: Share lah entri ni dengan kawan2 korang pulak. Hanya klik button kat bawah ni..Sharing is caring..TQ

Ana Raffali Bakal Nikah 25 Februari 2012

assalamualaikum u ol..




mesti ramai yang terkejut dengan berita ni..
termasuk lah KIC..
KIC terbaca tentang berita ni malam tadi..
so hari ni baru berkesempatan nak kongsi dengan korang..
diam2 ubi berisi Ana Raffali ni ye..
tup2 nak kahwin dah..
walaupun belum ada kenyataan dari mulut Ana Sendiri..
tapi ramai yang dah meneka berita ni..
dah tersebar pula..
mengikut kenyataan Ana, dia tidah mahu mendedahkannya dulu..
dia akan buat press conference tentang isu perkahwinan nya ni selepas AJL ahad ni..
mungkin dia tak mahu kecoh2 dan mahu tumpukan perhatian kepada AJL ni..
lepas tu baru dia akan kongsi berita gembira ni..
dengar cerita lelaki yang berjaya menambat hati Ana 
adalah pengurus peribadinya sendiri, Naim..
haa..elok lah tu..
perkara baik ni patut dipercepatkan..
so mengikut maklumat yang diterima,
Ana Memilih 25 Februari ni untuk melangsungkan perkahwinan nya..
apa2 pun kita tunggu pengumuman rasmi dari Ana selepas AJL nanti.. =)


info: jom follow twitter KIC - @jarijemariemas


P/s: Share lah entri ni dengan kawan2 korang pulak. Hanya klik button kat bawah ni..Sharing is caring..TQ

Undi Blog KIC Dalam Best Entertainment Blog

assalamualaikum u ol..




buat pertama kalinya KIC join benda2 macam ni..
tau dah mesti tak menang..
lagi2 nak kena beat Abang Nara..fuhhhh..
KIC ni apa lah sangat..
saja join nak meriahkan suasana..
kira pertama kali lah KIC join Award macam ni..
tu pun kalau ada yang sudi nak undi..
KIC ni baru je setahun dalam dunia blog..
minat untuk bercerita tentang dunia artis ni..
mula lah KIC terjebak untuk kongsi cerita dengan korang..
disebabkan blog KIC ni adalah kategori entertainment.. 
so terpaksa lah beat dengan blogger yang lebih popular..
tapi tak apa lah..sekurang2 nya KIC ada pengalaman masuk Award macam ni..
bukan senang nak bersaing dengan penulis blog yang dah bertapak bertahun2 dalam dunia ni..
apa2 pun tak salah kan kita nak mencuba..
walaupun tak ada sapa yang nak undi..
bak kata orang "Ada Aku Kisah"..huhuhu...=p
gurau je..

so kalau korang sudi nak undi KIC klik SINI 
dan vote untuk blog jarijemariemas.blogspot.com
undian korang amat2 lah KIC hargai.. =)


P/s: Share lah entri ni dengan kawan2 korang pulak. Hanya klik button kat bawah ni..Sharing is caring..TQ

Hubungan Cinta Miera Liyana & Shahrizal (Shahz Jazle) Bermasalah

assalamualaikum u ol..




berita ni singgah ke pengetahuan KIC baru2 ni je..
agak mengejutkan juga lah..
sebab sebelum ni pasangan ni hebat bercinta..
canang 1 Malaysia yang mereka ni bercinta..
tapi tup2 KIC dengar hubungan mereka ni tengah ada masalah..
ini semua gara2 Miera Liyana mengetahui yang Shah Jazle ada perempuan lain..
seorang pelajar perubatan..
mana lah tak angin Miera Liyana tu kan..
sumber yang bagitahu tu pun teman rapat Miera Liyana..
KIC tak pasti ini salah paham atau pun memang benar yang Shah Jazle ni curang..
KIC tak berani nak komen panjang lebar sebelum dapat apa2 pengesahan dari empunya badan..
tapi dengarnya Shah Jazle sedang memujuk Miera Liyana..
tapi tak tahu lah berjaya ke tak..

apa2 pun harapnya benda ni dapat diselesaikan secara matang..
KIC baca twitter Miera Liyana pun macam orang kecewa je..
tapi lain pula dengan Shahz Jazle ni..nampak macam ingin memujuk..












nampak sangat Shah ni sedang memujuk Miera Liyana kat twitter..
tapi tak tau lah dia berjaya ke tak..
apa2 pun kita doakan yang terbaik untuk pasangan ni..
jangan lah sampai putus di tengah jalan..
harap diaorang akan berbaik semula.. =)


info: jom follow twitter KIC - @jarijemariemas


P/s: Share lah entri ni dengan kawan2 korang pulak. Hanya klik button kat bawah ni..Sharing is caring..TQ

Thursday, January 26, 2012

Video | Majlis Pernikahan Ally Iskandar & Farah Lee

assalamualaikum u ol..




majlis dah lama berlalu..
tapi kehangatannya tetap terasa..
sebab KIC suka tengok video pernikahan pasangan ni..
sangat2 sweet..
moga pasangan ni sentiasa bahagia hingga akhir hayat..
kat sini KIC nak selitkan video pernikahan pasangan ni..
korang layan lah ye... =)




info: follow my twitter : @jarijemariemas


P/s: Share lah entri ni dengan kawan2 korang pulak. Hanya klik button kat bawah ni..Sharing is caring..TQ

Gambar | Anak Kedua Serina Redzuawan - Isabella Safiyya

assalamualaikum u ol..




dah 4-5 hari KIC tak update blog..
so hari ni KIC mulakan dengan cerita kelahiran orang baru
dalam hidup Serina Redzuawan & Chef Wan..
anak kedua Serina ni selamat dilahirkan pada 23 Januari lalu
di Hospital Prince Court, Ampang..
tahniah kepada Serina dan juga suami, Gavin Edward O'Luanaigh..
bayi seberat 3.3 kilogram ini dinamakan Isabella Safiyya..

sebelum ni Serina mempunyai anak lelaki, Tristan yang berumur satu rahun lima bulan.
dua2 nya comel..=)
tahniah sekali lagi untuk Serina sekeluarga..










info: follow my twitter : @jarijemariemas


P/s: Share lah entri ni dengan kawan2 korang pulak. Hanya klik button kat bawah ni..Sharing is caring..TQ

Friday, January 20, 2012

Gambar | Majlis Pernikahan Ally Iskandar & Farah Lee

assalamualaikum u ol..


bagi yang mengikuti perkembangan Ally Iskandar, pengacara TV popular
korang mesti tahu yang Ally bakal melangsungkan perkahwinannya pagi tadi..
lebih kurang jam 10 pagi tadi pasangan ni bernikah di Masjid Kristal, Kuala Terengganu..
dengan 2 kali lafaz Ally sah menjadi suami kepada Farah Lee..
so buat masa ni KIC update apa yang terkini je lah ye..
sebab gambar pun tak banyak..
so korang tengok yang ni dulu ye..
lepas ni nanti KIC akan update lagi..
cantik Farah Lee ni di hari pernikahan nya..=)
nak kenal Farah Lee lagi klik SINI







nanti kita update lagi ye..
apa2 pun tahniah KIC ucapkan pada Ally Iskandar dan juga Farah Lee..
moga bahagia selamanya.. =)


info: Jom follow twitter KIC - @jarijemariemas

P/s: Share lah entri ni dengan kawan2 korang pulak. Hanya klik button kat bawah ni..Sharing is caring..TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...