Monday, September 26, 2011

Wanita Hamil Cedera Lif Terhempas di Selayang Mall

assalamualaikum u ol..



baca tajuk entri ni rasa gerun pula nak naik lift..huhu..
malang tak berbau kan..
kejadian yang tak di sangka2..
siapa sangka lif yang kita naiki tu tibe2 boleh terhempas..
ini lah yang terjadi di pusat membeli belah Selayang Mall petang semalam..




Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang, mangsa Norazlina Mohd. Yusoff, 25, bersama enam lagi ahli keluarganya dan beberapa individu lain menggunakan lif tersebut untuk turun dari tingkat empat ke tingkat paling bawah.

Norazlina berkata, beliau sekeluarga masuk ke dalam lif itu dari tingkat empat kawasan parkir sebelum lif tersebut berhenti di tingkat tiga untuk mengambil penumpang yang merupakan satu keluarga dan tiba-tiba berhenti di tingkat ‘G’ (ground floor) tanpa pintu terbuka.

"Secara tiba-tiba lif tersebut naik semula ke tingkat satu sebelum terus menjunam ke tingkat paling bawah (lower ground),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Selayang.

Beliau berkata, kesemua mereka kemudiannya dikeluarkan oleh pengawal keselamatan bangunan itu dan orang ramai yang kebetulan berada di situ sebelum yang tercedera dikejarkan ke hospital tersebut.

"Ketika kejadian kira-kira 12 orang berada dalam lif termasuk keluarga saya yang terdiri dari suami, emak, nenek dan ahli keluarga lain dan ia berlaku sekelip mata...semua orang terjatuh dan keadaan menjadi huru-hara.

"Saya sendiri cuba menahan dari terjatuh bagi menyelamatkan bayi dalam kandungan dan akibatnya kaki kanan patah namun saya bersyukur bayi dalam kandungan selamat, malah anak saudara berusia 8 bulan yang dikendong suami turut selamat,” kata Norazalina, seorang kerani swasta.


sumber: Kosmo

P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'share' atau 'like' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

5 comments:

KC@ella said...

Agaknya lif tu dah lama tak disenggara kot? Wanita hamil tu di bayar pampasan oleh pengurusan Selayang Mall tak? kesian dia, kan ..

eB ezrin said...

masyaallah... nauzubillah :)

Addin said...

alhamdulillah semua selamat :)

DaYiNi said...

ya Allah , haii . seramm nk naik lift . nseb baik sume selamat . alhamdulillah ~

Anonymous said...

nsib baik naik level satu..baru terempas kt level bawah..maunya lif tu naik ke level 4 ka..or lagi tinggi pastu terus menjunam..alamaknya..tragis jadinya

sbnarnya ngah cari psal selayang mall..tiba2 lak tmsuk ceta thempas ni..layaaannn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...