Friday, December 30, 2011

(Gambar) Percutian Yuna, Qi & Keluarga Ke Eropah

assalamualaikum u ol..

baru2 ni pasangan ni telah pun terbang ke Eropah untuk bercuti..
tapi mereka tak pergi berdua tau..
mereka turut ditemani keluarga..
tak silap KIC mereka masih berada di sana hingga hari ni..
umum pun dah tau bahawa pasangan ni dikatakan sedang hangat bercinta..
tapi bila tengok gambar2 ni lagi kuat lah tanggapan 
KIC yang mereka ni memang bercinta..
sama cantik sama padan..=)
belek2 twitter Yuna & Qi nampak pula gambar2 mereka bercuti..
saje nak share dengan korang..




















P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

Rozita Che Wan Bercuti Bersama Zain Saidin Ke Genting Hinglands

assalamualaikum u ol..




fuhhhh...tak habis2 lagi gosip antara Rozita & Zain ni..
Sebelum pun dah kecoh tentang hal ni..
kali ni Rozita mengakui yang Zain menemani nya bercuti di Genting Hinglands..
tapi mereka bukan bercuti berdua tau, tapi bersama anak2 Rozita..
haaa..jangan cepat salah sangka ye..
percutian sehari itu turut disertai oleh 2 orang anak Rozita,
Ammar Effendy,15, dan Aniq Ezzra,12..
so kiranya bukan pergi berdua lah..tapi berempat..
untung lah Zain dipelawa oleh wanita idaman hatinya pergi bercuti bersama2..




" Memang saya pergi ke Genting Highlands bersama Zain tetapi jangan salah anggap pula sebab anak-anak saya pun ikut sama. Kebetulan pula sekarang ini tengah cuti sekolah. Saya tidak mempunyai apa-apa hubungan cinta dengan Zain tetapi disebabkan anak-anak saya begitu rapat dengan pelakon tersebut maka adalah lebih baik dia mengajaknya bersama. "




KIC pun tak boleh nak komen panjang lebar tentang hubungan pasangan ni
selagi tak ada pengakuan dari mulut mereka berdua ni..
mungkin ia sekadar gosip..
apa2 pun hanya mereka berdua je yang tau 
sejauh mana hubungan mereka berdua ni..=)


P/s: Share lah entri ni dengan kawan2 korang pulak. Hanya klik button LIKE or SHARE kat bawah ni..Sharing is caring..TQ

Tahniah | Azza Bakal Kahwin 2012, Pilih Pramugara

assalamualaikum u ol..


Bekas anggota kumpulan Elite, Nor Azzarima Zawari atau lebih di kenali
sebagai Azza mengakui bakal menamatkan zaman jandanya awal tahun depan..
seperti yang sedia maklum, Azza pernah mendirikan rumah tangga bersama 
Ehsan Tun Ahmad Zaidi (bekas suami penyanyi Camelia)
pada 14 Februari 2001 namun jodoh mereka tak panjang..
mereka juga tidak menimang cahaya mata hingga lah mereka bercerai 
pada November 2004..
dah lama lah Azza keseorangan..tapi sekarang ada 
jejaka yang akan menemaninya seumur hidupnya..
Azza telah berjaya menambat hati seorang pramugara yang kacak..
dan akan berkahwin tak lama lagi..




" Selain wajahnya yang comel, saya terpikat dengannya kerana keterbukaan untuk menerima saya dan anak saya. Bagi saya senang sahaja. Jika bakal suami saya boleh menerima saya dan anak saya, nampaknya saya mudah selesa untuk berkawan dan bersamanya. Dia pun seorang lelaki yang sangat baik kepada saya dan tak pernah mengguris hati saya. Jadi apa salahnya saya menerimanya kerana saya pun sudah lama menjanda. Sepanjang perkenalan, nampaknya masing-masing mudah untuk sesuaikan diri dan keadaan. Malah kami selalu mencapai persefahaman dalam perbincangan bersama. Jadi InsyaAllah kami akan bernikah pada awal tahun 2012. Tarikhnya saya akan umum pada masa yang sesuai kerana terlalu awal untuk saya mengumumkannya sekarang. "


tahniah KIC ucapkan..
biarlah kali ni jodoh mereka hingga akhir hayat...=)


P/s: Share lah dengan kawan2 korang pulak. Hanya klik button kat bawah ni..Sharing is caring..TQ

Thursday, December 29, 2011

Ella, Faizal Tahir, Ogy, Ramlah Ram, Adam dan Ferhad Bakal Mentor Musim 6

assalamualaikum u ol...




bahang mentor musim baru mula dirasai..
semalam telah pun diumumkan barisan mentor yang bakal menjadi sifu kepada 
barisan protege yang bakal dipilih nanti..
mereka ini lah yang bakal menggalas tanggungjawab
membimbing bakat2 baru yang bakal di gilap dari program realiti mentor ni..
Mentor untuk kali ini terdiri daripada Ella, Faizal Tahir, Fauziah Dato’ Ahmad Daud, 
Ramlah Ram, Adam dan Ferhad.
nampak nama2 yang gah terpilih..
tapi KIC rasa Adam tak berapa sesuai lah..
masih hijau dalam dunia seni suara..
ramai lagi artis yang lebih layak untuk menjadi Mentor..
tapi mungkin pihak pengurusan ada sebab2 yang tersendiri kot
kenapa Adam dipilih..


P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

Anuar Zain 'Rela' Dipeluk Cium Peminat Wanita

assalamualaikum u ol..




ni pula al-kisah tentang penyanyi pujaan ramai wanita..
siapa lagi kalau bukan Anuar Zain..
Anuar Zain ni pun jarang dapat gosip2 liar..
antara artis yang bersih juga lah..
KIC cuma nak cerita apa yang terjadi pada penyanyi ni
sewaktu melakukan satu persembahan di Singapura..
pada majlis tersebut Anuar Zain seakan merelakan dirinya
dipeluk dan dicum oleh peminat fanatik wanita yang hadir pada majlis itu..
sebagai selebriti sepatutnya dia perlu peka dengan hal ini..
kan tak sedap mata yang memandang..
boleh je kalau nak elak perkara seperti ini terjadi..
mungkin pada Anuar Zain dia tak nak kecewakan peminat nya kot..
tapi yang haram tetap haram kan..
dulu Anuar Zain pernah mengeluarkan kenyataan, 

"Saya rela dan tidak kisah pun selagi tindakan itu masih boleh dikawal, 
tidak mengganggu persembahan dan tidak melanggar batas."

mungkin sebab itu dia dikritik hebat..
tapi selepas itu Anuar mengeluarkan kenyataan balas,

"Saya akan turun ke bawah, tetapi janji jangan peluk dan cium saya"

tapi kali ni kata2 itu cuma seperti hilang bersama tiupan angin..
Anuar dilihat langsung tidak mengelak atau berkata 
TIDAK kepada peminat wanita yang memeluk dan menciumnya…
bukan seorang pula tu!
tapi nama pun peminat fanatik kan..
sanggup buat apa saja untuk penyanyi pujaan mereka..





P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

Wednesday, December 28, 2011

Cantiknya Wajah Neelofa Tidak Bersolek

assalamualaikum u ol..




setiap wanita mengidamkan wajah yang cantik jelita..
bukan sahaja artis tapi orang biasa pun kan..
tapi KIC memang agak kagum dengan wajah yang dikurniakan Allah kepada
pelakon yang semakin melonjak naik ni..
siapa lagi kalau bukan Neelafa..
walaupun tanpa solek..muka pelakon ni tetap cantik..
kalau mekap lagi lah cantik kan..
kurniaan dari Tuhan..=)



P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

Jimmy Shanley Kini Bergelar Pelakon

assalamualaikum u ol..



sebelum ni Jimmy hanya dikenali sebagai pengacara TV..
tapi sekarang dia telah pun bergelar pelakon bila diterima tawaran berlakon drama di Astro..
mungkin ini juga merupakan rezeki baru untuk Jimmy
memandangkan tawaran pengacara semakin kurang..
sekurang2nya ada juga pembaharuan dari Jimmy..
tak salah kita mencuba benda baru asalkan kita berikan yang terbaik..
mungkin juga dengan terima tawaran berlakon ia sedikit sebanyak 
dapat membatu Jimmy melupakan kenangan silam..
sebelum ni pun 6 bulan Jimmy hanya duduk dirumah..
jom kita baca apa kata Jimmy tentang tawaran lakonan yang diterimanya..




" Tahun ini saya agak kurang melakukan pengacaraan. Setelah enam bulan berada di rumah tanpa berbuat apa-apa, saya fikir menerima pelawaan dari pihak Astro ini dapat mengurangkan kebosanan. Secara jujurnya saya langsung tidak mempunyai pengetahuan di dalam bidang lakonan, malah untuk membaca skrip pun saya tidak pandai. Bagaimanapun melalui perkongsian ilmu dengan mereka yang lebih lama, ia banyak membantu saya. Pada masa hadapan, saya juga akan turut mempertimbangkan untuk berlakon lagi, jika skrip yang ditawarkan itu menjurus kepada pengajaran atau berbentuk keagamaan. "



nampak Jimmy makin hensom dan berisi sikit kan..???
muka pun nampak lebih tenang dan tersenyum je..


P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

Tuesday, December 27, 2011

Khairul Fahmi (Apek) Hiasi Muka Depan GLAM Lelaki

assalamualaikum u ol...

kalau sebelum ni KIC ada post tentang Siti Nurhaliza 
yang bakal menghiasi muka depan GLAM..
kali ini giliran Khairul Fahmi pula yang akan menghiasi 
majalah GLAM lelaki Januari/Februari 2012..
sangat2 macho kot..huhuhu...
korang tengok dan nilaikan sendiri lah..
seksi tu...=p




cair lah hati peminat2 Khairul Fahmi ni ye..huhuhu..



P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

9 Gambar Terbaru Anak Dr. Sheikh Muszaphar

assalamualaikum u ol..


suka tengok anak Dr. Sheikh Muszaphar & Datin Dr. Halina ni..
memang comel dan pandai berposing..
KIC terjumpa gambar terbaru ni di fan page anak Dr. Sheikh Muszaphar ni sendiri
wahhh...dah popular dah anak Dr. Sheikh Muszaphar ni ye
yang lebih senang dipanggil Bella..
jom layan gambar2 yang comel ni..














P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

Monday, December 26, 2011

Peminat Tak Puas Hati Gambar Siti Nurhaliza Tidak Bertudung Untuk Jadi "Madonna"

assalamualaikum u ol..


mungkin ramai yang tahu tentang hal ni..
mungkin juga ada yang terkejut tentang hal ni
sebab baru tahu kan..
KIC dah tahu beberapa hari lalu..tapi hari ni baru berkesempatan nak cerita dengan korang..
sekali pandang gambar2 kat bawah ni seakan2 Penyanyi no. 1 negara ni 
macam tak memakai tudung..
ada yang cakap Siti mewarnakan rambut dan macam2 lagi lah..
mungkin sebab nak terlalu mengikut gaya Madonna  kot..
tapi kalau ye pun, jangan lah sampai macam ni sekali kan..
tapi sebelum korang membuat spekulasi, korang baca lah kenyataan dari 
editor majalah GLAM ni..








"Untuk cover Glam, Datuk Siti dipakaikan rambut palsu sepenuhnya malah masih memakai serkup di bahagian belakang kepala.


Efek grafik dan pencahayaan membuatkannya nampak seakan tidak melitupi langsung rambut. Siti juga tidak memerangkan rambutnya untuk penggambaran ini.


Gambar-gambar tersebut berkonsepkan Siti Nurhaliza sebagai penyanyi seksi barat, Madonna, dan bakal diterbitkan untuk majalah itu untuk edisi Januari tahun depan "



apa2 pun bagi sesetengah peminat penyanyi pasti ada yang melenting bila 
Dato' Siti Nurhaliza beraksi begini..
mungkin ada juga yang berfikiran terbuka..
korang nilaikan lah sendiri ye..
majalah muka depan Dato' Siti Nurhaliza ni kalau tak silap KIC akan di
terbitkan pada Januari tahun depan..maksudnya bulan depan lah..



P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

(10 Gambar) Sekitar Majlis Pengumuman Perkahwinan Yusry & Lisa Surihani

assalamualaikum u ol..




mesti ramai yang dah tau tentang perkahwinan pasangan hot,
Yusry & Lisa Surihani..
pada yang tak tahu tu korang boleh lah baca entry ni,
so kali ni KIC nak update tentang majlis yang berlangsung 
sempena pengumuman perkahwinan pasangan ni..
ramai yang telah meneka tentang hubungan percintaan Yusry & Lisa ni..
akhirnya terjawab juga pada majlis ni..











P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...