Wednesday, October 12, 2011

Julia Ziegler 'Serang' Sharifah Shahira

assalamualaikum u ol..



Shira bersama Ijoy


amboi..artis dah pandai 'serang2' sekarang ni ye..
wahh..yang ni pula artis junior serang artis senior..
berani betul dia ye..
mungkin dah terdesak..sampai sanggup buat macam ni..
perkara ni terjadi antara pelakon Julia Ziegler dan juga pelakon Sharifah Shahira
yang terjadi semasa majlis resepsi Memey & Norman..
banyak betul kontroversi masa majlis ni berlangsung ye..
Julia memang mengakui dia menemui Shira supaya dia menasihati adiknya, Sharifaj Nur Sakinah
yang juga seorang pelakon agar tidak menfitnahnya..
Julia juga menegaskan yang dia bukan berniat untuk berbalah,
tapi meminta Shira menasihati adiknya supaya tidak menyebarkan lagi fitnah berkenaan
kononnya Julia mempunyai hubungan sulit dan pernah tidur dengan seorang kru produksi 
drama Noktah Elena 2 tahun lalu..
yang terbaru pula dia dikaitkan dengan pelakon Gambit Saifullah..
macam2 lah..



Julia Ziegler


Saya tidak serang Shira tapi saya jumpa dia kerana ingin bercakap dengan cara yang baik agar dia menasihatkan adiknya Kina (Sakinah) untuk menghentikan fitnah terhadap saya. Saya dapat tahu dia (Sakinah) yang menyebarkan cerita-cerita tersebut. Saya pernah telefon Kina dan bercakap sendiri dengannya tapi dia seperti tidak melayan panggilan saya.

Saya jumpa Shira bukan mahu panjangkan cerita ini, kalau boleh saya tidak mahu buka mulut dan bercakap lagi tentang ini. Saya cuma mahu mereka berhenti bercakap dan menuduh saya dengan tuduhan begitu. Ini tidak ada kaitan dengan lelaki atau siapa-siapa tapi sebab maruah saya yang sudah tercalar sebab cerita-cerita ini.


jom kita baca apa pula kata Sharifah Shahira tentang hal ni..


Saya memang tak tahu apa-apa mengenai isu tersebut. Apa yang saya tahu, ini semua salah faham. Saya ada bertanyakan kepada adik saya sama ada dia ada membuat cerita mengenai Julia, namun dia memberitahu dia hanya dengar cerita lama itu dari orang saja dan tidak tahu perkara itu benar atau tidak. Saya dah menasihati adik saya agar selepas ini jangan sibuk lagi hal orang. Bagi saya, dia masih baru jadi dia tidak tahu banyak perkara. Banyak lagi benda yang dia harus belajar. Saya dah pesan kat dia, bila dah jadi artis ini, kena berhati-hati. Adik saya sendiri pun dah minta maaf kepada saya kerana disebabkan dia punya hal, saya yang kena.

Saya tak tahu apa mereka punya situasi, tapi saya terkilan kerana dia tak hormat saya sebagai artis lama. Bagi saya, dah macam tak ada adab. Saya takut dengan pelakon sekarang yang dah lagak macam diva dan tak hormat orang dah. Bagi saya, jika marahkan hal berkaitan teman lelaki, kenapa sampai nak melibatkan kakak orang lain. Saya akui ada menghubungi Gambit selepas insiden itu dan dia telah minta maaf kepada saya. Dia juga ada beritahu akan menyuruh Julia minta maaf kepada saya.

Alhamdulillah, Julia dah minta maaf kepada saya. Bagi saya, industri kita kecil, jadi tak payah nak marahkan orang sebab kita kena fikir kita akan jumpa orang yang sama lagi. Lepas ini, tak payah nak bermusuh antara satu sama lain dan semua kena merendah diri. Saya pun enggan memanjangkan lagi isu ini dan Ijoy pun dah menasihati saya agar jangan cakap apa-apa lagi.






moga hal ni tak berlarutan lah ye..
kalau dah dalam industri yang sama tapi kalau bermusuh, susah lah kan..
buang yang keruh, ambil yang jernih..

sumber: Mstar, Gua

P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ


5 comments:

cik ika said...

gaduh2,,tarik rambut..bru hot cte..hehehe

kusyi said...

macam2... yang pasti.. mesti diorang nak kecohkan resepsi perkahwinan norman dgn memey la tu.. hahahahaha..

eB said...

mcm2

Cik Pulau said...

macam2 skang ni..
tapi suka la shira ni..
cool je. haha..

nazirah said...

huhu dunia artis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...