Wednesday, February 15, 2012

Aliff Aziz Rapat Dengan Anne Ngasri

assalamualaikum u ol..




sebelum ni memang KIC ada dengar ura2 tentang 
kemesraan penyanyi 21 tahun dari Singapura ni dengan pelakon Anne Ngasri..
tapi mungkin hanya kemesraan sebagai rakan artis je..
tapi kali ni lain sikit sebab KIC baca sendiri kenyataan dari Aliff sendiri
mengenai hubungan nye dengan pelakon yang bergelar ibu tunggal ni..
mula2 tak percaya juga gosip ni sebab
ramai yang mengatakan Aliff ni kaki perempuan..
tapi semua tu mungkin kata2 orang yang dengki dengan dia..
sebelum ni juga ada kontroversi yang melibatkan pelakon Zarina Ann Joulie 
dengan Aliff ni..
memang agak kontroversi di laman twitter baru2 ni..
tapi KIC malas nak cerita pasal benda ni..

tentang kemesraan pasangan ni ia boleh digambarkan melalui gambar2 mereka..
sebelum tu kita baca dulu kenyataan Aliff tentang isu ini..


Saya akui rapat dengannya (Anne). Dia sangat baik dan mengambil berat terhadap saya. Sejak pindah ke Kuala Lumpur, saya tinggal bersendirian. Selain pekerja di Sony Music, Anne dan keluarganya yang mengisi kesunyian dan membantu saya menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di sini. Sikapnya yang banyak membantu dan memberi dorongan kepada saya untuk fokus dan bekerja keras menyebabkan saya selesa.


Sejak dulu saya mudah tertarik pada wanita yang lebih berusia dan matang. Saya masih muda dan memerlukan teman yang bukan sahaja mengambil berat malah turut membimbing saya menjadi lelaki yang lebih baik. Dia seorang wanita yang positif dan saya belajar banyak perkara daripadanya sejak kami rapat. Saya boleh merasai keserasian itu setiap kali kami bersama. Keluarga kami juga tiada sebarang halangan.


Sebagai selebriti sudah tentu orang akan kenal pada kita, jadi tidak perlulah saya hendak menafikan atau menyorok kerana ia bukan perkara yang buruk. Ia bukan halangan untuk kami keluar makan atau menonton wayang bersama seperti yang didakwa. Saya tidak melihat persahabatan kami sebagai satu masalah atau isu pun.


Bagi saya, dialah satu-satunya teman yang mengambil berat mengenai saya selepas syarikat rakaman saya. Dia akan pastikan saya berada dalam keadaan yang baik.

Dia juga banyak memberi tunjuk ajar saya tentang selok belok indusri terutama dalam bidang lakonan yang saya baru ceburi. Bercakap mengenai masa depan hubungannya dengan Anne, Aliff akui akan menerima Anne jika telah ditetapkan Tuhan, dia adalah jodoh buatnya.

Ibu bapa saya sangat gembira apabila melihat perubahan positif saya selepas berkawan dengan Anne. Mereka juga turut merestui hubungan kami. 
Mengenai jodoh, saya hanya berdoa kepada Tuhan supaya dipertemukan dengan pasangan yang baik. Jika Anne jodoh saya, Alhamdulillah..





kalau betul lah pasangan ni bercinta, KIC doakan moga mereka bahagia..
harap2 Aliff ni serius lah berkawan dengan Anne..
jangan mainkan perasaan Anne pula..
dia pernah melalui detik hitam dalam perkahwinannya..
kalau Anne bahagia dengan Aliff, apa salahnya mereka bercinta..
yang penting masing2 pandai jaga hubungan..


P/s: Share lah entri ni dengan kawan2 korang pulak. Hanya klik button kat bawah ni..Sharing is caring..TQ

3 comments:

fieda said...

comel jgk dorang berdua ni..

Nisa Kay said...

Please join us at this new blogger page.

https://www.facebook.com/pages/Geng-Update-Blog/172106309567162

THANK YOU :)

cik kiwi's said...

kiwi baru je lps baca psl alif buat onar pulak kat kelab malam~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...