Saturday, April 30, 2011

Nak buat bloglist baru...ade sape2 yang nak join tak...???

assalamualaikum u ol...



TUTUP

waktu macam ni baru la KIC dapat update blog KIC ni..
baru lepas exam malam tadi..
so lepas tu study jap..
ni nak update blog sebelum lelapkan mata yang dah layu ni..

KIC nak buat bloglist baru menggantikan bloglist AKU KAKI BLOGGING tu..
yang tu dah nak genap sebulan..so KIC nak buat yang baru untuk bulan 5 ni nanti..
tapi ada ke yang nak join bloglist KIC ni..???
tak pe la..kita tunggu dan lihat la ye..ada ke yang nak join ni..huhuhu...=p
senang je..jom tengok apa syarat2 yang mudah ni..




  1. sila letak header KIC ni..
  2. tajuk: KIC, Saya Nak Join Bloglist Awak Boleh..???
  3. lepas tu korang komen blog KIC ni..tak kisah la nak cakap apa2 pun..pasal cara penulisan ke?header ke?background ke?apa2 je la..nak kritik pun tak pe..jangan yang lucah2 dah la ye..kena gam pula blog korang nanti..huhuhu..
  4. yang bertuah akan di review..bukan semua ye..tapi yang terpilih je..kalau ramai yang join, ramai la yang akan di review nanti..
mudah je kan...tak sampai pun 15 minit.. so apa lagi..rajin2 kan la jari jemari korang tu join ye..=)
jangan lupa link kan ke sini ye..tarikh tutup 30/4/2011 jam 11.59 malam..

Thursday, April 28, 2011

Rasa macam nak hentak kepala kat dinding je..

assalamualaikum u ol...



hari ni kepala rasa macam berat sangat la..
semalam baru lepas 1 paper exam..esok ada lagi paper..
lusa pula ade 2 paper direct..
so kepala KIC ni rasa sangat2 la pening..
menghadap buku..tapi macam masuk2 tak je apa yang KIC baca tu..
tak tau nak mengadu pada siapa..
nasib ada blog..boleh juga la mengadu kat korang..
tu pun kalau ada yang nak dengar la..
KIC bukan nak membebel..cuma nak bercerita je..
tau la cerita KIC ni tak menarik kan..huhuhu..
biasa la fikiran tengah kusut..
tu yang rasa macam nak hentak kepala ni kat dinding..
rasa2 cara ni berkesan tak..?
emmm...tak pasal2 KIC masuk ICU nanti..
time2 minggu exam ni macam2 perasaan timbul..
tapi jangan risau..KIC masih lagi waras..
cuma agak tension sekarang ni..kadang2 rasa down juga..
rasa nak menangis pun ada..
harap2 semuanya berjalan dengan lancar la nanti..
tu je yang KIC harapkan..
kalau tension2..apa pun tak menjadi nanti..
so apa2 pun RTS....(rileks, tenang, senyum)
huhuhuhu....=)




Nak join bloglist Bangku Kosong

assalamaulaikum u ol...


berkesempatan nak join bloglist blogger hebat ni..
last minit ni..sempat lagi kot...huhuhu...=)

Wednesday, April 27, 2011

Perempuan serah diri dalam masa 15 minit je..AWAS WANITA..!

assalamualaikum u ol..



entri ni KIC dah nak post awal2 tadi..tapi tak bekesempatan..
prepare untuk exam malam ni..
agak sibuk..dan petang2 macam ni luangkan masa sikit untuk update blog la..

berita ni agak mengejutkan juga la..KIC terbaca di akbar Metro pagi tadi..
mungkin ada juga yang dah tau..
tapi KIC nak share juga dengan korang..
sebab ia melibatkan kaum wanita..
so KIC terpanggil untuk cerita tentang ni..
korang baca la petikan akhbar ni ye..


KUALA TERENGGANU: Caranya mudah. Cuma koyak, campurkan ke dalam minuman dan kacau hingga sebati, namun kesannya amat berbahaya kerana ia dikatakan mampu meningkatkan nafsu seks wanita secara mendadak hingga memudahkan mereka menjadi mangsa rogol.

Bungkusan serbuk perangsang seks yang berharga RM15 hingga RM50 sebungkus itu kini sering digunakan lelaki hidung belang sekitar bandar ini untuk memerangkap wanita yang baru dikenali hingga ke bilik tidur.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan meminta orang ramai terutama wanita lebih berhati-hati untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa lelaki yang melakukan jenayah seks menggunakan serbuk perangsang seks terbabit. 

Menurutnya, biarpun belum menerima laporan kes khususnya rogol yang menggunakan bahan perangsang seks terbabit, polis tidak menolak kemungkinan kejadian seperti itu boleh berlaku.


haaa...ni la dia kes yang sedang berlaku di negara kita..
mungkin ada yang dah mengetahuinya..
KIC pun baru juga tau pagi tadi..

bagi KIC benda ni serius..amat merbahaya juga..
so korang berjaga2 la ye..
jangan minum sebarangan dari minuman pemberian orang yang korang tak kenal..
banyak kes ni berlaku dengan orang yang tak dikenali..
baru kenal2 minum2 dan jadi mangsa..
macam2 boleh jadi sekarang..
mengelak itu lebih baik dari mengubati kan..
kalau dah terkena memang menyesal tak sudah..


Elly Mazlein pilih duda..Bertunang bulan 5 ni..

assalamualaikum u ol...




selamat pagi semua..pagi ni KIC berkesempatan mengupdate blog..
tapi tak boleh lama2 la..buku sedang memanggil2 tu..huhu..
apa2 pun tahniah untuk pelakon dan juga penyanyi Elly Mazlein..
korang kenal kan Elly Mazlein ni..
ala.. yang berlakon cerita drama Na-O-Mei, filem Tangkai Jering dan Janji Diana
dia akan melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihannya..
iaitu pengarah filem dan drama, Azmi Mohd Hata, 36 tahun...
muka pun tak agak famous..
bakal tunang dia ni duda anak dua..
yang penting bukan suami orang..huhu
sebab sebelum ni Elly kan selalu kena gosip bercinta dengan suami orang la
jadi isteri nombor dua la..dan macam2 lagi la..
so sekarang ni dah terjawab la ye siapa bakal suami Elly Mazlein ni nanti..
Majlis pertunangan akan diadakan 29 Mei depan di Kelab Ekuestrian Bukit Kiara..
tahniah Elly Mazlein..


ni la dia bakal tunang Elly..
pengarah filem Duhai si pari-pari..
dan sekarang giat mengarah drama..


Tuesday, April 26, 2011

Dah tak aktif berblog...???

assalamualaikum u ol...

selamat petang semua..
dah nak masuk malam pun jap lagi kan..
masa ni la boleh update blog..
otak tak sesuai untuk belajar..
nanti apa pun tak masuk..so boleh la update blog masa ni..

sapa yang dah tak aktif berblog ni..?
KIC ke..???ala...korang jangan la ingat macam tu..
memang la KIC dah jarang update blog dari 2 hari lepas..
korang dah ingat KIC dah tak aktif berblog pula..
aktif lagi la..cuma KIC baru merasakan yang KIC dah dekat dengan waktu exam..
aiii..baru sedar ke?orang lain dah lama sedar..dah lama mengadap buku..
KIC pula sibuk mengadap blog minggu lepas..
ishhh3..apa la nak jadi dengan KIC ni..
3-4 hari sebelum exam baru nak menggelabah..
hari ni dah rasa lain macam ni..mandi tak basah, makan tak kenyang..
tapi korang jangan cakap KIC busuk pula ye..huhu..
ni pun bukan sebab KIC angau..tapi sebab tension masa exam dah dekat..
baru la nak mencari buku dan nota...aduiii...
rindu pada blog..takut blog bersarang..kena la update..
tak tau la ada lagi yang nak baca ke tak kan..
tadi ada yang tegur..kenape KIC tak update blog..
haaa...ni la sebab nya ye..time dah exam ni..blog jadi yang no 2..
sebelum ni KIC tak sedar diri..huhuhu..
orang dah lama study maut..KIC je yang study biasa2 je dari minggu lepas..
tu yang orang tengok KIC update blog je minggu lepas..
sebab tak berapa mengadap buku..huhuhu

semalam atok KIC meninggal dunia..Al-Fatihah..
2 hari KIC ada kat kampung..so memang tak study la..
sebab tunggu atok masa sakit sampai la 
saat2 dia menghembuskan nafasnya yang terakhir..
KIC masih lagi bersedih kehilangan atok tersayang..=(
balik sini baru mengadap buku..
ni la padahnya kalau tak berapa nak prepare..
moral of the story..jangan study last minit ye..nanti kalau ada apa2 emergency susah kan..

apa2 pun esok KIC ada exam tau..good luck untuk KIC..


Monday, April 25, 2011

Telah kembali kepada-Nya..Al-Fatihah..

assalamualaikum...

KIC dah berada di kampung dari semalm lagi..
sebelum ni KIC ada cerita tentang atok KIC yang sedang sakit..
ada di entri semalam..klik sini
terima kasih papa yang komen entri tu dan doakan atok KIC..
dari semalam KIC berkampung di rumah atok..
sedara semua telah berkumpul..
pengalaman pertama KIC menemani atok di saat akhir..
agak sedih melihat keadaan atok..
tapi setiap yang hidup pasti akan menemui-NYA..
keadaan menjadi lebih pilu pagi tadi pada jam 1.30 pagi, atok KIC, 
Haji Kassim bin Palil telah meninggal dunia..
arwah pergi dengan begitu tenang di hadapan anak2 nya..
sangat tenang atok KIC masa tu..
arwah pun telah selamat dikebumikan pada jam 10 pagi tadi ni..
sangat ramai yang datang ziarah dan mengucapkan takziah pada arwah..
penuh rumah atok KIC tadi..
terima kasih pada yang datang dan mendoakan arwah..

masih lagi sedih dengan pemergian atok KIC..
mari lah kita ramai2 sedekahkan Al-Fatihah pada arwah..
moga rohnya di cucuri rahmat Allah dan ditempatkan dalam golongan2 orang yang beriman..
amin..


AL-FATIHAH....


Sunday, April 24, 2011

Balik kampung..atok KIC sakit..

assalamualaikum u ol..

ketika korang semua dilamun mimpi..
memeluk bantal busuk korang tu..
KIC terima mesej dari adik KIC sebelum subuh lagi
mengatakan atok KIC sedang sakit sekarang ni..
sebelum ni memamg KIC dah tau yang atok sakit..
tapi kali ni KIC kena balik kampung juga..
sebab hati rasa tak berapa sedap..

jadi pagi2 ni KIC kena cepat2 bersiap sebab nak balik kampung pun berjam2..
biasa la kalau naik pengangkutan awam ni..
yang satu jam je boleh jadi sampai 3-4 jam..
so nak gerak awal..
apa2 pun KIC nak balik juga..
atok pula tak nak pergi hospital..
biasa la orang tua kan..
sedara mara semua dah ada di kampung..


korang semua doakan la atok KIC berkeadaan baik 
dan sehat kembali...



Saturday, April 23, 2011

Mengidam...??? mengidam apa malam2 ni...?

assalamualaikum u ol...

sebelum memulakan langkah untuk menelaah buku2 ni..
saja la KIC nak cerita dengan korang..
itu pun kalau ada yang nak baca la kan..
siapa la KIC ni kan..
tak femes pun mcm blogger Ben Ashaari, Fatin Liyana, apatah lagi Cik Epal..
jauh sekali..tapi KIC percaya ada je yang support KIC...=)

ok la..berbalik pada tajuk entri ni..
tiba2 pula KIC ni mengidam..
ehh..sesuai ke ayat tu untuk KIC ye..?
bukan ke mengidam tu untuk perempuan mengandung je..
ala...belasah je la..yang penting korang paham..huhuhu
perut ni meronta2 nak makan makanan kegemaran KIC ni..
dah lama kot tak dapat..




sedapnya...
nak satay.....
kalau dapat ni mau bercucuk2 KIC belasah..huhuhu
ade sapa2 nak belanja KIC tak..
mengidam ni..huhuhu...
selalu orang cakap ambil bau pun jadi..
KIC ni tengok gambar pun jadi la...huhuhu...ayat pasrah..=)

Pertunangan Ashraf Muslim ....

assalamualaikum u ol...


korang semua dah siap lunch belum..
KIC dah siap makan dah pun..tu yang bersemangat nak update entri lagi ni..
huhuhu...



hari ni tanggal 23/4/2011 adalah hari pertunangan Ashraf Muslim..
mesti ada yang gigit jari kan..
lagi2 peminat setia pelakon tu..
pagi tadi jam 9.30 pagi KIC tengok LIVE majlis petunangan mereka..
memang meriah..siap ada siaran langsung lagi kat TV9..
sungguh manis tunang Ashraf Muslim ni..
Noor Dayana Haji Lokman ni anak pengasas Pusat Perubatan Syifa Al Hidayah Gombak..
Asyraf Muslim ni pula adik angkat kepada Haji Lokman ni..
tu yang mereka boleh rapat..
Noor Dayana telah berjaya menambat hati lelaki idaman wanita ni..
untung la..lagipun Noor Dayana ni penuntut Pelajar Kedoktoran 
di Universiti Mannipal India...
tapi sekarang ni praktikal kat Manipal-Melaka Campus Air Keroh, Melaka..



cincin di jari mereka...=)
so sweet...


mereka berdua ni merancang untuk melangsungkan pernikahan di Mekah
pada 1 syawal nanti..waaahhh...bestnya la...=)
apa2 pun sama2 la kita doakan moga hubungan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat..
tahniah buat Asyraf Muslim dan juga Noor Dayana..



sumber : [sini]


Masih kah ingat pada dia..???

assalamualaikum u ol..

selamat pagi..mesti ramai yang masih melayan mimpi kan..
takpe2..yang dah bangun tu pergi la gosok gigi..
jangan terus mengadap blog pula..huhuhu..=)

malam tadi KIC tengok rancangan Galaksi..
haaa...kalau ada yang tengok agak2 tau ke siapakah gerangan artis ni..
eh2..KIC nak cerita pasal artis rupanya ye..huhu..
dulu dia memang artis..dua tiga tahun je kemunculan dia..dari tahun 1994 -1997
lepas tu terus sunyi..diam tanpa khabar berita..
dari tahun 1997, baru la malam tadi KIC nampak wajah dia..
terus teringat kisah lalu..
sebab bila dia nyanyi je..secara tak langsung air mata pun akan menitis..
serius..memang pilu je..
pernah menerbitkan album dan lagu Hujan Air Mata nyanyiannya 
berjaya masuk ke Anugerah Juara Lagu 1995..

korang nak tau sapa..?



ini lah dia Siti Musliha..
ni masa umur dia 12 tahun..


dulu dia nyanyi memang nak kumpul duit untuk pembedahan muka dia..
tu yang dia buat album..Adnan Abu Hassan yang jadi komposer dia masa tu..
lagu Hujan Air Mata memang popular dulu..
dengar je mesti nangis..sebab sedih tengok Siti Musliha nyanyi..

malam tadi Siti Musliha muncul kembali..
setelah berpuluh tahun nak nampak dia..baru malam tadi KIC nampak..
tengok je dia terus tau yang dia tu Siti Musliha..



kini dia sudah berumur 28 tahun..
manis bertudung..


dia masih sama..masih bersemangat..kata2 dia penuh sopan santun..
kata2 rendah diri dia tetap sama..
walaupun tak sempurna..tapi dia tetap jadi diri dia..
dia tak malu dan gentar pun..=)
kemunculan dia mesti di nanti2 kan peminat dia kan..

ok..kat sini ada video lagu dia..
ni je yang KIC dapat cari..
yang tak pernah kenal atau pun tau lagu dia jom la dengar..=)



Friday, April 22, 2011

Boleh ke korang maafkan pasangan korang yang curang?

assalamualaikum u ol..

baru lepas lunch..biasa la makan lauk ikan keli..huhuhu..=)
boleh tahan juga la..yang penting perut berisi...
so lepas ni boleh la sambung study..



ok la..berbalik pada tajuk entri saya ni..
boleh ke maafkan pasangan yang curang ni..
ni pun 1 persoalan yang subjektif ni..
sensitif gak isu ni kan..
ala..saja nak buat panas sikit blog ni..
huhuhu...
mungkin ada yang boleh maafkan..dan ada juga yang langsung tak nak maafkan..
itu terpulang pada individu tu..sebab cinta kita tu dah di khianati..
so paham2 la ye sapa yang pernah curang tu..

sebelum apa2 terjadi korang cari la punca dulu..
kenapa dia curang...???
mungkin ada sebab kan..
mungkin juga kurang perhatian dari korang juga..
tak pun saja cari pasal..memang nak kena lempang kalau saja2 cari pasal..=p
kiranya korang kena tahu macam mana dia boleh sampai curang tu..
kalau boleh dengar la penjelasan dia dulu..
tapi kalau saya memang rasa nak angkat kaki je..huhu

kalau alasan tu kukuh..korang cuba la maafkan kesalahan pasangan korang tu..
mungkin bagi peluang..tapi jangan lebih2 la pula..sekali sudah la kan..
kalau lebih2 nanti ambil kesempatan pula..
lagi 1 kalau dah maafkan jangan pula korang ungkit kesalahan lalu..
kiranya mulakan la yang baru..
kalau ungkit2 tu maknanya korang tak ikhlas maafkan kesalahan dia..

yang akhir sekali korang hargailah usaha dia untuk berubah..
mungkin dia betul2 dah berubah..
kalau dia berubah semata2 untuk korang maknanya dia sayang sangat dengan korang..
mungkin juga sebab dulu tu memang kesilapan..
dan biarlah dia belajar dari kesilapan tersebut..
ingat la semua yang berlaku ada hikmahnya..
apa2 pun korang tanya hati korang..
adakah masih ada sayang untuk dia..???
sebab korang je tahu perasaan korang tu..orang lain tak tahu..

curang tu tak kan berlaku kalau tak ada yang melayan...
itu la hakikatnya..
kalau melayan memang makin menjadi2 la jawabnya..
korang fikir la sendiri ye..
KIC memang agak pantang dengan orang yang curang ni..
lagi2 sekarang ni zaman IT tengah membangun..
dengan alam maya pun boleh curang..
haaaa..jangan tak tau..banyak kes macam ni..

apa2 pun jauhkan la diri korang dari kecurangan..
ingat la orang yang tercinta...=)
pesanan dari penaja...huhuhu
KIC anti curang...huhuhu



Artis ni ada blog juga..

assalamualaikum u ol...

selamat pagi korang semua...
dah gosok gigi belum..
jangan terus mengadap blog je ye..
pergi la gosok2 gigi dulu..
huhuhu...

pagi ni saja la mencari cerita2 yang best untuk tatapan korang..
tu pun kalau korang sudi nak baca la ye..=)
pagi ni dapat tau seorang artis ni ada blog..
wahhh...popular tu blog dia..
nak tau sapa...???
malas nak suruh korang main teka teki..


sapa tak kenall pelakon ni kan..korang pun mesti minat dia kan...???

ramai artis yang menulis blog..tapi tak ada sapa yang boleh atasi blog Amitabh Bachchan ni..
sekarang ni dah sambut ulanh tahun ke3 dan setiap hari pelakon ni biasanya
akan menulis 1000 perkataan sehari...banyak tu...


petikan dari akhbar metro...

Dia menyambut ulang tahun itu dengan menulis panjang lebar mengenai keluarga, kepercayaan spiritual dan mengemaskinikan keadaan kesihatannya, rancangan melancong serta corak tidurnya.

Setiap mesej Amitabh menarik pembaca yang ramai serta ratusan ulasan daripada rakyat India yang menganggapnmya sebagai tokoh bapa kebangsaan. “Terima kasih kerana kehadiran anda,” kata Amitabh kepada peminat yang mengucapkan tahniah kepadanya sempena detik bersejarah itu dalam laman blognya.


rajin pelakon ni buat blog ye..
 dah la popular..makin popular la bila ada blog..
makin dekat dengan peminat..=)

 

Justin Bieber di Stadium Merdeka malam tadi..

assalamualaikum u ol...

teringin sebenarnya nak tengok persembahan live 
penyanyi remaja pujaan ramai ni hari ni..
sapa tak kenal Justin Bieber kan..
malam tadi pada jam 8.30 malam telah berlangsungnya 
konsert Justin Bieber di Stadium Merdeka..
mesti ramai yang gigit jari tak dapat tengok kan..
so kat sini ada la gambar yang telah diambil semasa Justin Bieber buat persembahan..
yang tak dapat pergi tu, tengok gambar pun jadi la ye...=)


masa ni Justin baru sampai di KLIA..
yang perempuan tu Girlfriend dia tau..
penyanyi terkenal Selena Gomes...


persembahan Justin..ruginya sapa yang tak dapat pergi kan..


wahhh..untungnya peminat ni..=)


wahhh...ni la antara gelagat peminat Justin..
suka korang ye...=p


walaupun hujan..tetap setia..huhuhu


memang peminat setia Justin Bieber ni...=)


Thursday, April 21, 2011

Segmen Blog Review Pak Cek Biola

assalamualaikum u ol...

malam ni nak join segmen Pak Cek Biola..
blogger ni memang best tau..sebab ape ye...?
sebab dia best la...huhuhu...=)
kalau tak caya korang pergi la blog dia ni..
ha....pakat ramai2 klik sini



warna kegemaran KIC adalah PINK

kalau KIC ada 1 juta..???emmm...bestnya kalau betul2 dapat..
terus jadi mata duitan ni $$$$$ huhuhu...
ok2..kalau ada 1 juta kat tangan KIC ni..
1. KIC akan bagi apa sahaja yang mak ayah KIC nak..tak kira apa2 pun la..
2. KIC nak sangat pergi kota Makkah..sangat2 teringin..nak tunaikan haji..
3. KIC nak melabur kat syarikat2 besar..main saham pun boleh juga..nak tambah lagi..
kalau asyik guna je..duit tinggi gunung pun boleh habis kan..
so kena la cari idea nak tambah duit tu lagi..tamak kan KIC ni..huhu
kalau makin bertambah duit tu boleh la berbakti pada keluarga lagi..

tag kawan saya ni :


49 remaja hamil anak luar nikah...

assalamualaikum u ol..

ni nak cerita sikit tentang isu anak luar nikah..
mungkin bagi korang isu ni dah lapok..
tapi bagi KIC isu ni makin menjadi2 pula..
hari2 dengar isu buang bayi kan..

tapi kali ni KIC tak nak cerita pasal isu buang bayi..
tapi isu tentang pusat perlindungan Sekolah Harapan..
korang pernah dengar tak tentang sekolah ni..
sekolah untuk remaja hamil anak luar nikah..
bulan September tahun lalu dah di buka di Jasin, Melaka
sejak itu jumlah remaja yang di tempatkan di sekolah ini dah seramai 49 orang..
korang rasa ramai tak...???
remaja2 ni datang dari Johor (14 orang), Melaka (8), Pahang (8), 
Negeri Sembilan (5), Kelantan (5), Terengganu (5), Kuala Lumpur (2), 
dan yang lain seorang dari Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak...

berfungsi juga rumah ni..
tapi bagi KIC ada baik dan buruk nya juga kot..
tapi apa2 pun kita pandang dari sudut yang positif la..
harap2 la dengan penubuhan sekolah ni tak ada lagi isu buang bayi..
tapi jangan kes anak luar nikah makin banyak dah la..
lagi2 sebab ada sekolah perlindungan macam ni..
harap2 tak macam tu la..

Kerana sebar aksi seks, akhirnya mati ditikam..

assalamualaikum u ol...

petang2 macam ni lepas kekenyangan makan McD tadi..
rasa macam malas je nak buka buka..
mata pun dah kuyu..huhuhu...
apa2 pun nak kongsi dengan korang tentang satu kes ni..
baca kat paper Metro hari2 ni..




tengok tajuk pun macam gempak je kan..
tapi memang gempak pun..
gara2 merakam aksi hubungan intim pasangan ni..dia di tikam mati..

SANDAKAN: Tindakan seorang lelaki merakam aksi hubungan seks jirannya dengan telefon bimbit dan menunjukkannya kepada anak pasangan terbabit serta jiran membawa padah apabila dia ditikam lapan kali hingga menemui ajal oleh tetangganya itu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam kelmarin di Kampung Bukit, Jalan Batu 2 1/2, di sini, dan mangsa yang dikenali sebagai La Kampo, 47, mati dalam keadaan ngeri akibat enam tikaman di perut serta dua di lengan.

Difahamkan, pada kira-kira jam 12 tengah hari sebelum kejadian, La lalu di tepi rumah suspek dan ternampak dia melakukan hubungan seks dengan isterinya. La mencuri rakam aksi itu menggunakan telefon bimbit.Pada kira-kira jam 7 malam, La yang tinggal tidak jauh dari situ, pergi ke rumah suspek dan menunjukkan rakaman video seks berkenaan kepada anak lelaki suspek yang berusia 17 tahun.


tak senonoh..kan dah kena..tak pasal2 je mati kena tikam..
apa2 pun malas nak komen panjang..korang fikir la sendiri..

Aktiviti membela 'lemak' di pagi hari....

assalamualaikum u ol...

korang sarapan apa pagi ni..
dah nak masuk time lunch ni..ke korang terus lunch sekali nanti..
apa2 pun KIC makan besar untuk sarapan pagi tadi..
nak tau KIC makan apa...?
memang puas hati...
sangat2 puas hati..perut pun menari2 gembira sebab dapat sedut lemak kot..huhuhu..

best sebab pagi tadi dapat sarapan McD..huhu..
rajin tu bangun pagi berjalan kaki ke McD Sri Serdang..
semata2 nak sarapan kat McD..
dekat juga la dengan UPM..



ni la set yang K.A.M.I makan untuk sarapan pagi tadi..
untuk 3 orang..berharga RM24.90

jom la layan gambar2 K.A.M.I
tu pun kalau korang nak tengok la...=) huhuhu


Una dengan mukanya yang tak sabar nak belasah McD...=)


KIC yang menunggu masa nak membaham apa yang ada kat depan mata..huhu..


KIC nak bergambar sebelum makan...sabar ye...


Hotcake yang menyelerakan...=)


makan dulu ye...=)


Una yang kekenyangan..=)
comel je muka orang dah kenyang ni..


Wednesday, April 20, 2011

999 & 1000...ada apa dengan nombor ni ye...???

assalamualaikum u ol..

mesti ramai yang tak tidur lagi kan..
sama la macam KIC..
ada tugas yang perlu disiapkan dulu..
selagi tak habis..hati tak senang nak lelapkan mata..

berbalik pada tajuk KIC tu..
apa yang istimewa dengan nombor 999 dan juga 1000..
tengok dengan mata kasar mungkin korang tak nampak kot..
cuba korang tengok dengan mata hati..
mungkin akan tahu jawapannya..huhuhu...=)

nombor ni KIC ambil sempena follower KIC dah capai angka yang cantik..
malam ni KIC dapat tangkap blogger yang jadi follower yang ke 999 dan juga 1000...
sangat happy..sebab tak sangka pencapaian blog KIC sampai macam ni..
sebab KIC hanyalah blogger biasa..tengah mencari arah lagi..
bagi KIC dalam masa 3 bulan lebih berblogging..banyak lagi yang perlu KIC belajar..
bermula tanpa apa2 impian..tapi sekarang ni impian dah menebal..huhuhu...=)
semua ni disebabkan sokongan dari korang semua..
apa2 pun KIC hargai sangat2 sokongan dari korang..=)
jom la terjah blogger yang sempat KIC tangkap ni...

ni follower KIC yang ke 999
  blogger Nurul Syahirah
thanks sebab follow blog KIC ye..=)


ni follower yang ke 1000

yang ni jenuh KIC cari blog dia kat google..
sebab bila klik kat follower..
dia tak letak link blog dia la pula..huhu..
apa2 pun, thanks tau follow KIC..
blog awak hebat juga ye..=)


terima kasih kepada semua sebab sokong blog KIC ni..
harap korang setia dengan blog ni ye..=)
sayang korang semua....

Penting ke promote blog korang..???

assalamualaikum u ol...


petang2 macam ni tak elok nak study..tak berapa afdal..
bukan KIC yang cakap..tapi orang lain yang cakap..=p
so apa lagi..ngadap blog la jawabnya..huhuhu..




korang rasa penting tak promote blog ni..?
ha...bagi saya sangat2 penting tau..
kalau tak macam mana orang nak tau tentang kewujudan blog korang ni..
macam iklan kat TV la..mesti ada promote apa2 kan..kalau tak orang tak tau..
macam tu juga la blog kita ni..
kalau ada entry baru..kena promote..
banyak cara yang korang boleh gunakan..
lagi2 dengan Facebook..biasanya dengan Facebook la traffic blog korang akan mencacak2..
sangat mudah dan senang..update je blog terus promote kat Facebook..
lagipun sekarang ni banyak Group Blogger kat Facebook tu..
korang tinggal search je..macam2 ada..join la..tak rugi pun..
kalau entri korang best..korang promote, mesti ada yang nak singgah..
rugi la kalau tak ambil peluang ni untuk promote blog korang tu..
lagi satu jangan la korang asyik promote entry yang sama je..
ni dari pagi sampai malam promote entry sama je, sebab tak de update entry yang baru..
tak best la macam tu kan..
cuba update entry 3-5 dalam 1 hari..korang akan nampak perbezaannya..



selamat berblogging..=)

Sah Kris Dayanti mengandung sebelum nikah...

assalamualaikum u ol...

korang dah lunch ke...?
kalau belum cepat2 la lunch..takut perut masuk angin pula..
tak pasal2 keluar angin je nanti..huhu...=)


Kris Dayanti dan suaminya, Raul pada majlis pernikahan pada 20 Mac lalu..


ok la nak cerita tentang penyanyi Indonesia popular ni..
sapa tak kenal Kris Dayanti kan..popular tu..
kat Malaysia pun ramai peminat..
tapi yang tak bestnya penyanyi ni mengandung anak luar nikah..
dan dia mengaku dah hamil 4 bulan..
padahal dia baru nikah 20 Mac tahun ni..
baru genap sebulan kan..
tapi kandungan dia dah 4 bulan..
dah mengaku tu tak pe la..dah terang2 dah pun kan..
jom la kita baca apa respon Kris Dayanti bila hal ni timbul..

Kami sudah dewasa. Kami menerima berita ini (kehamilan) dengan rasa tanggungjawab,’’ jelas Kris yang kini berada di Bali bersama suaminya.
“Benda ini (kehamilan) sudah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul cerita yang tidak betul seperti saya melakukan abortion (gugurkan kandungan) pula,” katanya.


itu la antara kata2 Kris Dayanti bila hal ni terbongkar..
yang ni bukan khabar angin lagi tau..
dah sah dah..Kris mengaku..
apa2 pun kita doakan la semoga dia bahagia kan..
nasi dah jadi bubur..
lain kali sebelum buat tu ingat la Tuhan..
dah la penyanyi popular kan..
bila dah kena macam ni..tanggung la sendiri..



Pelajar cabul rakan dalam kelas..

assalamualaikum u ol...

selamat pagi semua..
pagi2 lagi KIC dah dihidangkan dengan cerita yang kurang enak..
ishhh...geram juga dibuatnya..
korang nak tau jom baca sampai habis ye..
lepas tu korang komen la sendiri ye..


ARAU: Empat pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini, ditahan polis kerana berkelakuan liar termasuk mencabul seorang pelajar perempuan dalam kelas sama tanpa menghiraukan pelajar lain melihat perbuatan terkutuk mereka.

Tiga pelajar lelaki terbabit yang berusia 15 tahun yang juga rakan sekelas mangsa bersama seorang pelajar berusia 16 tahun melakukan perbuatan itu ketika waktu persekolahan, kelmarin. Pelajar perempuan berkenaan yang tidak tahan dijadikan objek seks sejak tiga minggu lalu oleh keempat-empat pelajar terbabit

Semua suspek didakwa tidak menghiraukan rakan sekelas lain yang melihat perbuatan mereka mencabul mangsa. Mangsa sebelum ini mendakwa sering diganggu empat suspek dan paling ketara apabila mereka memegang buah dada dan pahanya..



ini adalah serba sedikit ulasan yang saya ambil dari surat khabar metro..
apa la nak jadi dengan budak2 sekarang ni..
dalam kelas pun jadi..
time KIC sekolah dulu mana ada cerita2 macam ni..
nak usik pelajar perempuan pun tak berani..
apatah lagi nak buat benda tak senonoh..
orang datang sekolah nak tuntut ilmu..
yang diaorang ni buat benda bukan2..
mula2 cabul la..lepas tu...................?
macam2...benda2 macam ni la perlu dielakkan sebelum lebih melarat lagi..

Tuesday, April 19, 2011

Lelaki Idaman Wanita

assalamualaikum u ol...

malam ni buat entri simple je..
sebab sekejap lagi nak study..
so apa2 pun blog kena update tau..=)

sapa pula lelaki idaman wanita ni ye..?
korang rasa2 sapa...?
ok la..malas nak peningkan kepala korang..
jom la cuci mata tengok lelaki idaman malaya...
saja nak cuci mata korang malam2 ni...


Aaron Aziz..
dah kahwin tapi makin lama makin hensom la pula..huhuhu



Asyraf Muslim..
yang ni memang idaman semua wanita..
tapi dah nak jadi tunangan orang la pula..melepas sudah..huhu



Fahrin Ahmad..
bagi saya pelakon ni memang mempunyai ciri2 idaman wanita..
sebab KIC pun minat dia..huhu...



 Farid Kamil..
hensom juga kan..?bujang lagi tu..
sape2 nak cepat la isi borang..huhuhu...=p



Fezrul Khan..
dah lama tak dengar cerita pelakon kacak ni..



Iqram Dinzly..
sapa setuju yang dia ni hensom..?
angkat tangan macam usop wilcha...huhu



Nazim Othman..
hensom la pula pelakon ni...=)
suka3...!!!



Shaheizy Sam..
sejak dia popular ni makin hensom la pula..



Shahir..
artis yang makin meningkat naik ni memang boleh membuatkan 
peminatnya cair dengan ketampanan wajahnya tu...=)


****korang ada nak tambah ke sapa artis pilihan korang yang kacak tu selain dari artis2 kat atas ni..boleh la sharing dengan blogger2 yang lain..=)****


Sudah bersedia kah aku...???

assalamualaikum u ol...

makin hari makin dekat rasanya masa tu tiba..
makin berdebar-debar..
dah sedia ke belum ni..
rasa macam belum je..huhuhu...=)
KIC rasa macam tak senang duduk pun ada juga..
tapi harap2 bila masanya tiba..semuanya akan berjalan lancar..

pada 27/4/2011 akan bermula la segalanya..
nampak macam lama je kan..
tapi hakikatnya Tuhan je yang tahu apa yang KIC rasa bila hari itu tiba..
apa2 pun moga KIC lebih bersedia dan dapat menghadapi nya..

korang pun wish la good luck tuk KIC ye..
bukan apa exam je pun..huhuhu
tapi gerun juga la ni..final exam kan..
subjek pula sungguh mencabar minda..
jom la tengok subjek ape yang KIC ambil semester ni..

  1. Business Communication ( 27/4 ) jam 8.30-10.30 malam.
  2. Finance Management ( 29/4 ) jam 3.00-5.00 petang
  3. Human Resource Management ( 30/4 ) jam 11.00 pagi - 1.00 tengah hari
  4. Costing ( 30/4 ) jam 1.00 tengah hari - 3.00 petang
  5. Technique Quantitative in Business ( 7/5 ) jam 11.oo pagi - 1.00 tengah hari

selepas tu MERDEKA....!!!
bermula la cuti selama 4 bulan nanti..
wahhh...lama kan..?
bercuti sakan la nanti..
sekarang ni study sakan dulu kot..huhuhu...=)
apa2 pun wish good luck untuk KIC ye..


Betul ke lelaki tak berapa suka perempuan macam ni..???

assalamualaikum u ol..


wahhh...pagi2 lagi dah ngadap laptop ye..
takpe2, lepas ni ngadap buku pula ye..sampai la juling anak mata ni..huhuhu..
entri pagi ni tak ada la fakta sangat..cuma pandangan KIC sendiri dan juga dari bahan bacaan..
so saja la nak share dengan korang..

betul ke lelaki tak suka perempuan yang mekap tebal2..
ada tu sampai berinci2 pula tu..
tapi, kan cantik kalau make up ni..tak kan la lelaki tak suka kot..?
ada yang cakap lelaki ni lebih suka yang natural..tak payah tepek bedak dan mekap tebal2..
sampai muka sebenar pun dah jadi lain..semua nak tepek kat muka..
yang ni bukan KIC cakap..tapi orang yang cakap..huhu..

lagi satu betul ke lelaki ni suka perempuan yang berisi dari yang berbadan terlalu langsing..
pelik juga ni..yang perempuan sibuk nak kuruskan badan sampai 
berdiet tahap merbahaya..tiba2 lelaki ni suka perempuan badan yang berisi sikit..
ala......tak jadi la nak diet macam ni..huhu..
yang penting sedap mata memandang kan..

mungkin ni cuma pandangan je..mungkin juga ada betulnya kan..
apa2 pun terpulang pada individu tu sendiri..
lain orang lain citarasa nya..

Monday, April 18, 2011

Bantal busuk...korang ada...???

assalamualaikum u ol...


mesti ramai antara korang yang masih ada bantal busuk kan..
ala..tak payah la nak malu2..
dari kecil sampai la ke besar tak boleh nak lepas dengan bantal busuk tu kan..huhuhu..
memang patut pun di panggil bantal busuk..
teman tidur korang..tak ada bantal kesayangan korang tu, mata tak kan lelap..=)
orang lain tak boleh nak pegang..apatah lagi nak basuh..=p
tapi benda ni memang terjadi pun..
tak ada yang peliknya..
sampai besar peluk bantal busuk lagi..
dah jadi bapak orang pun masih ada bantal busuk lagi..=)
tak boleh dipisahkan..
ada artis sorang tu pun memang tak boleh lepas dengan bantal busuk dia tu..
nak tau sapa...???



ni la dia Aril AF yang ada bantal busuk nya..huhuhu..


yang ada bantal busuk tu mesti tiap2 malam tak sabar nak masuk tidur kan..
tak sabar nak tidur dengan teman setianya tu..=)


"Jom Kenali Blogger's"

assalamualaikum u ol...


kali ni nak join segmen blogger yang baru saya follow ni..
agak menarik juga blog dia ni..
tak salah pun kita join..banyak kebaikannya..
segmen yang mudah je..kalau korang nak join juga..klik sini



ni la dia cik reena tan yang comel tu..=)

ok..saya nak cerita serba sedikit tentang blog saya ni..
saya ni kiranya blogger baru juga la..
masih lagi mencari tapak yang sesuai dalam dunia blog ni..
harap dapat menapak kukuh dan lebih dikenali oleh blogger2 lain..
saya berjinak2 dengan dunia blog ni..
bulan 1 tahun ni..pada 11/1/2011..
dah 3 bulan lebih la blog saya ni menapak..
saya buat blog ni pun cuma suka2 je..tak sangka la jadi hobi pula..
makin lama makin jatuh cinta pada dunia blog ni..
macam2 hasil penulisan saya..
saya hargai sangat sapa yang baca hasil kerja saya yang tak seberapa ni..

dalam dunia blog ni idola saya adalah Abg Ben
sebab bagi saya dia adalah antara blogger yang hebat kat Malaysia ni..
teringin nak jadi macam dia..huhuhu...=)
kiranya Abg Ben ni mentor saya la..saya pula protege dia..
tapi dalam imaginasi saya sendiri je la..huhu..=)

ok dah siap saya membebel..
so sekarang ni nak tag 2 orang..
sapa ye yang akan jadi mangsa saya..=)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...