Saturday, December 3, 2011

Tolonglah…Saya Dah Nak Kahwin! - Shida Harmi

assalamualaikum u ol..




sebelum ni kecoh tentang kisah skandal antara Khairul Fahmi & juga Shida Harmi..
ramai pun dah tau isu ni..
tapi sebagai penutup kisah mereka ni KIC nak pembaca semua tahu hal sebenar..
walaupun bukanlah semua tu kita akan tau..
sebelum ni memang KIC ada letak gambar mereka berdua di blog..
masa tu memang tengah kecoh tentang hal ni..
so, sebab itu lah KIC tampil dengan entry baru untuk menjernihkan sedikit ketegangan 
yang sedang berlaku tentang isu ini..
kalau boleh nak bersihkan lah cerita panas ni..
buat pengetahuan korang Shida Harmi ni akan berkahwin 2 minggu lagi tau..
so bila timbul isu ni panas punggung la..tak boleh diam..
so Shida Harmi tampil untuk bagi penjelasan..
yang pertama sekali tentang screenshot Blackberry Messenger (BBM) 
yang mendedahkan kisah intim mereka..

“Bukan, bukan saya yang tulis macam tu. Mungkin ada pihak ketiga yang cuba menjatuhkan nama Apek, lantas mengaitkan nama saya dalam hal ini. Jujurnya, saya mengenali Apek sekitar akhir Februari. Saya akui kami keluar bersama karaoke, tapi bukan pergi berdua. Sekitar bulan March, saya mula menjarakkan diri daripada Apek apabila tahu dia akan mengikatkan tali pertunangan. Sejak itu, kami lost contact.”

"Perkara ni sedikit sebanyak telah menganggu-gugat kepercayaan tunang pada diri saya. Saya memang syak penglibatan orang ketiga kerana dia sahaja yang pernah melihat gambar-gambar berkenaan dalam Blackberry saya. Namun, saya tak akan mendedahkan namanya kerana enggan memanjangkan cerita. Berkenaan penyebaran gambar-gambar itu, saya mengesyaki penglibatan orang ketiga dalam usaha menjatuhkan reputasi Apek.

Saya minta jasa baik semua pihak agar membuang gambar-gambar berkenaan kerana ia membabitkan maruah keluarga saya dan bakal mertua. Untuk pengetahuan, saya akan melangsungkan perkahwinan sekitar 2 minggu lagi dan cerita sebegini sememangnya mengugat kepercayaan tunang terhadap saya. Bagaimanapun, kami akan tetap meneruskan perkahwinan. "


orang cakap terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya..
yang dia pergi ambil gambar panas macam tu kenapa..
walaupun time tu Khairul Fahmi ni dah berpunya s
ecara terang2 couple dengan bekas tunangnya tu..
so, paham2 lah ye..balasan kot..
kenal tak sampai sebulan dah boleh ambil gambar macam tu..
apa2 pun kalau dah sedar kesilapan sendiri, bagus lah..jangan diulang lagi..
jadikan ini semua sebagai pengajaran..



P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ


1 comment:

fRaMe+LenSeS said...

orang len yang wat hal. cian depa kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...