assalamualaikum u ol...
dah nak masuk waktu tengah hari dah..
malasnya lah nak masak...
tak ada idea nak masak apa ni..emmm...
jap lagi lah g masak..
nak cerita sikit tentang entri kali ni..
berkisarkan watak Manusia, Malaikat, dan Syaitan..
mungin korang dah biasa dengan watak2 ni..
cuma KIC nak ingatkan korang balik lah dengan kisah ni..
jom lah kita hayati sama2..
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu..
Syaitan - Alahhhh, kejaplah, mengantuk ni..awal lagi ni?.zzzzzzzz
Manusia - Nak makan,laparlah..
Malaikat - Wahai Anak Adam,mulakanlah dengan Bismillah..
Syaitan - Ahh,tak payahla..dah lapar ini! mmm..sedapnyaaa...
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam,pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi..mmm..aaah.. suruh si X, punch kan lah?
Manusia - Azan sudah kedengaran..
Malaikat - Wahai anak Adam,bersegeralah menunaikan kewajipan..
Syaitan - Baru pukul berapa..rilex lah..awal lagi ni..
Manusia - Eh, eh..tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan
mengetahui..
Syaitan - Perggghh...best tu..rugi ooo kalau tak tengok ni..
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahlah ia..
Syaitan - Apa kau sibuk..Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh..
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain..
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar,buat apa susah2.pandai2lah..kubur pun lain2 nanti..
Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun...
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat.lagipun muda hanya sekali..rugila..
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari
jalan itu...
Syaitan - Jangan bimbang,tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh..
Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi ni...
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.
Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat
(jangan mimpilah!) untukmu..
haaa..itu lah antara watak2 yang biasa berlaku dalam kehidupan seharian kita kan..
cuma mungkin kita semua tak sedar je benda2 macam ni memang berlaku..
kalau kita tak beringat..memang akan lalai..
KIC pun macam tu je..
kena selalu ingatkan diri sendiri..
moga tidak lalai sebagai hamba Allah di dunia ni..
3 comments:
betul tu, perkara ini sering terjadi.sama-samalah kite mengingati. Dilaz klik churp churp dan HB
tumbs up la entry nie..
:)
nice entry..buat renungan bersama =)
Post a Comment