Wednesday, June 15, 2011

Tony Blair baca Al-Quran..

assalamualaikum u ol..

KIC macam tak percaya je tentang berita ni..
tapi ini lah kenyataannya..
mesti ramai yang tak tahu dan terkejut bila baca tentang berita ni..
itu lah dia tingginya darjat Al-Quran..




LONDON - Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang merupakan seorang penganut ajaran Katholik, mengaku membaca kitab suci umat Islam, al- Quran (yang diterjemahkan) pada setiap hari, lapor sebuah akhbar semalam.
Pemimpin berusia 58 tahun itu berkata, beliau membaca Al-Quran untuk memastikan bahawa beliau lebih memahami tentang ajaran Islam.
Dalam satu wawancara dengan majalah Observer yang disiarkan pada Sabtu lepas, Blair berkata: "Saya percaya adalah penting untuk kita celik agama dalam dunia global masa kini."
"Saya membaca al-Quran setiap hari. Antara tujuannya adalah untuk memahami beberapa perkara yang berlaku di dunia ini, tetapi lebih penting, ia (al-Quran) banyak memberikan maklumat berguna," ujarnya.
Menurut Blair, beliau percaya kefahaman mengenai Islam dapat membantu dalam peranannya sebagai Utusan Rasmi Asia Barat untuk Kuartet Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia.
Blair sebelum ini memuji agama Islam sebagai indah dan menyatakan Nabi Muhammad SAW penggerak yang kuat dalam membentuk masyarakat bertamadun.
Adik ipar pemimpin tersebut, Lauren Booth memeluk agama Islam pada Oktober tahun lalu.


harap2 terbuka lah hatinya untuk memeluk islam..
sebab bekas Perdana Menteri ni dah selalu baca pun terjemahan Al-Quran..
tiap hari tu dia baca Al-Quran..
tujuan dia buat macam tu hanya dia dan Allah je yang tau..
moga ia adalah ke arah kebaikan..=)
kadang2 kita sebagai orang islam pun tak menghayati Al-Quran..
terasa rugi kan..
orang bukan islam pun cuba untuk memahami Al-quran tu sendiri..
so, mungkin dengan berita ni kita juga kan dapat mendalami ilmu Allah..
InsyaAllah...=)




adik ipar Tony Blair, Lauren Booth..

sumber: Kosmo


7 comments:

Cik Jannah said...

hmm.. kita doakan dia..:)

Amira Chan said...

wow! menarik!

miss osixnine said...

harap2 terbuka lah ati die peluk islam

Jiji-Fify said...

semoga dia dapat mempengaruhi org2 kristian yg lain.. :)

Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih

eddy syrol said...

takde yg pelik...sbb Al-quran mmg boleh di baca oleh sesiapa sahaja.. namun pahal besar utk kita umat Islam kalau membacanya..

jom terjah

kaunselor bidang terjun

nasi goreng ikan bilis


cerita khatib khutbah jumaat

.m y z. said...

betul2. kdg2 malu dgn orang bukan islam. kita yang islam ni pun jarang nak mendalami ilmu Al-Quran.

Rozuan Ismail said...

erk.malulah dengan kita kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...