Sunday, December 25, 2011

Fida Dah Jumpa Pengganti Mamat (Sepah)

assalamualaikum u ol..




desas desus tentang percintaan Fida Ibrahim mula sampai ke telinga KIC..
dah senyap isu Fida dan Mamat (Sepah),
timbul pula isu Fida dah temui pengganti Mamat..
dengar kata usahawan yang boleh dianggap sebagai VVIP..
wahhh...untung lah Fida..
Fida pun dah mengakui tentang hal hubungan nya dengan usahawan ni..
ok lah tu..buat apa dikenang barang yang lepas..
jom kita baca apa kata Fida tentang hal ni..


" Kalau diikutkan saya sudah mengenali ‘S’ sebelum berkawan dengan Mamat lagi. Namun, hubungan kami sebelum ini terjalin atas dasar rakan niaga sahaja. ‘S’ muncul dan kami menjadi rapat selepas hubungan saya berakhir dengan Mamat,” katanya yang ditemui baru-baru ini.


Saya tertarik kepada ‘S’ kerana kematangan dan cara pemikirannya yang banyak memberikan dorongan tentang dunia perniagaan dan kehidupan pada masa hadapan. Apa yang menarik tentang ‘S’ adalah kematangannya dalam membuat keputusan dan dia banyak mengajar saya untuk memikirkan tentang perancangan masa depan dan dunia perniagaan.


Namun hubungan kami masih terlalu baru, tidak sampai enam bulan pun, jadi berilah ruang dan masa untuk kami lebih saling mengenali. "



siapakah gerangan jejaka yang "S" tu..???
apa2 pun tahniah KIC ucapkan..
moga Fida sentiasa bahagia bersama orang yang tersayang..=)


P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

(Gambar) Anak SM Nasarudin & Marion Counter

assalamualaikum u ol..




Pada 16 Disember lalu, pasangan SM Nasarudin & Marion Rose Counter 
telah pun menimang cahaya mata perempuan pertama..
bayi sulung pasangan ni diberi nama Leia Rose Counter Nasarudin
atau nama pendeknya Leia..=)
comel kan anak pasangan ni..
moga kehadiran puteri ni dapat mengeratkan lagi kebahagiaan kepada pasangan ni..





P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

Saturday, December 24, 2011

(Gambar) AC Mizal, Eizlan Yusuf & Fazley Yaakob Terima Gelaran Datuk

assalamualaikum u ol..





tahniah di ucapkan kepada ketiga2 selebriti ni kerana telah menerima gelaran Datuk
semasa sambuhan hari keputeraan Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah ke 81..
tapi ramai yang cakap apa sumbangan mereka pada negara..
KIC tak nak komen lebih hal ni..
mungkin kita terlepas pandang sumbangan artis2 ni..
apa2 pun KIC ucapkan tahniah...=)







P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

HANGAT: Yusry & Lisa Surihani Nikah 23 Februari 2012

assalamualaikum u ol..




rupa2nya betul lah khabar angin yang bertiup kencang tentang
ura2 percintaan pasangan artis ni bakal ditamatkan ke jinjang pelamin 
tahun hadapan..
kadang2 gosip ni memang ada betul nya kan..
so terbuktilah sudah khabar angin ni bila press conference telah diadakan di
Marriott Hotel & Spa, Putrajaya pagi tadi..
majlis itu turut dihadiri oleh keluarga kedua pasangan ni..=)





akhirnye terjawab lah sudah siapakah jejaka yang 
berjaya menawan hati pelakon yang comel ni..
semalam, 23 Disember 2011, kelaurga Yusry menghantar tanda kepada keluarga Lisa
dan mereka sepakat untuk menikah terus..tiada majlis pertunangan akan diadakan..
Yusry & Lisa akan bernikah pada 23 Februari 2012
di Masjid Tuanku Mizan , Putrajaya selepas Asar..
Majlis resepsi pula akan diadakan pada 26 Februari 2012 
di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya..

segalanya telah pun terjawab..
kita sebagai peminat setia pasangan artis ni doakan lah yang terbaik untuk mereka..=)


P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...