Wednesday, November 30, 2011

Busana Perkahwinan Memey & Norman Dipamerkan Di Muzium Negara

assalamualaikum u ol..




korang pun dah sedia maklum majlis perkahwinan Memey & Norman 12 juta ni..
masa tu memang heboh lah 1 Malaysia tentang majlis wedding of the year ni..
seperti yang korang sedia maklum seperti yang dijanjikan
busana perkahwinan Memey yang bernilai jutaan ringgit ni
akan dipamerkan di Muzium Negara sempena 
Pameran Busana Perkahwinan Mutiara..
pameran ni telah pun berlangsung pada 26 November lalu hingga 31 Disember..
Muzium akan mempamekan : 
  • gaun perkahwinan Memey tajaan Rafflesia bernilai RM500,000. 
  • gaun rekaan Vera Wang bersama veil mutiara Rafflesia bernilai RM500,000. 
  • dua kasut perkahwinan Memey bertatah mutiara putih dan keemasan Laut Selatan Rafflesia ilham Profesor Dato’ Dr Jimmy Choo bernilai RM290,000 dan RM380,000
  • dua set tuksedo Norman yang dihiasi butang serta cufflinks mutiara Rafflesia.






kata2 Memey:

" Alhamdulillah, saya syukur sangat-sangat. Ini penghormatan terbesar buat diri saya. Siapa sangka baju kahwin kami dapat masuk ke Muzium Negara. Saya rasa amat bertuah sangat.

Dalam menerima penghormatan yang diberikan, namun ada juga segelintir masyarakat yang mengecam di mana ada pihak yang merasakan kami tidak layak diberi penghormatan ini. 

Sebelum baju ini masuk pun, dah banyak kata-kata negatif yang saya terima. Masyarakat harus faham ada baju yang lain juga dipamerkan seperti baju Dato’ Siti Nurhaliza, Amber Chia, Ning Baizura dan sebagainya. Tapi saya tak pandang negatif kerana saya rasa saya insan bertuah sebab dipilih untuk menyertai pameran ini.

Ini adalah peluang saya, jadi kenapa saya perlu dengar kata-kata orang yang nak jatuhkan saya. Harap pameran ini bagi satu benda yang positif kepada orang luar. Janganlah timbulkan kontroversi yang tak elok kerana ini adalah kerjasama saya dengan semua orang. Saya harap tak ada lagilah orang yang mempertikaikan perkara ini. Saya juga harap mereka faham kerana bukan saya yang minta tapi orang yang nak pamerkan. "


busana lain yang dipamerkan..
antara nya busana Dato' Siti Norhaliza, Ning Baizura & Amber Chia..







P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ



(Gambar) Anak Sasha Saidin & Salyo

assalamualaikum u ol..

korang mesti dah lama kan tak dengar cerita tentang bekas penyayi
kumpulan Elite ni kan..
lagipun Sasha dah tak aktif dalam industri hiburan..
KIC cuma mengikuti perkembangan Sasha ni ti twitter..
korang follow lah twitter @sashasaidin ..
tapi pada yang rindu pada Sasha ni, KIC nak update gambar2 anak
kepada pasangan Sasha & Salyo ni..
memang comel tau..
tak silap KIC nama anak Sasha ni Arya..
dah besar dah kan..
comel pula tu...=)











P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ



Que Haidar & Linda Jasmine Bakal Timang Anak Perempuan Kedua

assalamualaikum u ol..




mesti ramai yang dah tahu kan tentang kehamilan isteri kepada pelakon Que Haidar ni..
semalam KIC tengok Wanita Hari Ini dan Linda Jasmine sebagai artis jemputan..
tengok2 dia dah hamil anak kedua..
lagipun anak keduanya, Ratu dah berusia dua tahun..
sesuai lah tu nak dapat adik..
doktor pula sahkan 95% bayi dilahirkan adalah perempuan..teruja Linda Jamine..
sebab dia memang nak anak perempuan lagi..
bayi ni bakal lahir Mei 2012 nanti..
jom kita baca apa kata Linda Jasmine tentang kandungan nya..


" Kandungan saya bakal memasuki empat bulan dan kehidupan saya dalam keadaan baik serta tidak sabar untuk mendapat bayi baru. Doktor mengesahkan bayi ini 95 peratus adalah perempuan. Bagaimanapun masih awal untuk membuat jangkaan.


“Sama seperti sewaktu hamil anak pertama, Qalif dan Ratu, saya alahan teruk tetapi sekarang semakin kurang. Memang selepas dua tahun Ratu lahir, kami merancang untuk mempunyai anak lagi. Saya gembira dan bersyukur kerana hamil lagi. Lagipun usia saya semakin meningkat.


Walaupun saya alahan dengan ubat tahan sakit, saya anggap ia sebagai suatu pengorbanan apabila melahirkan bayi ini nanti. "


Tahniah KIC ucapkan kepada pasangan ni..
cume lama dah KIC tak dengar khabar berita tentang Que Haidar..
dengar khabar dia kena control dengan Linda Jasmine..
sebab tu lah macam dan dia dalam industri hiburan ni..
harap2 tu semua khabar angin je la..
Que ni ada bakat..
sayang kalau di buang macam tu je..


P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

Tuesday, November 29, 2011

Gambar Terbaru Anak Kembar Sazzy Falak & Nash Idrus

assalamualaikum u ol...


ramai yang bagi komen yang KIC ni suka post tentang anak2 artis..
tapi memang betul pun..KIC memang suka cari gambar anak2 artis ni..
kemudian KIC share dengan pembaca blog ni..
kalau korang tengok pada label yang KIC letak di sidebar blog ni
lebih 30 post tentang anak artis je..
kali ni KIC nak share dengan korang gambar anak kembar
kepada pasangan Sazzy Falak & Nazril Idrus..
thanks kepada @SazzyFalakCLPT
jom layan gambar baby kembar yang comel ni..=)





















P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

Nabila Huda Mengamuk Dengan Bekas Suami Di Twitter

assalamualaikum u ol..




siapa tak kenal Nabila Huda..?
dia adalah pelakon dan juga anak kepada penyanyi rock terkenal, Amy Search..
seperti yang korang tahu..
Nabila telah bercerai dengan bekas suaminya, Zaidi Zailani..
mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan, Kiesha, 1 tahun setengah..
mungkin krisis yang berlaku ni pun adalah disebabkan hak penjagaan anak..
hanya Nabila dan bekas suaminya sahaja yang tahu kisah antara mereka..
tapi tu lah..Nabila Huda tak sepatutnya mengamuk di Twitter..
lagipun ramai peminatnya yang baca status2 nya..
termasuk lah KIC..
tapi mungkin Nabila ade sebabnya tersendiri..
mungkin juga kesabarannya selama ni telah dicabar..
apa2 pun kita doakan lah mereka ni dapat berbaik2 semula
demi kebaikan anak mereka..
nabila dikatakan rindu sangat dengan anaknya 
kerana terpaksa menjaga anak bergilir2 dengan bekas suami..
korang baca lah sendiri status2 Nabila Huda ni kat Twitter..








sumber: @abilsuhaimi


P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ


Anang Melamar Ashanty Atas Kapal Di Beijing, Kahwin Bulan Depan

assalamualaikum u ol..

Bekas suami Kris Dayanti, Anang dikatakan telah pun melamar
pasangan duetnya Ashanty..
yang bestnya Anang melamar kekasih hatinya ni 
di atas kapal ketika sama2 bercuti di Beijing, China
dan disertai oleh 2 lagi anak Anang..
best nye..agak romantik tu..




"Waktu itu saya sedang berbual dengan Aurelle dan tiba-tiba dia (Anang) datang dan menghadiahkan cincin kepada saya. kejutan itu bukan sahaja membuatkan diri saya merasa bahagia malah Anang juga memberikan cincin itu di atas kapal yang lebih menimbulkan suasana romantik.


Sudah pasti saya merasa gembira kerana dia mengotakan janjinya untuk mengahwini saya dan akhirnya ada juga seseorang yang akan melindungi saya setiap hari nanti."






pasangan ni dikatakan akan berkahwin pada bulan depan..
mereka juga sedang membuat persiapan perkahwinan..
tapi masih belum mendapat kepastian dari mulut Anang lagi..so sama2 lah kita tunggu ye..=)


P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

Monday, November 28, 2011

(Gambar) Majlis Resepsi Zahiril Adzim & Shera Aiyob

assalamualaikum u ol..


malam tadi telah berlangsungnya majlis resepsi antara
Zahiril Adzim dan juga Shera Aiyob..
majlis diadakan di Kelab Shah Alam, Selangor..
sangat cantik Shera malam tadi dengan busana dari pereka terkenal, Hatta Dolmat..
Zahiril pula segak dengan tuksedo..
sweet sangat pasangan ni bila si suami mendeklamasikan sajak buat isteri tercinta..
wahhh..sangat2 romantik kan..terharu si isteri mendengarnya..
pasangan ni telah bernikah pada 20.11.2011 yang lalu di Ipoh..
























ehsan gambar: Ssgraphyworks.com & Gua.com


P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...