Friday, February 3, 2012

Watie (Elite) & Joey Sudah Sah Bernikah

assalamualaikum u ol..




mungkin ramai yang dah tahu dan ada yang belum tahu..
sebelum ni kisah pasangan ni menjadi bualan masyarakat sekeliling..
bermula apabila Watie dikatakan menjadi punca Joey bercerai dengan isterinya..
menguatkan lagi apabila bekas isteri Joey mengatakan 
Watie adalah orang ketiga dalam rumah tangga mereka..
selepas itu isu ini senyap seketika selepas Joey sah bercerai dengan isterinya..
Watie diam membisu tanpa beri apa2 kenyataan..

muncul pula isu ini di melodi yang mengatakan Watie bernikah dengan Joey secara senyap2..
tapi Watie menafikan sekeras2nya..
akhirnya kini Watie mengakui yang dia sudah pun bernikah dengann Joey..
macam drama pula kan..
tapi ini lah kesudahan cinta mereka...
akhirnya mereka dapat bersama..
jom kita baca apa kata Watie tentang isu ini..


"Bukannya ingin berahsia atau menyembunyikan saat bahagia itu tetapi semuanya adalah permintaan Joey dan keluarganya. Saya harus menghormati dan melihat ikatan yang ada dari satu perspektif yang positif. Apa yang penting, perkara wajib sudahpun kami lakukan. Soal yang lain, biarlah kami fikirkan bersama untuk menyelesaikannya. Joey melamar saya secara mengejut di depan keluarganya. Saya sendiri tidak mengetahui mengenai majlis itu. Semuanya dirancang Joey dan adik-beradiknya. Kelakarnya, persediaan pun kelam-kabut dan saya hanya sempat untuk menempah nasi beriani di restoran berdekatan rumah saja bagi menjamu tetamu.

Apa yang boleh saya katakan, kami sudah selamat dinikahkan. Insya-Allah jika diberi rezeki dan peluang, kami berdua pasti akan melangsungkan majlis resepsi pada tahun ini juga kerana Joey ingin sekali meraikan sahabat-handai dan peminat yang tidak henti menyokong. Tarikh dan lokasi masih belum kami tetapkan namun apa yang pasti, kami akan mengadakannya secepat mungkin."


apa2 pun KIC ucapkan tahniah pada pasangan ni..
walaupun penuh dengan kontroversi akhirnya mereka dapat bersama..
tak sabar nak tunggu majlis resepsi pasangan ni..


P/s: Share lah entri ni dengan kawan2 korang pulak. Hanya klik button kat bawah ni..Sharing is caring..TQ


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...