Saturday, May 5, 2012

Malam Pesona Bintang

assalamualaikum..


malam tadi telah diadakan Malam Pesona Bintang 
bertempat di Palm Garden Hotel, IOI Resort..
majlis ni bukan macam Anugerah Bintang Popular ye..
majlis biasa2 je..huhu..
sempena sambutan untuk pelajar akhir kolej 15, UPM..
disebabkan aku ni pelajar tahun akhir..so join je lah..
ada juga kenangan time belajar ni kan..

tema untuk malam tu kesultanan melayu Melaka..
so, aku dengan geng2 pun belasah je lah pakai ape pun..
asalkan tak lari tema sangat..huhu..

jom layan gambar2 aku dan geng2 time Malam Pesona Bintang ni..



tengah tunggu bas nak gerak.. =)

sempat lagi nak posing2..=p

Dang Anum...?

senyum semua... =)

ini lag geng aku..=)

cepat lah..asik bergambar je..perut dah lapar ni..=)

ehem2...=)

ni lah roommate aku yg comel2..=) 

sayang korang..=)

amacam..?ikut tema tak?macam tak je..huhu..=p

eh2...=)

macam nak beraya gayanya..

berbaris...=)

"tak mo kawan dah..." =p

eh2...kawan balik dah...=) 

gadis melayu terakhir...=)

persembahan khas...=)

bila lah nak makan ni...? =)

haaaa...ini lah juadah kami malam tadi..=)

jom kita belasah... makan time..=)

desert yang boleh tahan juga lah..=)

sukanya dia..perut kenyang ye..=)

sopannye kawan aku sorang ni..=)

muka happy lepas makan..=)

cenderahati dari pihak kolej..=)

jom bergambar lagi..=)

nak balik dah...=)

my course-mate..

tunggu masa nak balik..muka semua dah penat..=)


so berakhirlah malam meraikan pelajar2 akhir kolej aku ni..
pulang dengan hati senang..=)
hope kenangan ni akan menjadi kenangan paling indah bagi aku..=)





Friday, April 27, 2012

Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Sebetulnya

Assalamualaikum..


nampak macam complicated je kan tajuk entri aku hari ni..
saja nak buat suspen..huhu..
tapi ape yang bakal aku cerita ni memang ada kaitan pun 
dengan kehidupan seharian kita..
kadang2 kita bercakap, tulis status kat Facebook tu..
semua ayat2 yang tak sedap didengar dan tak elok dibaca..

tapi bila terbaca pasal ni hati tergerak nak kongsi dengan korang..
mungkin selama ni kita tak sedar dengan apa yang kita cakap..
tapi sebaik2nya jangan lah sampai kita terbiasa dan menjadi tabiat pula..
so, sama2 lah kita betulkan yang biasa dan biasakan yang sebetulnya..

sebelum korang lebih pening lagi, entri aku kali ni berkaitan dengan
kata2 yang kita selalu sebut tanpa sengaja mahupun sengaja..
sekarang ni banyak kata2 moden yang selalu singgah ke mulut kita..
mungkin kita terikut2 dengan budaya sekarang kot..
tapi sama2 lah kita ingat mengingati antara satu sama lain..
setiap apa yang kita cakap tu kadang2 mengambarkan keperibadian kita sendiri..
so sebelum kita mengeluarkan kata2 tu, fikir dulu..
takut terbiasa pula..


ini untuk renungan kita bersama.. =)




Thursday, April 26, 2012

Hindar Dari Tidur Meniarap

Assalamualaikum..




orang cakap cara tidur pun boleh mengambarkan seseorang..
macam2 gaya.. nama pun tidur kan..
dah tentulah kita tak sedar dan tak tahu cara kita tidur..
tapi aku baru terbaca yang tak elok tidur meniarap ni..
tapi ramai yang buat..
mungkin ramai juga yang tak tahu kot..
tapi aku memang tak boleh tidur meniarap,
sebab rasa sesak je dada tu..rasa macam tertutup..
tapi kalau baby aku rasa tak apa..
yang dewasa je ni..

tapi bab larangan tidur meniarap ni bukan aku yang suka2 cakap..
tapi memang Rasullulah pernah mengatakan 
yang dia membenci dengan cara tidur meniarap..

Dari Abu Dzar ra., beliau mengatakan, “Suatu hari Nabi s.a.w. sedang berjalan melewatiku... ketika itu aku tidur secara meniarap... Maka baginda membangunkan aku menggunakan kakinya, dan berkata, “Hai Junaidib (panggilan Abu Dzar), sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka.” (HR. Ibnu Majah)....

Dari Abu Hurairah r.a., beliau berkata; Rasulullah s.a.w. pernah melihat ada seseorang yang berbaring di atas perutnya (meniarap), maka baginda berkata, “Sesungguhnya cara berbaring seperti ini dibenci oleh Allah.” (HR. Tirmidzi)

dari sini kita dapat menyimpulkan yang cara tidur maniarap ini
adalah cara berbaring penghuni neraka dan di benci oleh Allah..
lebih baik kita hindarkan apa yang di benci Allah dan juga Rasullullah..

untuk pengetahuan korang, Rasullulah tidak tidur dalam keadaan kekeyangan..
Rasulullah juga akan mengambil wuduk sebelum tidur..
Baginda juga suka tidur mengiring ke sebelah kanan dan tapak tangan dibawah pipi..
Nabi juga tidak tidur menghadap kaki arah Qiblat. 
Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

so, secara kesimpulannya, hindarkan lah dari benda yang dibenci Rasulluah..
mungkin sebelum ni ada diantara kita yang tak tahu, 
tapi kalau dah tahu tu faham2 la ye..
sama2 lah kita kongsi bersama..
benda yang simple pun kalau kita abaikan akan jadi berat nanti..=)
lagipun mengikut kajian juga, 
tidur meniarap ni memang tak elok untuk kesihatan..
so, lebih baik mencegah dari mengubati.. =)



Tuesday, April 24, 2012

Aku Benci Dia..!!!

Assalamualaikum..


mungkin dalam kehidupan kita, kita pernah bencikan seseorang..
tak kisah lah sesiapa pun..
mungkin juga ada sebab tertentu kenapa kita benci sangat kat dia..
sampai rasa nak tengok muka pun menyampah..
dengar nama dia pun hati ni panas je..
sifat benci ni adalah penyakit hati yang susah kita nak elakkan..
tapi boleh cuba dihindarkan..

aku memang pernah bencikan seseorang..
memang aku benci dia..
mungkin sampai sekarang pun aku masih tak boleh lupakan apa yang dia buat..
tapi bila kita fikirkan balik..besar sangat ke kesalahan orang tu,
sampai kita benci dan susah nak maafkan orang tu..
hanya kita sahaja yang tahu..

korang mesti pernah dengar kata2 azimat ni kan..?
"sedangkan Nabi ampunkan umatnya, ini kan pula kita yang kerdil lagi hina ini"
tapi ade pula yang menjawab...
" itu Nabi, kita ni hamba biasa je "
kalau korang pegang kata2 kedua ni, 
memang sampai bila pun hati kita susah untuk memaafkan orang..

tapi aku sedar, sebelum ni aku memang mudah memaafkan orang lain..
tapi ada juga yang aku susah nak maafkan..
mungkin Allah belum membuka hati aku ni untuk memaafkan orang tu..
mungkin setiap masa yang dapat mengubah segalanya..
doakan aku semoga hati aku lembut dan akan memaafkan orang itu..




mungkin kata2 ni amat berguna untuk kita hayati bersama2..
moga ia membuka hati kepada korang semua, termasuk diri aku..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Singgah Sini