Showing posts with label Hal Dunia. Show all posts
Showing posts with label Hal Dunia. Show all posts

Saturday, December 17, 2011

Perkahwinan Gay Pelajar Malaysia, Ariff Alfian Rosli Dengan Teman Lelakinya, Jonathan

assalamualaikum u ol..




agak mengejutkan berita yang KIC terima pagi ni..
macam tak masuk akal pun ye juga..
tapi dunia sekarang ni dah lain sangat dah..
macam2 cerita pelik yang sampai kat telinga ni..
KIC terbaca berita ni di sebuah laman web..




Ariff Alfian Rosli ni adalah pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Dublin
mengambil jurusan perubatan dan mendapat tajaan dari Petronas..
tapi dah 3 tahun menghilangkan diri..
Menurut ayah Ariff Alfian Roslin, Rosli Haron,
dia dan isteri telah 8 kali pergi ke Dublin untuk mencari anaknya. tapi semuanya sia2..
Dan misteri kehilangan Ariff telah terbongkar apabila 
baru2 ni dia didapati telah berkahwin dengan Jonathan, seorang lelaki warga Ireland.
senang cerita perkahwinan gay lah..




agak memeranjat kan..
KIC pun sebenarnya tak berapa pasti..
adakah ini gambar edit atau pun yang betul2..
tapi mengikut ceritanya ada kebenaran..
ibu bapa Ariff Alfian Rosli juga telah disaman oleh pihak Petronas sebanyak RM890000..
keciannya ibu bapa dia ni kan..
dah jatuh di timpa tangga..




apa2 pun kita doakan lah moga Ariff Alfian Rosli akan kembali ke pangkal jalan
dan sedar akan perbuatan nya itu..







P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

Wednesday, September 28, 2011

Penghinaan Dalam Islam

assalamualaikum u ol..




HUKUM HUDUD..
ini lah dia akibatnya kalau fikiran tu memang dah kotor..
sampai mencampurkan antara politik dan agama..
sesiapa pun akan marah kalau ada yang mempersendakan hukum Allah..


P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'share' atau 'like' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

Friday, September 23, 2011

Gadis Dibunuh Kerana Tolak Ajakan Seks

assalamualaikum u ol..




Jika korang masih ingat lagi kejadia pada 5 September lalu 
yang dilaporkan dalam akhbar tempatan,
seorang remaja perempuan ditemui berhampiran loji
dengan kesan terbakar hampir 80% badannya..
keluarga mangsa mengatakan mangsa tidak pulang
selepas keluar rumah pada jam 8.30 malam sehari sebelum tu..
mayat dikenalpasti melalui baju kurung yang dipakai mangsa 
dan juga anting2 milik mangsa..
jom baca berita terkini tentang pembunuhan kejam ni..



disini lah tempat Nurul Awatif Dibakar..


Polis semalam mendedahkan pembunuhan seorang remaja perempuan yang mayatnya ditemui dengan kesan terbakar hampir 80 peratus di dalam semak berhampiran loji kumbahan di Jalan Bukit Belacan 5 September lalu berikutan keengganannya untuk melakukan hubungan seks.

Menurut polis, akibat penolakan tersebut, teman lelaki mangsa yang juga suspek dalam kes itu disyaki cuba memperkosa remaja berkenaan. Suspek merupakan seorang pelajar institut pengajian tinggi awam berusia 19 tahun dari Ukay Perdana, Ampang. Pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan itu ditahan pada pukul 12 tengah hari, 12 September lalu di Seri Iskandar, Perak.

Ketika ditahan, polis merampas sebuah telefon bimbit milik mangsa dan sebuah kereta jenis Perodua Kancil milik keluarga suspek yang didapati mempunyai keterangan-keterangan fizikal seperti rambut yang diyakini ada hubung kait dengan kes bunuh itu.

Siasatan awal ketika itu mendapati, suspek membeli petrol di dua buah stesen minyak di kawasan Ampang Jaya untuk membakar mangsa. Mangsa dikenali sebagai Nurul Awatif Syakir, 19. Dia merupakan pelajar Maahad Tahfiz Al-Tijarah, Selayang, Gombak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, siasatan pihaknya setakat ini mendapati suspek dikatakan mengambil tindakan drastik untuk membunuh mangsa selepas berang apabila permintaannya ditolak.


gerun kan..?
KIC baca berita ni membuak2 marah KIC ni..
Geram, marah, sedih, simpati..semua ada..
sampai hati dia bunuh kekasih dia sebab teman wanita dia tolak ajakan seks..
sangat2 tak patut..lelaki jenis apa tu..
dah lah rogol teman wanita dia lepas tu dibunuh dan dibakar..
Ya Allah..kejamnya lelaki itu..
hanya kerana nafsu dan bila hati dan jiwa dah berajakan syaitan..
dia sanggup melakukan perkara terkutuk ni..

Al-Fatihah kepada keluarga mangsa..
moga roh arwah ditempatkan ditempat orang2 yang beriman..
moga keluarga arwah tabah menghadapi dugaan yang cukup besar ni..

sumber: Kosmo

P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'share' atau 'like' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

Wednesday, July 20, 2011

Fathilat disebalik RUKUN SOLAT..

assalamuaalikum u ol..


solat lah kamu sebelum kamu di solatkan..
haaaa...macam pernah dengar je kan ayat tu..
rasa gentar je..
tak salah kalau kita takut pada mati..
memang kita disarankan untuk ingat pada mati..
supaya kita lebih beramal untuk dunia seterusnya..
mati itu pasti...

korang tau tak rahsia disebalik rukun solat?
memang ramai yang tahu tentang rukun solat..
tapi tak tahu rahsia disebalik rukun solat itu..
jom kita sama2 baca dan hayati..




1 - Niat Sembahyang: Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul: Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram: Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu': Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal: Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud: Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud: Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir): Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir: Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi:Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam: Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib: Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.


haaa..banyak kan fadhilat yang kita tak tau dari rukun islam..
kadang2 kita buat..
tapi tak tau kenapa kita perlu buat..
so bila dah tau ni..
In'Allah kita akan lebih khusyuk dalam melakukan ibadat..


Dari Abdullah bin 'Amr R.A , Rasulullah S.A.W bersabda :
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat."

Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan.



p/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'share' atau 'like' di Facebook..hanya klik button kat bawah ni..=) tq..

Monday, July 18, 2011

Tangan seorang IBU boleh mengoncangkan DUNIA

assalamualaikum u ol..


kenapa pula KIC cerita pasal ibu pula ni..
hari ni bukan hari ibu pun kan..
tapi KIC nak cerita juga..sebab bagi KIC hari2 adalah hari ibu..
bila KIC tulis tentang ni..
rasa sebak je..walaupun KIC belum menjadi seorang ibu..
tapi KIC adalah seorang anak kepada seorang ibu..
ada kaitan kan..?kita semua ada kaitan dengan ibu..
sebab ibu lah yang melahirkan kita..
tak kira lah kita ni seorang lelaki atau pun perempuan..
kita tetap anak ibu..





korang bayangkan lah semua yang KIC cuba sampaikan ni..
Ketika kita lapar, tangan ibu yang menyuap..
Ketika kita haus, tangan ibu yang memberi minuman..
Ketika kita menangis, tangan ibu yang mengesat air mata..
Ketika kita gembira, tangan ibu yang menadah Syukur,
memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia...
Ketika kita mengantuk, tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang..
Ketika kita mandi, tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,
membersihkan segala kekotoran...
Ketika kita dilanda masalah, tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:
Sabar nak, Sabar ye sayang...

Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan, tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit, di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad..
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir..
Tangan ibu, tangan ajaib..
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...

kita semua ada ibu kan..
yang masih ada ibu berbakti lah pada ibu kita sementara hayatnya masih ada..
yang sudah tiada hanya doa yang kita boleh sampaikan..
belum tentu kita boleh buat macam mana tangan ibu kita buat pada kita..
tangan yang penuh dengan sakti..


p/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'share' atau 'like' di Facebook..hanya klik button kat bawah ni..=) tq..

Friday, July 8, 2011

DOSA BESAR kalau isteri tolak POLIGAMI..

assalamulaikum u ol..


KIC terbaca isu poligami ni..
tertarik nak share dengan korang..
sebab agak panas isu ni..
KIC pun wanita..hal macam ni memang sensitif sikit..
nak tanya lah pendapat korang juga tentang isu ni..


pix_gal0


Tindakan bakal isteri atau isteri yang sejak awal dan terang-terangan menolak syariat menuntut bakal suami atau suami tidak berpoligami dengan menandatangani perjanjian juga boleh membawa jatuh hukum murtad kerana menolak secara total syariat ditetapkan Allah yang menjejaskan kepercayaan kita kepada-Nya dan ketentuan-NyaIni dosa besar dan perlu segera bertaubat sebab Allah syariatkan sesuatu mesti ada kebaikan.

tapi Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr Akram Sabri yang berkata, wanita Islam boleh menolak poligami dan tidak berdosa sekali pun Islam menghalalkannya. wanita mempunyai hak menuntut syarat ke atas suami supaya tidak berpoligami.
Mungkin suasana negara Arab lain, budaya kita lain.

Yang penting, wanita mesti tahu hak, kalau nak tolak poligami jangan sampai jejas secara total kepercayaan kepada Allah. Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Muhamad pernah mengeluarkan kenyataan, tidak berdosa seseorang isteri tidak mengizinkan suami berpoligami jika mempunyai alasan kukuh. Tapi berdosa sekiranya menolak mentah-mentah hukum Allah.





bagi KIC isu ni memang dah jadi isu panas..
kadang2 si suami pun ambil kesempatan..
walaupun mereka tu ada hak..tapi ikutlah kemampuan..
jangan sampai si isteri ni menderita..
KIC pun susah nak komen tentang isu ni..sebab belum pun berkahwin..
tapi KIC kalau boleh memang tak nak ada kaitan dengan berpoligami ni..
perempuan mana yang hendak di madukan..betul tak..?


sumber: Berita Harian


p/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'share' atau 'like' di Facebook..hanya klik button kat bawah ni..=) tq..

Wednesday, June 29, 2011

Rajinnya si SUAMI menolong ISTERI..

assalamualaikum u ol..




bestnya kalau dapat suami yang ringan tulang..
mudah lah menguruskan rumah tangga..
masing2 tolong menolong..
dari menjaga anak, mengemas rumah, membasuh baju,
memasak dan kerja2 yang seangkatan dengannya lah..
walaupun KIC ni belum berumah tangga..
tapi sikit sebanyak kena ambil tau juga ilmu berumah tangga ni kan..
setahu KIC isteri ni bukan nya orang gaji..
tanggungjawab isteri menjaga suami dan anak..
supaya suami dan anak tak terabai..
kena lah tau tanggungjawab yang sepatutnya..
tapi si suami tak boleh lah layan isteri macam orang gaji..
semua kerja isteri kena buat..
suami balik kerja duduk goyang kaki je..
tak boleh lah macam tu kan..
lagi2 sekarang ni kalau isteri tu pun berkerjaya..
sama2 mencari rezeki..
lagi lah suami sepatutnya kena bantu kan..
kena lah ada sikap saling tolong-menolong..


tapi bukan dengan cara pertolongan yang macam ni tau...

isteri tolong kemas rumah, suami tolong buat sepah..
isteri tolong masak, suami tolong makan..
isteri tolong basuh baju, suami tolong pakai..
isteri tolong lipat baju, suami tolong tengok je..
suami tolong buat anak, isteri pula tolong jaga anak..


apa2 pun hargai lah pasangan anda tu ye..
tanggungjawab isteri ni besar..
kalau suami tolong ringan kan, alangkah bahagianya si isteri..=)


Monday, June 20, 2011

Bila nak DI CARI, bila tak nak DI BUANG..

assalamualaikum u ol..


KIC baru balik kerja..
sekarang ni fikiran selalu terganggu lah..
kenapa ye..
ingat time belajar je tension..
time cuti pun sama gak..
ada je yang buat KIC pening kepala..

ok lah berbalik pada tajuk entri ni..
KIC rasa tak puas hati lah kalau benda macam ni jadi..
geram je..
ye lah kan..masa dia nak kita dia cari..
tapi bila tak nak senang2 je nak buang..
aduhhh..KIC cerita ni sebab benda ni berlaku dalam realiti kehidupan kita..
bukan KIC reka2 je..
tu lah namanya habis madu sepah di buang..
bila suka atau bosan2 mula lah cari..
tapi bila dah jemu atau rasa dah tak guna tu buang je macam tu..
patut ke macam tu???


memang betul lah orang cakap..kebahagiaan tu di cipta bukan di cari..
ni cuma luahan dari hati KIC je..
tak ada kaitan dengan sesapa pun..=)



Saturday, June 18, 2011

Pasangan Pengantin suka pilih tarikh cantik..

assalamualaikum u ol..


KIC curi2 masa nak update blog ni..
apa boleh buat kan..
tak macam dulu..boleh je update blog..
sekarang ni dah jarang..
tapi KIC akan pastikan yang blog KIC ni tak bersarang..
dan sentiasa memberikan info yang berguna kepada pembaca blog KIC ni..

ok lah..berbalik pada tajuk entri KIC petang ni..
KIC rasa ramai yang setuju kan..
sebab memang pengantin sekarang ni suka pilih tarikh yang cantik2 
untuk hari bahagia mereka ni..
macam tahun lepas..
10.10.10 memang ramai yang ambil tarikh ni untuk buat apa2 pun majlis..
contohnya macam majlis tunang, kahwin, 
malah majlis berkhatan pun mereka suka dengan tarih tu..
secara kebetulan tarikh tu kena dengan hari minggu..
memang cantik lah..
tarikh 08.09.10 juga pun tarikh yang cantik juga kan..
tapi jatuh pada hari rabu..

untuk tahun ni pasangan raja sehari sangat2 berminat dengan tarikh 
9.10.2011, 11.11.2011 dan 20.11.2011.
cantik kan semua tarikh2 tu..
tak caya korang tengok lah nanti..
ramai je yang akan ambil tarikh tu untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka..
tapi kenapa ye ramai yang pilih tarikh yang cantik2 ni..
ada apa dengan tarikh tu ye..
cuma nombor je kan..
apa2 pun tu terpulang pada individu tu sendiri..
mungkin tarikh itu akan membawa lebih makna dalam hidup diaorang..
tarikh yang cantik kan mudah nak diingat..
senang lah nak sambut ulang tahun nanti..huhu...=p


p/s: 11.11.2011 dah ada 2 jemputan kahwin menanti..sepupu KIC dan juga kawan KIC..haaa..memang terbukti kan..huhu...

Monday, June 6, 2011

LELAKI dan PEREMPUAN memang berbeza dari segi ini..

assalamualaikum u ol..

malam2 macam ni baru dapat online..
so dapat lah update blog ni..
malam ni nak tanya korang tentang gambar kat bawah ni..
1 gambar ni boleh mengambarkan semuanya..
kalau korang amati gambar ni banyak yang korang boleh simpulkan..
percaya atau tidak ini lah yang selalu terjadi dalam kehidupan kita..



KIC nak ulas sikit je tentang gambar ni..
perempuan kadang2 memang dah kurus..tapi perasan yang diri tu gemuk..
yang lelaki pulak perut boroi..tapi perasan perut yang boroi tu lah aset mereka..huhu..
kira dah hensom sangat lah tu kalau dapat perut macam tu..huhuhu
pelik kan..
tapi iu lah kenyataannya..


p/s: pendapat korang pula macam mana..???mesti macam2 yang bermain di fikiran korang kan..huhuhu..


Sunday, June 5, 2011

Perkara disebalik KAD JEMPUTAN dan kad2 yang seangkaan dengannya..

assalamualaikum u ol..


hari minggu ni mesti ramai yang pergi jemputan kahwin kan..
so KIC rasa nak share tentang kad jemputan kahwin ni..
sebab ramai yang tak tahu tentang ni..


ni cuma makluman untuk semua, kalau korang nak kongsi dengan kawan korang pun ok juga..
ni tentang kad-kad jemputan..yg kita dapat ataupun yang kita bagi kat orang..
tak kisah lah kad jemputan jenis apa pun..
Kad kahwin, kad ucapan, kad birthday dan macam-macamlah jenis kad sekarang ini..

Yang paling penting sekali kad jemputan kahwin. 
kalau kita buat atau nak tempah kad kahwin tu, jangan sekali-kali tulis perkataan Bismillah atau Assalamualaikum atau Hadis2 dalam bahasa arab atau jawi..

Tulislah dalam bahasa rumi.Sebab nya, tiap kalimah dalam bahasa arab tu, 
ada kalimah Allah dan dzat-dzatnya.
Orang yang dapat kad tu belum tentu nak simpan kad tersebut 
untuk selama-lamanya seperti menyimpan Al-Quran. 
KIC rasa ramai antara kita pun akan buang dalam tong sampah kan.

Jadi, janganlah kita memandang kecil hal ini, 
yang mana dosa membuang kad yang tertera kalimah Allah 
tu sama dengan kita membuang Al Quran. 
kalau boleh kena lah simpan elok2 kad2 yang kita dapat kalau ada tertera kalimah allah. 
Kalau nak buang, buatlah sepertimana cara kita nak memusnahkan al-Quran lama.
Wallah hu 'alam.

P/S: Kekadang perkara yg kecil2 ni kita x perasan walhal impaknya amat besar..lebih baik kita mencegah..sebab benda macam ni memang ada berlaku lagi..minggu ni KIC memang ada dapat kad jemputan yang terdapat tulisan jawi pada ayat Bismillah dan juga Assalamualaikum..


Thursday, June 2, 2011

LELAKI ni tengah cari PASANGAN..tak lawa tak apa,janji BAIK HATI..

assalamualaikum u ol..

entri kali ni malas nak cakap banyak..huhu..
letak gambar ni..nak minta bantuan korang..huhu..=p
kalau2 boleh tolong tu, call lah nombor brader dia ye..
kesian dia..siap tampal-menampal lagi..huhuhu..
terdesak kot...=p




tak salah kan saling bantu membantu antara kita..huhu..=p

Wednesday, June 1, 2011

MANISNYA dah kahwin..ada rasa semanis MADU ke?

assalamualaikum u ol..


hari ni KIC sangat lah sibuk..
telah memulakan kerjaya sebagai Baby Sitter..huhu..
menjaga dua budak kecil yg comel...=)
KIC ok je..steady je..huhu..

penat macam mana pun KIC kena update juga..
takut bersarang pula blog ni nanti..
tak ada sapa pula yang nak singgah lagi blog usang KIC ni..huhu..=p

ok..kali ni KIC nak cerita tentang kehidupan rumah tangga..
walaupun KIC ni belum lagi mendirikan rumah tangga..
tapi KIC nak kongsi juga apa yang KIC tau..
tak tau lah betul ke tak kan..
sebab tu lah KIC perlukan pendapat korang..
jangan malu2 nak komen ye..
huhuhu...


kata2 manja yg pertama:

Sebelum kahwin, 
'Darling sini.. darling sana...'
Selepas kahwin, 
Baling sini... baling sana..

kata2 manja yg ke-2:

sebelum kahwin, 
'saya sanggup mati untuk awak..'
Selepas kahwin,
'Awak nak mati awak punya pasal. '
Lagi lama kahwin,
'Awak nak mati, saya boleh tolong awak!'

kata2 manja yg ke-3:

Sebelum kahwin, 
'Awak nak pergi mana2..saya akan ikut awak..
selepas kahwin,  
'Awak nak pergi mana2..suka hati awak..'
Lagi lama kahwin, 
'Awak nak pergi mana2, lebih baik awak berambus..!!!'

kata2 manja yg ke-4:

Sebelum kahwin,
'Awak selalu dalam hati saya, awak lah cinta hati saya..'
Selepas kahwin,
'Awak selalu menyakitkan hati saya..'

kata2 manja yg ke-5:

Sebelum kahwin, 
'Awak sungguh manis dan baik macam Cinderella..' 
Selepas kahwin,
'Awak lebih teruk dari Gozilla'

kata2 manja yg ke-6:

Sebelum kahwin, 
'Bunga ros adalah merah,, bunga violet adalah biru. suka atau tak, saya mengilai awak..' 
Selepas kahwin,
'bunga ros merah, saya pula biru..awak melawan saya, saya saman awak..' 

kata2 manja yg ke-7:

sebelum kahwin,
setiap kali pergi makan, dia akan bawa ke Shangri-La..
Selepas kahwin,
'awak nak ajak pergi makan, dia cakap,'you wait-la' 

kata2 manja yg ke-8:

Sebelum kahwin,
dia seperti Anita Sarawak..
Selepas kahwin,
'Tak tau sama ada katak atau biawak...'


huhuhu...ni hanya rekaan je sebenarnya..=p
jangan ada pula yang takut nak kahwin pula ye..huhu..
hanya gurau senda di malam hari..








Monday, May 30, 2011

Dunia kita makin maju ke depan..TAPI ....................

assalamualaikum u ol..


masa cepat betul berlalu kan..
cepat je..
macam2 perubahan dah berlaku..
lagi2 dari segi teknologi..memang berkembang pesat kan..
korang tengok lah gambar kat bawah ni..
berbeza kan Tv tahun 90an dengan Tv sekarang ni..




tapi bukan tu je...
teknologi makin maju dan perut pun makin maju kan..huhu..
tengok lah dari kedua2 gambar tu..
Tv makin canggih..perut pun makin ke depan..
sesuai dengan teknologi kita yang maju ke hadapan..huhu..
bukan apa..teknologi makin canggih, Tv pun makin nipis..
tapi lain pula dengan perut..
makin dunia kita berteknologi..
makin membesar lah pula..
huhuhu...

malas nak komen panjang..nak tengok korang komen pula..
huhuhu...
apa pandangan korang tentang gambar ni..???



Sunday, May 29, 2011

HADIAH untuk Raja Sehari..ehem3..

assalamualaikum u ol...

hari ni hari yang sangat membosankan..
orang lain tak bosan..tapi KIC bosan giler..
bosan asyik lakukan rutin yang sama je hari2..
tapi KIC harap korang tak bosan lah ye baca entri2 KIC ni..
ini je lah tempat untuk KIC bercerita..
meluahkan apa yang tersirat dan tersurat..
supaya tak makin tersimpul nanti..huhu..

hari ni hari minggu..
apa yang sinonim ye dengan hari minggu ni..?
date?ishhh..korang ni..asyik ingat dating je ye..
ok lah..KIC terima jawapan tu..
tapi KIC bukan nak cerita pasal dating2 ni ye..
KIC nak cerita tentang raja sehari..
mesti ramai yang sibuk pergi jemputan kahwin hari ni kan..
tu yang rasa macam tak ramai je yang online..huhu..
ye la..bukan selalu nak merasa makan nasi minyak kan..
tak menang tangan kalau ada jemputan banyak2 ni..
kawan2 ramai yang dah kahwin dan akan berkahwin..
" aku bile lagi ye..? " =p
haaaa...entri ni juga bukan pasal bila KIC nak kahwin ye..
nanti ada cakap KIC ni teringin sangat nak kahwin pula..


 

entri kali ni tentang hadiah untuk raja sehari..
ala, tak kan korang tak pernah bagi hadiah time member2 kahwin kan?
mesti pernah walaupun sekali..
tak pun pernah tengok jenis2 hadiah yang selalu orang bagi untuk pengantin ni..
entri ni untuk kita kongsi cerita mengenai hadiah raja sehari..
ye lah kan..jadi raja cuma sekali dalam seumur hidup..
kalau boleh nak lah hadiah yang best2 kan..huhu..
mana tau dari komen2 korang ni boleh lah dapat dan berkongsi idea nak bagi hadiah apa..
bosan lah kadang2 tengok ramai yang bagi set cawan lah, pinggan mangkuk lah..
biasa KIC tengok orang bagi tu je..
ada tu yang cakap kalau nak bagi berat je hadiah tu boleh lah bagi lesung batu..huhu..
ada tu yang bagi botol susu..aduii..banyak juga kan hadiah2 yang kelakar yang pengantin dapat..
macam2 hadiah sebenarnya..
 
 
p/s: kalau boleh KIC nak tanya korang je jenis2 hadiah yang best2 untuk pengantin ni..
kalau ada pengalaman pun boleh lah share sama2..



Kisah MALAIKAT, MANUSIA DAN SYAITAN..

assalamualaikum u ol...

dah nak masuk waktu tengah hari dah..
malasnya lah nak masak...
tak ada idea nak masak apa ni..emmm...
jap lagi lah g masak..

nak cerita sikit tentang entri kali ni..
berkisarkan watak Manusia, Malaikat, dan Syaitan..
mungin korang dah biasa dengan watak2 ni..
cuma KIC nak ingatkan korang balik lah dengan kisah ni..
jom lah kita hayati sama2..

Manusia   - Eh, dah subuh dah?
Malaikat  - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan  solat subuh mu..
Syaitan     - Alahhhh, kejaplah, mengantuk ni..awal lagi ni?.zzzzzzzz

Manusia   - Nak makan,laparlah..
Malaikat  - Wahai Anak Adam,mulakanlah dengan  Bismillah..
Syaitan     - Ahh,tak payahla..dah lapar ini! mmm..sedapnyaaa...

Manusia    - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat   - Wahai anak Adam,pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan      - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!

Manusia   - Alamak, dah lewat!
Malaikat  - Bersegeralah  wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan     - Ahhh?awal  lagi..mmm..aaah.. suruh si X, punch kan lah?

Manusia   - Azan sudah  kedengaran..
Malaikat  - Wahai anak Adam,bersegeralah menunaikan kewajipan..
Syaitan     - Baru pukul berapa..rilex lah..awal lagi ni..

Manusia   - Eh, eh..tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat  - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat  dan    
                    mengetahui..
Syaitan     - Perggghh...best tu..rugi ooo kalau tak tengok  ni..

Manusia    - Saudaraku sedang melakukan dosa..
Malaikat   - Wahai anak  Adam, cegahlah ia..
Syaitan      - Apa kau sibuk..Jangan jaga tepi  kain orang, lantaklahh..

Manusia    - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini  kepada orang lain..
Malaikat   - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama  kamu..
Syaitan      - Sendiri pikirlah, semua dah besar,buat apa  susah2.pandai2lah..kubur pun lain2 nanti..

Manusia   - aku telah berdosa..
Malaikat  - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun...
Syaitan     - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat.lagipun  muda hanya sekali..rugila..

Manusia    - Kalau  pergi, mesti seronok!
Malaikat   - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari 
                     jalan itu...
Syaitan      - Jangan bimbang,tiada sesiapa yang  tahu...Jomlahhh..

Manusia     - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi  ni...
Malaikat    - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.  
                      Solat itu wajib bagimu...
Syaitan       - Hey anak  Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat     
                      (jangan mimpilah!) untukmu..


haaa..itu lah antara watak2 yang biasa berlaku dalam kehidupan seharian kita kan..
cuma mungkin kita semua tak sedar je benda2 macam ni memang berlaku..
kalau kita tak beringat..memang akan lalai..
KIC pun macam tu je..
kena selalu ingatkan diri sendiri..
moga tidak lalai sebagai hamba Allah di dunia ni..


Saturday, May 28, 2011

SEDIHNYA bila tak ada yang HARGAI..

assalamualaikum u ol..


hari minggu bakal tiba..
apa plan korang hujung2 minggu ni nanti..?
KIC pun belum ada plan apa2..
kadang2 plan last minit yang jadi..
yang di rancang belum tentu jadi..

korang sedih tak bila apa yang korang buat..tak ada sapa hargai..
penat2 buat something..tapi orang macam tak nampak je apa yang kita buat..
bila di ingat balik sedih kan..
kadang2 kita buat sesuatu tu bersungguh2..
dengan hasil titik peluh kita..
tapi tak ada sapa yang nak hargai.
rasa sedih dan penat kan..
kadang2 kita bukan nak apa2 pun..cuma hargai lah apa yang kita dah buat kan..
sekurang2nya ucapkan lah terima kasih..
bukan nak pujian setinggi gunung..

tapi bagi KIC..semua tu tak penting sangat..yang penting kita tau apa yang kita buat..
niatkan lah apa yang kita buat tu kerana Allah..
bukan kerana sapa2 atau pun untuk dapatkan habuan apa2..
kadang2 ada tu buat sesuatu..tapi untuk nama je..
biar orang sebut2 apa yang kita buat..
kadang2 kata2 pujian tu tak setimpal dengan apa yang kita buat..
orang lain yang bersusah payah..tapi orang lain yang dapat nama..
kan tak ok macam tu kan..
depan orang pijak semut pun tak mati..punya lah baik..
tapi belakang kita, duk ungkit2..
tak ikhlas namanya tu..
KIC selalu niatkan di hati ni..walau orang tak nampak apa yang kita buat..
tapi Allah tau..tu dah cukup lah..
Allah akan hargai apa yang kita buat..
walaupun orang disekeliling kita ni macam tak nampak je apa yang kita dah buat..


Friday, May 27, 2011

AHH, malas lah nak pergi sembahyang JUMAAT..

assalamualaikum u ol..

selamat hari jumaat semua..
sekejap je dah hari jumaat kan..
apa yang sinonim dengan hari jumaat ye..
antaranya dah tentu lah solat jumaat kan..




pernah ke ayat kat atas tu terpacul kat mulut kaum2 adam di muka bumi Allah ni..?
mungkin dah biasa dergar kot..
alasan malas nak pergi sembahyang jumaat lah tu..
ala..seminggu sekali pun malas..
sembahyang jumaat ni Fardhu Ain..

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali (berturut-turut) maka Allah SWT mengecap hatinya (sebagai munafik atau orang yang melengah-lengahkannya)” (Riwayat Ahmad).

ramai yang bagi alasan tak nak sembahyang jumaat ni..
yang kita selalu dengar macam ni :

  1. Ala, minggu lepas kan dah pergi, minggu ni tak payah lah..
  2. Penat lah kerja hari ni, lebih baik waktu rehat ni tidur je..
  3. Ala, kan kalau tak pergi 3 kali berturut2 tak boleh, selang seli tak apa kan..
  4. Ramai je tak pergi sembahyang jumaat, aku baru nak cuti sembahyang jumaat hari ni..tak kan tak boleh kot..
  5. Ala, lupa lah hari ni hari jumaat, tak perasan..

haaa...ni lah antara alasan yang biasa terbit dari hati dan mulut..
kadang2 kita pandang remeh hal ni..
kalau kita tak ambil perhatian benda ni..
takut lama2 terus lupa yang hari jumaat tu kena pergi sembahyang jumaat..
renung2 kan lah ye..


Wednesday, May 25, 2011

IBU, kau ampuni lah DOSAKU..

assalamulaikum u ol..


KIC baru je lepas lunch..makan biasa2 je..lambatnya lunch..huhuhu
alhamdulillah..dapat mengenyangkan perut dengan jayanya..=p
tadi cuaca bukan main panas..sekarang dah mendung pula..
macam nak hujan..
sekarang ni memang cuaca tak menentu..
jap lagi mesti panas balik..

perut kenyang, hati pun senang..KIC nak kongsi cerita dengan korang semua..
berkenaan tajuk entri KIC petang2 ni..
lebih kepada hati dan perasaan seorang ibu..
agak emosional la pula..huhu..
sebab KIC ada baca berita tentang INI
tu yang terpanggil untuk post cerita ni..




tanpa kita sedar dah berpuluh-puluh tahun kita hidup kat dunia ni kan..
dari dalam perut ibu, kita dilahirkan ke dunia dan sampai la sekarang ni..
dari kecil sampai lah besar..
ada tu lebih besar dan lebih tinggi dari ibu kita..
korang je kot tak perasan..

kita di jaga dengan penuh kasih sayang, dibesarkan tanpa jemu dan penat..
tapi pernah tak kita terfikir, pernah tak kita sakiti hati ibu kita..?
pernah tak korang fikir semua tu..?
jika hati ibu kita terluka, susah untuk kita mengucap dua kalimah syahadah..
nauzubillah..minta di jauhkan dari hidup kita..

cuba kita renungkan dan kita tanya diri kita..
pernah tak kita lukakan hati insan yang melahirkan kita tu..?
sama ada melalui kata2 atau pun perbuatan kita..
mungkin kita tak sedar semua tu kan..
mungkin tak pernah terdetik pun persoalan macam tu..
dengan meninggikan suara pada ibu kita pun dah di kira dosa..
apatah lagi yang lain2..
rasa2 dah berapa banyak kali kita melawan kata2 ibu kita..
mungkin tak terkira kan..
mungkin dalam hati, mereka menangis..cuma kita je yang tak tau..
menitiskan air mata hanya kerana hatinya terluka dengan perbuatan kita..
tapi kita tak pernah sedar pun..kita abaikan perasaan ibu kita sendiri..




korang ingat lah..
walau sesiapa pun kita, walau sehebat mana pun kita..
walau berjaya setinggi langit pun..
tapi tanpa doa dan restu si ibu yang melahirkan kita..
maka tak ada lah keberkatan hidup..
tinggi betul darjat seorang ibu tu kan..
kita tak kan dapat keredhaan Allah kalau tak dapat keredhaan dari ibu kita tu..

betul la kata pepatah..
" seorang ibu boleh menjaga 10 anak,tapi 10 anak belum tentu boleh jaga seorang ibu.."
hati ibu kita kena jaga..KIC pun banyak lukakan hati mak KIC..
mungkin tanpa di sedari dan tak sengaja..

tentang tanggungjawab anak lelaki pula..
1. pada Allah
2. Rasul
3. Ibu
4. Ibu mertua
5. Ayah
6. Ayah mertua
7. isteri

tengok pada tanggungjawab ni pun korang dah faham kan..
pada yang dah kahwin tu..jangan abaikan ibu korang ye..tak boleh nak lebih kan isteri sangat..huhu..
ingat sampai sekarang " syurga di bawah tapak kaki ibu "

kalau korang sayang ibu korang..
selalu lah amalkan doa ni..


YA ALLAH, AMPUNILAH DOSAKU DAN DOSA KEDUA IBU BAPAKU..
DAN RAHMATILAH KEDUA-DUANYA, SEBAGAIMANA MEREKA MENDIDIKKU
SEWAKTU KECIL..


* rasa pilu hati ni masa post entri ni.......



Sunday, May 22, 2011

Perempuan KAKI BOROS..?betul ke?

assalamualaikum u ol..

mesi ramai yang keluar date hari ni kan..
tengok wayang..wahh..bestnya..
sejak bercuti kat rumah ni, KIC tak berkesempatan langsung nak tengok wayang..
kecian kan..
tu sebab KIC tengok macam tak ramai je yang on9..
tapi apa2 hal KIC nak update blog dulu
dan nak cerita sikit tentang isu perempuan KAKI BOROS ni..
korang rasa betul ke?

mesti kaum hawa rasa tercabar kan dengan statement ni..
KIC pun terasa gak ni..huhu..
orang cakap 'siapa makan cili, dia la rase pedasnya'
huhuhu..=p
bagi KIC ada je perempuan yang KAKI BOROS dan ada yang tak.
terpulang juga la pada individu tu sendiri..
macam mana nak kawal kewangan diaorang..
kalau duit tinggi menggunung tak apa juga nak boros2 ni..
tapi kalau cukup makan pakai baik jauhkan la dari tabiat ni kan..
bukan apa, untuk kebaikan korang juga kan..
KIC cakap ni pun sambil ingat kan diri sendiri..
sebab kadang2 KIC ni boros juga..
pantang nampak barang atau benda yang di idam2kan..mesti terus sambar..
tak fikir la yang duit tu mengalir macam air..huhu

tapi perempuan je ke KAKI BOROS..lelaki?
haaa..jangan tak tau, lelaki pun ada juga yang KAKI BOROS..
beli benda yang bukan keperluan dan tak berapa penting..
sama je dengan perempuan ni..huhu..
jangan nak cakap perempuan ni je KAKI BOROS..

ok la..KIC bagi contoh..contoh mudah je..contoh yang dekat dengan diri korang..
korang tengok dalam family korang tu..
ayah dan ibu atau suami dan isteri..
antara dua2 ni..salah seorang mesti ada yang boros..
dan salah seorang lagi jenis penjimat orang nya..
tak kira la si suami atau isteri..
tak pun si ayah atau ibu..
bagi keluarga KIC memang kontra la..
mak dengan ayah..sorang tu penjimat, sorang tu tak berkira pasal duit..
dalam family tu samaada mak atau ayah mesti ada yang jadi banker...huhu..
kiranya macam salah seorang tu akan jadi 'menteri kewangan' lah dalam family..

jadi kalau tak nak jadi boros sama2 lah kita kawal kewangan kita..
orang selalu cakap 'fikir dulu sebelum cakap' 
tapi KIC nak tukar sikit 'fikir dulu sebelum berbelanja'
huhu...=p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...