Sunday, July 31, 2011

Penjaga Gol Negara, KHAIRUL FAHMI Putus Tunang?

assalamualaikum u ol..




KIC tak terkejut sangat dengan berita ni..
sebab sebelum ni memang dah kecoh hubungan 
Khairul Fahmi 22 tahun dan tunangnya berantakan..
sebelum ni ada yang cakap yang hubungan mereka ni dah baik semula 
selepas apa yang dah berlaku..
tapi tup2..pagi ni KIC baca berita yang 
Khairul Fahmi memutuskan pertunangan mereka...
tunangnya juga blogger yang agak femes..
dikenali sebagai Jejariruncing..
banyak laman2 sosial yang dah cerita tentang hubungan pasangan ni..
tapi akhirnya putus di tengah jalan juga..
ada yang cakap puncanya adalah orang ketiga..
tapi Khairul Fahmi menegaskan sekeras2 nya..
jom kita baca apa kata2 Khairul Fahmi Che Mat ni..



saat2 manis pertunangan Khairul Fahmi Che Mat dan tunang nya..


Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.

Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.

Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.

Selain itu, timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.

Mungkin, kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.

Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.




kata2 Elia di Facebook yang ditujukan kepada tunangnya, Khairul Fahmi..




ini lah dia Dahlia Teck yang dikatakan orang ketiga dalam hubungan 
Kahirul Fahmi dan Tunangnya..




apa2 pun itu keputusan Khairul Fahmi..
kita hormat lah..
mungkin ada hikmah disebalik semua ni..
lagipun dia masih muda..
banyak lagi yang dia perlu kejar..
apa2 pun kita doakan lah yang terbaik untuk penjaga gol kebangsaan ni..


sumber: Metro


hadiah menarik tau..


p/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'share' atau 'like' di Facebook..hanya klik button kat bawah ni..=) tq..

13 comments:

annenyss said...

T______________________________T

fara feroza said...

lahhhhhhhhhhh...... kalauye pun..tak perlu lah pos kat fb cam tu... elok2 boleh berbaik dah putus terusss....:(

kotak bulat said...

tak slhkan dia.. dia bru nk bina kerjaya..mungkin belum masa dia pikir perkhwinan.. :)
kalau ada jodoh, bersama jugak nnti

♥yaya budak suka embun♥ said...

macam2...

anismelon said...

kenape pai tulis kat wall..tak bik la gitu..semua org tau..len la kalo org org biase yg tulis cm nie..nie tunang org terkenal..hurmm..

ade hikmah kot disebalik kejadian..

asTaNa iMpiaN said...

mungkin ada hikmahnya...

http://audiidamerczzz.blogspot.com/
follow me ;)

Terbang Bersamaku said...

putus...? sygnye...

**YaNa YassiN** said...

dugaan bertunang,.. macam2 lah.

Hans said...

aku sokong Khairul Fahmi
:-)

iezan said...

hope KF byk2 sabar.. sudah ketentuan Ilahi... mungkin ada yg lebih baik mennti.. =)

alif haris said...

yg orag ketiga tu pn satu ..
mengong ..

berita sengsasi said...

Biar putus tunang jgn putus asa

❤❤sAkuRa❤❤ said...

KIC nk tumpang share entry awk kt blog kite bole yea.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...