Wednesday, February 22, 2012

Gambar Anak Aidid Marcello & Norzie Pak Wan Chek

assalamualaikum u ol..

kali ni KIC nak kongsi dengan korang gambar anak kepada 
selebriti TV3, Aidid Marcello & Norzie Pak Wan Chek..
dah besar dah anak pasangan ni..
mereka dikurniakan seorang puteri dan dua orang putera..
Aleya, Iman & juga Muhammad Yusuf..
masing2 berumur 6 tahun, 3 tahun dan setahun..



























P/s: Share lah entri ni dengan kawan2 korang pulak. Hanya klik button kat bawah ni..Sharing is caring..TQ


Tuesday, February 21, 2012

Bienda Bakal Timang Cahaya Mata

assalamualaikum u ol..




lama KIC tak dengar khabar berita dari penyanyi dan pelakon, Bienda..
senyap je..tapi diam2 ubi berisi rupanya..
Bienda bakal menimang cahaya mata dalam minggu ni..
tahniah KIC ucapkan..
tengah tunggu hari lah ye..
tapi Bienda sepakat dengan suaminya untuk merahsiakan jantina bayinya tu..
mungkin Bienda nak bagi kejutan untuk keluarga dan peminat kot..
tak apa lah..yang penting ibu dan bayi dalam keadaan sihat..




Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli, 27, 
telah berkahwin dengan penerbit program di Primeworks Studios, 
Kamarul Zariman Abd Rahman pada 8 Oktober 2010.
sama2 lah kita doakan moga segalanya selamat..
Tahniah untuk Bienda dan suami.. =)


 P/s: Share lah entri ni dengan kawan2 korang pulak. Hanya klik button kat bawah ni..Sharing is caring..TQ


Monday, February 20, 2012

Latiff Ibrahim Meninggal Dunia.. Al-Fatihah

assalamualaikum u ol..




berita sedih untuk semua peminat seni tanah air
dengan berita kematian seorang seniman kita iaitu 
penyanyi era 70 an, Latiff Ibrahim yang telah menghembuskan nafas yang terakhir
pada jam 6 petang tadi..
sebelum ni arwah telah diserang sakit jantung sebelum dimasukkan ke 
Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur..
berita sedih ni di sahkan oleh adik arwah, Datuk Khatijah Ibrahim di Suria FM lewat petang tadi..
KIC pun dengar slot yang dikendalikan oleh Linda Onn..
Jenazah Allahyarham kini berada di IJN 
dan akan dibawa ke kediaman Allahyarham 
di No 1, Jalan AU 3/16B, Taman Keramat, Kuala Lumpur dan 
dijangka akan dikebumikan pada malam ini juga..

Al-Fatihah..
moga roh arwah dicucuri rahmat dan 
ditempatkan bersama2 orang yang beriman..
Amin...


P/s: Share lah entri ni dengan kawan2 korang pulak. Hanya klik button kat bawah ni..Sharing is caring..TQ


Ana Raffali & Naim Menanti Hari Bahagia

assalamualaikum u ol..




tak sampai seminggu lagi pasangan ni akan diijabkabulkan..
tahniah KIC ucapkan..
Ana yang kini telah pun bertudung sedang sibuk buat persiapan perkahwinan nye 
dengan jejaka pilihan hati, Aznaim, 30 tahun..
dengar khabarnye Ana mengubah sendiri hantarannya untuk bakal suaminya itu..
wahh..hasil tangan Ana sendiri tu..
mesti lebih bermakna..




tentang majlis perkahwinan pasangan ni, mereka akan bernikah di
Masjid Al-Hidayah, Bukit Melawati..
pada 25 Januari nanti Ana akan melangsungkan pertunangan dengan Naim sekitar jam 10.30 pagi..
selepas sejam majlis akad nikah akan berlangsung pula..
tak sabar nak tunggu majlis pernikahan pasangan ni.. =)


P/s: Share lah entri ni dengan kawan2 korang pulak. Hanya klik button kat bawah ni..Sharing is caring..TQ


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...