Thursday, July 26, 2012

Wanita Yang Tidak Akan Bau Syurga

Assalamualaikum..

mungkin isu ni isu dah lama..
tapi aku tengok ramai je yang masih buat..
harap2 dengan tajuk entri aku kali ni ramai wanita yang akan amik ikhtibar..
termasuk juga diri aku..
bukan nak menakut2 kan..
tapi cuma nak mengingati..
kadang2 apa yang kita buat kita tak berapa sedar..
dah buat baru rasa menyesal..

siapa wanita yang tidak akan bau syurga ni ye..
tapi aku pernah terbaca didalam kisah Rasulullah,
yang kat dalam neraka tu lebih ramai kaum Hawa dari kaum Adam..
kenapa ye..?
ni antara nye je ye..salah satu..

Wanita Bertudung Dengan Sanggul 'Bonggol Unta' Tidak Akan Mencium Bau Syurga...





"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti 

seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan 

wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang

 yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. 

Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi 

seperti bonggol unta yang sangat lemah. 

Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan 

sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)..


ini lah dia hadis dari Rasulullah berkenaan dengan wanita yang bersanggul tinggi,
ataupun lebih dikenali dengan sanggul 'Bonggol Unta'..
so lebih baik kita elakkan ye..
untuk renungan bersama.. =)


Wednesday, July 25, 2012

Kuih Apa Yang Best Bulan Puasa ni..?

Assalamualaikum..


Kalau bulan puasa ni mesti korang terbayang2 kuih yang best2 kan..
sama lah macam aku..
tapi aku ni tau makan je..tapi nama kadang2 tak tau pun..huhu..
ye lah kan..nama kuih pun pelik2, macam mana nak ingat..
tadi masa dekat ofis, ada masa terluang tu 
borak2 lah pasal kuih2 yang best time bulan puaa ni..
so banyak lah nama2 kuih yang aku sendiri pun tak pernah dengar..
apa lagi, gunakan lah google image sepenuhnya kalau 
ada nama kuih yang pelik2 tu..

nama pun bulan puaa kan..
tengok gambar pun dah terliur..
belum ada depan mata lagi..
so mula lah berangan2 nak berbuka puasa dengan kuih muih yang pelik2 ni..
ni asyik sama je..bosan lah pula kan..
so kalau ade kelainan tu berelera lah sikit kan..=)

jom main teka2..
kuih tradisional yang best..=)
antara nama2 kuih yang kami bincangkan tu adalah seperti berikut :
(huhuhuhu...... =p macam soalan peperiksaan lah pula..)
tapi aku percaya, kuih2 ni ada macam2 nama..
kadang2 aku sebut lain, korang pulak sebut lain..
yang penting 1 rasa dan 1 bentuk kan..
huhuhu...=p



Kuih Cara Berlauk



Kuih Badak Berendam



Kuih Tepung Pelita



Kuih Peria



Kuih Akok



Kuih Kaswi



Kuih Lopis



Kuih Cek Mek Molek



Kuih Nekbat



Kuih Telinga Lembik



Kuih Abuk-Abuk



Kuih Beronok



Kuih Ketayap

Rokok Di Bulan Puasa

Assalamualaikum..


entri ini adalah entri umum ye..
tak ada kaitan pada sesiapa pun..
tapi tertarik dengan iu ni sejak 
ada fatwa mengeluarkan yang rokok itu HARAM..
tapi pada penghisap rokok tegar ni agak susah untuk tinggal kan
tabiat merokok ni..
walaupun pada bulan puasa..
lepas berbuka puasa je terus cari rokok..
tak boleh nak tinggal..

jadi aku boleh juga lah simpulkan rokok dan bulan puasa ni 
masih belum boleh dipisahkan..
mungkin ada yang boleh tinggalkan tabiat merokok ni 
secara beransur-ansur..
tapi ada juga yang makin ketagih..

aku bukan nak memaksa..tapi kadang2 perkara yang baik tu
kena di paksa baru menjadi..
so paksa lah diri anda untuk berhenti merokok..
ambil kesempatan di bulan yang mulia ini untuk hindarkan ROKOK..
lagi2 bila ada fatwa mengeluarkan kenyataan ROKOK itu HARAM..
so..tepuk dada tanya hati korang..
aku hanya mampu menulis..
mungkin senang untuk berkata2..tapi yang nak buat tu susah..betul tak..?
tapi belum cuba belum tau kan..
hidup tanpa rokok...!!!
anda mampu melakukannye..cewahhhhhh...!huhuhu...=p



takut tak tengok gambar ni...huhu
meti tak takut kan..
gambar2 seram kat kotak rokok pun korang buat2 tutup mata je..huhuhu...=p



Tuesday, July 24, 2012

Perkahwinan Muda - Syafiq (16 tahun) & Yana (14 tahun)

Assalamualaikum...




lamanya tak update blog..
tiba2 mood berblog datang pula malam2 ni..
so post lah apa yang patut..
kebetulan sekarang ni tengah hot cerita tentang majlis perkahwinan 
muda pasangan Syafiq dan Yana yang masing2 berumur 16 tahun & 14 tahun..
memang kalau dengar macam tak percaya je kan..
sebab muda sangat..
tapi itu lah yang telah pun tersebar luas di internet dan video 
persandingan pasangan ni telah tersebar luas di laman youtube..
lebih 200 ribu yang melihat video ni..

pasangan muda ni telah mengadakan majlis persandingan awal bulan lalu,
8 Julai dengan penuh meriah sekali..
macam2 komen yang ada kat laman youtube ni..
ade yang positif dan juga negatif..
mungkin sebab masing2 masih bersekolah kot..
terlalu muda..
tapi disebalik nya ade juga kebaikannya..
yang penting pandai jalankan tanggungjawab masing2..
bagi aku tak salah pun kalau nak kahwin muda ni..
apa2 pun tahniah di ucapkan kepada pasangan ni..
tak semestinya kahwin muda tak boleh jalankan tanggungjawab sebagai suami isteri kan..
moga bahagia selamanya... =)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...