Tuesday, May 31, 2011

Potong Zakar Perogol

assalamualaikum u ol..


KIC terbaca kat akhbar tempatan tentang kes yang agak mengejutkan ni..
macam ngeri je KIC baca..
tu yang nak kongsi dengan korang semua ni..
tu pun kalau korang nak baca lah kan..
huhuhu...

gambar hiasan

DHAKA: Seorang wanita Bangladesh berusia 40 tahun bertindak nekad memotong zakar seorang lelaki yang cuba merogolnya, sebelum membawa organ itu ke balai polis sebagai bukti semalam. 

Ketua polis daerah Jhalakathi, 200 kilometer ke selatan Dhaka, Abul Khaer, berkata wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak itu diserang lelaki terbabit ketika tidur di pondoknya malam kelmarin.

“Ketika lelaki itu cuba merogolnya, wanita itu bertindak memotong zakarnya dengan pisau. Dia kemudian membungkusnya dengan plastik dan membawa organ itu ke balai polis Jhalakathi sebagai bukti.

Wanita terbabit memfailkan kes mendakwa lelaki itu yang juga berusia 40 tahun dan bapa kepada lima anak, atas kesalahan cuba merogolnya. 

Dia juga mendakwa bahawa lelaki itu sering mengganggunya sejak enam bulan lalu. 
Kemaluan lelaki itu kini disimpan di balai polis terbabit, manakala suspek sedang menerima rawatan di hospital. 

“Kami akan menahannya selepas dia pulih,” kata Khaer.


perogol tu terima hukuman yang setimpal..huhu..
rasakan..potong habis..=p
lepas ni terus bertaubat tak rogol orang lagi dah tu..
sesuai lah..




Tahniah SALIH YAACOB..selamat bernikah kali ke-4..

assalamualaikum u ol..


SAAT BAHAGIA...Salih bersama isteri keempatnya, Emi.


mesti ramai yang dah tau kan semalam telah berlangsungnya
majlis akad nikah antara SY dan juga isteri ke empatnya..
SY diijabkabulkan dengan Samihah Sheikh Ali, 25 tahun semalam pada jam 3.40 petang..
dengan 2 kali lafaz, SY sah menjadi suami kepada Samihah, 
atau lebih mesra di panggil Emi..
SY memberikan hantaran sebanyak RM25,000 dan mas kahwin RM25..
lengkap dah lah kuota SY ni ek..
akhirnya nak menikah 1 lagi tercapai..
sweet nya mereka ni ye..
KIC tengok pun syok je..huhu..

yang bestnya SY akan berbulan madu di China dan 
yang menariknya kesemua isterinya dan anak2nya akan ikut juga..
wahhh..bulan madu besar2an ni..huhu..
apa2 pun..jom lah kita layan gambar2 sepanjang majlis SY ni..


Foto Menarik






Selamat Pengantin Baru kepada SY..
tahniah....!
moga SY dapat menguatkan lagi ikatan kasih sayang antara ke empat2 isterinya..
dapat berlaku adil..=)


*kredit gambar untuk Sinar FM dan juga pak cik Google..

p/s: pada kaum2 adam yang nak ikut jejak SY ni fikir dulu baik2 ye..jgn nak ikut org je..tapi tak pandai nak jaga anak isteri sorang pun..


Monday, May 30, 2011

Dunia kita makin maju ke depan..TAPI ....................

assalamualaikum u ol..


masa cepat betul berlalu kan..
cepat je..
macam2 perubahan dah berlaku..
lagi2 dari segi teknologi..memang berkembang pesat kan..
korang tengok lah gambar kat bawah ni..
berbeza kan Tv tahun 90an dengan Tv sekarang ni..




tapi bukan tu je...
teknologi makin maju dan perut pun makin maju kan..huhu..
tengok lah dari kedua2 gambar tu..
Tv makin canggih..perut pun makin ke depan..
sesuai dengan teknologi kita yang maju ke hadapan..huhu..
bukan apa..teknologi makin canggih, Tv pun makin nipis..
tapi lain pula dengan perut..
makin dunia kita berteknologi..
makin membesar lah pula..
huhuhu...

malas nak komen panjang..nak tengok korang komen pula..
huhuhu...
apa pandangan korang tentang gambar ni..???



EKSKLUSIF: Baju bersanding abg BEN ASHAARI..

assalamualaikum u ol..

mesti ramai yang nak tau baju bersanding abg Ben kan..?
kalau tak, tak kan korang klik entri ni kan..huhu..
tapi sebenarnya bukan itu yang KIC nak cerita..

tapi KIC nak cerita sikit tentang baju kahwin ni..
sesuai lah dengan yang berbadan sasa..
sangat2 hot lah..huhu..
lagi2 kalau abg Ben yang pakai..=p
tapi gambar ni bukan gambar abg Ben tau..korang jangan salah tengok pula..huhuhu..
saja je buat suspen..jangan marah aaa...=)






wahhh...rasa2 memang sesuai lah dengan pengantin ni..
nampak ketul2..
mantap gitu...=p

rasa2 abg Ben Ashaari pun pakai baju macam ni gak ke time dia bersanding...?
kalau abg Ben pakai macam ni, tak berkelip lah mata gadis2 yang datang..
huhuhu....=p

*gambar kredit untuk pak cik google..

p/s: jangan marah ye abg ben..tu pun kalau abg ben baca entri sy ni lah..=p


Sunday, May 29, 2011

SALMA Juara Mentor 5..

assalamualaikum u ol...


baru lepas tengok mentor..
wahhh..sangat2 best..
memang berpuas hati dengan semua persembahan semua protege..
saingan memang sengit..
semua memberikan persembahan yang terbaik..
macam yang KIC cakap tadi..memang best sangat..

ok lah..KIC nak ulas sikit tentang persembahan ketiga2 peserta ni..
ni dari pandangan KIC lah ye..
mungkin lain orang lain pandangan..

SALMA
bagi KIC, persembahan permulaan nya sangat bertenaga..
berduet dengan penyanyi pujaannya, jaclyn victor..
memang best lagu duet mereka..
KIC suka sangat..
sebab dari mula KIC sokong Salma..

SHIHA
ada yang cakap Kak Pah ada suara emas..
shiha pula ada suara emas alaf baru..
persembahan kedua berdue dengan black mentor 4..
memilih untuk menyayikan lagu etnik kreatif ..

IQA
memberikan saingan sengit kepada protege2 yang lain..
memilih faizal tahir unuk persembahan kedua..
suara dia pun memang best..


MARKAH KESELURUHAN
Salma- 85
Shiha - 63
Iqa- 56


SALMA JUARA MENTOR 5.......!!!!!!!!!





p/s: apa komen korang tentang persembahan ketiga2 protege ni..???


HADIAH untuk Raja Sehari..ehem3..

assalamualaikum u ol...

hari ni hari yang sangat membosankan..
orang lain tak bosan..tapi KIC bosan giler..
bosan asyik lakukan rutin yang sama je hari2..
tapi KIC harap korang tak bosan lah ye baca entri2 KIC ni..
ini je lah tempat untuk KIC bercerita..
meluahkan apa yang tersirat dan tersurat..
supaya tak makin tersimpul nanti..huhu..

hari ni hari minggu..
apa yang sinonim ye dengan hari minggu ni..?
date?ishhh..korang ni..asyik ingat dating je ye..
ok lah..KIC terima jawapan tu..
tapi KIC bukan nak cerita pasal dating2 ni ye..
KIC nak cerita tentang raja sehari..
mesti ramai yang sibuk pergi jemputan kahwin hari ni kan..
tu yang rasa macam tak ramai je yang online..huhu..
ye la..bukan selalu nak merasa makan nasi minyak kan..
tak menang tangan kalau ada jemputan banyak2 ni..
kawan2 ramai yang dah kahwin dan akan berkahwin..
" aku bile lagi ye..? " =p
haaaa...entri ni juga bukan pasal bila KIC nak kahwin ye..
nanti ada cakap KIC ni teringin sangat nak kahwin pula..


 

entri kali ni tentang hadiah untuk raja sehari..
ala, tak kan korang tak pernah bagi hadiah time member2 kahwin kan?
mesti pernah walaupun sekali..
tak pun pernah tengok jenis2 hadiah yang selalu orang bagi untuk pengantin ni..
entri ni untuk kita kongsi cerita mengenai hadiah raja sehari..
ye lah kan..jadi raja cuma sekali dalam seumur hidup..
kalau boleh nak lah hadiah yang best2 kan..huhu..
mana tau dari komen2 korang ni boleh lah dapat dan berkongsi idea nak bagi hadiah apa..
bosan lah kadang2 tengok ramai yang bagi set cawan lah, pinggan mangkuk lah..
biasa KIC tengok orang bagi tu je..
ada tu yang cakap kalau nak bagi berat je hadiah tu boleh lah bagi lesung batu..huhu..
ada tu yang bagi botol susu..aduii..banyak juga kan hadiah2 yang kelakar yang pengantin dapat..
macam2 hadiah sebenarnya..
 
 
p/s: kalau boleh KIC nak tanya korang je jenis2 hadiah yang best2 untuk pengantin ni..
kalau ada pengalaman pun boleh lah share sama2..



Kisah MALAIKAT, MANUSIA DAN SYAITAN..

assalamualaikum u ol...

dah nak masuk waktu tengah hari dah..
malasnya lah nak masak...
tak ada idea nak masak apa ni..emmm...
jap lagi lah g masak..

nak cerita sikit tentang entri kali ni..
berkisarkan watak Manusia, Malaikat, dan Syaitan..
mungin korang dah biasa dengan watak2 ni..
cuma KIC nak ingatkan korang balik lah dengan kisah ni..
jom lah kita hayati sama2..

Manusia   - Eh, dah subuh dah?
Malaikat  - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan  solat subuh mu..
Syaitan     - Alahhhh, kejaplah, mengantuk ni..awal lagi ni?.zzzzzzzz

Manusia   - Nak makan,laparlah..
Malaikat  - Wahai Anak Adam,mulakanlah dengan  Bismillah..
Syaitan     - Ahh,tak payahla..dah lapar ini! mmm..sedapnyaaa...

Manusia    - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat   - Wahai anak Adam,pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan      - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!

Manusia   - Alamak, dah lewat!
Malaikat  - Bersegeralah  wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan     - Ahhh?awal  lagi..mmm..aaah.. suruh si X, punch kan lah?

Manusia   - Azan sudah  kedengaran..
Malaikat  - Wahai anak Adam,bersegeralah menunaikan kewajipan..
Syaitan     - Baru pukul berapa..rilex lah..awal lagi ni..

Manusia   - Eh, eh..tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat  - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat  dan    
                    mengetahui..
Syaitan     - Perggghh...best tu..rugi ooo kalau tak tengok  ni..

Manusia    - Saudaraku sedang melakukan dosa..
Malaikat   - Wahai anak  Adam, cegahlah ia..
Syaitan      - Apa kau sibuk..Jangan jaga tepi  kain orang, lantaklahh..

Manusia    - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini  kepada orang lain..
Malaikat   - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama  kamu..
Syaitan      - Sendiri pikirlah, semua dah besar,buat apa  susah2.pandai2lah..kubur pun lain2 nanti..

Manusia   - aku telah berdosa..
Malaikat  - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun...
Syaitan     - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat.lagipun  muda hanya sekali..rugila..

Manusia    - Kalau  pergi, mesti seronok!
Malaikat   - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari 
                     jalan itu...
Syaitan      - Jangan bimbang,tiada sesiapa yang  tahu...Jomlahhh..

Manusia     - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi  ni...
Malaikat    - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.  
                      Solat itu wajib bagimu...
Syaitan       - Hey anak  Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat     
                      (jangan mimpilah!) untukmu..


haaa..itu lah antara watak2 yang biasa berlaku dalam kehidupan seharian kita kan..
cuma mungkin kita semua tak sedar je benda2 macam ni memang berlaku..
kalau kita tak beringat..memang akan lalai..
KIC pun macam tu je..
kena selalu ingatkan diri sendiri..
moga tidak lalai sebagai hamba Allah di dunia ni..


Saturday, May 28, 2011

KARAK: RM400,000 hari pertama tayangan..

assalamualaikum u ol...

perut dah kekenyangan dah..
korang dah lunch belum..?
baik isi perut tu cepat2..takut masuk angin pula nanti.




ramai blogger yang cerita tentang filem KARAK ni..
filem seram arahan Yusry KRU..
ramai juga yang cakap filem ni best..
ramai blogger yang dah tengok dan cerita di blog masing2..
KIC je yang belum berkesempatan nak tengok filem ni..emmmm..
tak ada sape2 ke yang nak ajak KIC tengok wayang ni..?
huhuhu...

berita terbaru yang KIC denar tentang filem KARAK ni 
adalah kutipan hari pertama je dah RM400,000..
boleh tahan juga kan..
sebagai permulaan dah dapat kutip sebanyak ini..
Yusry mengatakan kutipan filem ni antara yang tertinggi untuk hari pertama tayangan..
mengalahkan filem Cicak Man arahannya yang dulu pernah mendapat sambutan hangat juga..

nampak macam best je cerita ni..
ramai pula yang cakap best..
haaa...kalau hari minggu ni korang tak ada perancangan..
boleh lah tengok filem ni kan..
mungkin korang akan berpuas hati dengan filem ni..

SEDIHNYA bila tak ada yang HARGAI..

assalamualaikum u ol..


hari minggu bakal tiba..
apa plan korang hujung2 minggu ni nanti..?
KIC pun belum ada plan apa2..
kadang2 plan last minit yang jadi..
yang di rancang belum tentu jadi..

korang sedih tak bila apa yang korang buat..tak ada sapa hargai..
penat2 buat something..tapi orang macam tak nampak je apa yang kita buat..
bila di ingat balik sedih kan..
kadang2 kita buat sesuatu tu bersungguh2..
dengan hasil titik peluh kita..
tapi tak ada sapa yang nak hargai.
rasa sedih dan penat kan..
kadang2 kita bukan nak apa2 pun..cuma hargai lah apa yang kita dah buat kan..
sekurang2nya ucapkan lah terima kasih..
bukan nak pujian setinggi gunung..

tapi bagi KIC..semua tu tak penting sangat..yang penting kita tau apa yang kita buat..
niatkan lah apa yang kita buat tu kerana Allah..
bukan kerana sapa2 atau pun untuk dapatkan habuan apa2..
kadang2 ada tu buat sesuatu..tapi untuk nama je..
biar orang sebut2 apa yang kita buat..
kadang2 kata2 pujian tu tak setimpal dengan apa yang kita buat..
orang lain yang bersusah payah..tapi orang lain yang dapat nama..
kan tak ok macam tu kan..
depan orang pijak semut pun tak mati..punya lah baik..
tapi belakang kita, duk ungkit2..
tak ikhlas namanya tu..
KIC selalu niatkan di hati ni..walau orang tak nampak apa yang kita buat..
tapi Allah tau..tu dah cukup lah..
Allah akan hargai apa yang kita buat..
walaupun orang disekeliling kita ni macam tak nampak je apa yang kita dah buat..


Friday, May 27, 2011

TOMOK bakal nikah Julai ini..

assalamulaikum u ol..


JODOH ...Tomok dan Siti Rahayu berkenalan secara kebetulan.


nak bagi khabar gembira pada peminat2 Tomok..
yang Tomok, 27 tahun akan menamatkan zaman bujangnya pada 1 Julai..
Tomok telah memilih pramugari Penerbangan Malaysia, Siti Rahayu Abas, 32 tahun..
Tomok telah mengenali bakal isterinya lapan tahun lalu..
lama juga tu kan..

dari persahabatan muncul bibit2 cinta dan hinggalah ke jinjang pelamin..
jarak umur 5 tahun tidak menghalang Tomok untuk menyesuaikan diri dengan pasangannya ini..
nampak sangat  mereka pasangan yang secocok kan..
mesti ada yang jeles kan dengan berita ini..
tak kurang juga yang gigit jari dengar Tomok akan menikah pada 1 Julai ini..
KIC doakan majlis mereka selamat dijalankan dan mereka bahagia hingga akhir hayat..


AHH, malas lah nak pergi sembahyang JUMAAT..

assalamualaikum u ol..

selamat hari jumaat semua..
sekejap je dah hari jumaat kan..
apa yang sinonim dengan hari jumaat ye..
antaranya dah tentu lah solat jumaat kan..




pernah ke ayat kat atas tu terpacul kat mulut kaum2 adam di muka bumi Allah ni..?
mungkin dah biasa dergar kot..
alasan malas nak pergi sembahyang jumaat lah tu..
ala..seminggu sekali pun malas..
sembahyang jumaat ni Fardhu Ain..

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali (berturut-turut) maka Allah SWT mengecap hatinya (sebagai munafik atau orang yang melengah-lengahkannya)” (Riwayat Ahmad).

ramai yang bagi alasan tak nak sembahyang jumaat ni..
yang kita selalu dengar macam ni :

  1. Ala, minggu lepas kan dah pergi, minggu ni tak payah lah..
  2. Penat lah kerja hari ni, lebih baik waktu rehat ni tidur je..
  3. Ala, kan kalau tak pergi 3 kali berturut2 tak boleh, selang seli tak apa kan..
  4. Ramai je tak pergi sembahyang jumaat, aku baru nak cuti sembahyang jumaat hari ni..tak kan tak boleh kot..
  5. Ala, lupa lah hari ni hari jumaat, tak perasan..

haaa...ni lah antara alasan yang biasa terbit dari hati dan mulut..
kadang2 kita pandang remeh hal ni..
kalau kita tak ambil perhatian benda ni..
takut lama2 terus lupa yang hari jumaat tu kena pergi sembahyang jumaat..
renung2 kan lah ye..


Yusry dan Lisa bercinta?

assalamualaikum u ol...



Lisa dan Yusry pada tayangan media filem Karak malam tadi..
filem ini adalah arahan Yusry..
dan Lisa dilihat bersama dengan Yusry pada tayangan filem ini..


bosan..bosan..bosan...
nasib ada blog..huhu..
mesti ramai dah tau kan tentang gosip cinta antara Yusry dan Lisa..
cuma masing2 menafikan lagi..
biasa lah..jawapan standard " kawan biasa" ...
tapi KIC lihat Yusry lebih terbuka dalam soal ni..
cuma Lisa yang masih teragak2 untuk menjawab soal cinta mereka ni..
biasa lah..perempuan..nanti orang cakap over pula..
sebab tu Lisa lebih mendiamkan diri bila isu ni timbul..

Yusry lebih terbuka dan menyimpulkan hubungan mereka ni lebih dari kawan rapat..
so korang fikir sendiri lah ye..
lagipun masing2 dah jumpa keluarga masing2..
kira ngam lah tu kan..
mula2 kenal hati budi masing2..
lepas tu kenal keluarga pula..

mereka berdua ni memang macam belangkas juga lah..
selalu keluar menonton wayang bersama2..
asyik dating je lah mereka berdua ni ye..
ala..biasa lah tu..tengah di lamun cinta kot..huhu...=p

KIC pun tak nak lah ulas lebih2..
sebab tuan punya badan pun masih cuba sembunyikan hubungan mereka ni..
apa2 pun kita doakan lah hubungan mereka ni..
kalau ada jodoh, alhamdulillah..



mesranya hubungan Lisa dengan Yusry..


Thursday, May 26, 2011

Nak muntah tengok gambar ni..*serius*...(amaran 18SG)

assalamualaikum u ol...


sekejap je dah petang kan..
jap lagi nak tengok Marimar..
sebelum tu nak la update blog dulu..
entri petang2 ni pendek je..
tak ada bebelan dari KIC..
tengok gambar ni dan korang nilai kan lah sendiri ye..
KIC malas nak komen sangat..
tak lalu lepas tengok gambar ni..macam2 KIC rasa..
pastikan korang kuat semangat bila tengok gambar ni..
takut ada perkara yang tak di ingini berlaku pula nanti..huhuhu...=p

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


sempat lagi hantar SMS nak minta tolong..
" call ambulance cepat, dah tak tahan rasanya ni..rasa macam nak terkucil "
huhuhu...


gambar ni KIC dapat dari emel..
kawan KIC bagi..
saja nak kongsi dengan korang..
apa yang korang faham tentang gambar ni...???
huhuhu...


p/s: rasa nak muntah lah pula tengok gambar ni..aduyaiiii....

NUR KASIH: 3.5 juta seminggu..

assalamualaikum u ol..


selamat pagi semua..
rasa macam lama je dah tak tengok wayang..
dah kat kampung ni memang susah lah nak tengok wayang..
kalau kat kolej on je..huhu..
kawan2 pula jenis yang tak kisah..
kaki wayang gak..




kali ni KIC nak cerita tentang Nur Kasih The Movie..
ni lah filem yang KIC nanti2 kan..
sebab drama nya pun dulu KIC tak pernah miss..
tapi kemungkinan besar tak dapat tengok filem ni kat pawagam lah..emm..sedih juga lah..
KIC dengar sambutan cerita ni mendapat sambutan hangat..
waahhh..bagus lah..
hari pertama tayangan je dah kumpul RM500,000..
boleh tahan juga ye..
seminggu tayangan dah kutip RM3.5 juta..
moga filem ni dapat sambutan lagi lah ye..



pelakon utama nya..
Tiq dan Remy..

Wednesday, May 25, 2011

Radio Sinar FM No.1 di Malaysia..

assalamualaikum u ol..


petang tadi pergi melawat mak kat hospital....
waktu melawat dari kul 4.30 petang sampai kul 7.30 malam..
sekejap je..
lagipun tak boleh tunggu mak..cuma boleh datang melawat je..

KIC dah lama juga tau tentang tajuk entri ni..
cuma tak dapat bukti yang sahih je..huhu...=p
so sekarang ni dah dapat bukti yang sahih..
nak lah share dengan korang..


Hebatnya! Radio Sinar FM Still No. 1 Di Malaysia


untuk pengetahuan korang, Radio Sinar FM telah terpilih 
sebagai stesen radio melayu no 1 di Malaysia..
bukan untuk tahun ni je tau..tapi untuk 3 tahun berturut2..hebat kan..?
dapat mengalahkan stesen radio hebat yang lain seperti Era.FM dan Hot FM..
Sinar FM telah berjaya mengumpul 4.2 juta pendengar..
dan telah mengalahkan stesen radio Era FM
yang mengumpul sebanyak 4 juta pendengar..
tahniah untuk Sinar FM..

ni semua hasil kerjasama yang hebat dari penyampainya kot..
tu yang popular stesen radio ni..
gandingan Khairil Rashid, Salleh Yaacob dan Raja Azura telah memeriahkan 
pagi kita dengan celoteh mereka..
mereka ni telah mengendalikan Sinar Pagi..
memang menghiburkan lah..

tak lupa juga deejay2 hebat seperti Abby Fana, Najman, Zaidi dan Jamal Jamaluddin..
mereka ni bekerja keras bagi menaikka lagi stesen radio ini..
ni semua senior2 ni..

moga dengan kejayaan ni..
lebih banyak lagi stesen radio akan berlumba2 untuk 
memberikan yang terbaik kepada pendengar2 mereka..

IBU, kau ampuni lah DOSAKU..

assalamulaikum u ol..


KIC baru je lepas lunch..makan biasa2 je..lambatnya lunch..huhuhu
alhamdulillah..dapat mengenyangkan perut dengan jayanya..=p
tadi cuaca bukan main panas..sekarang dah mendung pula..
macam nak hujan..
sekarang ni memang cuaca tak menentu..
jap lagi mesti panas balik..

perut kenyang, hati pun senang..KIC nak kongsi cerita dengan korang semua..
berkenaan tajuk entri KIC petang2 ni..
lebih kepada hati dan perasaan seorang ibu..
agak emosional la pula..huhu..
sebab KIC ada baca berita tentang INI
tu yang terpanggil untuk post cerita ni..




tanpa kita sedar dah berpuluh-puluh tahun kita hidup kat dunia ni kan..
dari dalam perut ibu, kita dilahirkan ke dunia dan sampai la sekarang ni..
dari kecil sampai lah besar..
ada tu lebih besar dan lebih tinggi dari ibu kita..
korang je kot tak perasan..

kita di jaga dengan penuh kasih sayang, dibesarkan tanpa jemu dan penat..
tapi pernah tak kita terfikir, pernah tak kita sakiti hati ibu kita..?
pernah tak korang fikir semua tu..?
jika hati ibu kita terluka, susah untuk kita mengucap dua kalimah syahadah..
nauzubillah..minta di jauhkan dari hidup kita..

cuba kita renungkan dan kita tanya diri kita..
pernah tak kita lukakan hati insan yang melahirkan kita tu..?
sama ada melalui kata2 atau pun perbuatan kita..
mungkin kita tak sedar semua tu kan..
mungkin tak pernah terdetik pun persoalan macam tu..
dengan meninggikan suara pada ibu kita pun dah di kira dosa..
apatah lagi yang lain2..
rasa2 dah berapa banyak kali kita melawan kata2 ibu kita..
mungkin tak terkira kan..
mungkin dalam hati, mereka menangis..cuma kita je yang tak tau..
menitiskan air mata hanya kerana hatinya terluka dengan perbuatan kita..
tapi kita tak pernah sedar pun..kita abaikan perasaan ibu kita sendiri..




korang ingat lah..
walau sesiapa pun kita, walau sehebat mana pun kita..
walau berjaya setinggi langit pun..
tapi tanpa doa dan restu si ibu yang melahirkan kita..
maka tak ada lah keberkatan hidup..
tinggi betul darjat seorang ibu tu kan..
kita tak kan dapat keredhaan Allah kalau tak dapat keredhaan dari ibu kita tu..

betul la kata pepatah..
" seorang ibu boleh menjaga 10 anak,tapi 10 anak belum tentu boleh jaga seorang ibu.."
hati ibu kita kena jaga..KIC pun banyak lukakan hati mak KIC..
mungkin tanpa di sedari dan tak sengaja..

tentang tanggungjawab anak lelaki pula..
1. pada Allah
2. Rasul
3. Ibu
4. Ibu mertua
5. Ayah
6. Ayah mertua
7. isteri

tengok pada tanggungjawab ni pun korang dah faham kan..
pada yang dah kahwin tu..jangan abaikan ibu korang ye..tak boleh nak lebih kan isteri sangat..huhu..
ingat sampai sekarang " syurga di bawah tapak kaki ibu "

kalau korang sayang ibu korang..
selalu lah amalkan doa ni..


YA ALLAH, AMPUNILAH DOSAKU DAN DOSA KEDUA IBU BAPAKU..
DAN RAHMATILAH KEDUA-DUANYA, SEBAGAIMANA MEREKA MENDIDIKKU
SEWAKTU KECIL..


* rasa pilu hati ni masa post entri ni.......



Kerana di suruh SOLAT, dia sanggup menendang IBUNYA..

assalamulaikum u ol..

pagi ni baru dapat online semula..
malam tadi sangat2 penat lepas balik menjenguk mak di hospital..
baring je..mata terus lelap..
lepas menyiapkan kerja2 rumah..
mula lah menghadap laptop..
so nak kongsi cerita dengan korang tentang berita ini..


KUALA LUMPUR: Hanya kerana menasihatkan anak lelakinya supaya mengerjakan solat dan membaca al-Quran, sepasang suami isteri berusia awal 50-an cedera ditumbuk dan ditendang pemuda itu di rumahnya di Batu 4, Gombak, di sini, kelmarin.


Difahamkan, pasangan suami isteri itu cedera di muka, kepala dan badan selepas dipukul lebih 15 minit oleh anak kesayangan mereka itu. 
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, anak lelaki berusia 20 tahun itu dikatakan hilang pertimbangan selepas bapanya menasihatkannya supaya tidak meninggalkan solat dan selalu membaca al-Quran dengan memberi contoh anak jiran mereka. 


Menurut sumber, suspek yang bagaikan dirasuk hantu, tiba-tiba menyerang bapanya namun dihalang ibunya.Tersentak dengan itu, suspek dikatakan memarahi ibunya menyebabkan berlaku pertengkaran antara dua beranak itu lebih 10 minit.


sanggup dia menendang ibu nya dan memukul ayahnya 
hanya kerana perkara kecil macam ni..
kerana disuruh perkara yang baik oleh ibu dan ayahnya..
tapi lain pula yang jadi..
perbuatan yang tak bermoral langsung..
takut nanti tak cium bau syurga..

tapi bagi KIC kadang kita kena berpegang juga pada pepatah ini
" melentur buluh biar dari rebungnya.. "
peribahasa ni lebih kurang maksudnya macam ni lah..
kalau hendak mendidik anak tu biar lah dari kecil..
masa tu hati dan pemikirannya masih lembut..
dari kecil la kita ajar anak2 tu perkara2 yang di tuntut..
kalau dah besar panjang baru nak dilentur..takut patah pula kan..
sebab dah keras..
korang faham kan maksud KIC ni..
kalau ada terkurang mintak maaf lah ye..
lama dah KIC tinggalkan buku BM..huhu..=p

apa2 pun KIC memang geram dengan berita ni..
sebagai anak memang sama sekali tak patut buat macam ni..
bukan setakat memukul atau menendang, meninggi suara pun dah berdosa..
minta2 semua ni di jauhkan dari kehidupan kita..


Tuesday, May 24, 2011

Bercumbu-cumbuan di tempat awam..

assalamualaikum u ol..

sebelum KIC berhempas pulas di dapur..
eleh,macam rajin sangat je dia ni..huhuhu
izinkan KIC update blog dulu lah ye..

tengah2 hari ni KIC nak cerita tentang cerita yang tak sedap di dengar..
tapi KIC nak cerita juga..huhu...=p
tadi KIC terbaca kat akhbar tempatan tentang aksi tidak sopan pengunjung 
kat Taman Perbandaraan Tengku AnisTanjung Chat kat Kota Bharu..
nak tau kisah nya..jom kita baca kisah selanjutnya..


Sepasang remaja berpelukan dirakam pihak penguasa Jabatan Pembangunan Insan MPKB-BRI di Taman Perbandaran Tengku Anis, semalam.

aksi yang sempat dirakamkan oleh penguatkuasa di sini..


KOTA BHARU: Pengunjung Taman Perbandaran Tengku Anis Tanjung Chat di sini, kesal apabila taman awam yang dibina Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) untuk beriadah dan menghabiskan cuti hujung minggu dengan keluarga, dicemari perbuatan segelintir pasangan remaja yang melakukan adegan tidak senonoh.

Malah, remaja itu sanggup bersembunyi di kawasan terpencil taman awam berkenaan sebagai tempat memadu kasih bersama pasangan masing-masing walaupun kemudahan awam itu dikhaskan bagi kegiatan beriadah penduduk bandar Kota Bharu.

Namun, segelintir pasangan remaja sengaja mengambil peluang menyalahgunakan tempat awam itu untuk melakukan perbuatan tidak sopan seperti bercumbuan tanpa segan silu dilihat pengunjung lain yang sedang berjoging di sepanjang laluan kira-kira tiga kilometer trek pejalan kaki.

Malah, ada di antara pasangan sedang asyik bercumbu itu tidak menyedari perbuatan mereka dirakamkan anggota penguat kuasa Jabatan Pembangunan Islam (JPI) MPKB yang kerap menjalankan rondaan.


memang cerita yang sedap di dengar kan..tapi KIC nak cerita untuk berkongsi..
sebab benda macam ni kena ambil perhatian..
kat tempat awam ni pun mereka boleh melepaskan nafsu..ini kan pula tempat lain..
benda2 macam ni lah kena elak sebelum perkara yang lain terjadi..
orang cakap "sikit2 lama2 jadi 'bukit'..."
tempat awam macam ni pun boleh lepas kan nafsu..aduiii...apa pun tak boleh..!!!
marah gak lah ni...huhu..
orang datang tempat macam ni nak beriadah..mereka boleh pulak buat aksi2 yang tak senonoh..
memang tak bertamadun dan bermoral langsung la mereka semua ni..

Ashraff Muslim bercuti bersama tunang di Jakarta (Gambar)

assalamualaikum u ol..


pagi2 yang bosan ni selepas habis membuat kerja rumah..
KIC blogwalking la jawabnya..
ada juga faedah nya kan..huhu..
jalan2 tadi KIC singgah di blogger Beautiful Nara..
jelesnya lah..
nak tau sebab apa..?
sebab nampak gambar percutian pelakon Ashraff Muslim dengan Tunangnya..
wahhh..romantiknya..sangat jeles tau..
tapi mereka bukan pergi berdua je ye..tapi bersama keluarga..
ok..jangan salah faham pula..
korang layan la gambar2 mereka ni ye..
dari gambar ni pun korang akan tau mereka ke sana bukan untuk bercuti sahaja..
tapi ada yang mereka perlu selesaikan..


ashraff muslimm

jeng3...Ashraff bersama tunang tersayang..
jeles pulak rasa nya..nampai santai je kan Ashraff tu..
tapi tetap maintain hensom..huhu..=p

ashraff muslimm

ashraff muslimm

ashraff muslimm

ashraff muslimm

ashraff muslimm


dari gambar2 ni..korang tau kan tujuan mereka ke sana..
dah tentu lah untuk persiapan perkahwinan mereka tak lama lagi..
tinggal berapa bulan je kan hari bahagia mereka..
tak sabar nak lihat majlis raja sehari ni..


p/s: mesti ramai yang jeles kan tengok gambar2 ni..i pun jeles tau..huhuhu...=p

gambar2 ini kredit untuk Beautifulnara


Blogger pun dah macam burung hantu..

assalamualaikum u ol...


ada lagi ke yang tak tidur?
korang layan online ni sampai tak sedar hari dah lewat malam kan..
waaahhh...ada ke yang layan blog waktu2 macam ni..?
ramai je sebenarnya yang online time2 macam ni..hebat lah..
sebab tu la KIC cakap blogger ni pun dah ikut burung hantu..
berjaga malam2..huhuhu..
time ni la korang boleh curi2 traffik untuk blog..
sambil2 tu korang boleh blogwalking kan..bagus2..teruskran usaha tu..
mata dah nak pejam pun masih lagi cari idea nak update blog kan..
jangan bangun sok mata korang macam panda sudah lah ye..huhu
haaa...tapi tu la tanda2nya korang ni blogger yang akan berjaya..
masih setia dengan blog walaupun bantal busuk
dan katil empuk korang dah memanggil..

tapi best sebenarnya layan blog time macam ni..
sejuk je..suasana pun aman..tak ada sapa nak ganggu.. 
kadang2 idea pun boleh datang time2 macam ni..
sebenarnya ramai je blogger yang online time2 ni..
so kalau berkesempatan tu update je blog korang tu..
jangan asyik blogwalking je..
perah sikit otak tu untuk update blog..huhu..
tak ramai blogger yang update blog time2 macam ni..
so, kalau korang update..dioarang lebih tertumpu pada blogger yang ada post baru..
peluang tu kan..

apa2 pun selagi kita belum tutup mata..
blog...blog...blog...
huhu..dahsyat ni..
gila berblogging..
takut sampai termimpi2 pula nanti..=)


Monday, May 23, 2011

Mak KIC masuk HOSPITAL...?

assalamualaikum u ol..


tengah hari tadi mak KIC mengadu badan rasa lain macam..
rasa macam nak pitam..
KIC tengok pun muka mak KIC dah pucat je..
so pergi la klinik..mak pergi check..
tiba2 mak disuruh pergi hospital..
sebab badan mak memang kurang darah..
patut la muka pun pucat je..
nasib baik la tak pitam..

sebelum ni pun memang mak ada masalah macam ni..
pernah kena masuk darah..
tadi petang pergi tengok mak kat hospital..
memang masih pucat lagi..badan pun lemah je..
2 kali kena masuk air..
doktor cakap esok baru boleh masuk darah..
lambat nya..padahal mak dah kurang darah sangat..
pergi tandas pun nurse suruh naik kerusi roda..takut pitam..
tapi mak KIC cakap dia tak ada pape..
kepala pun dah tak pening..

sepatutnya nak teman mak malam ni..
tapi tak boleh..
kenapa entah..mungkin mak di tempatkan kat wad 
yang memang tak leh ada sapa2 yang boleh tunggu..
tapi pelik la..mak pun cakap tak boleh..
emmmm...tak pe lah kalau macam tu kan..
esok pagi KIC datang lagi tengok mak ye..
harap mak ok kat hospital sekarang ni..
risau juga sebenarnya..
doakan la mak KIC ok kat sana..


Aku nak jadi BABY SITTER..?boleh ke?

assalamualaikum u ol...


korang semua dah lunch belum..?
KIC belum lagi..mungkin jap lagi kot..
cuaca pun boleh tahan panas hari ni..
sebelum ni KIC ada bagi tahu korang yang KIC nak cari kerja sementara..
memang KIC ada jalan2 cari kerja hari tu..
yang mengena adalah untuk jadi baby sitter..
anak kepada bos tempat adik KIC kerja..
alamak...adakah KIC layak untuk di beri tugas itu..?huhu..
macam tak caya je..
mungkin 3,4 orang KIC kena jaga..
tapi KIC memang dah biasa jaga anak orang..sebelum ni KIC dah biasa jaga anak makcik..
sepupu sendiri ok lah kan..
ni jaga anak orang lain..macam cuak je ni..
takut KIC kena BULI dengan budak2 tu..huhuhu...=p
sekejap lagi KIC nak pergi jumpa mak budak2 ni..
nak berbincang apa2 yang patut..
kalau ok..boleh lah KIC start kerja nanti..
harap2 budak2 tu nak la dengan KIC ni..
KIC ni baik hati apa..suka budak2 pula tu..huhu..
kira menepati syarat2 la ni kan..huhu...=p

ok la..KIC nak bersiap ni..
jumpa lagi lewat petang nanti ye..
doakan KIC tak kena BULI..huhu

Bile BLOGGER kering idea..apa yang patut dilakukan..?

assalamulaikum u ol..

selamat pagi semua..
sungguh indah dan nyaman pagi ni..
pagi tadi mendung..macam nak hujan..tapi tak jadi hujan la pula..
matahari pun dah menunjukkan sinarannya..




korang pernah rasa tension tak bila berblogging ni..?
ye la..tiba2 depan laptop je, mula nak menaip..tiba2..idea hilang entah kemana..
tiba2 blur je..
aduiii..spoil betul la kan..
buat hati panas je..
mula la memerah otak..nak cari idea..
KIC pun pernah rasa macam ni..
punya lah excited nak update blog..tetiba idea hilang..
memang tension la..
tapi jangan sampi korang gigit atau pun hempas laptop pula ye..huhu..

tapi KIC pernah terbaca blog seorang blogger otai ni..
dia nasihatkan jangan la update blog time tengah blur dan tengah kering idea..
nanti apa yang kita cerita semua tak menjadi..
asyik perah otak je..tak ada isi dalam entri kita tu..
tapi bila fikir2 balik betul juga kot..
kita kena rileks dulu..tenangkan diri..
cari point tentang apa yang kita nak sampaikan..
tak pun korang dengar lagu ke..sambil cari idea..
mungkin akan lebih rileks..




bukan senang nak berblog ni..
lagi2 nak hasilkan entri yang bermutu..
jangan fikir nak cepat naik je dalam dunia blog ni..
tapi kalau cepat je naik..tapi tak ada apa2 makna dalam blog tu nak buat apa kan..
nanti cepat naik..cepat pula turunnya..
apa2 pun dalam berblog ni kadang2 perlukan idea yang sangat luas..
pemikiran kena luas..tak leh nak sempit2..
ini cuma perkongsian dari KIC..KIC pun masih belajar lagi..
so, sama2 la kita tingkatkan diri dalam berblogging ni..=)

Sunday, May 22, 2011

SEGMEN: Keluargaku Keluarga Bahagia

assalamualaikum u ol..

TUTUP

macam yang KIC bagi tahu sebelum ni..
mood KIC untuk bersegmen dah kembali..
klik SINI kalau nak baca lebih lanjut..
so kali ni KIC nak buat segmen yang dekat dengan hati korang..
Segmen: Keluagaku keluarga bahagia..




  1. sila letak header saya ni..
  2. tajuk: SEGMEN: Keluargaku Keluarga Bahagia
  3. jawab soalan2 yang sangat mudah ni..
          a) ceritakan serba sedikit tentang keluarga anda (terpulang nak letak gambar keluarga atau tak)
          b) keluarga impian anda yang macam mana?
          c) panggilan manja anda dirumah?
          d) apa yang anda rasa anda patut buat untuk bahagiakan kedua ibu bapa anda?


ok, tu je..senang kan..?
tiap hari saya akan buat entri pasal segmen ni..
kiranya promote blog korang la pada blogger2 lain..
suka tak?huhuhu..

kalau dah siap sila la pastekan URL korang kat sini ye..
tarikh tutup segmen ni 22/5/2011 jam 11.59PM


Keputusan Mentor 5 - sapa yang layak masuk AKHIR..?

assalamualaikum..


baru je lepas tengok Mentor..
memang layan gila la Mentor kali ni..
sebab empat2 protege memang terbaik la..saingan memang sengit..
masing2 berlumba2 untuk membuat persembahan terbaik..
ye la..nak masuk final kan..

untuk persembahan Salma..
U r Rock...!!!
kenapa KIC cakap macam tu?
sebab KIC suka persembahan kedua Salma..nyanyi lagu rock..berduet dengan Mohd Mentor4..
memang best la persembahan dia tadi..
lagipun KIC memag minat dengan nyanyian Salma ni..suara dia boleh jual..hebat..
juri awam telah memberikan 19/20 markah untuk Salma..
tak sangka pula..ingat juri awam akan bagi markah full..huhu..

untuk persembahan Shiha pula..
bagi KIC memang best..cuma untuk nyanyian etnik kreatif tu..
KIC macam ada dengar suara Dato' Siti..
tapi apa2 pun persembahan dia memang best la..
untuk persembahan kedua, Shiha berduet dengan Pija Mentor..best persembahan mereka..
juri awam telah memberikan Shiha 20/20 markah..

untuk persembahan Ratnah pula..
KIC tak nak banyak komen tentang persembahan dia ni..
sebab memang ok..cuma persembahan kedua dia kurang sikit la..
juri awam telah memberikan 20/20 markah untuk Ratnah..
markah penuh tu..

untuk persembahan Iqa pula..
KIC sangat suka persembahan dia yang pertama..
dia nyanyi lagu Awan Yang Terpilu..
suara dia memang hebat juga..
juri awam telah memberikan 20/20 markah untuk Iqa..


markah keseluruhan untuk separuh akhir pertama dan kedua:

Salma 
untuk separuh akhir pertama memperoleh 49 markah... 
separuh akhir kedua memperoleh  64 markah..
jumlahnya adalah 113 markah

Ratnah 
separuh akhir pertama memperoleh 42 markah.. 
separuh akhir kedua pula memperoleh 46 markah
 dan jumlahnya adalah 88 markah..

Shiha
separuh akhir pertama memperoleh 58 markah
separuh akhir kedua pula Shira memperoleh markah 61 
dan jumlahnya adalah 119 markah..

Iqa
separuh akhir pertama memperoleh 57 markah..
dan separuh akhir kedua pula memperoleh 69 markah
dan jumlahnya adalah 126 markah..

kalau tengok pada markah, yang layak masuk final dah tentu lah Iqa dan Shiha..
sebab hanya dua je peserta yang akan layak masuk ke final..
tapi Mentor 5 buat kejutan sebab nak masuk kan 3 orang peserta unuk final..
so Salma pun dapat la masuk final..
nasib baik..kalau tak dapat masuk sedih la KIC..huhu...=)


yang layak ke pusingan akhir
Iqa
Shiha
Salma


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...