Sunday, May 29, 2011

HADIAH untuk Raja Sehari..ehem3..

assalamualaikum u ol...

hari ni hari yang sangat membosankan..
orang lain tak bosan..tapi KIC bosan giler..
bosan asyik lakukan rutin yang sama je hari2..
tapi KIC harap korang tak bosan lah ye baca entri2 KIC ni..
ini je lah tempat untuk KIC bercerita..
meluahkan apa yang tersirat dan tersurat..
supaya tak makin tersimpul nanti..huhu..

hari ni hari minggu..
apa yang sinonim ye dengan hari minggu ni..?
date?ishhh..korang ni..asyik ingat dating je ye..
ok lah..KIC terima jawapan tu..
tapi KIC bukan nak cerita pasal dating2 ni ye..
KIC nak cerita tentang raja sehari..
mesti ramai yang sibuk pergi jemputan kahwin hari ni kan..
tu yang rasa macam tak ramai je yang online..huhu..
ye la..bukan selalu nak merasa makan nasi minyak kan..
tak menang tangan kalau ada jemputan banyak2 ni..
kawan2 ramai yang dah kahwin dan akan berkahwin..
" aku bile lagi ye..? " =p
haaaa...entri ni juga bukan pasal bila KIC nak kahwin ye..
nanti ada cakap KIC ni teringin sangat nak kahwin pula..


 

entri kali ni tentang hadiah untuk raja sehari..
ala, tak kan korang tak pernah bagi hadiah time member2 kahwin kan?
mesti pernah walaupun sekali..
tak pun pernah tengok jenis2 hadiah yang selalu orang bagi untuk pengantin ni..
entri ni untuk kita kongsi cerita mengenai hadiah raja sehari..
ye lah kan..jadi raja cuma sekali dalam seumur hidup..
kalau boleh nak lah hadiah yang best2 kan..huhu..
mana tau dari komen2 korang ni boleh lah dapat dan berkongsi idea nak bagi hadiah apa..
bosan lah kadang2 tengok ramai yang bagi set cawan lah, pinggan mangkuk lah..
biasa KIC tengok orang bagi tu je..
ada tu yang cakap kalau nak bagi berat je hadiah tu boleh lah bagi lesung batu..huhu..
ada tu yang bagi botol susu..aduii..banyak juga kan hadiah2 yang kelakar yang pengantin dapat..
macam2 hadiah sebenarnya..
 
 
p/s: kalau boleh KIC nak tanya korang je jenis2 hadiah yang best2 untuk pengantin ni..
kalau ada pengalaman pun boleh lah share sama2..



6 comments:

Cik Azizah said...

bagi set pakaian malam pertama..amacam? ade berani?? bahaha~~

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

xtahu juga...dok fikir gak nak bag apa kat member

cik azeya said...

bagilah set barangan dapur. nanti dorang duduk rumah baru, mesti tak cukup barang2 macam tu.

err set barangan bayi pon boleh jugak.

hehe

Cik Aish said...

haha sebut pasal hadiah, aish teringat, aish pernah bg hadiah wedding kat kawan baju baby..pastu tulis kat kad, cepat2 dpt baby..hadiah tu paling dia ingat atr hadiah2 paling gila penah dia dpt. hehe

Halimatun Sa'adiah said...

terfikir jgak...
da la skang musim mber rapat kawen..

ajwa said...

Assalam,

Hadiah utk pengantin ya.. Kipas, rice cooker, blender, set pinggan mangkuk cawan/gelas, comforter, lampu bilik tidur, jam dinding yg unik dll ikut budjet masing2. Biar yg boleh guna dan tahan lama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...