Thursday, February 16, 2012

Empat Pengacara Popular Hiburkan ABPBH 2011

assalamualaikum u ol..




semalam telah berlangsungnya majlis Pra-Kemuncak ABPBH 2011..
dengan rasmi Empat orang pengacara telah dipilih untuk menghangatkan lagi ABPBH 2011 yang bakal berlangsung pada 8 April di Arena of Stars, Genting Highland..
mereka adalah Zizan, Sharifah Shahirah, Didie Alias dan Raja Azura..
mereka akan menggalas tanggungjawab besar untuk untuk mengacarakan 
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011..

daripada 4 nama tu Didie merupakan nama baru dalam bidang pengacaraan 
yang berprestij seperti ni..
tapi rasanya pengalaman dia dalam bidang seni 
dapat memberi sedikit sebanyak keyakinan kepada dia..




artis2 yang bakal menyampaikan trofi pada malam anugerah adalah 
Datuk Yusof Haslam, Datuk DJ Dave, Datin Seri Normala Samsuddin, 
Adi Putra, Afdlin Shauki, Erra Fazira, Fazura dan Wan Maimunah.
selain tu  Datuk M. Nasir, Datuk Shiela Majid, Datuk Siti Nurhaliza, 
Alyah, Adira, Anuar Zain, Aizat, Azlan Typewriter, Black, 
Najwa Latif, Ramlah Ram dan Jaclyn Victor.

ada juga pelakon2 hebat yang akan membuat persembahan istemewa
seperti Lisdawati, Fauzi Nawawi, Aaron Aziz, 
Maria Farida, Maya Karin, Watie (Elite)..
tema untuk malam anugerah ni nanti adalah "Larger Than Life"..
sama2 lah kita nantikan 8 April ni..
siaran langsung di TV3 dan di radio Hot FM..


P/s: Share lah entri ni dengan kawan2 korang pulak. Hanya klik button kat bawah ni..Sharing is caring..TQ


1 comment:

azam said...

:) tak sabar menanti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...