Friday, December 30, 2011

Tahniah | Azza Bakal Kahwin 2012, Pilih Pramugara

assalamualaikum u ol..


Bekas anggota kumpulan Elite, Nor Azzarima Zawari atau lebih di kenali
sebagai Azza mengakui bakal menamatkan zaman jandanya awal tahun depan..
seperti yang sedia maklum, Azza pernah mendirikan rumah tangga bersama 
Ehsan Tun Ahmad Zaidi (bekas suami penyanyi Camelia)
pada 14 Februari 2001 namun jodoh mereka tak panjang..
mereka juga tidak menimang cahaya mata hingga lah mereka bercerai 
pada November 2004..
dah lama lah Azza keseorangan..tapi sekarang ada 
jejaka yang akan menemaninya seumur hidupnya..
Azza telah berjaya menambat hati seorang pramugara yang kacak..
dan akan berkahwin tak lama lagi..




" Selain wajahnya yang comel, saya terpikat dengannya kerana keterbukaan untuk menerima saya dan anak saya. Bagi saya senang sahaja. Jika bakal suami saya boleh menerima saya dan anak saya, nampaknya saya mudah selesa untuk berkawan dan bersamanya. Dia pun seorang lelaki yang sangat baik kepada saya dan tak pernah mengguris hati saya. Jadi apa salahnya saya menerimanya kerana saya pun sudah lama menjanda. Sepanjang perkenalan, nampaknya masing-masing mudah untuk sesuaikan diri dan keadaan. Malah kami selalu mencapai persefahaman dalam perbincangan bersama. Jadi InsyaAllah kami akan bernikah pada awal tahun 2012. Tarikhnya saya akan umum pada masa yang sesuai kerana terlalu awal untuk saya mengumumkannya sekarang. "


tahniah KIC ucapkan..
biarlah kali ni jodoh mereka hingga akhir hayat...=)


P/s: Share lah dengan kawan2 korang pulak. Hanya klik button kat bawah ni..Sharing is caring..TQ

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...