Tuesday, July 26, 2011

Isteri JIMMY tetap mahu CERAI

assalamualaikum u ol..



Nursuhaila semasa sidang media..

kisah rumah tangga Jimmy masih tak sudah2 lagi..
si suami tak nak cerai..tapi si isteri tetap mahu cerai..macam2 lah..
tapi KIC berpuas hati lah, selama ni KIC baca keterangan Jimmy je..
sekarang ni KIC dah dengan keterangan balas dari isteri Jimmy..
so kita tahu lah juga hujung pangkalnya walaupun tak semua..

isteri Jimmy, NurSuhaila tetap ingin meminta cerai sebab dah tahan sabar dengan perangai Jimmy..
alasan isterinya Jimmy ni suka menampar dan memukulnya..
dulu KIC pun terfikir juga kenapa isterinya ni lari dari Jimmy selepas 20 hari kahwin..
rupanya ada sebab..
tapi sebenarnya masih boleh berbincang kan..
lagi pun Jimmy nak berubah..


jom kita dengar apa kata NurSuhaila..


SAYA tidak akan kembali semula kepada Jimmy walaupun dia sudah berubah. Tetapi, saya maafkan kesalahan dia. Saya tetap mahu menuntut cerai dan mendapatkan hak penjagaan anak berusia 32 hari walaupun sebelum ini Jimmy mendakwa akan menarik balik kes nusyuz terhadap saya.

Saya bercakap pada sidang media yang diadakan ini (semalam) untuk menjawab segala kontroversi hubungan kami, termasuk yang terbaru membabitkan majlis cukur jambul bayi kami. Saya sudah tidak tahan dengan sikap Jimmy yang meraih simpati mengenai krisis rumah tangga kami di media.

Bagi saya, dia tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa dengan baik. Dia hanya memberikan wang nafkah kepada saya ketika saya mengandung, itupun hanya RM300 sebulan dan tidak cukup untuk menampung ubat dan pemeriksaan lain. 

Selain itu, antara faktor lain saya enggan kembali kepada Jimmy ialah kerana dia sering memukul dan menampar pipi saya hanya kerana pergaduhan kecil. Malah, sebelum malam perkahwinan pun saya ditampar apabila meminta izin untuk keluar berjumpa rakan. 

Selain itu, saya turut dikasari ketika berbulan madu di Koh Samui, Thailand, hanya kerana pergaduhan kecil. Tapi, saya mengakui saya seorang yang bersifat kasar dan sudah menjelaskan kepada Jimmy sebelum berkahwin tetapi dia sudi menerima saya seadanya. 

Bagaimanapun, tindakan Jimmy mengasari saya menyebabkan saya tidak mampu bertahan, apalagi apabila saya dikongkong dan disuruh tidur jam 9 malam dan tidak boleh melayari laman sembang sosial.



jom kita dengar apa kata Jimmy


SAYA tidak akan sewenang-wenang menceraikan dia kerana apa yang saya lakukan selama ini adalah tanggung jawab sebagai suami dan talak terletak di tangan lelaki. Sebagai isteri, Nursuhaila harus patuh pada perintah dan arahan saya dan jika ingkar, dia tidak akan mencium bau syurga. 

Selepas berkahwin apa yang saya harapkan ialah selepas seharian penat bekerja, dapat meluangkan masa bersama isteri dan mahu diberikan layanan sebaiknya dari seorang wanita bergelar isteri. Tanpa alasan munasabah, saya tidak akan sesekali menceraikan isteri saya dan sekiranya saya gagal dalam prosiding mahkamah pada kali ini, saya akan berusaha mendapatkan hak penjagaan anak.

Saya mengakui tidak membenarkan dia menemui rakan sebelum malam perkahwinan dan meminta Nursuhaila hanya berehat di rumah, namun dia tetap berdegil. Tindakannya ingin bertemu rakan menyebabkan saya hilang kawalan dan menamparnya.

Begitu juga sewaktu di Koh Samui tetapi selepas itu saya tidak melakukannya lagi. Saya juga berjanji untuk menjaganya selepas kahwin dan dia juga pernah berjanji kepada saya untuk berubah. Selain itu, saya berpendapat, ibu bapa seharusnya tidak campur tangan dalam masalah rumah tangga anak-anak kerana campur tangan itu akan menyebabkan keadaan semakin tegang. 

Saya cuba berkomunikasi secara baik dengan Nursuhaila, malangnya dia hanya berdiam diri dan tidak mahu menjawab SMS atau panggilan telefon. Saya cuba bertanya kepada ibu keadaannya dan memberitahu ibunya bahawa saya cuba berbincang mengenai masalah yang dihadapi, itu saja.

sekarang kita dah dengar keterangan dari kedua2 pihak..
Jimmy sepatutnya lebih tau perangai isteri nya yang memang keras dan suka bersosial dengan kawan2..
mungkin mereka berdua ni masih belum cukup mengenali hati budi masing
sebelum berkahwin..so jadi lah perkara macam ni..
Jimmy memang tak patut naik kan tangan ke muka isterinya dan memukulnya..
KIC pernah membaca sabda Rasullullah bahawa suami tak boleh naikkan tangan ke muka isteri..
kalau nak pukul sangat mesti ada sebab yang kukuh dan selepas bagi nasihat..
jika tak dengar juga baru lah boleh di pukul itu pun di kaki bukan di muka..
hati perempuan ni keras..dan KIC tau isteri Jimmy pun keras juga..
lagi2 mungkin ibu bapanya tak pernah nak memukulnya..
korang dah tau serba sedikit hal sebenar kan..
KIC tak nak komen lebih2..cuma boleh geleng kepala je..
apa2 pun kita harap pertelingkahan ni akan berakhir dan masing2 akan
berdamai..
setiap masalah tu ada jalan penyelesaian..


p/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'share' atau 'like' di Facebook..hanya klik button kat bawah ni..=) tq..

Monday, July 25, 2011

Blogger Ni SEPUPU Saya..

assalamualaikum u ol...


haaaa..mungkin ada yang dah tau..
mungkin juga ada yang tak tau..
so dengan rasa berbesar hati KIC nak memperkenalkan 
sepupu KIC yang sama2 bergelumang dalam industri blog ni..huhuhu..
sebelum ni KIC tak pernah pun bagi tahu yang blogger ni sepupu KIC..
saja diam2..tak nak kecoh2..
sekarang pun bukan KIC nak kecoh2 ye..
cuma nak bagi tahu je..=)
kami memang agak rapat..
ada blog kami lagi rapat..huhuhu..

mungkin dia pun terkejut KIC buat entri pasal ni..
dengan mulut terngaga agaknya..
tak pun dengan muka tersenyum..
harap dia tersenyum lah sekarang ni ye..huhu



haaa..kenal tak yang baju purple tu..?
itu lah cousin KIC..
yang baju biru tu dah tentu KIC..huhu

blogger yang KIC maksudkan ni adalah MISZ ELYN..
jom terjah blog sepupu KIC ni..=)


p/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'share' atau 'like' di Facebook..hanya klik button kat bawah ni..=) tq..

Anak Datuk Dr Sheikh Muszaphar : SOPHEA ISABELLA

assalamualaikum u ol..




mesti ramai yang dah tau kan tentang kelahiran bayi
angkasawan negara kita ni..
tahniah kepada Dr. Sheikh Muszaphar dengan kelahiran bayi perempuannya..
sangat comel lah..
rambut pun lebat..




Dr. Harlina, isteri Dr Sheikh telah melahirkan bayi ni di Hospital Pantai Bangsar..
dan ia menerusi kaedah bersalin dalam air..
Dr.Harlina mengambil masa selama 18 jam untuk melahirkan bayi bertuah ni..
bayi ni selamat dilahirkan pada 21 Julai 2011 pada jam 9.08 malam dan 
dengan berat 3.6 kilogram 
bayi ini telah dinamakan Sophea Isabella..
menurut Dr. Haslina, cara bersalin dalam air ni dikatakan kurang sakit dan lebih semula jadi..
ia juga masih baru di Malaysia..
kos nya juga mesti tinggi kan..
tahniah sekali lagi pada pasangan ini sebab di kurniakan bayi perempuan yang sangat comel..=)



ini lah kaedah bersalin dalam air yang di gunakan oleh Dr. Harlina..


sumber gambar : Fan Page Dr. Sheikh Muszaphar


p/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'share' atau 'like' di Facebook..hanya klik button kat bawah ni..=) tq..

Sunday, July 24, 2011

Cara Tukar FACEBOOK CHAT Kepada Yang Lama..

assalamualaikum u ol..


ramai yang tak suka dengan Facebook Chat yang baru..?
haaa..sama lah dengan KIC..sangat2 menyusahkan je..
tak best langsung..
lagi ok Facebook chat yang dulu kan..
mesti korang rindu dengan Facebook chat yang lama kan..?
so KIC ada cara penyelesaiannya..
sangat mudah..
tapi untuk Google Chrome je tau..
kat mozila KIC tak pasti boleh ke tak..
pada yang ada Google Chrome tu boleh lah cuba..






  1. step yang pertama korang pastikan korang ada google chrome..
  2. install Facebook Sidebar Chat Reversion..Klik SINI
  3. lepas korang install tu, korang pangkah je Facebook korang lepas tu log in lah balik..

so......dah dapat kan Facebook yang macam dulu tu..
mudah je kan..=)


p/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'share' atau 'like' di Facebook..hanya klik button kat bawah ni..=) tq..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...