Wednesday, November 2, 2011

Pelakon Zamarul Hisham Hidap Denggi

assalamualaikum u ol..




pelakon Zamarul Hisham yang juga suami kepada pelakon Diana Rafar
telah dikejarkan ke Hospital selepas menghidap denggi..
dia telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Darul Ehsan, Shah Alam sejak ahad lalu..
yang tak bestnya, dia dimasukkan ke hospital pada tarikh yang sama 
ulang tahun kelahiran anaknya yang berumur setahun..
ala..keciannya..
denggi ni dah lah bahaya juga..
moga Zamarul cepat sembuh..
KIC tau pun lepas baca di Gua.com.my..
jom kita baca apa kata Zamarul tentang berita ni..




Saya mengalami simptom demam sejak Sabtu lalu. Pada petang  Ahad, saya sempat menyambut hari jadi anak kami yang berumur setahun. Masa itu, saya dah rasa seram sejuk sangat. Namun, selepas itu, saya tetap kuatkan semangat untuk terus pergi ke set penggambaran telemovie terbaru saya, ‘Bismillah’.


Saya rasa bersalah sangat sebab tinggal sehari saja lagi sebelum penggambaran siap. Ingatkan nak teruskan juga tapi pengarah, Murali Abdullah suruh saya balik. Saya kemudian pergi ke hospital dan selepas membuat pemeriksaan darah, saya disahkan menghidap denggi.



Sekarang ini di Shah Alam banyak sangat kes denggi. Tapi saya rasa saya kena denggi ini ketika di lokasi penggambaran drama ‘Bismillah’, di Puchong. Drama ini mengenai kisah benar budak yang kena renjatan elektrik baru-baru ini. Kami jalani penggambaran di kawasan lombong dan masa itu saya tak pakai baju dan banyak nyamuk sangat.


Saya memang rasa bersalah sangat sebab tinggal 17 babak saja lagi. Drama ini untuk slot Cerekarama tapi tak pasti bila tarikh tayangannya. Saya juga akan terlibat dengan drama 20 episod, ‘Anakku Sazali’ pada 4 November ini. Tak tahulah saya dah keluar ke belum masa itu, namun nasib baik produksi itu boleh tunggu. Walau bagaimanapun, saya harap boleh keluar secepat mungkin, sebab saya ini jenis yang tak boleh duduk lama di hospital, bosan sangat.


apa2 pun kita doakan moga Zamarul Hisham cepat sembuh..


P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

Tuesday, November 1, 2011

Siapakah Yang Layak Untuk Soffiya?

assalamualaikum u ol..




mesti ramai antara korang ni peminat drama bersiri Soffiya yang
menemui penonton setiap Isnin - Khamis pada jam 7 malam di TV3..
KIC memang meminati drama bersiri ni dari mula lagi di tayangkan..
tak lama lagi drama ni akan melabuhkan tirai..
macam mana lah ye penghujung cerita ni..
yang best nya kita di beri peluang untuk memilih siapakah yang layak untuk 
Soffiya lakonan Tiz Zaqyah..
adakah Kamal @ Azhar Sulaiman atau pun Ilyas @ Fizo Omar..?
penonton setia TV3 diberi pilihan untuk memilih lelaki mana yang layak untuk Soffiya..
yang bestnya undian korang tu akan jadi penentu pada kebahagiaan di akhir episod..
sekarang ni Soffiya dibelenggu sama ada untuk menerima Ilyas cinta pertamanya, 
atau Kamal, suami yang telah memberi kasih sayang tanpa tolok bandingan?
dua2 nya merebut cinta Soffiya..tapi siapakah yang layak..???
jom UNDI...=)

korang semua boleh membuat undian di http://apps.tv3.com.my/soffiya/
mudah je..KIC dah undi..
tapi undian KIC adalah rahsia..=)
huhuhu...
kalau korang suka Soffiya dengan suaminya, Kamal undilah Azhar Sulaiman..
kalau suka Soffiya bersama Ilyas, undilah Fizo Omar..
saingat sedang sengit sekarang ni..=)

tapi KIC macam lagi suka Soffiya dengan Kamal je...opppssss...huhuhu...=p
korang pula...???




P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

Khairul Fahmi Bersosial Bersama Dahlia Teck

assalamualaikum u ol..


semalam agak kecoh juga lah tentang isu 
Khairul Fahmi bersosial dengan Dahlia Teck di Changkat..
banyak laman blog dah cerita pasal ni..
cuma KIC tak sempat nak update semalam..
lepas putus tunang, macam2 gosip liar melanda penjaga gol popular ni ye..
terpampang gambar Khairul Fahmi bersama kekasih hatinya yang sangat seksi..
ramai lagi teman2 pasangan ni yang sama2 menikmati makanan Itali..
tapi yang tak sedap mata memandang, 
macam ada minuman keras yang terhidang bersama mereka..
KIC pun tak pasti..
so kita fikir secara positif lah ye..=)






P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

Fara Fauzana & Neelofa Pengacara Baru Nona

assalamualaikum u ol..




adakah pemilihan dua selebriti ni kerana rating penonton 
Nona telah jatuh tahun ni?
mesti ramai yang dah tau kan tentang pemilihan dua pengacara baru ni..
sapa yang tak kenal dengan Fara Fauzana yang sebelum ni 
telah berjaya mengendalikan melodi dengan berkesan..
Neelofa pula bakat baru yang makin menyerlah..
mungkin ini akan menaikkan lagi rating penonton Nona tahun depan..
kita tunggu dan lihat..
mungkin ada kelainan yang bakal di bawa oleh Fafau dan juga Neelofa ni..
sebelum ni pun Fafau sering mengendalikan program hiburan dan lebih santai..
mungkin ini cabaran dan pengalaman baru bagi fafau..





P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...