Showing posts with label Dunia KIC. Show all posts
Showing posts with label Dunia KIC. Show all posts

Friday, April 27, 2012

Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Sebetulnya

Assalamualaikum..


nampak macam complicated je kan tajuk entri aku hari ni..
saja nak buat suspen..huhu..
tapi ape yang bakal aku cerita ni memang ada kaitan pun 
dengan kehidupan seharian kita..
kadang2 kita bercakap, tulis status kat Facebook tu..
semua ayat2 yang tak sedap didengar dan tak elok dibaca..

tapi bila terbaca pasal ni hati tergerak nak kongsi dengan korang..
mungkin selama ni kita tak sedar dengan apa yang kita cakap..
tapi sebaik2nya jangan lah sampai kita terbiasa dan menjadi tabiat pula..
so, sama2 lah kita betulkan yang biasa dan biasakan yang sebetulnya..

sebelum korang lebih pening lagi, entri aku kali ni berkaitan dengan
kata2 yang kita selalu sebut tanpa sengaja mahupun sengaja..
sekarang ni banyak kata2 moden yang selalu singgah ke mulut kita..
mungkin kita terikut2 dengan budaya sekarang kot..
tapi sama2 lah kita ingat mengingati antara satu sama lain..
setiap apa yang kita cakap tu kadang2 mengambarkan keperibadian kita sendiri..
so sebelum kita mengeluarkan kata2 tu, fikir dulu..
takut terbiasa pula..


ini untuk renungan kita bersama.. =)




Thursday, April 26, 2012

Hindar Dari Tidur Meniarap

Assalamualaikum..




orang cakap cara tidur pun boleh mengambarkan seseorang..
macam2 gaya.. nama pun tidur kan..
dah tentulah kita tak sedar dan tak tahu cara kita tidur..
tapi aku baru terbaca yang tak elok tidur meniarap ni..
tapi ramai yang buat..
mungkin ramai juga yang tak tahu kot..
tapi aku memang tak boleh tidur meniarap,
sebab rasa sesak je dada tu..rasa macam tertutup..
tapi kalau baby aku rasa tak apa..
yang dewasa je ni..

tapi bab larangan tidur meniarap ni bukan aku yang suka2 cakap..
tapi memang Rasullulah pernah mengatakan 
yang dia membenci dengan cara tidur meniarap..

Dari Abu Dzar ra., beliau mengatakan, “Suatu hari Nabi s.a.w. sedang berjalan melewatiku... ketika itu aku tidur secara meniarap... Maka baginda membangunkan aku menggunakan kakinya, dan berkata, “Hai Junaidib (panggilan Abu Dzar), sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka.” (HR. Ibnu Majah)....

Dari Abu Hurairah r.a., beliau berkata; Rasulullah s.a.w. pernah melihat ada seseorang yang berbaring di atas perutnya (meniarap), maka baginda berkata, “Sesungguhnya cara berbaring seperti ini dibenci oleh Allah.” (HR. Tirmidzi)

dari sini kita dapat menyimpulkan yang cara tidur maniarap ini
adalah cara berbaring penghuni neraka dan di benci oleh Allah..
lebih baik kita hindarkan apa yang di benci Allah dan juga Rasullullah..

untuk pengetahuan korang, Rasullulah tidak tidur dalam keadaan kekeyangan..
Rasulullah juga akan mengambil wuduk sebelum tidur..
Baginda juga suka tidur mengiring ke sebelah kanan dan tapak tangan dibawah pipi..
Nabi juga tidak tidur menghadap kaki arah Qiblat. 
Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

so, secara kesimpulannya, hindarkan lah dari benda yang dibenci Rasulluah..
mungkin sebelum ni ada diantara kita yang tak tahu, 
tapi kalau dah tahu tu faham2 la ye..
sama2 lah kita kongsi bersama..
benda yang simple pun kalau kita abaikan akan jadi berat nanti..=)
lagipun mengikut kajian juga, 
tidur meniarap ni memang tak elok untuk kesihatan..
so, lebih baik mencegah dari mengubati.. =)



Tuesday, April 24, 2012

Aku Benci Dia..!!!

Assalamualaikum..


mungkin dalam kehidupan kita, kita pernah bencikan seseorang..
tak kisah lah sesiapa pun..
mungkin juga ada sebab tertentu kenapa kita benci sangat kat dia..
sampai rasa nak tengok muka pun menyampah..
dengar nama dia pun hati ni panas je..
sifat benci ni adalah penyakit hati yang susah kita nak elakkan..
tapi boleh cuba dihindarkan..

aku memang pernah bencikan seseorang..
memang aku benci dia..
mungkin sampai sekarang pun aku masih tak boleh lupakan apa yang dia buat..
tapi bila kita fikirkan balik..besar sangat ke kesalahan orang tu,
sampai kita benci dan susah nak maafkan orang tu..
hanya kita sahaja yang tahu..

korang mesti pernah dengar kata2 azimat ni kan..?
"sedangkan Nabi ampunkan umatnya, ini kan pula kita yang kerdil lagi hina ini"
tapi ade pula yang menjawab...
" itu Nabi, kita ni hamba biasa je "
kalau korang pegang kata2 kedua ni, 
memang sampai bila pun hati kita susah untuk memaafkan orang..

tapi aku sedar, sebelum ni aku memang mudah memaafkan orang lain..
tapi ada juga yang aku susah nak maafkan..
mungkin Allah belum membuka hati aku ni untuk memaafkan orang tu..
mungkin setiap masa yang dapat mengubah segalanya..
doakan aku semoga hati aku lembut dan akan memaafkan orang itu..




mungkin kata2 ni amat berguna untuk kita hayati bersama2..
moga ia membuka hati kepada korang semua, termasuk diri aku..



Sunday, April 22, 2012

Kenapa Nak Kahwin Awal?

Assalamualaikum...




dapat juga kesempatan untuk update blog..
kali ni aku bukan nak cerita pasal gosip2..
kan dah cakap nak bertukar corak.. huhu
lama dah tak menulis..so agak kekok juga lah..

isu yang aku nak cerita ni agak sensitif juga..
tapi harap2 ia memberi seribu kebaikan kepada semua..
bukan nak berlagak baik pun..
tapi hanya berkongsi apa yang baru aku dapat info..

pernah juga aku mendengar orang mengatakan bahawa 
kahwin awal ni nak menggatal je..
ada juga orang tua2 cakap takut tak bersedia fizikal dan mental..
ada juga mulut2 orang yang cakap kahwin awal ni menyusahkan..
ehhhh....ye ke?
tapi bagi aku tak..
umur bukan penghalangnya..
kalau dah bersedia, lebih baik disegerakan sunnah Rasulullah ni..
benda baik kan..
kadang2 aku pun terfikir juga, bila tiba giliran aku pula ye?
InsyaAllah... Allah lebih mengetahuinya..
hari bahagia aku akan tiba jua nanti.. =)

bagi yang akan mendirikan masjid, 
aku ucapkan semoga berjaya melayari bahtera rumah tangga..
tahniah..... =)

ni nak kongsi sikit kata2 yang baru aku baca tadi.. =)

 " ada ibu bapa pernah mengadu, susah hati sebab anak mereka nak kahwin awal.. jawab IbnuRijal, sepatutnya pakcik n makcik susah hati kalau anak pakcik makcik tak nak kahwin..

-ada pula yang mengadu, tunggulah habis belajar dahulu... jawab IbnuRijal, sampai bila nak habis belajar? proses menuntut ilmu takkan habis sampailah ke liang lahad., habis tu, takkan lepas masuk liang lahad baru nak nikah?

-ada pula yang mengadu, nanti kalau dapat baby, susah.. jawab IbnuRijal.. habis tu kalau dapat baby luar nikah senang ke? lagipun, adakah nikah itu satu jaminan confirm dapat baby? itu semua kerja ALLAH.. lagipun pasangan2 muda ini sudah tentu ada perancangan mereka.. kita yakin, tujuan pernikahan muda adalah untuk menghalalkan urusan keluar belajar bersama2.. membeli belah, bepegangan tangan ke shopping complex, seperti remaja lain juga.. itu saja.. namun, kalaulah dapat baby pun, itu tidak salah, ia halal lagi suci.." 


Saturday, April 21, 2012

Adakah Blog Aku Harus Bertukar Corak???

Assalamualaikum..




setelah berbulan2 blog ku terabai, bersawang, berkulat dan sebagainya,
akhirnya hari ni pintu hati aku terbuka untuk menulis sesuatu kat sini..
tapi tibe2 rasa macam lain macam je..
sebab sebelum ni catatan aku kat sini berunsurkan hiburan semata2..
so mula lah terfikir untuk mengubah segalanya..
tapi ok ke?ade ke yang akan terima perubahan ni..
mungkin perubahan ini lebih kepada berunsur positif..

hati ni dah tak berminat pula untuk menjadikan isu2 hiburan ni
sebagai corak utama blog aku..
mungkin dengan bercuti lama dari berblog ni aku rasa 
macam nak bertukar angin..
tapi ada ke yang nak buka blog aku lepas ni..
mungkin ramai yang dah lupa dengan kewujudan blog ni..
tapi aku tak kisah pun..
dulu memang aku ni hantu blog..
tapi kali ni dengan kesibukan yang melanda aku rasa 
lebih baik aku fokus pada apa yang lebih penting..
tapi aku akan cuba untuk update blog ni 
dengan info yang lebih baik dan untuk kebaikan semua pembaca..
bukan sekadar keseronokan semata2..
bersepah dah blog2 hiburan kat malaysia..
memang tak dinafikan trafik blog aku mencacak2 tingginya..
tapi rasa macam tak berbaloi aku cerita pasal gosip2 ni..

tibe2 fikiran aku melayang dan teringat kata2 kawan aku..
" rugi lah blog ko terabai macam ni..padahal followers dah ramai, 
bukan senang nak ada followers yang ramai macam ni dalam masa yang tak panjang..
yang view blog ko pun dah lebih setengah juta.. "
so dengan hati yang berbelah bagi..
aku nak kembali berblog semula..mungkin coraknya yang akan bertukar..
so pada yang sudi mengikuti nya..diucapkan ribuan terima kasih.. =)



Sunday, December 4, 2011

Gambar Bersama Artis Di Jom Heboh Bukit Jalil

assalamualaikum u ol..

Jom heboh..jom heboh, heboh......
wahhhh..kemain lagi ye..
biasa lah..excited baru lepas pergi jom heboh kat Bukit Jalil semalam..
dengan kawan2 kolej..
memang heboh la..huhu..
ramai giler orang yang datang..
berpusu2..makin petang makin ramai yang datang..
tapi disebabkan cuaca yang panas terik, KIC terpaksa balik awal sikit..
petang2 lagi ramai orang..
tak larat lah pula..
tapi puas hati lah juga dapat jalan2 kat jom heboh ni..
so korang layan lah ye gambar yang tak seberapa dari KIC ni..=) 

























mereka semua ni memang sporting sangat...=)


P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

Thursday, November 17, 2011

Gambar Perkahwinan Emy & Ed

assalamualaikum u ol..


minggu lepas ramai yang pilih 11.11.11 untuk bergelar raja sehari..
artis pun sama juga..
yang bukan artis pun ramai juga pilih tarikh ni..
minggu lalu memang KIC agak sibuk..
sebab membuat persiapan perkahwinan sepupu KIC..
sebab tu la blog pun tak sempat nak update..
so KIC nak lah update sikit gambar perkahwinan sepupu KIC sendiri..
cantik tau..
bukan gambar perkahwinan artis je yang cantik..
yang bukan artis pun cantik tau bergelar raja sehari..macam sepupu KIC ni..
=)



blogger Misz Elyn pun menyelit gak ye..
blogger ni adik kepada pengantin..










yang atas tu gambar dari kamera KIC..
nampak sangat tak pro kan..huhu..
yang bawah ni gambar dari photographer yang memang pro..huhuhu.. 









kredit gambar: Din Bin Aziz

P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

Saturday, August 6, 2011

Ramainya Yang Ucapkan HAPPY BIRTHDAY

assalamualaikum u ol...




Tanggal 6 Ogos 1987 bersamaan 13 Zulhijjah..
KIC telah dilahirkan ke dunia ni..
haa...terbongkar lah rahsia umur KIC ye..huhu...
tapi tak apa lah..
ada apa dengan nombor kan..
so hari ni genaplah umur KIC 24 tahun..sentiasa rasa muda..huhu

terima kasih kepada yang wish birthday kat KIC..
tak kira lah melalui perbualan ke, mesej ke, kat Facebook ke atau dari mana2 sumber lah..
tak menang tangan KIC nak balas dengan ucapan terima kasih...=)
apa2 pun ada juga lah yang ingat hari lahir KIC ni..
harap doa2 korang tu akan di makbulkan oleh Allah sempena bulan Ramadhan ni..

kiranya pertama kali lah merasa menyambut hari lahir pada bulan Ramadhan ni..
sama je lah..tak ada apa pun yang berbeza..
cuma KIC harap KIC dipanjangkan umur 
supaya dapat berbakti pada keluarga dan membanyakkan amalan..
dimurahkan rezeki moga KIC dapat menyalurkan pada saluran yang betul..
moga KIC bahagia dunia dan akhirat..
apa2 pun jadilah yang terbaik untuk diri kita sendiri, keluarga dan orang sekeliling kita..=)

terima kasih sekali lagi pada yang wish birthday..
korang memang terbaik lah..
mungkin hari KIC akan sambut hari lahir bersama insan tersayang..=)
huhuhu...


Thursday, August 4, 2011

Menu Berbuka Puasa : Sup Daging LANDAK

assalamualaikum u ol..


Alhamdulillah...kenyang dah..
macam mana dengan juadah berbuka puasa korang...?
hari ni juadah berbuka puasa KIC Sup Daging Landak dan Ikan Talapia Sweet Sour..
haaa...korang pernah makan daging Landak tak...???
ramai yang terkejut dengan juadah berbuka KIC hari ni..huhu..
sebab terkejut dengar KIC masak lauk landak kot..huhu..




dulu masa mula2 dengar mak nak masak daging landak..
memang KIC agak terkejut..
cakap dengan mak..sedap ke?
mak cakap ok je macam daging2 yang lain..
tapi first time masak daging landak tu memang KIC tak makan..
tengok je yang lain2 makan..
hari tu pula masak kari landak pun KIC tak makan sangat..cuba2 je..
tapi hari ni dah biasa dah..
masak Sup Daging Landak ni pun akan2 sama dengan sup ayam atau sup daging..
senang je..
kira boleh lah layan daging landak ni..
lagi2 buat sup..ditambah pula dengan sambal cili kicap..
memang sedap lah..
selain masakan sup, daging landak ni pun sesuai dimasak
kari, rendang, masak lemak cili api, masal gulai, dan macam2 lagi lah..

apa2 pun kalau kita tak cuba tak tau kan..
daging landak ni memang susah sikit nak dapat..
KIC pun tak tau dari mana ayah KIC dapat..
kira nya kat rumah KIC ni dah biasa juga lah makan daging landak..


hadiah menarik menanti korang


p/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'share' atau 'like' di Facebook..hanya klik button kat bawah ni..=) tq..

Friday, July 1, 2011

Berjinak-jinak dengan Twitter..

assalamualaikum u ol..




entah kenapa tangan ni gatal sangat..
tetiba je buat akaun twitter..
lepas dah buat tu tak tau nak buat apa dengan twitter tu..huhu
aduii...biasa lah budak baru belajar kan..
ada sapa2 yang boleh ajarkan tak..?
huhuhu...

KIC tak ramai kawan pun kat twitter..sebab tak ada sapa pun nak follow twitter KIC.
cian kan...???=p
tak apa lah..lama2 nanti ramai lah kawan2 kat situ..
buat masa ni KIC masih lagi belajar nak guna tweet2 ni..huhu..
orang lain dah beribu2 kawan kat twitter..
dah lama ada akaun twitter..
tapi KIC baru nak belajar..
kecian kan..huhu
biasa lah..orang lambat nak maju ni..
slow2 je lah..huhu..
apa2 pun kalau ada yang sudi nak follow twitter KIC 
jemput lah singgah SINI..



Saturday, June 4, 2011

Agak2 siapa yang TERER main BOWLING...?

assalamualaikum u ol..


memandangkan hari ni cuti..
bosan pula duduk rumah kan..
so KIC pun fikir2 kan lah benda yang boleh di buat untuk buang masa KIC ni ha...
fikir punya fikir..
KIC pun plan lah nak main bowling..
dengan adik2 KIC lah..
dengan sapa lagi kan..huhu..
seramai tujuh orang semuanya..
wahhh..game besar ni..
lama dah tak pergi main bowling ramai2 macam ni..
so korang layan je lah gambar2 ni..



rasa2 ade macam pemain pro tak?huhuhu...
kita tengok sapa lagi hebat..


wahhh..memang ada gaya lah..
nasib tak masuk longkang..huhu


umur saya baru 11 tahun..
tapi jangan ingat saya tak pandai main ye..
tengok lah cara saya pegang bola tu..huhuhu..


ni lah muka orang yang pro..
straight tu..
siap pakai spek lagi time baling bola..


saya akan tunjukkan kehebatan saya..huhu...


cantik tak gigi saya..
sebelum main boling wajib gosok gigi tau...=p


spek mata tak boleh tinggal..
penting ni..sure bola ni tak masuk longkang..


berlagak nya dia ni...
ala..tak heran lah...=p


adik dan kakak..sama2 hebat di pentas boling..huhu..=p


nak try baling bola paling berat ni lah..agak2 boleh ke?
bosan lah asyik guna bola ringan je..huhu


muka2 group yang kalah..
muka hepi..tapi dalam hati Tuhan je yang tau..
tapi muka kena tetap maintain lah..huhu


muka2 group yang menang..
masing2 muka berlagak..huhu...=p


tempat pertama dan kedua...
hadiahnya sebiji bola boling tiap seorang ye..
warna ikut suka..huhuhu..


balik tu kami singgah pantai..
nak tengok saat2 matahari terbenam..
semua muka2 dah penat ni..


sempat berangan pula adik lelaki bungsu KIC ni..
waduh2..gawat ni...=p


makan di tepi pantai..sangat syok woooo...


kak..ada paparazi nak ambil gambar kita lah..
macam mana ni...?
cover2...=p


akhirnya dapat juga tengok saat2 matahari terbenam..
sungguh indah...


sebelu, balik sempat ambil gambar beramai2..=)


sekian............=)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...