Wednesday, February 8, 2012

Adira AF Mohon Maaf Isu Dia Peluk Anjing

assalamualaikum u ol..




sebelum ni peminat industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita
seorang bintang Akademi Fantasia memeluk anjing..
gambar Adira memeluk anjing tersebar ke laman2 blog beberapa hari lalu..
memang kecoh lah sebab tindakan berani mati Adira tu..
ada pihak tak bertanggungjawab menyebarkan gambar Adira bersama seekor anjing..
ramai peninatnya yang terkejut dan
sekarang dia dah pun memohon maaf dan berharap isu ini akan selesai..
jom kita baca apa kata Adira tentang isu ni..


"Saya tidak nafikan itu gambar saya. Memang saya memeluk anjing itu tetapi ia bukan milik saya. Sebenarnya ia adalah gambar lama yang diambil pada tahun lalu ketika saya sekeluarga berkunjung ke rumah ibu mertua kakak yang bukan beragama Islam.


Ia adalah gambar yang saya jadikan gambar profil di dalam telefon bimbit dan tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar. Saya sedar tindakan bergambar dengan anjing itu salah dan boleh mengundang fitnah. Tapi saya peluk anjing itu ketika ia dalam keadaan kering dan sudah pun menyamak selepas itu.



Saya berharap peminat tidak mudah menjatuhkan hukum atau menghentam golongan artis dengan kata-kata yang kesat dan keterlaluan. Saya akui perkara ini berlaku disebabkan kecuaian dan sikap kurang peka. Sebagai manusia saya tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan. 


nampaknya Adira kesal dengan tindakan nya sendiri..
pada peminat Adira sudah2 lah tu ye..
kita tutup cerita..lagipun Adira dah minta maaf..


P/s: Share lah entri ni dengan kawan2 korang pulak. Hanya klik button kat bawah ni..Sharing is caring..TQ


1 comment:

Anonymous said...

tangan kita mempunyai banyak sweat gland yg sentiasa melembapkan kulit kita so disini sepatutnya tiada istilah "tangan kering" walaupun tangan x dibasahkan secara langsung..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...