Friday, October 7, 2011

Kami Tak Terima Mamat Lagi - Jep

assalamualaikum u ol..

mesti korang dah lebih maklum tentang perpecahan kumpulan sepah,
dan juga penubuhan baru kumpulan Sepahtu yang dianggotai
Jep dan Shuib..
sebelum ni KIC ade cerita tentang 
sekarang kita baca tanya respon Jep selaku ketua kumpulan tentang isu ini..




Sebenarnya ketika dalam program Raja Lawak musim ketiga lagi kumpulan kami (Sepah) bagai retak menanti belah dan ingin berpecah. Saya ingatkan ketika di atas pentas final saya ingin umumkan kami berpecah begitu juga halnya ketika program Maharaja Lawak, tetapi tidak adil untuk peminat yang mengundi kami, jadi saya diamkan sahaja masalah kami.

Saya sudah bersabar terlalu lama. Bukan sekali dua kali tetapi sudah tiga tahun, saya memberi peluang, ruang dan nasihat kepada Mamat untuk memberi komitmen pada kumpulan Sepah sehingga sampai satu tahap kami sudah tidak boleh buat apa. Jadi jalan penyelesaian terbaik adalah berpecah meskipun kami bertiga sedar ramai yang tidak mahu melihat kami berpecah.

erpecahan berlaku selepas saya berfikir semasak-masaknya dan berbincang sesama kami. Malah, perpecahan Sepah adalah untuk kelangsungan jangka hayat mereka dalam bidang seni. Kalau satu kumpulan banyak masalah yang timbul ia akan menyusahkan banyak pihak. Bukan kami sahaja tetapi orang sekeliling yang bekerja dengan kami, jadi lebih baik berpecah dan ikut haluan masing-masing. Sebelum berpecah saya sedih dan tertekan tetapi apabila kami berpecah umpama beban di bahu saya hilang serta saya rasa lega.


Mamat kata Sepah itu dia yang punya, jadi kami pun pilih guna nama baharu. Lagipun, nama Sepah itu untuk kami bertiga, saya, Shuib dan Mamat dan rasanya tidak adil untuk Mamat kalau kami guna nama Sepah. Sepahtu bermaksud Sepah dua atau sepatu yang digabungkan bermaksud kasut, kasut ada kiri dan kanan dengan jumlahnya dua. Oleh itu, sesuailah namanya dengan kami berdua.


Sudah cukup masa yang kami beri kepadanya. Sekarang saya sudah berhenti kerja dan bidang seni merupakan periuk nasi utama saya, mungkin sudah tertulis rezeki saya di sini. Saya rasa saya tidak akan terimanya kembali kerana saya ingin bekerja dalam bidang ini untuk satu tempoh yang lama, saya bimbang jika kami bersama masalah yang sama akan berulang.


respon Shuib pula...

Saya sudah ada keluarga dan tidak lama lagi akan menjadi ayah, tanggungjawab saya semakin besar. Saya tidak mahu kerana mahu menjaga hal orang membuatkan saya jatuh, bagi saya itu tidak adil. Kalau saya tidak ada duit, saya minta orang, mana ada orang nak bagi duit. Sekarang kami hanya mahu fokus pada kerja sahaja. Terima Mamat kembali, rasanya tidaklah.

Kami masih baik, masih tegur antara satu sama lain, memang tidak ada sebarang masalah. Sekarang ini pun, saya berlakon dengannya dalam drama Superlawak FC. Bila jumpa di lokasi penggambaran, macam biasa tidak ada apa yang berubah.


apa2 pun KIC lagi suka mereka bergerak berdua macam ni..
mungkin mereka dapat memberikan yang terbaik untuk peminat..=)
yang lalu tu biarlah berlalu..
biarlah Mamat dengan hidupnya yang penuh dengan angan2 itu...=p


P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ

7 comments:

eB ezrin said...

betol, sbb 2 org tuh jerk yag family kami tgk dlm sepah :)

Fara said...

elok la pon..lg pon mamat tu mulut celupar..dan paling byk gosip mgarut berbanding rakan2nya nie..teruskan usaha sapahtu..

.bLoG aKu KaN. said...

mmg sesuai diorg jd 2...tgk mamat tu pun bukn best sngt pun....mengharapkan lawak jep je...n shuib,,,

*psst2...lme xdtg cini...sihat x???*

aanie said...

dia 2 org ni pun ok je....

nick dot anis said...

mamat bukan lawak pun

m0sHiE~ said...

mamat tade pn no hal la. sbb dorang due je yg pndai wt lawak. ~

pinky_liscious said...

yeay!! finally mamat sudah tiada...suke suke suke....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...