Sunday, April 22, 2012

Kenapa Nak Kahwin Awal?

Assalamualaikum...




dapat juga kesempatan untuk update blog..
kali ni aku bukan nak cerita pasal gosip2..
kan dah cakap nak bertukar corak.. huhu
lama dah tak menulis..so agak kekok juga lah..

isu yang aku nak cerita ni agak sensitif juga..
tapi harap2 ia memberi seribu kebaikan kepada semua..
bukan nak berlagak baik pun..
tapi hanya berkongsi apa yang baru aku dapat info..

pernah juga aku mendengar orang mengatakan bahawa 
kahwin awal ni nak menggatal je..
ada juga orang tua2 cakap takut tak bersedia fizikal dan mental..
ada juga mulut2 orang yang cakap kahwin awal ni menyusahkan..
ehhhh....ye ke?
tapi bagi aku tak..
umur bukan penghalangnya..
kalau dah bersedia, lebih baik disegerakan sunnah Rasulullah ni..
benda baik kan..
kadang2 aku pun terfikir juga, bila tiba giliran aku pula ye?
InsyaAllah... Allah lebih mengetahuinya..
hari bahagia aku akan tiba jua nanti.. =)

bagi yang akan mendirikan masjid, 
aku ucapkan semoga berjaya melayari bahtera rumah tangga..
tahniah..... =)

ni nak kongsi sikit kata2 yang baru aku baca tadi.. =)

 " ada ibu bapa pernah mengadu, susah hati sebab anak mereka nak kahwin awal.. jawab IbnuRijal, sepatutnya pakcik n makcik susah hati kalau anak pakcik makcik tak nak kahwin..

-ada pula yang mengadu, tunggulah habis belajar dahulu... jawab IbnuRijal, sampai bila nak habis belajar? proses menuntut ilmu takkan habis sampailah ke liang lahad., habis tu, takkan lepas masuk liang lahad baru nak nikah?

-ada pula yang mengadu, nanti kalau dapat baby, susah.. jawab IbnuRijal.. habis tu kalau dapat baby luar nikah senang ke? lagipun, adakah nikah itu satu jaminan confirm dapat baby? itu semua kerja ALLAH.. lagipun pasangan2 muda ini sudah tentu ada perancangan mereka.. kita yakin, tujuan pernikahan muda adalah untuk menghalalkan urusan keluar belajar bersama2.. membeli belah, bepegangan tangan ke shopping complex, seperti remaja lain juga.. itu saja.. namun, kalaulah dapat baby pun, itu tidak salah, ia halal lagi suci.." 


Saturday, April 21, 2012

Adakah Blog Aku Harus Bertukar Corak???

Assalamualaikum..




setelah berbulan2 blog ku terabai, bersawang, berkulat dan sebagainya,
akhirnya hari ni pintu hati aku terbuka untuk menulis sesuatu kat sini..
tapi tibe2 rasa macam lain macam je..
sebab sebelum ni catatan aku kat sini berunsurkan hiburan semata2..
so mula lah terfikir untuk mengubah segalanya..
tapi ok ke?ade ke yang akan terima perubahan ni..
mungkin perubahan ini lebih kepada berunsur positif..

hati ni dah tak berminat pula untuk menjadikan isu2 hiburan ni
sebagai corak utama blog aku..
mungkin dengan bercuti lama dari berblog ni aku rasa 
macam nak bertukar angin..
tapi ada ke yang nak buka blog aku lepas ni..
mungkin ramai yang dah lupa dengan kewujudan blog ni..
tapi aku tak kisah pun..
dulu memang aku ni hantu blog..
tapi kali ni dengan kesibukan yang melanda aku rasa 
lebih baik aku fokus pada apa yang lebih penting..
tapi aku akan cuba untuk update blog ni 
dengan info yang lebih baik dan untuk kebaikan semua pembaca..
bukan sekadar keseronokan semata2..
bersepah dah blog2 hiburan kat malaysia..
memang tak dinafikan trafik blog aku mencacak2 tingginya..
tapi rasa macam tak berbaloi aku cerita pasal gosip2 ni..

tibe2 fikiran aku melayang dan teringat kata2 kawan aku..
" rugi lah blog ko terabai macam ni..padahal followers dah ramai, 
bukan senang nak ada followers yang ramai macam ni dalam masa yang tak panjang..
yang view blog ko pun dah lebih setengah juta.. "
so dengan hati yang berbelah bagi..
aku nak kembali berblog semula..mungkin coraknya yang akan bertukar..
so pada yang sudi mengikuti nya..diucapkan ribuan terima kasih.. =)



Thursday, March 1, 2012

Gambar | Puteri Sulung Mawi & Ekin - Cahaya Malaika

assalamualaikum u ol..


mesti ramai yang dah tahu tentang kelahiran puteri sulung Mawi & Ekin..
kali ni Mawi bersedia untuk mendedahkan gambar anak sulung mereka
yang dilahirkan pada 28 Februari lalu iaitu hari selasa..
Ekin selamat melahirkan bayi yang comel ni pada jam 4 pagi di 
Hospital An-Nur, Bangi..
Mawi dan Ekin bersetuju untuk menamakan bayi mereka
Cahaya Malaika yang membawa maksud cahaya permaisuriku..
memang sangat comel anak pasangan ni..
Tahniah KIC ucapkan kepada Mawi & Ekin..
moga dapat mendidik anak mereka dengan sebaik mungkin..=)
ini lah dia anak Mawi & Ekin..






P/s: Share lah entri ni dengan kawan2 korang pulak. Hanya klik button kat bawah ni..Sharing is caring..TQ


Wednesday, February 29, 2012

Liyana Jasmay Bakal Tunang Bulan Depan

assalamualaikum u ol..




Mungkin ramai yang terkejut tentang berita 
pertunangan penyanyi & pelakon Liyana Jasmay pelakon Khurafat, Senjakala..
KIC pun baru dapat berita ni..
mengikut sumber yang KIC peroleh..
Liyana bakal bertunang bulan depan dengan jejaka pilihannya 
Fathuddin Mazlan seorang ahli perniagaan..
tarikh majlis pertunangan ni masih belum dapat KIC pastikan..
apa2 pun tahniah KIC ucapkan kepada Liyana Jasmay..

sebelum ni Liyana pernah digosipkan dengan pengarah dan pelakon Syamsul Yusuf
dan juga dengan penyanyi Aizat..
tapi ternyata semua itu benar2 gosip belaka..
sekarang kita dah tahu siapa yang bertakhta di hati Liyana..
Liyana telah pun memilih Fathuddin sebagai temannya..
sebagai peminat kita doakan yang terbaik untuk pasangan ni..


P/s: Share lah entri ni dengan kawan2 korang pulak. Hanya klik button kat bawah ni..Sharing is caring..TQ


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...