Thursday, April 26, 2012

Hindar Dari Tidur Meniarap

Assalamualaikum..




orang cakap cara tidur pun boleh mengambarkan seseorang..
macam2 gaya.. nama pun tidur kan..
dah tentulah kita tak sedar dan tak tahu cara kita tidur..
tapi aku baru terbaca yang tak elok tidur meniarap ni..
tapi ramai yang buat..
mungkin ramai juga yang tak tahu kot..
tapi aku memang tak boleh tidur meniarap,
sebab rasa sesak je dada tu..rasa macam tertutup..
tapi kalau baby aku rasa tak apa..
yang dewasa je ni..

tapi bab larangan tidur meniarap ni bukan aku yang suka2 cakap..
tapi memang Rasullulah pernah mengatakan 
yang dia membenci dengan cara tidur meniarap..

Dari Abu Dzar ra., beliau mengatakan, “Suatu hari Nabi s.a.w. sedang berjalan melewatiku... ketika itu aku tidur secara meniarap... Maka baginda membangunkan aku menggunakan kakinya, dan berkata, “Hai Junaidib (panggilan Abu Dzar), sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka.” (HR. Ibnu Majah)....

Dari Abu Hurairah r.a., beliau berkata; Rasulullah s.a.w. pernah melihat ada seseorang yang berbaring di atas perutnya (meniarap), maka baginda berkata, “Sesungguhnya cara berbaring seperti ini dibenci oleh Allah.” (HR. Tirmidzi)

dari sini kita dapat menyimpulkan yang cara tidur maniarap ini
adalah cara berbaring penghuni neraka dan di benci oleh Allah..
lebih baik kita hindarkan apa yang di benci Allah dan juga Rasullullah..

untuk pengetahuan korang, Rasullulah tidak tidur dalam keadaan kekeyangan..
Rasulullah juga akan mengambil wuduk sebelum tidur..
Baginda juga suka tidur mengiring ke sebelah kanan dan tapak tangan dibawah pipi..
Nabi juga tidak tidur menghadap kaki arah Qiblat. 
Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

so, secara kesimpulannya, hindarkan lah dari benda yang dibenci Rasulluah..
mungkin sebelum ni ada diantara kita yang tak tahu, 
tapi kalau dah tahu tu faham2 la ye..
sama2 lah kita kongsi bersama..
benda yang simple pun kalau kita abaikan akan jadi berat nanti..=)
lagipun mengikut kajian juga, 
tidur meniarap ni memang tak elok untuk kesihatan..
so, lebih baik mencegah dari mengubati.. =)



12 comments:

DayaYaacob said...

good entry. :)

Syakir Rahman said...

huh =.="
aku mmg slalu tdur mniarap ptg2...tp mlm xde la plak..XD

azam said...

:) memang pun...

TQ sharing

❖ Syaa ❖ said...

Erkkk kite suke tido meniarap --' eh taknak buat dah .

SonrisaHana said...

nice entry~ tido adalh rutin harian kita..so kna taw la cra nk tio yg betol kan,? XD

Mila Ahmad said...

terima kasih kongsi info

maszull said...

assalamualaikum...betul tu x elok tido mcm tu...:)

erin_cute said...

woo..welcome back!!!!

hawiz said...

baik..akan ubah cara tdo..=)

lolipop_oreo said...

info yg menarik. tq. btw done follow u..

Shiema Sufian said...

Shiema memang tak suka meniarap, sush nak bernafas.

encik cool said...

starting dah molek..time bangun tak tertiarap kadang2 sedar jea bawah katil..teruk betul!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...