Sunday, January 23, 2011

~ Rindu Pada .............. ~



salam u ol..

wahh..rindu pada sapa pula ni???
ehem2...dalam diam rindu rinduan ye...
memang tengah kerinduan pun, tapi pada blog saya ni..
huhuhu..suspen je kan..
baru je melabuhkan badan di atas katil bilik..
baru sampai dari kampung..
balik2 naik kolej..sempat lagi main hujan..
huhuhu..best jugak..


selama lebih kurang 3 hari blog ni bercuti..
tanpa khabar berita..
biasa la balik bercuti ke kampung..
wireless kat rumah pulak dah kena potong..
huhuhu..nasib la..
menahan rindu asmara la jawabnya..


saya je ke yang rindu blog ni..
geng2 yang lain rindu ke tak ye..
harap2 ada la yang rindu nak baca blog saya ni..
saya akan cuba update dari masa ke semasa supaya
tak ada la yang jemu baca benda yang sama je nanti..


penat rasanya badan ni..walaupun ade yang hantar balik kolej td..
(ngada2 betul) huhu...
malam nanti kalau tak penat sambung lagi la..
nak cari ilham baru..=)

Thursday, January 20, 2011

~ Lain Dari yg Lain.. ~


salam u ol..


hari ni cuti umum..so kelas memang tak ada la kan..

ingat nak balik kampung..tapi bukan ini cerita sebenar yang saya nak cerita hari ni..

tapi agak lain dari yang lain..huhu..poyo je kan..=p

cerita ni agak kelakar..kalau korang tak gelak tak tau la kan..

saje tengah bosan2 ni nak post something yang lain sikit..


KISAH INI BERMULA DI SINI:


Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya.

Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.

Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).



Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata

“Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini ”

“Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?” tanya CEO tersebut.



Calon pertama berkata ” FIKIRAN , kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari”

“Bagus , satu jawapan yang baik ” kata CEO tadi. ” Kamu pula ? “tanyanya kepada calon kedua.

“KELIP MATA , kerana tanpa kita sedari , sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip ” jawab calon kedua.

“Satu jawapan yang sangat baik , lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan ” kata CEO itu.

” Bagaimana kamu pula?” tanya CEO kepada calon ketiga.

“Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas” jawab calon ketiga.



“Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?” CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

” Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT ” jawab calon keempat dengan yakin sekali.

“Haaa…? CIRIT-BIRIT ? Kamu ni tak serius langsung, macam mana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni ?” CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.

“Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah”



Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan..



p/s: suka dengan kisah ini..ada logiknya kan..?huhuhu

Wednesday, January 19, 2011

~ Ada BERANI...??? ~


salam u ol...


haaa.....macam nak cari gaduh je kan entries saya kali ni..
huhuhu...tak de la..
saja buat gempak je..
tapi entries kali ni memang gempak gak la..
sebab ape ek?
ha....nak tau sambung la baca entries ni..tak rugi nya...huhu


cerita ni bukan baru sangat..tapi masih segar dalam ingatan saya..
so saje nak la share dengan korang..
mula2 korang tengok la gambar2 ni dulu..
jangan geli atau terkejut pulak ye..=)

KISAH NYA BERMULA DISINI...:



korang nampak tak gambar ape tu?
kalau tak nampak, pakai kanta pembesar ye..huhu..
ok2..saya bagi besar sikit ye..



ha..ini la dia...ULAR.."sahabat baik" adik2 laki saya..huhu



hero2 yang dapat menangkap ular sawa...



macam geli je tu??huhu..
ada bakat untuk buat persembahan ular ni..=)



ha...panjang kan?belit orang ni abis la...
takut+geli...



mcm geli je ayah pegang ular tu..huhu
ular ni ayah saya la yang berjaya tangkap..
setelah bergelut..kalah juga ular ni..


amacam?korang ada berani ke?huhuhu..
family saya ni memang rock sikit..=)





ChanteQ's 1'st Giveaway


salam u ol...



Nak join...? klik sini

Hadiah2 menarik menanti anda..

Tarikh tutup: 15 februari 2011



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...