Friday, July 8, 2011

DOSA BESAR kalau isteri tolak POLIGAMI..

assalamulaikum u ol..


KIC terbaca isu poligami ni..
tertarik nak share dengan korang..
sebab agak panas isu ni..
KIC pun wanita..hal macam ni memang sensitif sikit..
nak tanya lah pendapat korang juga tentang isu ni..


pix_gal0


Tindakan bakal isteri atau isteri yang sejak awal dan terang-terangan menolak syariat menuntut bakal suami atau suami tidak berpoligami dengan menandatangani perjanjian juga boleh membawa jatuh hukum murtad kerana menolak secara total syariat ditetapkan Allah yang menjejaskan kepercayaan kita kepada-Nya dan ketentuan-NyaIni dosa besar dan perlu segera bertaubat sebab Allah syariatkan sesuatu mesti ada kebaikan.

tapi Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr Akram Sabri yang berkata, wanita Islam boleh menolak poligami dan tidak berdosa sekali pun Islam menghalalkannya. wanita mempunyai hak menuntut syarat ke atas suami supaya tidak berpoligami.
Mungkin suasana negara Arab lain, budaya kita lain.

Yang penting, wanita mesti tahu hak, kalau nak tolak poligami jangan sampai jejas secara total kepercayaan kepada Allah. Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Muhamad pernah mengeluarkan kenyataan, tidak berdosa seseorang isteri tidak mengizinkan suami berpoligami jika mempunyai alasan kukuh. Tapi berdosa sekiranya menolak mentah-mentah hukum Allah.





bagi KIC isu ni memang dah jadi isu panas..
kadang2 si suami pun ambil kesempatan..
walaupun mereka tu ada hak..tapi ikutlah kemampuan..
jangan sampai si isteri ni menderita..
KIC pun susah nak komen tentang isu ni..sebab belum pun berkahwin..
tapi KIC kalau boleh memang tak nak ada kaitan dengan berpoligami ni..
perempuan mana yang hendak di madukan..betul tak..?


sumber: Berita Harian


p/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'share' atau 'like' di Facebook..hanya klik button kat bawah ni..=) tq..

5 comments:

Cik Meyo said...

tak suka tak semestinya tolak mentah2 en. tgk sbb XD

Rozuan Ismail said...

isu ni sensitif.ikut kemampuan lah ye. kalau mampu silakan,kalau tak mampu,tak payahlah.

puterinuraqiliah said...

besar pahala isteri yang menerima poligami:)

アヌム ちゃん said...

tengok tajuk pun sentap..huhu..

.m y z. said...

kalau ziema pun tak sanggup dimadukan. sape yang sanggup berkongsi suami. huhu.

kalau nak bermadu, bukan ke mmg ada syarat? kalau lepas syarat2 lelaki boleh berpoligami, baru lah boleh kan? susah kot nak cari lelaki yang boleh berlaku adil dalam isu poligami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...