Tuesday, August 2, 2011

Kerana FACEBOOK, Lelaki MATI Dibelasah

assalamualaikum u ol..


masuk hari kedua puasa..harap semangat berpuasa 
dan beribadah berterusan..
pagi ni KIC baca akhbar..
tertarik dengan berita ni..
seorang lelaki maut kerana mengutuk di Facebook..
hanya kerana laman sosial seorang lelaki telah di belasah hingga maut..
ini lah dia gara2 penangan laman sosial di negara kita 
yang boleh mengundang apa jua keadaan..
jom kita baca berita ini selanjutnya..




KULIM: Akibat mengutuk hal peribadi keluarga kenalan wanitanya melalui laman sosial Facebook, seorang lelaki dibelasah hingga mati menggunakan topi keledar oleh dua lelaki yang dipercayai abang wanita itu.

Mangsa, Mohd Amran Romli, 20, dimasukkan ke Hospital Kulim selepas kejadian jam 8 malam, Jumaat lalu, di Taman Tiram, Lunas dekat sini, dan disahkan mati akibat pendarahan dalaman kepala, kelmarin.

Mohd Amran dikatakan diserang dua lelaki iaitu abang kepada kenalan wanitanya, masing-masing berusia 25 dan 26 tahun di belakang sebuah pasar raya di taman itu. 

Mangsa mengenali wanita itu melalui Facebook, tetapi selepas berhubung melalui laman berkenaan beberapa lama, hubungan mereka mula menghadapi masalah. 

Sejak itu mangsa dikatakan sering mengganggu kenalan wanitanya melalui Facebook, selain turut mengutuk hal peribadi keluarganya. Wanita itu kemudian mengadu perbuatan mangsa kepada dua abangnya. 

Sebaik mengetahui hal itu, abang wanita terbabit merancang satu perjumpaan dengan mangsa di belakang sebuah pasar raya untuk menyelesaikan masalah itu. Bagaimanapun, berlaku pertengkaran dan mangsa dihentak dengan topi keledar sebelum pengsan. 

Mangsa tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia petang kelmarin akibat perdarahan di kepala. 


ini adalah salah satu keburukan dan padah yang datang bila 
salah guna kemudahan Facebook..
kutuk-mengutuk kat Facebook dah jadi trend..
melepas kan kemarahan, kebencian, menggunakan kata2 yang tak sepatutnya..
kes ini sedikit sebanyak boleh bagi pengajaran kepada kita..
ingat lah..tiap2 kata kita di Facebook tu belum tentu disenangi oleh semua orang kan..

apa2 pun KIC ucapkan takziah kepada keluarga mangsa..
AL-FATIHAH...


hadiah menarik menanti korang..


sumber: Berita Harian

p/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'share' atau 'like' di Facebook..hanya klik button kat bawah ni..=) tq..

12 comments:

merahitujambu said...

macam2 laa..semau gara2 fb...tu laa akibatnya x jaga mulut..salam ramadhan

alongxp said...

bile lelaki emo, jd la camtu... jd lagi teruk dr pompuan...hahaha

AdinLala said...

Kerana mulut badan binasa.

JOM terbang ke ENTRI TERBARU AdinLaLa !
1.Tebu Didahulukan, Durian Diketepikan
2.Fuuuuhhhh ! Sangat Hampir ! Nasib Baik Tak Batal !

cik najihah said...

adoi,...
macam2 skang

Hishyamuddin said...

mcm2 la skrng ni..

PORUMAN said...

padam muke die...sume blogger pun kena amik iktibar la..

Cahaya Fajar said...

facebook ni,kena guna baik2...kalu tak,cmni lah jadinya.*sigh*

selamat menymbut bulan ramdhan KIC..=)

asTaNa iMpiaN said...

audiidamerczzz.blogspot​.com

follow me ;)

ila said...

eishh macam2

sifu im said...

hahaha..macam2 la fb ni..

shaliza khairi said...

bahana sampai mcam tu sekali fb nih. ish3~

salam ramadhan KIC ^^

Azlan Hasan said...

Takziah kepada arwah..nie dapat dijadikan sebagai pengajaran..etika ketika menulis di alam maya perlu dititik beratkan..benda2 yang memalukan sesetengah pihak tak perlu kita tulis kerana kita tak tau ape akibatnya...

Regards,
-Strider-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...