tiba2 muncul pula cerita yang tak sedap didengar..
disebarkan oleh blog ruangbicarafaisal.blogspot.com..
ni kes nak cari populariti juga ke..
dah tak ada cerita lain yang nak disebarkan agaknya..
apa2 pun Wardina tidak melatah dengan isu ini..
dia tau dia berada di tempat yang benar..
so, dia nak penilus blog yang mengeluarkan cerita tu
untuk berjumpa dengannya..
ini lah kenyataan yang ditulis dalam blog tersebut..
Jika dia mahu jawapan kepada semua persoalan yang bermain di dalam mindanya sila datang berjumpa saya. Tidak ada sebab mengapa saya perlu membalas dengan menulis kenyataan saya untuk dia meletakkan jawapan saya itu di dalam blognya.
Biarlah orang ramai sendiri yang membuat penilaian terhadap semua perkara yang ditimbulkan kerana saya sudah penat untuk bercakap mengenai hal tersebut.
Mungkin ada segelintir pihak akan terpengaruh dengan entri tersebut dan memikirkan perkara negatif mengenai diri saya, tetapi saya percaya itu hanya mewakili segelintir pihak sahaja. Rakan-rakan dan keluarga tahu apa yang sebenarnya yang berlaku dan pada tahap ini itu sudah memadai.
pada yang tidak mengetahui tentang kejadian
yang menimpa keluarga Wardina, KIC nak cerita sikit..
Pada 12 Januari lalu, Wardina mengalami kerugian
kira-kira RM20,000 apabila rumahnya dimasuki tiga lelaki bersenjata
di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, dekat sini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu,
tiga penjenayah terbabit memasuki rumah Wardina
setelah mengumpil pintu belakang rumah teres tepi dua tingkat
milik beliau sebelum mengarahkan semua anggota keluarga Wardina berkumpul.
apa2 pun KIC harap Wardina lebih tabah menghadapi semua ni..
anggap lah ini semua ujian untuk Wardina..
moga semuanya akan pulih...
bagi KIC blog tersebut lebih kepada isu politik..
mungkin Wardina jadi mangsa keadaan..
sebelum ni pun di blog itu Wardina pernah dikecam..
dan dari bait2 ayat nya memang nak jatuh kan Wardina..
apa2 pun Wardina kena tabahkan hati..
info: Jom follow twitter KIC - @jarijemariemas
P/s: Share lah entri ni dengan kawan2 korang pulak. Hanya klik button kat bawah ni..Sharing is caring..TQ
agak pelik kita mendengar manusia berkaki 'gajah'..
tapi ini lah yang berlaku kepada seorang wanita dimana kakinya membesar
sehingga mencapai berat 31.5 kilogram..
yang lebih teruk nya sebelah kaki nya kembali tumbuh dengan pantas walaupun setelah dipotong..
KIC tengok pun memang terkejut..
badan wanita ni maintain je..tapi kaki nya besar sangat..
LONDON: Seorang wanita yang dipotong satu daripada kakinya kerana membesar sehingga mencapai berat lebih 31.5 kilogram kini cemas apabila organ itu kembali tumbuh dengan pantas. Mandy Sellars dari Accrington, Lancashire, menghidap penyakit yang jarang berlaku menyebabkan kedua-dua kakinya membesar melampau, manakala tubuhnya kekal seperti biasa.
Pemeriksaan doktor sebelum itu mendapati, kaki kiri Mandy, 36, dijangkiti kuman dan boleh mengancam nyawanya jika tidak dibuang. Bagaimanapun, 22 bulan selepas menjalani pembedahan itu, baki kaki kirinya mula tumbuh dan membengkak. Kata Mandy, dia memang berharap pembedahan membuang sebahagian daripada kaki kiri itu akan membolehkan keadaannya stabil.
“Tetapi hati saya berkata, ia akan kembali semula,” katanya.
Mandy berkata, dia mula menghadapi masalah sama “hampir serta-merta” dan ia menyukarkannya memakai kaki palsu. Tidak lama kemudian, kata Mandy, kakinya menjadi terlalu besar dan berat sehingga ia hampir-hampir menyebabkan kaki palsunya pecah.
sumber: Harian Metro
P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ
ini lah dia bila hidup dah berajakan syaitan dan berlandaskan nafsu..
bila si isteri tak nak melayan kehendak seksual si suami, bayi yang berusia 23 hari
menjadi mangsa nafsu rakus bapanya sendiri..
ini lah berita yang baru KIC baca dalam akhbar tempatan hari ni..
kenapa lah cetek sangat fikiran lelaki ni..
sampai bayi sendiri pun sanggup diliwat..
GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.
Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.
Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.
Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.
“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.
keciannya bayi malang ni..
tak dapat mak, anak pun tak pe..
geramnya lah lelaki macam ni..
sumber: Metro
P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ
korang boleh baca entri tu untuk tahu serba sedikit tentang kes ni..
seperti yang korang sedia maklum,
polis telah menahan seorang remaja bagi membantu siasatan..
Muhammad Khairi yang dituduh membunuh Nurul Awatif..
Tertuduh yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Muhammad Khairi Nor Aziz, 19, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wan Karimah Wan Md. Abd. Ghani. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Muhammad Khairi didakwa membunuh hingga menyebabkan kematian Nurul Awathif Mohd. Shakir, 19, di rumah bernombor B-119 Apartmen Sri Wira, Jalan Ukay Perdana 2, Taman Ukay Perdana, Ampang di antara pukul 9 malam, 4 September hingga pukul 2.15 pagi, 5 September lalu.
antara sebab kejadian ini terjadi adalah kerana mangsa
tidak mahu meneruskan hubungan mereka lagi..
mungkin suspek bertindak nekad, sehingga sanggup cube memperkosa
mangsa sebelum di bunuh dan di bakar..
tapi kita belum tahu lagi keputusannya..
mangsa hanya dituduh..walaupun bukti2 dah ada..
tapi kita tunggu dulu keputusan mahkamah..
**sekarang ni memang trend bakar orang je kan..
lepas bunuh bakar..
dahsyat lah orang zaman sekarang ni..
Sumber: Kosmo
P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'share' atau 'like' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ
baca tajuk entri ni rasa gerun pula nak naik lift..huhu..
malang tak berbau kan..
kejadian yang tak di sangka2..
siapa sangka lif yang kita naiki tu tibe2 boleh terhempas..
ini lah yang terjadi di pusat membeli belah Selayang Mall petang semalam..
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang, mangsa Norazlina Mohd. Yusoff, 25, bersama enam lagi ahli keluarganya dan beberapa individu lain menggunakan lif tersebut untuk turun dari tingkat empat ke tingkat paling bawah.
Norazlina berkata, beliau sekeluarga masuk ke dalam lif itu dari tingkat empat kawasan parkir sebelum lif tersebut berhenti di tingkat tiga untuk mengambil penumpang yang merupakan satu keluarga dan tiba-tiba berhenti di tingkat ‘G’ (ground floor) tanpa pintu terbuka.
"Secara tiba-tiba lif tersebut naik semula ke tingkat satu sebelum terus menjunam ke tingkat paling bawah (lower ground),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Selayang.
Beliau berkata, kesemua mereka kemudiannya dikeluarkan oleh pengawal keselamatan bangunan itu dan orang ramai yang kebetulan berada di situ sebelum yang tercedera dikejarkan ke hospital tersebut.
"Ketika kejadian kira-kira 12 orang berada dalam lif termasuk keluarga saya yang terdiri dari suami, emak, nenek dan ahli keluarga lain dan ia berlaku sekelip mata...semua orang terjatuh dan keadaan menjadi huru-hara.
"Saya sendiri cuba menahan dari terjatuh bagi menyelamatkan bayi dalam kandungan dan akibatnya kaki kanan patah namun saya bersyukur bayi dalam kandungan selamat, malah anak saudara berusia 8 bulan yang dikendong suami turut selamat,” kata Norazalina, seorang kerani swasta.
sumber: Kosmo
P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'share' atau 'like' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ