Sunday, May 22, 2011

Perempuan KAKI BOROS..?betul ke?

assalamualaikum u ol..

mesi ramai yang keluar date hari ni kan..
tengok wayang..wahh..bestnya..
sejak bercuti kat rumah ni, KIC tak berkesempatan langsung nak tengok wayang..
kecian kan..
tu sebab KIC tengok macam tak ramai je yang on9..
tapi apa2 hal KIC nak update blog dulu
dan nak cerita sikit tentang isu perempuan KAKI BOROS ni..
korang rasa betul ke?

mesti kaum hawa rasa tercabar kan dengan statement ni..
KIC pun terasa gak ni..huhu..
orang cakap 'siapa makan cili, dia la rase pedasnya'
huhuhu..=p
bagi KIC ada je perempuan yang KAKI BOROS dan ada yang tak.
terpulang juga la pada individu tu sendiri..
macam mana nak kawal kewangan diaorang..
kalau duit tinggi menggunung tak apa juga nak boros2 ni..
tapi kalau cukup makan pakai baik jauhkan la dari tabiat ni kan..
bukan apa, untuk kebaikan korang juga kan..
KIC cakap ni pun sambil ingat kan diri sendiri..
sebab kadang2 KIC ni boros juga..
pantang nampak barang atau benda yang di idam2kan..mesti terus sambar..
tak fikir la yang duit tu mengalir macam air..huhu

tapi perempuan je ke KAKI BOROS..lelaki?
haaa..jangan tak tau, lelaki pun ada juga yang KAKI BOROS..
beli benda yang bukan keperluan dan tak berapa penting..
sama je dengan perempuan ni..huhu..
jangan nak cakap perempuan ni je KAKI BOROS..

ok la..KIC bagi contoh..contoh mudah je..contoh yang dekat dengan diri korang..
korang tengok dalam family korang tu..
ayah dan ibu atau suami dan isteri..
antara dua2 ni..salah seorang mesti ada yang boros..
dan salah seorang lagi jenis penjimat orang nya..
tak kira la si suami atau isteri..
tak pun si ayah atau ibu..
bagi keluarga KIC memang kontra la..
mak dengan ayah..sorang tu penjimat, sorang tu tak berkira pasal duit..
dalam family tu samaada mak atau ayah mesti ada yang jadi banker...huhu..
kiranya macam salah seorang tu akan jadi 'menteri kewangan' lah dalam family..

jadi kalau tak nak jadi boros sama2 lah kita kawal kewangan kita..
orang selalu cakap 'fikir dulu sebelum cakap' 
tapi KIC nak tukar sikit 'fikir dulu sebelum berbelanja'
huhu...=p

5 comments:

Jasmin Ibrahim said...

a'a la kn.....kalau jmpk bnda yg minat,msti rasa nk beli ja....huhu....espclly baju la...tp bila pk duit,cncl dulu la...hehe

Rozuan Ismail said...

setuju.memang hakikat perempuan suka shopping. =)

tiQz said...

tidakkk... haha.. depends jugak.. kadang kadang lelaki memerlukan female financial planner.. hehe lebih berkesan...

Shukjessa said...

tu rasenye statement berapa puloh tahun yang terdahulu, memang perempuan lebih boros sebab time tu. yelah sebab time tu manada lelaki metroseksual, so penampilan semua jadah tu lelaki tak ambik kisah sangat, so takdela dikira boros seperti perempuan.

tapi zaman sekarang dunia dah berubah. bila teknologi makin canggih, boros atau tidak bukan isu gender lagi. perempuan mungkin dengan mekap, pakaian, wangia bla bla bla.

tapi lelaki jangan lupa, kegilaan big boys toys sekarang ni pon dah makin hebat. mungkin tidak dari segi kuantiti tapi kalo dinilai jumlahnya, muungkin lebih dasyat dari perempuan.

so boros atau tidak, terpulang pada individu itu sendiri. jangan tengah bulan dah telan biskut kering je dek melayan nafsu membeli barang aje.

p.s: aku suka pergi supermarket, jalan2 cuci mate pastu balik mesti beli something, habit yang susah nak dibuang =)

miss.Addin said...

sokong ! bg sy la. sebab sy ni pantang sikit. haha

azam dh taknak boros ! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...