Friday, September 23, 2011

Gadis Dibunuh Kerana Tolak Ajakan Seks

assalamualaikum u ol..




Jika korang masih ingat lagi kejadia pada 5 September lalu 
yang dilaporkan dalam akhbar tempatan,
seorang remaja perempuan ditemui berhampiran loji
dengan kesan terbakar hampir 80% badannya..
keluarga mangsa mengatakan mangsa tidak pulang
selepas keluar rumah pada jam 8.30 malam sehari sebelum tu..
mayat dikenalpasti melalui baju kurung yang dipakai mangsa 
dan juga anting2 milik mangsa..
jom baca berita terkini tentang pembunuhan kejam ni..



disini lah tempat Nurul Awatif Dibakar..


Polis semalam mendedahkan pembunuhan seorang remaja perempuan yang mayatnya ditemui dengan kesan terbakar hampir 80 peratus di dalam semak berhampiran loji kumbahan di Jalan Bukit Belacan 5 September lalu berikutan keengganannya untuk melakukan hubungan seks.

Menurut polis, akibat penolakan tersebut, teman lelaki mangsa yang juga suspek dalam kes itu disyaki cuba memperkosa remaja berkenaan. Suspek merupakan seorang pelajar institut pengajian tinggi awam berusia 19 tahun dari Ukay Perdana, Ampang. Pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan itu ditahan pada pukul 12 tengah hari, 12 September lalu di Seri Iskandar, Perak.

Ketika ditahan, polis merampas sebuah telefon bimbit milik mangsa dan sebuah kereta jenis Perodua Kancil milik keluarga suspek yang didapati mempunyai keterangan-keterangan fizikal seperti rambut yang diyakini ada hubung kait dengan kes bunuh itu.

Siasatan awal ketika itu mendapati, suspek membeli petrol di dua buah stesen minyak di kawasan Ampang Jaya untuk membakar mangsa. Mangsa dikenali sebagai Nurul Awatif Syakir, 19. Dia merupakan pelajar Maahad Tahfiz Al-Tijarah, Selayang, Gombak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, siasatan pihaknya setakat ini mendapati suspek dikatakan mengambil tindakan drastik untuk membunuh mangsa selepas berang apabila permintaannya ditolak.


gerun kan..?
KIC baca berita ni membuak2 marah KIC ni..
Geram, marah, sedih, simpati..semua ada..
sampai hati dia bunuh kekasih dia sebab teman wanita dia tolak ajakan seks..
sangat2 tak patut..lelaki jenis apa tu..
dah lah rogol teman wanita dia lepas tu dibunuh dan dibakar..
Ya Allah..kejamnya lelaki itu..
hanya kerana nafsu dan bila hati dan jiwa dah berajakan syaitan..
dia sanggup melakukan perkara terkutuk ni..

Al-Fatihah kepada keluarga mangsa..
moga roh arwah ditempatkan ditempat orang2 yang beriman..
moga keluarga arwah tabah menghadapi dugaan yang cukup besar ni..

sumber: Kosmo

P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'share' atau 'like' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

5 comments:

kakchik@ella said...

YA Allah .. Takutnya. Gerun betul KC baca cerita ni. Mcm2 la skrg ni. manusia zmn skrg makin tak berkualiti

munna said...

mudahnya.......... tak kasi bunuh.... Al-Fatihah buat arwah

Mila Ahmad said...

dunia skank nie...menakutkan!

umUMRA said...

Ya Allah org mcm ni pon ada...hmmm

Nur Ayuni said...

bercinta salah. tak bercinta salah.
menakutkan. kaum hawa harus berjaga2. huh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...