penyanyi yang sedang hangat dengan lagu Kisah Hati,
Alyah, telah dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Damansara Ahad lalu
kerana mengalami penyakit Apendiks..
selepas melakukan pembedahan, Alyah dikehendaki berehat selama dua minggu..
kita dengar apa kata pengurus peribadi Alyah, Hafiz Redza..
Alhamdulillah, dia telah selamat menjalani pembedahan tersebut dan kini sedang berehat. Berkemungkinan besar dia dibenarkan pulang dari hospital dalam masa dua hari lagi. penyanyi yang kini popular dengan lagu Kisah Hati itu terpaksa membatalkan kesemua aktiviti nyanyiannya pada hari tersebut apabila mula rasa sakit perut yang teruk.
Kemudian, selepas membuat pemeriksaan di hospital berkenaan, Alyah terus ditahan oleh pihak hospital kerana penyakit yang dilalui penyanyi itu semakin serius. Sebenarnya Alyah tidak terfikir pun yang dia akan mengalami sakit Apendiks. Setelah melakukan ujian ultrabunyi baru dia tahu punca penyakitnya yang sebenar. Nasib baik dia cepat sedar akan penyakitnya itu, takut semakin melarat pula. Mengikut nasihat doktor dia mungkin boleh melakukan aktiviti seninya selepas dua minggu berehat.
status twitter Alyah..
Sumber: Mstar
P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ
4 comments:
alhamdulillah... ;)
alhamdulillah~
semoga die cepat sembuh^^
hrp2 dia cepat sembuh.
Post a Comment