Thursday, June 16, 2011

Sharifah Sofea dan anaknya yang comel (gambar)

assalamualaikum u ol..


kali ni entry KIC pendek je..
sebab nak tunjuk kat korang anak pelakon Sharifah  Sofea yang comel sangat tu..
geram KIC tengok..=)








ni la antara gambar terbaru Sharifah Sofea dengan anak nya, 
Ariana, 2 bulan..
comel kan..?
tengok lah sapa ibu dan ayah dia..hensom dan cantik tu..
huhu...

 kredit gambar : Google..

Wednesday, June 15, 2011

Lagi aksi TAK SENONOH..

assalamualaikum u ol..


aksi tak senonoh apa pula ni ye..?
haaa..bagi KIC memang tak senonoh pun..
sakit mata memandangnya..
tapi aksi macam ni orang dah tak segan silu pun nak buat kat tempat awam..
sakit hati pun ye juga ni.


TAK SENONOH...aksi dua pasangan di Taman Tasik Shah Alam.


ha..apa komen korang?
gambar ni di rakam di Taman Tasik Shah Alam..
korang pun mesti tak terkejut kan dengan aksi macam ni..
sebab dah biasa kot..
kenapa lah ye jadi macam ni..
dah tak tahu malu agaknya..
tempat awam pula tu..
grrrrrrrr.......


kredit : Metro

Tony Blair baca Al-Quran..

assalamualaikum u ol..

KIC macam tak percaya je tentang berita ni..
tapi ini lah kenyataannya..
mesti ramai yang tak tahu dan terkejut bila baca tentang berita ni..
itu lah dia tingginya darjat Al-Quran..




LONDON - Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang merupakan seorang penganut ajaran Katholik, mengaku membaca kitab suci umat Islam, al- Quran (yang diterjemahkan) pada setiap hari, lapor sebuah akhbar semalam.
Pemimpin berusia 58 tahun itu berkata, beliau membaca Al-Quran untuk memastikan bahawa beliau lebih memahami tentang ajaran Islam.
Dalam satu wawancara dengan majalah Observer yang disiarkan pada Sabtu lepas, Blair berkata: "Saya percaya adalah penting untuk kita celik agama dalam dunia global masa kini."
"Saya membaca al-Quran setiap hari. Antara tujuannya adalah untuk memahami beberapa perkara yang berlaku di dunia ini, tetapi lebih penting, ia (al-Quran) banyak memberikan maklumat berguna," ujarnya.
Menurut Blair, beliau percaya kefahaman mengenai Islam dapat membantu dalam peranannya sebagai Utusan Rasmi Asia Barat untuk Kuartet Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia.
Blair sebelum ini memuji agama Islam sebagai indah dan menyatakan Nabi Muhammad SAW penggerak yang kuat dalam membentuk masyarakat bertamadun.
Adik ipar pemimpin tersebut, Lauren Booth memeluk agama Islam pada Oktober tahun lalu.


harap2 terbuka lah hatinya untuk memeluk islam..
sebab bekas Perdana Menteri ni dah selalu baca pun terjemahan Al-Quran..
tiap hari tu dia baca Al-Quran..
tujuan dia buat macam tu hanya dia dan Allah je yang tau..
moga ia adalah ke arah kebaikan..=)
kadang2 kita sebagai orang islam pun tak menghayati Al-Quran..
terasa rugi kan..
orang bukan islam pun cuba untuk memahami Al-quran tu sendiri..
so, mungkin dengan berita ni kita juga kan dapat mendalami ilmu Allah..
InsyaAllah...=)




adik ipar Tony Blair, Lauren Booth..

sumber: Kosmo


Tuesday, June 14, 2011

KL GANGSTER mengutip 6.4 juta dalam masa 4 hari tayangan..

assalamualaikum u ol..



ada sapa2 yang dah tengok filem hebat ni ke?
KIC bukan nak buat review filem tau..
cuma nak kongsi apa yang KIC tau tentang berita ni..
wahhh..tersenyum lebar lah pengarah Syamsul Yusof ni ye..
filem dia berjaya mengutip kutipan yang sangat tinggi..
kalau tengok pada angka tu memang sah lah cerita ni diterima ramai..
6.2 juta dalam masa 4 hari dan 1.5 juta pada hari pertama tayangan..
memang 1 kutipan yang amat tinggi untuk filem tempatan kita ni..

filem KL Gangster ni berjaya mengalahkan filem Hollywood yang menjadi saingan..
nampaknya filem tempatan kita ni dah bertakhta di hati peminat2 filem..
mungin ramai penonton di Malaysia ni memang minat filem aksi..
boleh dibanggakan juga lah jika kita melihat pada angka kutipan tu..
apa2 pun KIC belum tengok lagi filem ni..huhuhu
bila dengar berita ni rasa macam berkobar2 je nak tengok filem hebat arahan 
pengarah muda, Syamsul Yusof..






apa lagi..jom lah serbu pawagam berdekatan korang tengok filem KL Gangster ni..huhuhu..=p



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...