Thursday, February 17, 2011

~ Halal & Haram...~


salam u ol...

untuk pengetahuan anda semua...=)

Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) McDonald

2) A&W

3) Secret Recipe

Restoran / syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM

kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

1) Victoria Station

2) Kam Lun Tai

3) Lotus Family Restoran

Restoran / syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) San Francisco Steakhouse

2) Chicken Rice shop

3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

4) KG Pastry

5) Norainis Cookies

6) dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM.

Kam Lun Tai kuih bulan daripada syarikat ini telah ditarikbalik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

Farmbest : Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

Supplement : Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal.

Bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.

Cafe : Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM tetapi Starbuck tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM maka tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan.

Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.

Gerai-Gerai makan Semua Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM.

Confectionery Bakers Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ).

La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.

Kings Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Giant dan Tesco - Status makanan yang disediakan ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.

Sosej ayam - Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

* korang dah tau kan..korang fikir la sendiri ye...

~ Menangis la puas2...~

salam u ol..

balik kelas ni tiba2 rasa macam nak nangis la..
emmmmmm....
ni apa kes pula ni nak nangis2..
banyak sangat ke air mata tu yang nak dibazirkan..?
huhuhu..
apa2 pun kalau kita sedih atau pun tension..
ubatnya adalah menangis..
menangis la puas2 ye..
jangan tahan2..
tapi betul ke?
boleh ke hilang kesedihan tu kalau kita menangis??
haaa....nak tau kena la try ye..


tapi macam tak sesuai je untuk kaum adam ni..
huhu..tapi tak apa..
boleh je korang nak try dalam toilet ke?nangis puas2 sambil mandi..
sure orang tak perasannya..huhu...=)
lelaki pun tak salah kalau nak menangis..
korang pun manusia juga..
ada hati dan perasaan..


jangan tahan air mata tu kalau kite betul2 dalam kesedihan..
lagi2 kalau kecewa..hati tengah bengkak time tu kan..
apa lagi nangis la puas2..nak buat apa lagi kan..
tak ada sapa nak larang kita dari menangis..
jangan kecewa terus buat benda bukan2 dah..
yang tu memang saya larang sekeras2nya...


apa2 pun menangis adalah antara ubat yang mujarab
untuk kite lepaskan apa yang tersimpul di hati kita tu..
apa2 pun setiap kesedihan pasti akan ada kegembiraan nya nanti..=)



Wednesday, February 16, 2011

~ Yang Terpuji.. ~

salam u ol...

malam tadi tengok cerita tv3..
drama sempena Maulidur Rasul..
drama bertajuk "Yang Terpuji"
memang best drama ni..
memang agak kelakar..tapi ada diselitkan dengan nilai2 yang baik..
sambil tengok dapat juga pengajarannya..


dari drama tu dapat la tahu tentang sesuatu yang selama ini ambil mudah..
berkenaan dengan nama kita..
kalau ada anak nanti biar la anak kita ada namanya ada makna dalam islam..
penting sangat tu..
sebab di Akhirat nanti kita akan dipanggil dengan nama islam..
dalam drama ni ada 1 watak yang bernama Ahmad Muhammad..
tapi dipanggil dengan nama Mamat..
dekat situ la jadi isu pada seorang ustaz ni..
sebab nama Muhammad tu maknanya dah cukup baik iaitu"yang terpuji"..
kalau dipanggil mamat maknanya dalam arab adalah "mati"..
begitu juga dengan watak Amir yang dipanggil Memey..
Amir tu maksudnya pula ketua, pemerintah dan juga pemimpin..
kalau kita tidak tahu memang kita akan ambil mudah je..


lagi satu, panggil la nama kawan2 kita atau sapa2 je dengan nama penuh..
sebab makna nama kita tu dah ada..
sangat indah sebenarnya..
contohnya Mariam, jangan panggil Merry..
haaa...lain maknanya tu..
so seelok2nya panggil la nama yang baik..


tak kira la kawan2 ke..family ke..adik beradik ke..
so lepas ni saya nak panggil nama diaorang dengan nama penuh la..
contohnya Shakireen, tak boleh panggil Erin lagi dah..
lagi sorang tu Siti Syuhadath..tak boleh panggil Ada je..
Nor Hidayah, tak boleh panggil Ida lagi..
Husnah tak boleh panggil Una..kena panggil Husnah..
yang lain2 pun sama juga..
jangan terkejut kalau nama penuh korang tibe2 dipanggil..huhu...


sedap2 nama kawan saya ni..penuh dengan makna yang baik..
tapi selalu panggil singkatan je..nak senang..
so lepas ni nak panggil dengan nama penuh pula..=)


~ kalkulator paling mahal yang pernah saya beli..~

salam u ol...


saja je nak cerita pasal kalkulator baru ni..
sebab kalkulator ni menarik dan yang penting agak mahal la..=)
nak tak nak kena la beli juga sebab nak guna untuk subjek finance nanti..
mahal pun tak pe la..kiranya macam aset juga la ni..huhu..
dulu pernah beli kalkulator harga yang bawah RM50 je..
biasa la kalkulator saintifik jenama casio tu..
sekarang ni beli jenama lain pula..
dan lebih advance lagi la kan..




kalkulator hp 10bii - financial calculator ...


haaa..ni la dia kalkulator yang saya cakap tu..
RM125..dapat murah kot..huhu..
cover nya pun tak tanggal lagi..macam sayang je nak buka..
tunggu nak guna nanti baru la buka..
belum pandai guna pun lagi..
huhuhu...=)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...