Monday, August 6, 2012

Ulang Tahun Kelahiran

assalamualaikum..


Alhamdulillah...syukur aku masih diberi
 kesempatan menghirup udara di bumi Allah ini..
umur aku pun dah naik lagi satu tangga..
cepat je masa berlalu..
tahun ni aku menyambut hari lahir di bulan yang mulia..
menyambut Nuzul Quran pada ulang tahun kelahiran aku..
aku telah dilahirkan pada 6 Ogos..
tahun tak penting kot..huhu...=p
moga hidup aku diberkati oleh-Nya..

tahun ni aku gembira sangat sebab dapat menyambut 
bulan Ramadhan dan juga ulang tahun kelahiran 
bersama tunang tersayang..
agak lain sikit lah..
lebih bermakna..huhu
harap2 bulan Ramadhan lepas ni dapat sambut sebagai seorang isteri pula..=)
amin....=)

kelmarin aku shopping sakan dengan en.tunang dan family dia..
pergi shopping di Alamanda dan PICC Putrajaya..
berbuka puasa pun kat Taman PICC..
sangat happening..
sebab ade orang belanja sempena nak raya dan juga
sempena besday aku..
untung kan..huhu...=)
thanks sgt2 en.tunang..



berkelah di Taman PICC..tunggu waktu berbuka..=)



En. Tunang pun nak bergambar juga ye..


petang2 di taman PICC..



anak buah En. Tunang pun nak join berbuka ye..=)


ni lah hasilnya..
hadiah besday ku..banyak tak..??? huhu..
thanks En.Tunang...=)



Saturday, July 28, 2012

Gambar Terbaru Anak Datuk Dr. Sheikh Muszaphar

Assalamualaikum..




Disebabkan berminat dengan perkembangan anak
Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar,
aku tertarik nak post tentang anak beliau, Bella..
sebab sebelum2 ni aku sangat terpegun dengan video 
pasangan suami isteri ni mengajar Bella berenang..
masa tu umur Bella belum pun cecah setahun..
sekarang ni umur dia dah setahun..dah besar kan..=)

time aku tengok video tu memang agak terkejut jugak lah..
tapi sangat kagum..
cara didikan mereka sangat berbeza dengan ibu bapa yang lain..
tapi bukan itu yang aku nak persoalkan..
masing2 ada cara masing2 kan nak didik anak..

teringin satu hari nanti nak lakukan apa yang Dr Sheikh Muszaphar 
dan Dr Harlina buat..
tapi aku sendiri tak pandai berenang
dan agak takut dengan air..huhu..
apa pun tak boleh...huhu...=p










Tambahan aku selitkan video Bella berenang..
pada yang tak tengok lagi wajib tengok..huhu..
sangat comel...!!!


Friday, July 27, 2012

Jangan Tengok Keburukan Orang Je..

Assalamualaikum..

Lumrah manusia..hanya nampak keburukan orang je..
kebaikan seseorang tu tolak ke tepi..
kadang2 aku sendiri pun macam tu juga..
dalam tidak sengaja kita lupa kebaikan orang tu tapi 
asyik fikir pasal keburukan dia je..

aku pernah dengar orang cakap yang
jika sekali orang tu lakukan kesilapan yang kita tak suka,
segala kebaikan orang tu pun kita akan lupa..
betul ke?
bila dia buat salah je terus kita lupa apa 
kebaikan yang dia telah buat pada kita..

itu lah bila hati menguasai minda..
aku bukan cakap pasal orang lain..
tapi sekadar untuk peringatan diri sendiri juga..
kita manusia, tak pernah lari dari kesilapan..
tapi dari kesilapan lah dapat mengajar kita erti sebuah kehidupan..

cuba korang bayangkan jika suatu hari nanti 
orang yang selalu korang fikir buruk, 
akan tolong kita bila kita dalam kesusahan nanti..
bak kata Ustaz Don Daniyal..
"Jangan hanya melihat keburukan orang, kerana seburuk2 dia, 
ada 1001 kebaikan yang kamu tidak pernah lihat.." 

kita hanya manusia..tidak layak untuk menilai 
orang lain selain dari-Nya..
buruk atau baik seseorang itu bukan kita yang akan menilainya..
ingat lah bahawa tiada siapa yang sempurna..





Kejar Trafik Blog

assalamualaikum..




ini lah dia dunia blog...
ada blogger yang sememangnye berminat untuk berblog..
tapi tujuan berblog tu berlainan antara satu sama lain..
lain orang lain caranya..
tapi yang biasa aku dengar adalah untuk suka2..
tapi betul ke hanya untuk suka2 je..
ke ada niat lain...???huhuhu..

dulu memang aku mengaku..
aku memang kejar trafik blog..
kalau boleh trafik nak 1000 UV..
kalau dah capai tu rasa lega sangat..
tapi kalau tak cecah target, rasa sedih sangat..
pernah tak korang rasa macam ni..
kadang2 terlampau nak kejar trafik pun tak boleh juga..
kadang terpaksa gunakan berbagai2 cara nak naik kan trafik..
biasanye main SEO lah yang paling ok sekali nak naik kan trafik..
tapi kadang2 trafik tu memang penting bagi blogger..
dari situ kita boleh tau blog kita tu diterima ramai atau tak..
ada pembaca setia ke tak..

apa2 pun terpulang lah pada blogger tu sendiri..
apa niat mereka berblog..
yang penting jangan calarkan imej blogger dengan bercerita 
sesuatu yang tak pasti dan boleh menjadi fitnah semata2 nak kejar trafik..
sanggup aibkan orang lain untuk kejar trafik dan mempopularkan blog korang..
apa2 pun jadi lah blogger yang berhemah..
majulah blogger untuk negara...!
contohilah blogger2 yang sangat jujur dalam penulisan mereka...=)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...