Monday, January 16, 2012

Kenali | Farah Lee Bakal Isteri Ally Iskandar

assalamualaikum u ol...





perbezaan umur 13 tahun tidak mematahkan semangat Ally Iskandar untuk 
mengenali gadis berusia 23 tahun ini..
mungkin sudah tersurat jodoh mereka yang hanya berkenalan hanya beberapa bulan..
ni kiranya cinta selepas kahwin lah ye..
so sweet....=)
melalui sumber2 yang KIC dapat Ally telah terpikat dengan 
keteguhan prinsip dan pendirian penuntut jurusan Kejuruteraan Mekanikal, 
Farahin Romli atau Farah Lee, 22, yang menuntut di salah sebuah universiti di Korea Selatan..
dan dengan itu termeterai lah ikatan dua hati ni yang bakal berlangsung 
20 Januari ini..




pertemuan pertama pun telah dirancang oleh ibu Ally sendiri tau..
mereka ni pun tak ambil masa yang lama macam pasangan bercinta lain,
dah beberapa kali jumpa tu, Ally terus jumpa keluarga Farah
 untuk bincang hal perkahwinan mereka..
jom kita baca apa kata Ally tentang dia dan Farah...


Ketika pertama kali ibu mengesyorkan saya mengenali Farah, saya terus mencarinya dan berkomunikasi dengannya di laman sosial, Facebook kerana ketika itu dia masih menuntut di Korea Selatan. Kemudian kami memutusakn untuk berkenalan dan berjumpa selepas dia pulang bercuti di Terengganu..



Dia seorang wanita Muslim yang baru saja bertudung dan berhijrah ketika dia belajar di Korea Selatan beberapa tahun lalu. Saya terpikat dengan kekuatan iman yang ada dalam dirinya ketika berada di negara luar yang pastinya banyak cabaran.



Saya dan keluarga ke rumahnya pada hari ketiga Syawal. Setelah berbincang dan mendapat persetujuan bersama, kami menetapkan untuk mendirikan rumah tangga pada 20 Januari ini. Singkat atau lambat bukan persoalanya. Kerana apa yang penting jodoh saya sudah sampai dan saya bersyukur kerana Tuhan mempermudahkannya kali ini.


dengar khabarnya Ally dan isteri bakal berjauhan selepas dua bulan berkahwin..
orang cakap masih berbulan madu lagi..
tapi semuanya kerana tanggungjawab juga..
Farah  dikatakan akan menyambungkan pengajiannya 
di Korea Selatan yang dijangka tamat pada tahun hadapan. 

so kita tunggu lah 20 Januari ni..
tak sabar KIC nak tengok pasangan unik ni melangsungkan perkahwinan mereka..
semoga semuanya berjalan dengan lancar..=)

jom kita kenali gadis manis yang berjaya menawan hati jejaka idaman malaya ni..
layan gambar ye..













comel kan..sesuai dengan Ally Iskandar...=)


P/s: Share lah entri ni dengan kawan2 korang pulak. Hanya klik button kat bawah ni..Sharing is caring..TQ

9 comments:

Unknown said...

seka;i tgk muka dia ada iras sheera iskandar

Yaya Azura said...

sesuai...sweet je....

Yaya Azura said...

sesuai...sweet je....

Admin said...

pandai ally iskandar pilih

Golden Rose said...

comel sgt farah lee ni...mmg padan mereka berdua

tokwan muda said...

wahhh untunnyer abe ally....comel lotey tuuuu.....

Anonymous said...

kenapa ? dgn org laen x sesuai ke?
LOL

lisa said...

dua2 pun comel... sweet sgt :)

Cik Ecah said...

sukernyer...Ally dah nak kawen....:))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...