Thursday, February 17, 2011

~ Halal & Haram...~


salam u ol...

untuk pengetahuan anda semua...=)

Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) McDonald

2) A&W

3) Secret Recipe

Restoran / syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM

kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

1) Victoria Station

2) Kam Lun Tai

3) Lotus Family Restoran

Restoran / syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) San Francisco Steakhouse

2) Chicken Rice shop

3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

4) KG Pastry

5) Norainis Cookies

6) dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM.

Kam Lun Tai kuih bulan daripada syarikat ini telah ditarikbalik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

Farmbest : Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

Supplement : Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal.

Bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.

Cafe : Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM tetapi Starbuck tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM maka tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan.

Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.

Gerai-Gerai makan Semua Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM.

Confectionery Bakers Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ).

La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.

Kings Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Giant dan Tesco - Status makanan yang disediakan ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.

Sosej ayam - Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

* korang dah tau kan..korang fikir la sendiri ye...

2 comments:

Lieyda Sabri said...

ala nk share tapi tak dapat lak :(

Kechik Itu Comel said...

Lieyda:

knp plk x blh share..?
share je la..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...