Saturday, February 4, 2012

Mawi Bakal Bergelar Ayah Februari Ini

assalamualaikum u ol..




lama dah KIC tak dengar khabar artis yang dulunya pernah bergelar Raja SMS..
siapa lagi kalau bukan Mawi..
senyap je Mawi sekarang ni..
KIC pun dah lama tak cerita tentang artis yang popular ni..
pejam celik,pejam celik dah nak bergelar bapa Mawi ni..
isterinya, Ekin bakal melahirkan bayi sulung mereka pada akhir Februari ni..
usia kandungan bayinya pun dah masuk 9 bulan..
Ekin bakal melahirkan bayi sulung mereka di Hospital An-Nur, Bangi..
mesti Mawi tak sabar2 nak melihat bayi sulungnya lahir..
Mawi Junior bakal lahir..
jom kita baca apa kata Mawi tentang kelahiran bakal bayi nya..


Alhamdulilah, kesihatan Ekin sangat baik dan kandungnya juga sihat. Dia kini berada di rumah kami bersama ibunya yang sanggup datang dari Johor sejak kandungan Ekin sudah masuk tujuh bulan. Malah, Ekin akan dijaga rapi oleh ibunya di rumah kami sehingga dia selesai berpantang nanti.


Terus-terang, saya sangat teruja untuk menanti kehadiran ahli baru dalam keluarga kami, walaupun saya dan Ekin sebenarnya sangat gementar untuk melalui saat melahirkan bayi pertama kami. 



Kandungan Ekin kini sudah sarat dan disebabkan itu juga dia sukar untuk tidur pada waktu malam. Jadi bila malam, saya akan teman dan menunggunya dari jam 12 malam sehingga 3 pagi.


Ekin akan mengambil masa untuk membetulkan posisi tidurnya kerana kandungannya sudah semakin membesar. Selepas Ekin dapat melelapkan mata kira-kira jam 3 pagi, barulah saya akan tidur kerana saya juga risau dan juga kasihan melihat keadannyanya.


nantikan Mawi junior yang bakal melihat dunia..
mesti comel.. =)


P/s: Share lah entri ni dengan kawan2 korang pulak. Hanya klik button kat bawah ni..Sharing is caring..TQ

1 comment:

Zaza Iman said...

gembira tgk psgn ni..tahniah bt mereka :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...