Tuesday, August 2, 2011

Kerana FACEBOOK, Lelaki MATI Dibelasah

assalamualaikum u ol..


masuk hari kedua puasa..harap semangat berpuasa 
dan beribadah berterusan..
pagi ni KIC baca akhbar..
tertarik dengan berita ni..
seorang lelaki maut kerana mengutuk di Facebook..
hanya kerana laman sosial seorang lelaki telah di belasah hingga maut..
ini lah dia gara2 penangan laman sosial di negara kita 
yang boleh mengundang apa jua keadaan..
jom kita baca berita ini selanjutnya..




KULIM: Akibat mengutuk hal peribadi keluarga kenalan wanitanya melalui laman sosial Facebook, seorang lelaki dibelasah hingga mati menggunakan topi keledar oleh dua lelaki yang dipercayai abang wanita itu.

Mangsa, Mohd Amran Romli, 20, dimasukkan ke Hospital Kulim selepas kejadian jam 8 malam, Jumaat lalu, di Taman Tiram, Lunas dekat sini, dan disahkan mati akibat pendarahan dalaman kepala, kelmarin.

Mohd Amran dikatakan diserang dua lelaki iaitu abang kepada kenalan wanitanya, masing-masing berusia 25 dan 26 tahun di belakang sebuah pasar raya di taman itu. 

Mangsa mengenali wanita itu melalui Facebook, tetapi selepas berhubung melalui laman berkenaan beberapa lama, hubungan mereka mula menghadapi masalah. 

Sejak itu mangsa dikatakan sering mengganggu kenalan wanitanya melalui Facebook, selain turut mengutuk hal peribadi keluarganya. Wanita itu kemudian mengadu perbuatan mangsa kepada dua abangnya. 

Sebaik mengetahui hal itu, abang wanita terbabit merancang satu perjumpaan dengan mangsa di belakang sebuah pasar raya untuk menyelesaikan masalah itu. Bagaimanapun, berlaku pertengkaran dan mangsa dihentak dengan topi keledar sebelum pengsan. 

Mangsa tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia petang kelmarin akibat perdarahan di kepala. 


ini adalah salah satu keburukan dan padah yang datang bila 
salah guna kemudahan Facebook..
kutuk-mengutuk kat Facebook dah jadi trend..
melepas kan kemarahan, kebencian, menggunakan kata2 yang tak sepatutnya..
kes ini sedikit sebanyak boleh bagi pengajaran kepada kita..
ingat lah..tiap2 kata kita di Facebook tu belum tentu disenangi oleh semua orang kan..

apa2 pun KIC ucapkan takziah kepada keluarga mangsa..
AL-FATIHAH...


hadiah menarik menanti korang..


sumber: Berita Harian

p/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'share' atau 'like' di Facebook..hanya klik button kat bawah ni..=) tq..

Monday, August 1, 2011

Tunang KHAIRUL FAHMI Bagi Penjelasan

assalamualaikum u ol..


memang tengah hangat kisah putus tunang antara penjaga gol negara,
Khairul Fahmi dan tunang nya, Elia
yang juga seorang blogger..
kisah putus tunang ni telah mengejutkan banyak pihak..
terutama sekali tunang Khairul Fahmi sendiri..
ini berikutan tindakan memutuskan pertunangan itu di buat oleh 
Khairul Fahmi tanpa pengetahuan dan 
perbincangan dengan ahli keluarga tunangnya  mahupun bekas tunangnya itu..
ini kira keputusan nekad lah ni ye..
secara drastik sekali..
sampai Elia pun terkejut dengan berita ni..
tapi lain pula yang dikatakan oleh Elia ni..
jom kita ikuti penjelasan Elia, tunang Khairul Fahmi berhubung isu 
putus tunang pasangan hangat ini..



kenangan mereka semasa majlis pertunangan pada 17 Mei 2010


Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam). Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut.

Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya.

Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya.

Ini juga kerana kewujudan orang ketiga dalam perhubungannya dengan Khairul Fahmi sudah diketahui sejak awal Julai lalu melalui pelbagai petunjuk, malah selepas diselidiki saya percaya Khairul Fahmi ada hubungan dengan wanita lain sebelum kami bertunang lagi.

Saya menelefonnya untuk mendapatkan kepastian dan memintanya berterus terang, namun dia enggan berbuat demikian. Dia cuma beritahu ada masalah dan akan bincang dengan keluarganya.

Saya tidak henti-henti berdoa supaya Allah berikan petunjuk bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kami. Tak sangka, tak lama selepas itu ada seorang wanita datang berjumpa saya dan mengaku ada hubungan istimewa dengan Khairul Fahmi.

Mungkin tindakan itu salah saya, tapi selepas itu saya mendiamkan diri dan tidak keluarkan sebarang kenyataan lagi sebab ingin memberi masa kepadanya memulihkan keadaan. Tidak sangka pula dia sudah buat keputusan dan menghebahkan di akhbar tanpa berbincang terlebih dulu dengan saya.

Tindakan dia memutuskan pertunangan memang dikesalinya kerana saya sudah menyiapkan sedikit sebanyak persiapan untuk perkahwinan kami yang sepatutnya berlangsung pada hujung Oktober ini.


Gambar Dahlia Teck yang dikatakan orang ketiga dalam hubungan mereka..
korang nak tengok gambar dia klik atas tu ye..




ini lah kenyataan yang dikeluarkan oleh Elia semasa 
permulaan hubungan mereka berantakan..


nampak memang ada sedikit kekeliruan..
tapi sepatutnya pihak Khairul Fahmi kena lah berbincang elok2 dengan keluarga tunangnya..
kalau ye pun nak putuskan pertunangan, kena lah ikut adat..
kalau dulu masa nak tunang tu bagai nak rak dan juga 
dengan cara yang baik, ikut adat..
tak salah kalau nak buat keputusan macan ni pun ikut lah adat..
bukan terus bagi tau pada media je..



hadiah menarik menanti anda..


p/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'share' atau 'like' di Facebook..hanya klik button kat bawah ni..=) tq..

Umpan Di Makan Ikan Keli Albino Terbesar

assalamualaikum u ol...

best nya tiap kali pergi memancing..
ada ikan yang tertarik dengan umpan kita..
yang lagi menarik bila dapat pancing ikan paling besar..
memecah kan rekod baru pula tu..
bukan calang2 orang yang boleh dapat peluang macam tu kan..



ini lah dia ikan keli albino terbesar yang di tangkap oleh Chris..


tapi kali ni seorang rakyat Britain, Chris Grimmer 
telah berjaya mencipta rekot baru bila 
umpan nya telah berjaya memikat ikan keli albino 
seberat 88 kilogram dan sepanjang 2.44 meter..
memang besar pun..
dia mengambil masa 30 minit untuk menaikkan ikan gergasi ni..
sampai bengkok dua batang pancing Chris ni..


hadiah menarik menanti anda..


p/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'share' atau 'like' di Facebook..hanya klik button kat bawah ni..=) tq..

Hari Pertama Bulan Ramadhan..

assalamualaikum u ol..





selamat berpuasa kepada yang beragama islam..
macam mana puasa korang hari pertama ni..?
mesti ok kan..
korang bangun sahur tak tadi..?
ke jam loceng berbunyi korang baling je..tak bangun sahur pun..huhuhu..
"ala..niat cukup lah.." huhu..kata2 orang yang malas bangun sahur..
kan elok kalau bersahur..
sunat tu..bangun sahur..cuma jamah kurma sebiji dan air kosong..
itu pun dah dapat pahala..
untung kan bangun sahur ni..
so korang rajin2 lah bangun sahur ye..
hari ni baru hari pertama puasa..
memang semangat kan..
tapi jangan semangat tu hilang pada hari2 berikutnya pula..

sepanjang bulan puasa tahun ni KIC akan menjalankan ibadat puasa di rumah..
sebab cuti sem KIC 4 bulan..
lepas raya baru masuk sem baru..
seronoknya..dah tentu sahur dan berbuka dengan juadah yang sedap2..
pagi tadi bangun, macam biasa ada yang kejutkan..huhu
bersahur Nasi Goreng dan juga Sambal Telur..
bersahur beramai2 dengan keluarga seramai 9 orang..
ramai kan..?
memang seronok makan sahur ramai2 ni..
kalau kat kolej tu dah tentu sahur sorang2 je kalau kawan bilik malas bangun sahur..
memang seronok berpuasa di kampung ni..

apa2 pun moga semangat kita berpuasa dan menjalankan ibadat2 yang lain
berterusan sampai hari terakhir Ramadhan..
moga Ramadhan kali ni membawa keberkatan dalam hidup kita semua..
InsyaAllah....=)


hadiah menarik tau..


p/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'share' atau 'like' di Facebook..hanya klik button kat bawah ni..=) tq..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...