Wednesday, February 29, 2012

Liyana Jasmay Bakal Tunang Bulan Depan

assalamualaikum u ol..




Mungkin ramai yang terkejut tentang berita 
pertunangan penyanyi & pelakon Liyana Jasmay pelakon Khurafat, Senjakala..
KIC pun baru dapat berita ni..
mengikut sumber yang KIC peroleh..
Liyana bakal bertunang bulan depan dengan jejaka pilihannya 
Fathuddin Mazlan seorang ahli perniagaan..
tarikh majlis pertunangan ni masih belum dapat KIC pastikan..
apa2 pun tahniah KIC ucapkan kepada Liyana Jasmay..

sebelum ni Liyana pernah digosipkan dengan pengarah dan pelakon Syamsul Yusuf
dan juga dengan penyanyi Aizat..
tapi ternyata semua itu benar2 gosip belaka..
sekarang kita dah tahu siapa yang bertakhta di hati Liyana..
Liyana telah pun memilih Fathuddin sebagai temannya..
sebagai peminat kita doakan yang terbaik untuk pasangan ni..


P/s: Share lah entri ni dengan kawan2 korang pulak. Hanya klik button kat bawah ni..Sharing is caring..TQ


Monday, February 27, 2012

Gambar | Majlis Resepsi Yusry & Lisa Surihani

assalamualaikum u ol..

sungguh berseri & ceria raja sehari kita ni..
siapa lagi kalau bukan Yursy & Lisa Surihani..
selepas melangsungkan pernikahan khamis lalu, 23 Februari..
pasangan ni telah mengadakan majlis resepsi semalam, 
26 Februari lebih kurang jam 8 malam..
majlis resepsi ini diadakan di PICC Putrajaya dengan penuh meriah..
dihadiri oleh lebih kurang 2000 jemputan..
cantik & kacak Lisa & Yusry malam tadi..





 









 

P/s: Share lah entri ni dengan kawan2 korang pulak. Hanya klik button kat bawah ni..Sharing is caring..TQ


Saturday, February 25, 2012

Gambar | Majlis Pernikahan Ana Raffali & Naim

assalamualaikum u ol..


tahniah KIC ucapkan kepada Ana Raffali, 26 tahun kini 
sah menjadi milik Aznaim, 30 tahun..
majlis pernikahan pasangan ni berlangsung lebih kurang jam 11.50 pagi tadi..
sebelum tu pasangan ni telah melangsungkan pertunangan pada jam 11 pagi
pada hari yang sama..
Ana menerima wang hantaran sebanyak RM 11,412..
majlis berlangsung di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, KL..
Ana yang cantik bertudung mengenakan busana rekaan pereka fesyen Ezuwan Ismail..
majlis resepsi pasangan ni juga diadakan ditempat yang sama selepas
majlis pernikahan..
Tahniah KIC ucapkan kepada Ana..
moga masjid yang dibina kekal hingga akhir hayat..











P/s: Share lah entri ni dengan kawan2 korang pulak. Hanya klik button kat bawah ni..Sharing is caring..TQ


Friday, February 24, 2012

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Misha Omar & Firos

assalamualaikum u ol..


mungkin KIC terlambat update entri tentang berita pertunangan yang popular
dengan lagu Bunga-Bunga Cinta & Pulangkan..
siapa lagi kalau Misha Omar..
dia telah selamat bertunang dengan lelaki pilihannya pada
21 Februari 2012 yang lalu..
majlis berlangsung pada jam 1 petang dan diadakan di kampung halaman Misha 
di Kota Bharu, Kelantan..
majlis telah diadakan secara tertutup dan sederhana..
Tahniah KIC ucapkan pada pasangan ni..
majlis perkahwinan pasangan ni akan berlangsung pada tahun ni juga..
nak tau lebih lanjut tentang bakal suami Misha ni, klik SINI

















Tahniah Misha & Firos..
moga pertunangan ni kekal hingga ke jinjang pelamin..=)


P/s: Share lah entri ni dengan kawan2 korang pulak. Hanya klik button kat bawah ni..Sharing is caring..TQ


Gambar | Sekitar Majlis Pernikahan Yusry & Lisa Surihani

assalamualaikum u ol..


malam tadi lebih kurang jam 9 malam telah berlangsungnya
majlis pernikahan Yusry & Lisa Surihani..
dengan sekali lafaz, Lisa sah menjadi milik Yusry..
majlis berlangsung di hotel Marriot, Putrajaya selepas solat isyak..
majlis dihadiri lebih kurang 250 orang jemputan terdiri dari ahli keluarga & media..
majlis persandingan pasangan ini pula akan diadakan pada Ahad ni
di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya..
Tahniah KIC ucapkan kepada Yusry & Lisa..
moga ikatan yang dibina kekal hingga akhir hayat.. =)




















P/s: Share lah entri ni dengan kawan2 korang pulak. Hanya klik button kat bawah ni..Sharing is caring..TQ


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...