Friday, July 27, 2012

Jangan Tengok Keburukan Orang Je..

Assalamualaikum..

Lumrah manusia..hanya nampak keburukan orang je..
kebaikan seseorang tu tolak ke tepi..
kadang2 aku sendiri pun macam tu juga..
dalam tidak sengaja kita lupa kebaikan orang tu tapi 
asyik fikir pasal keburukan dia je..

aku pernah dengar orang cakap yang
jika sekali orang tu lakukan kesilapan yang kita tak suka,
segala kebaikan orang tu pun kita akan lupa..
betul ke?
bila dia buat salah je terus kita lupa apa 
kebaikan yang dia telah buat pada kita..

itu lah bila hati menguasai minda..
aku bukan cakap pasal orang lain..
tapi sekadar untuk peringatan diri sendiri juga..
kita manusia, tak pernah lari dari kesilapan..
tapi dari kesilapan lah dapat mengajar kita erti sebuah kehidupan..

cuba korang bayangkan jika suatu hari nanti 
orang yang selalu korang fikir buruk, 
akan tolong kita bila kita dalam kesusahan nanti..
bak kata Ustaz Don Daniyal..
"Jangan hanya melihat keburukan orang, kerana seburuk2 dia, 
ada 1001 kebaikan yang kamu tidak pernah lihat.." 

kita hanya manusia..tidak layak untuk menilai 
orang lain selain dari-Nya..
buruk atau baik seseorang itu bukan kita yang akan menilainya..
ingat lah bahawa tiada siapa yang sempurna..





1 comment:

Mila Ahmad said...

mcm peribahasa lah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...